Anda di halaman 1dari 2

Penulisan jurnal (Minggu 3) 1) Masalah Pada minggu ketiga saya di Sekolah Kebangsaan Pauh Sembilan, saya masih menghadapi

masalah untuk bermesra dengan murid-murid. Saya menghadapi masalah ini kerana saya lebih menekankan diri supaya bersikap tegas dengan murid-murid agar mereka mendengar kata dan tidak membuat bising di dalam bengkel. Selain itu, masa 2 kali seminggu untuk sebuah kelas menyebabkan masa untuk saya bermesra dan mengenali murid-murid dengan lebih mendalam menjadi terhad. 2) Analisis Masalah ini timbul kerana saya masih lagi belum berpengalaman untuk mengendalikan kelas dengan cara yang betul. Saya memerlukan lebih pengalaman serta masa agar saya dapat memastikan cara pengajaran yang bagaimana membuatkan saya lebih mesra dan mengenali murid-murid. Di samping itu, saya bersikap tegas kerana tidak inginkan murid-murid bising dan membuat masalah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. 3) Cadangan Penambahbaikan

a) Saya seharusnya bersikap seimbang dari segi fizikal dan mental agar muridmurid merasa selesa untuk belajar. b) Saya patut merujuk kepada guru-guru di sekolah bagaimana ingin mengambil hati murid-murid dan bersikap bagaimana di dalam bilik darjah. c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

4) Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Hubungan guru dan murid-murid yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu murid-murid tidak selesa dengan guru dan segala pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai sepenuhnya. 5) Penilaian kejayaan Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada rakan sebaya. Selain itu, saya juga boleh menilai kejayaan saya dengan melihat perubahan pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas berdasarkan peningkatan tahap prestasi murid-murid. 6) Tindakan Susulan Saya perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan murid-murid dan bersikap lembut dengan murid-murid agar masalah seperti ini tidak berlaku lagi. Jadi saya perlu bersedia dengan pelbagai kemugkinan bagi mengelakkan masalah ini berlanjutan. Selain itu, saya perlu tahu asal usul murid-murid saya dan mengingati nama mereka agar mereka merasa lebih dihargai oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai