Anda di halaman 1dari 1

ASSALAMUALAIKUM W.B.

T,

Titipan kesyukuran terhadap Allah S.W.T di atas segala rahmat dan kurniaNya, saya dapat menjalani latihan sebagai seorang guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan. Tanpa keredhaanNya, saya tidak mungkin mampu berada di sini walau sekejap pun. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin. Pertama-tamanya, saya tuntunkan ucapan penghargaan kepada Penyelaras Latihan Praktikal di atas teguran, galakan serta sokongan moral yang diberikan agar latihan mengajar ini dapat dijalankan dengan jayanya. Jutaan penghargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan kerana membenarkan saya menjalankan latihan mengajar sebagai guru praktikal Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 dan 2. Tidak lupa juga kepada barisan guru-guru kanan SMK atas segala kerjasama yang diberikan. Setinggi penghargaan kepada En. Mohd selaku guru pembimbing di atas segala bimbingan, pandangan dan teguran yang diberi. Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa menitipkan doa dan menyokong saya dari segenap segi, rohani, jasmani, emosi dan kewangan di sepanjang saya menjalani latihan mengajar disini. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan ini kepada teman-teman seperjuangan yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan. Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung penghargaan terima kasih kepada semua guru dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sesungguhnya pertolongan dan kerjasama daripada kalian amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai