Anda di halaman 1dari 1

Baca teks di bawah dengan teliti

Tempat Pelancongan Yang Indah Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang sangat indah. Pulau ini terletak di negeri Perak. Ramai orang datang melancong ke Pulau Pangkor kerana keistimewaan hidupan lautnya. Pulau Pangkor mempunyai pantai yang sangat cantik. Pasirnya berwarna putih manakala airnya jernih. Pelbagai aktiviti dapat dilakukan jika berada di pulau ini. Antaranya ialah kita dapat melihat hidupan laut dengan lebih dekat lagi melalui aktiviti snorkeling. Kita juga dapat bermandi manda serta dapat melakukan aktiviti kayak di sini. Pada musim cuti persekolahan, ramai orang datang bercuti di sini untuk menenangkan fikiran dan berehat bersama-sama keluarga.

Cameron Highland adalah sebuah pusat pelancongan tanah tinggi yang sangat popular di Malaysia. Pusat peranginan ini terletak di negeri Pahang. Cuacanya yang sejuk dan dingin menyebabkan ramai orang memilih untuk bercuti di sini. Keistimewaan flora dan faunanya yang masih terjaga juga adalah salah satu sebab tempat ini menjadi pilihan . Banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sini. Antaranya ialah dapat melawat ladang teh, ladang strawberi, kebun bunga dan macam-macam lagi. Selain itu, kita juga dapat melihat cara-cara teh diproses di kilangkilang yang terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak, aktiviti jungle trekking juga boleh dilakukan. Cameron Highland adalah salah satu pusat pelancongan yang sangat indah untuk dilawati.

Anda mungkin juga menyukai