Anda di halaman 1dari 3

SK.

SUNGAI DULANG DALAM

2012

SK. SUNGAI DULANG DALAM

2012

PIAGAM SEKOLAH
Bahawasanya kami, warga Sekolah Kebangsaan Sungai Dulang Dalam berikrar akan sentiasa berusaha dan bersedia menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan bermutu terhadap pelanggan kami. Pihak kami akan berusaha menepati: A. Pentadbiran i. Memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada JPN, PPD, anak didik, ibu bapa dan agensi-agensi luar serta memberi layanan dengan mesra. ii. Menerima teguran, aduan dan pandangan yang membina demi kepentingan pendidikan anak didik sekolah dalam suasana pemuafakatan. B. Kurikulum i. Melaksanakan asas penguasaan 3M yang kukuh kepada setiap anak didik. ii. Berusaha meningkatkan pencapaian akademik dari aspek kualiti juga kuantiti dari semasa ke semasa. iii. Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membentuk akhlak dan sahsiah yang mulia. iv. Menyediakan prasarana bilik darjah yang lengkap agar proses P & P dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan. v. Melaksanakan pengajaran berkualiti untuk pembinaan modal insan cemerlang.

C. Hal Ehwal Murid i. Melaksanakan pelbagai program terhadap kebajikan anak didik. ii. Membentuk akhlak dan sahsiah ke arah peningkatan disiplin dan nilai-nilai

SK. SUNGAI DULANG DALAM

2012

positif dalam kalangan anak didik. iii. Menyediakan persekitaran yang kondusif serta suasana yang ceria dan harmoni di sekolah bagi mencapai matlamat ponteng sifar . iv. Menyedia dan memastikan suasana selamat di sekolah dengan peraturanperaturan yang di tetapkan.

D. Ko-Kurikulum i. Membentuk anak didik menjadi insan yang cergas dan murni dari segi emosi, fizikal dan mental melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum. ii. Memupuk semangat kepimpinan di kalangan anak didik dengan menyertai pelbagai persatuan, badan beruniform, permainan dan sukan. iii. Melahirkan insan yang bersikap positif dan bekerjasama bagi mencapai sesuatu kejayaaan.

Anda mungkin juga menyukai