Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Kereta.

Aku sebuah kereta. Namaku Almera. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Jepun. Aku
berwarna putih. Badan aku sangat menarik dan besar.

Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan dibawa menaiki kapal kontena. Aku dibalut dengan
rapi menggunakan plastik agar badan aku tidak tercalar. Aku akan dibawa ke Malaysia untuk
dijual.

Apabila sampai di Malaysia, aku dipamerkan di bilik kaca. Ramai orang mengagumi
kecantikkan badan aku. Akhirnya aku dibeli oleh Encik Hafiz.

Encik Hafiz menjagaku dengan berhati-hati. Aku sentiasa dibasuh dan digilap. Badanku
sentiasa berkilat. Encik Hafiz juga memandu aku dengan berhati-hati.

Pada suatu hari, aku telah dihempap pokok yang besar semasa angin kuat. Badanku remuk.
Aku dibawa ke bengkel membaiki kereta. Malangnya tubuhku tidak dapat dibaiki lagi

Encik Hafiz telah menjual aku kepada pembeli besi buruk. Aku berasa sangat sedih kerana
tidak dapat berkhidmat kepada tuanku lagi.

Anda mungkin juga menyukai