Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

Tarikh Hari Masa Tahun Umur Mata Pelajaran Bilangan Murid Tema Tajuk

: 20 April 2012 : Khamis : 8.15 pagi 9.15 pagi : 4 Bestari : 10 Tahun : Bahasa Melayu : 24 orang : Lestari Alam : Bumi Tercemar

Hasil Pembelajaran Fokus Utama: 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat, dan tersusun. Aras 3: (i) Memberikan respons tentang sesuatu isu yang dibincangkan dengan mengemukakan alasan yang sesuai.

Fokus Sampingan: 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras 2: (i) Membina ayat majmuk daripada dua atau lebih ayat tunggal yang diberikan.

Objektif Pelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: i. memberikan respons tentang pencemaran alam sekitar dengan mengemukakan alasan yang sesuai. ii. iii. Membina ayat majmuk daripada dua atau lebih ayat tunggal. mengenal pasti kata majmuk.

Sistem Bahasa i. ii. Tatabahasa: kata majmuk, ayat majmuk Sebutan dan intonasi: membaca dengan sebutan dan intonasi yang sesuai

Pengisian Kurikulum i. ii. iii. Ilmu: Bahasa Melayu, Geografi Nilai: Bekerjasama, bersyukur Kemahiran Bernilai Tambah: a) Kemahiran Berfikir: Membuat perbezaan, menjana idea b) Belajar Cara Belajar: Mencatat nota c) Kecerdasan Pelbagai: interpersonal, kinestetik, intrapersonal

Bahan Sumber Pengajaran Pembelajaran i. ii. iii. iv. v. vi. Petikan teks pencemaran Soalan kuiz Gambar Tayangan video Tabiat 'Tak-Pa' Bumi Binasa Lembaran kerja Slaid power point

Pengetahuan Sedia Ada 1. 2. Murid dapat menceritakan jenis pencemaran yang berlaku. Murid telah mempelajari ayat tunggal.

Langkah Masa Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Induksi set (5 minit)

i. Kandungan video: i. jenis pencemaran - pencemaran air - pencemaran darat - pencemaran udara

1. Guru menunjukkan tayangan video. 2. Murid memerhati serta mencatat

BBM: Tayangan video Tabiat 'Tak-Pa' Bumi Binasa

ii. Soalan: a. "Apakah bentuk pencemaran yang terdapat dalam video ini?". b. "Cuba ceritakan keadaan alam sekitar yang anda lihat dalam video tersebut? c. "Kamu suka alam sekitar yang bagaimana?"

kandungan tayangan. 3. Guru berbincang dan bersoal jawab mengenai pencemaran. 4. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran.

Teknik: Soal jawab Perbincangan Penerangan

Kemahiran berfikir: Berfikir secara kreatif dan kritis

Belajar Cara Belajar: Mencatat nota

iii. Tajuk: Pencemaran Kecerdasan Pelbagai: Kinestetik Langkah 1 (20 minit) i. Gambar - pencemaran sungai - alam sekitar yang ceria dan cantik 1. Guru menampalkan dua gambar pada papan putih. 2. Murid diberi ii. tajuk perbincangan - punca-punca masa untuk berfikir dan Teknik: Perbincangan Penerangan BBM: Gambar Soalan kuiz

pencemaran - kesan-kesan pencemaran langkah-langkah

menyatakan pendapat masingmasing. 3. Guru

Soal jawab

Kemahiran Berfikir: Membuat perbezaan Menjana idea

mengatasi pencemaran membahagikan murid kepada tiga iii. Soalan kuiz kumpulan. 4. Guru meminta murid-murid berbincang berdasarkan tajuk yang diberi. 5. Murid diminta membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan. 6. Guru memberi penerangan dan membimbing murid ke arah mendapat jawapan. 7. Murid diminta menjawab soalan kuiz mengenai pencemaran alam sekitar.

Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal intrapersonal

Langkah 2 (15 minit)

i. Isi penting dalam petikan - punca pencemaran - kesan pencemaran - langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran

1. Guru mengedarkan petikan kepada murid-murid. 2. Murid diminta membaca dan memahami petikan tersebut.

BBM petikan lembaran kerja

Teknik Penerangan Perbincangan Soal jawab

ii. Contoh ayat majmuk dalam petikan: - Banjir kilat dan tanah runtuh berlaku di mana-mana. - Harta benda musnah dan nyawa turut terkorban. - Marilah kita berganding bahu untuk sama-sama menjadikan alam ini bersih dan selamat didiami. - Kita terpaksa berbelanja besar untuk membersihkan air sebelum dibekalkan kepada orang ramai.

3. Murid diminta mencari ayat majmuk dalam petikan dan mencatatnya dalam peta minta. 4. Murid diminta membina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal yang diberi dalam lembaran kerja. KBT Pembelajaran Kontekstual Konstruktivisme Kecerdasan Pelbagai intrapersonal Kemahiran Berfikir Membuat perbezaan

iii. lembaran kerja

Langkah 3 (15 minit)

i. Konsep kata majmuk: 1.Kata majmuk ialah bentuk kata yang terhasil apabila dua atau lebih kata dasar digabungkan untuk membentuk kata baru yang membawa maksud tertentu. 2.Kata majmuk dieja terpisah misalnya, kaca mata. 3. Terdapat beberapa kata majmuk yang dieja tercantum. Kecualian ini adalah berdasarkan faktor kelaziman penggunaannya. Bentuk-bentuk kata majmuk ini dianggap telah mantap. Contoh : antarabangsa, beritahu, bumiputera. ii. slaid power point iii. lembaran kerja

1. Guru menerangkan konsep kata majmuk. 2. Murid dikehendaki menjawab soalan kata majmuk dalam slaid power point. 3.Murid dikehendaki membina ayat berdasarkan kata majmuk yang diberi dalam bentuk lembaran kerja.

BBM Lembaran kerja Slaid power point

Sistem bahasa Kata majmuk

Penutup (5 minit)

Rumusan isi i. Pencemaran ii. Nilai-nilai murni : Bersyukur dapat hidup dalam alam sekitar yang bersih dan ceria. Berkerjasama berganding bahu untuk memelihara alam sekitar

1. Guru merumuskan pelajaran secara sumbang saran dengan murid. 2. Guru dan murid berbincang tentang nilai murni yang dapat dipelajari. 3. Guru memberi peneguhan kepada murid.

Teknik Soal jawab Perbincangan

Kemahiran Berfikir Berfikir dengan kreatif dan kritis

Nilai Bersyukur Bekerjasama

LAMPIRAN Selamat pagi saya ucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar, Yang saya hormati guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Manusia Menjadi Perosok Muka Bumi. Tuan-tuan dan puan-puan, Memang telah terbukti bahawa aktiviti negatif yang berlaku di muka bumi berpunca daripada angkara manusia. Manusia mengejar pembangunan. Akibatnya, hutan dimusnahkan. Segelintir manusia meneroka tanah sewenang-wenangnya. Hadirin sekalian, Bencana alam sering terjadi. Banjir kilat dan tanah runtuh berlaku di manamana. Harta benda musnah dan nyawa turut terkorban. Sungai yang bersih pula telah dikotori. Kita terpaksa berbelanja besar untuk membersihkan air sebelum dibekalkan kepada orang ramai. Tuan puan yang prihatin, Tanamkanlah kesedaran dalam diri untuk menjaga bumi kita. Rancangan kerajaan untuk mengadakan lebih banyak tempat pelupusan sampah perlu kita sokong. Marilah kita berganding bahu untuk sama-sama menjadikan alam ini bersih dan selamat didiami. Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai