Anda di halaman 1dari 3

Minggu 6

FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan dan menyeluruh untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dengan berlandaskan kepada kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan. Ini adalah penting bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berkeperibadian luhur, amanah dan mempunyai daya tahan yang tinggi dalam mendepani cabaran masa hadapan serta dapat menyumbang daya usaha dan tenaga secara holistik untuk membangunkan masyarakat, bangsa, agama dan negara sekaligus membantu negara mencapai

Falsafah pendidikan ini merupakan satu panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Falsafah ini menyentuh semua aspek secara menyeluruh bermulalah

daripada diri individu itu sendiri hinggalah kepada peranan masyarakat dalam membantu meningkatkan sistem pendidikan di negara ini dengan lebih berkesan lagi. Dengan adanya Falsafah Pendidikan (FP) ini, negara sebenarnya

menganjakkan diri ke kedudukan yang terkehadapan dengan menyatakan secara jelas prinsip dan nilai asas yang membentuk sistem pendidikan di Malaysia ini daripada peringkat yang paling rendah sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. Tujuan pendidikan yang dinyatakan di dalam FP ini sangat jelas, yakni untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek

Minggu 6

dan sosial dengan berlandaskan kepada kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan. Kita tidak ingin melahirkan pelajar yang cerdik dan bijak tetapi tidak mempunyai peribadi yang mulia. Kita juga tidak ingin menghasilkan pelajar yang sihat tubuh badannya tetapi tidak sihat emosinya. Begitu juga dengan elemen-elemen lain yang terkandung dalam FP ini. Ini bermakna, kelima-lima elemen ini perlu ada bagi

melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak. Jika salah satu daripada elemen ini tertinggal, maka, usaha untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari sudut kelima-lima aspek ini boleh dianggap sebagai gagal. Satu konsep asas yang terkandung dalam FP ini ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu untuk membangunkan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu hal atau perkara, bahkan ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. Satu lagi prinsip yang terkandung dalam FP ini ialah tentang nilai. Nilai-nilai yang baik mampu membentuk diri manusia menjadi insan yang mempunyai peribadi yang luhur dan disenangi oleh masyarakat. Keadaan inilah yang akan mewujudkan persefahaman semua kaum yang ada di negara ini. Inilah yang kita katakan sebagai kesatuan di dalam kepelbagaian. Selain itu, daya tahan dalam menghadapi cabaran masa hadapan juga ada ditekankan dalam FP ini. Daya tahan ini amat penting agar individu mampu memandu dirinya dalam mengharungi kehidupan yang makin hari makin mencabar ini. Justeru, di sinilah guru memainkan peranan mereka sebagai pendidik. Guru seharusnya sedar akan kepentingan kelima-lima elemen yang terdapat dalam FP ini. Di samping itu, mereka juga seharusnya memahami dengan lebih mendalam bahawa tugas dan peranan mereka bukan sahaja sebagai penyampai ilmu malah

Minggu 6

sebagai satu pemangkin perubahan kepada pelajar-pelajarnya untuk melakukan anjakan paradigma yang lebih baik lagi di masa mendatang. Kesemua prinsip-prinsip yang ada dalam FP ini memenuhi kehendak pelajar dan masyarakat. Semua warganegara di seru untuk memberikan khidmat bakti

mereka kepada negara agar matlamat Wawasan 2020 dapat dicapai. Ini kerana, jika matlamat ini berjaya, ia merupakan satu penanda aras bagi sistem pendidikan di Malaysia ini. Tidak ada apa yang boleh membangunkan sesuatu peradaban itu jika bukan kerana sistem pendidikan itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai