Anda di halaman 1dari 1

4.

PENUTUP Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi setiap orang guru.

Persediaan pengajaran yang terancang dapat meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar, disamping dapat membantu guru menilai pembelajaran murid di akhir pengajaran dengan lebih berkesan.. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya, dengan mengambil kira segala aspek yang berkaitan seperti objektif, pengetahuan sedia ada, bahan (isi pelajaran dan peralatan), dan aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang akan diajar serta latar belakang murid. Segala pengetahuan, kemahiran serta nilai yang perlu dikuasai dan diterap kepada murid perlu digariskan terlebih dahulu dengan jelas, pada peringkat awal perancangan. Semasa merancang pengajaran, guru perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang akan dijalankan murid,bagi memberi perluang kepada mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran, melalui pengalaman sebenar, secara hands-on dan minds-on. Aktiviti pengajaran-pembelajran yang dicadang hendaklah mempunyai perkaitan jelas dengan setiap objektif pengajaran dan isipelajaran, berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Bagi membantumurid mempelajari sesuatu konsep dengan mudah dan berkesan, guruperlu menggunakan bahan bantu yang sesuai. Di samping itu,penggunaan analogi yang sesuai dengan pengalaman harian murid dapat membantu mereka menggambarkan konsep abstrak, dengan ini, pemahaman mereka dapat dipertingkat.Guru perlu menilai pembelajaran murid, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di sepanjang proses pengajaran. penilaian yang konsisten dan pembelajaran yang dihadapi Melalui

berterusan, guru dapat mengesan sebarang masalah murid, seterusnya mengambil tindakan segera untuk

mengatasinya. Di samping menilai pemahaman murid, guru perlu menganalisis dan menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya (iaitu, refleksi kendiri), sebaik sahaja sesuatu pengajaran tamat.

11

Anda mungkin juga menyukai