Anda di halaman 1dari 5

3.

PERKEMBANGAN DAN PENGUASAAN BAHASA

3.2.0

Pengenalan

Perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak bermula dari tangisan dan jeritan-jeritannya bagi menyatakan perasaan dan keperluannya. Kemudian kanak-kanak itu membentuk bahasanya sendiri seperti merengek dan membebel untuk menyatakan perasaannya. Apabila umur kanak-kanak itu meningkat, baharulah ia mula menguasai bahasanya melalui beberapa peringkat dan pengalaman. 3.2.1 Tahap perkembangan bahasa Peringkat perkembangan dan tahap penguasaan bahasa kanak-kanak adalah seperti berikut: Umur (Bulan) Tahap Penguasaan Bahasa 0 Tangisan, dengusan dan bunyi-bunyi yang berkaitan dengan pernafasan 1 Membuat bunyi-bunyi yang berbeza bagi menunjukkan lapar, sakit dan kurang selesa / senang 1 hingga 2 Membuat bunyi-bunyi vokal ah, uh dan uy 2 hingga 4 Memandang ke arah bunyi suara manusia 3 hingga 4 Mula mengagah 4 hingga 6 Membuat bunyi ma, mu, do, nah bersendirian 5 hingga 6 Membuat bunyi yang berbeza bagi menunjukkan senang dan tidak senang 6 hingga 7 Berhenti bersuara (senyap) apabila terdengan olehnya suara orang yang biasa dengannya 7 hingga 9 Mengulang-ulang bunyi gabungan seperti nama, bubu, dada dsbnya 9 hingga 12 Memahami gerak badan / tangan / menggoyangkan tangan apabila disebut ta......ta, bye ......bye dsbnya 12 hingga 18 Meniru-niru sukukata dan perkataan yang mudah dan boleh memberi arahan yang senang-senang Menyebut dua perkataan yang berbeza Menyebut tiga perkataan yang berbeza 18 hingga 20 Faham dan boleh respon terhadap tegahan, arahan dan permintaan 20 hingga 24 Boleh menamakan objek-objek dalam gambar Boleh menggabungkan beberapa perkataan menjadi rangkaikata Dapat mengenali objek-objek di dalam gambar Boleh menggunakan rangkaikata dan ayat yang senang-senang

3.2.2 Teori-teori pemerolehan bahasa Sebagai seorang guru, adalah penting bagi anda mengetahui bagaimana bahasa diperoleh. Di sini kita akan membincangkan tiga teori utama iaitu Teori Behavioris atau Mekanis, Teori Mentalis atau Innatis, dan Teori Kognitif. 3.2.2.1 Teori Behavioris Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu; Rangsangan tindak balas

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya. 3.2.2.2 Teori Mentalis Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device). Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. ii. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama; proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );

iii. iv.

proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut; i. ii. iii. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa; bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

3.2.2.3 Teori Kognitif Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.

3.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan penguasaan bahasa i. Persekitaran Lingkungan dimana seseorang kanak-kanak itu berada dalam masyarakat serta suasana sekelilingnya membantu pencapaian bahasa sesorang itu. Faktor kedudukan sosio ekonomi, perhubungan di dalam keluarga serta kehidupan rumahtangga juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Pengalaman Pengalaman adalah asas kepada pembelajaran dan merangkumi beberapa perkara yang dibuat, dilihat, disebut, dirasa, dsbnya.

ii.

iii.

Dorongan dan motivasi D.N.Larson dan W.A.Smalley (1972) menegaskan bahawa faktor-faktor motivasi dan dorongan yang penting sebagai penggerak ke arah penguasaan bahasa. Faktor-faktor ini menggalak serta memberikan pengalaman yang baik ke arah penguasaan yang sempurna dan baik dari segi kualiti dan kuantiti.

iv.

Jantina dan baka McCarthy (1954) dan Prof. Atan Long (1972), berpendapat bahawa kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Pertuturan kanakkanak perempuan lebih awal dapat difahami, perbendaharaan kata mereka sentiasa lebih berbanding dengan kanak-kanak lelaki.

v.

Kecerdasan dan paikomotor Hasil-hasil penyelidikan mendapati bahawa kecerdasan dan tahap upaya psikomotor seseorang mempunyai hubungan yang rapat dengan kebolehan berbahasa. Terman (1925) dalam kajiannya mendapati kanak-kanak cerdas lebih awal bercakap berbanding dengan kanak-kanak yang terencat akal.

vi.

Pengamatan Pengamatan adalah merupakan proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan jitu. Gangguan atau masalah yang dialami oleh seseorang dalam penglihatan dan pendengaran boleh menjejaskan pengamatan dari aspek mengingat kembali, mendiskriminasi, memahami konsep dan lain-lain kemahiran pemgamatan.

Latihan 1

Sediakan dalam bentuk peta minda teori-teori pemerolehan bahasa.

Latihan 2 Jelaskan faktor-faktor penguasaan bahasa yang mempengaruhi perkembangan dan

Anda mungkin juga menyukai