Anda di halaman 1dari 19

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

3.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PANITIA


3.1 STRUKTUR ORGANISASI PANITIA

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

3.2 PERANAN / FUNGSI / FALSAFAH / MISI / VISI / MATLAMAT / OBJEKTIF PANITIA 3.2.1 FUNGSI PANITIA 1. Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran terkini. 2. Menyedia dan menyelaraskan rancangan pelajaran. 3. Memilih dan mencadangkan buku teks dan buku kerja jika perlu kepada pihak jawatankuasa kurikulum. 4. Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitia mata pelajaran dan pusat sumber sekolah. 5. Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran. 6. Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik. 7. Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisa keputusan peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid. 8. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran yang berkaitan dengan proses P & P. 9. Menyedia dan memperolehi bahan bantu mengajar. 10. Merancang program khas murid bermasalah 3M. 11. Menyedia dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi. 2

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

12. Memastikan bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. 13. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum. 14. Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan. 15. Mengurus dan menyemak buku stok. 16. Memastikan fail-fail panitia berada dalam keadaan kemaskini.

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

3.2.2 MISI PANITIA Berazam untuk menyediakan pelajar SMK Benut dengan aspek-aspek teknikal dan mengenalpasti diri pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan warganegara yang cergas, berdisiplin dan berilmu. 3.2.3 VISI PANITIA Panitia EA/PA/PD unggul pada tahun 2013. 3.2.4 MATLAMAT Melahirkan individu yang berkebolehan menggunakan ilmu dalam bidang teknikal supaya ia dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan penuh tanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan. 3.2.5 OBJEKTIF PANITIA 1) Meningkatkan peratus kelulusan SPM dan STPM daripada segi kualiti dan kuantiti. 2) Mempertingkatkan daya kreativiti, inovasi serta kemahiran berfikir pelajar cemerlang dalam bidang pendidikan khasnya dan kejayaan sekolah amnya. 3) Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam bidang ko-kurikulum serta mewujudkan pertandingan-pertandingan pada semua peringkat. 4) Sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar supaya bersikap positif, bersemangat serta mempunyai sahsiah serta akhlak yang mulia.

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

5) Mendorong pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran teknikal dalam kehidupan seharian secara berkesan dan bertanggungjawab. 3.3 PERANAN / TUGAS KETUA GURU PANITIA DAN GURU KANAN PANITIA 3.3.1 PERANAN KETUA PANITIA 1. Melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran (P & P) Mengajar mengikut opsyen Guru contoh 2. Pemimpin dan pengurusan kurikulum Merancang, melaksanakan, menyelia dan menilai P&P. Mengurus dan menggerakkan panitia. Mematuhi SP. Melaksanakan HSP. Agen perubahan / inovasi. Merancang, menyedia dan memastikan penggunaan bahan. Mengurus jadual waktu. Mengurus bilik-bilik khas.

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

Melaksanakan pemantauan. Merancang dan melaksanakan penilaian. Analisa peperiksaan. Tindakan susulan (pemulihan dan penggayaan). 3. Kemajuan staf Membuat analisa keperluan Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman. Menilai program. Memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel dan kursus. 4. Penyediaan bahan Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan belajar. Koleksi Pusat Sumber Sekolah.

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

3.3.2 TUGAS GURU KANAN PANITIA 1. Ketua panitia secara automatik menjadi AJK kurikulum sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam AJK tersebut dan sebagai perhubungan di antara ahli-ahli panitia dengan Pengetua Sekolah. 2. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran mengikut takwim sekolah perjumpaan ad-hoc apabila perlu. 3. Mengemukakan keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia dalam perjumpaanya berhubungan dengan isu-isu atau masalah kurikulum atau pengajaran kepada pengetua sama ada untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah aatau isu-isu tersebut. 4. Memperolehi sukatan pelajaran yang baru atau yang dikemaskini untuk kegunaan ahliahli panitia. 5. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang atau

berkaitan seperti masalah yang berhubung dengan kaedah pengajaran, mencari penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut. 6. Mengatur perjumpaan dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan untuk bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran.

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

7. Melantik setiausaha dikalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat atau laporan kewangan, surat menyurat dan rekod-rekod berkaitan. 8. Dengan bantuan setiausaha, menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan kewangan, surat menyurat dan rekod-rekod berkaitan. 9. Menyampaikan laporan prestasi mata pelajaran kepada pengetua, setiausaha, AJK Kurikulum Sekolah dan Ketua Jabatan, laporan itu hendaklah mengandungi: i. ii. Laporan prestasi mata pelajaran Analisis matapelajaran dalam sesuatu tingkatan.

10. Melantik seorang guru mata pelajaran dalam sesuatu panitia sebagai penyelaras di dalam setiap tingkatan. Guru itu bertanggungjawab kepada Ketua Panitia bagi menguruskan dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan di dalam sesuatu tingkatan. 11. Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan kertas soalan peperiksaan dan memeriksa skrip pelajar-pelajar bagi setiap tingkatan peperiksaan yang diadakan dan menyampaikannya kepada Setiausaha Peperiksaan. 12. Membantu pengetua memeriksa buku rampaian dan latihan mengikut takwim sekolah. 13. Membantu pengetua menjawab tindakikut laporan jemaah Nasir Sekolah-sekolah perseketuan.

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

3.4 PERANAN / TUGAS GURU-GURU PANITIA 1) Mengajar mata pelajaran mengikut jumlah waktu dan kelas yang telah ditetapkan. 2) Mengemaskini pengetahuan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dari segi perubahan sukatan mata pelajaran, nombor kod mata pelajaran dan sebagainya. 3) Mengenalpasti kelemahan-kelemahan pelajar didalam mata pelajaran yang diajar dan berusaha sedaya upaya memperbaiki dan mengatasi masalah mereka. 4) Berhubung rapat dengan pelajar dengan tujuan dan mengenalpasti masalah-masalah mereka dan berusaha sedaya upaya memperbaiki dan mengatasi masalah mereka. 5) Mendapatkan pengetahuan mengenai kemahiran dan menggunakannya pada masa mengajar di dalam bilik darjah.

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

6) Bertanggungjawab menyediakan soalan-soalan peperiksaan, memeriksa buku-buku latihan dan kertas jawapan serta menyenaraikan markah-markah tersebut kepada guru-guru tingkatan yang berkaitan. 7) Bertanggungjawab membantu ketua panitia mata pelajaran bagi mengurus pentadbiran dan keberkesanan hal-hal panitia mata pelajaran.

3.5 MESYUARAT PANITIA Mesyuarat panitia bagi tempoh Januari sehingga Mei 2010 adalah sebanyak sekali iaitu pada 2 Januari 2010. Mesyuarat ini berlangsung pada pukul 11.00 pagi bertempat di bilik jahitan, SMK Benut. Mesyuarat ini adalah mesyuarat yang pertama kali diadakan dalam tahun tersebut. Mesyuarat yang kedua pula dirancang akan diadakan pada bulan September 2010. Antara agenda yang berlaku sepanjang mesyuarat tersebut ialah ucapan dari pengerusi iaitu pengetua SMK Benut, pembentangan minit mesyuarat panitia yang lepas dan perbincangan tentang perkaraperkara berbangkit yang melibatkan pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara hal-hal yang dibincangkan ialah Rancangan Pelajaran Harian (RPH), Sukatan dan Rancangan Pelajaran (RP), kelas pemulihan dan penggayaan, penilaian dan peperiksaan, program peningkatan akademik dan pemantauan pengajaran dan pembelajaran. Mesyuarat ini 10

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

diadakan pada awal tahun adalah untuk merancang dan menjalankan aktiviti menambah baik program-program akademik yang telah dilaksanakan pada tahun 2009 sama ada boleh diteruskan untuk tahun 2010. Rancangan Pelajaran yang baru juga perlu digubal dan dipinda mengikut kesesuaian takwim sekolah dan sukatan pelajaran yang baru kerana pada tahun 2010 ini, terdapat tambahan subtopik dalam sukatan pelajaran Prinsip Akaun. Antara perkara yang ditekankan dalam mesyuarat kali ini adalah berkenaan dengan sistem pengumpulan markah yang tidak berkesan pada tahun 2009. Justeru, pada tahun 2010 ini, para guru dikehendaki menghantar markah selepas ujian dijalankan dan tidak perlu menunggu sehingga hari terakhir ujian. Mesyuarat juga telah memutuskan bahawa setiap Program peningkatan Akademik yang telah dilaksanakan pada tahun 2009, akan diteruskan untuk tahun 2010. Dari segi pemantauan pengajaran dan pembelajaran pula, Ketua panitia mengingatkan semua guru supaya pemantauan P-P buku latihan pelajar bermula pada minggu pertama pengajaran. Guru juga perlu kerap membuat penandaan buku latihan pelajar dan pastikan buku latihan pelajar hendaklah bersampul. Setiap buku nota dan buku latihan pelajar juga mestilah mengandungi buku log, graf prestasi, huraian sukatan pelajaran dan isi kandungan. Akhir sekali, mesyuarat telah memutuskan bahawa penandaan buku nota dan latihan adalah pada akhir setiap bab sesuatu topik. Hal-hal lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat panitia ini adalah berkenaan headcount yang perlu dibuat oleh setiap guru mata pelajaran. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

11

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

3.6 PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

Bil. 1

Program

Tempoh jangkaan

Tindakan Ketua Panitia

Bulan Penghayatan Mata pelajaran Mei-Jun Teknikal. i. ii. iii. iv. Kuiz Prinsip Perakaunan Kuiz pengguna Pidato Pengguna Penulisan Esei Pengguna

12

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

v.

Seminar Soalan

Teknik

Menjawab

vi. vii. viii. ix. x. xi. 2 3 4

Pertandingan Explorerace Lawatan Sambil Belajar Pertandingan Papan Kenyataan Pertandingan Carta Minda Pertandingan Teka Silang Kata Pertandingan Mencipta Lagu Mac-Okt Feb-Okt Ketua Panitia Ketua Panitia Guru Mata pelajaran

Seminar Teknik Menjawab Soalan Modul Menganggur Berdikari

Gerak Gempur Selepas Percubaan Sept-Okt SPM

tingkatan 5. Seminggu Ketua Panitia

Kursus ICT / Teknik P&P

13

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

3.7 PENYELIAAN / PENCERAPAN Sekolah Menengah Kebangsaan Benut (SMKB) menjalankan penyeliaan / pencerapan adalah sebanyak dua kali setahun. Sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2010 ini, pencerapan telah dilakukan pada 12 Mac 2010 untuk kali yang pertama. Individu yang bertanggungjawab untuk mencerap guru mata pelajaran adalah Guru Kanan Teknik & Vokasional iaitu Puan Asiah Binti Yamin. Guru yang dicerap ialah Encik Abdul Rahman Bin Zainal iaitu satu-satunya guru Prinsip Akaun yang mengajar kelas Tingkatan 4 dan 5. Aspek pertama yang dinilai semasa pencerapan ialah berkaitan penyediaan pengajaran dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ianya termasuklah Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian, Set Induksi, Penyampaian / Perkembangan Pelajaran, Teknik Penyoalan Guru, Penglibatan Murid, Peneguhan, Latihan dan Tugasan, Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid, Penutupan dan Hasil Kerja Murid. Aspek kedua yang dinilai pula ialah dari segi Perwatakan Guru dan juga Pengurusan Kelas.

14

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

Hasil daripada pencerapan yang dilakukan oleh Guru Kanan iaitu Puan Asiah Binti Yamin, Encik Abdul Rahman telah mendapat skor Gemilang dalam taraf pengajaran dan pembelajaran. Antara ulasan yang dikemukakan oleh Puan Asiah ialah pengajaran guru berkesan dan bersesuaian dengan ABM. Guru juga telah lama berpengalaman mengajar Prinsip Akaun. Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut adalah baik dan memuaskan.

3.8 PEPERIKSAAN / UJIAN

Bil. 1. 2. 3.

Peperiksaan / Ujian Ujian Bulanan 1 / Ujian Penilaian & Pencapaian Murid 1 (UPPM1) Ujian Bulanan 2

Tarikh 23hb Feb 2010 4hb April 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun / Ujian Penilaian & Pencapaian 29hb April 2010 Murid 2 (UPPM 2)

4. 5.

Ujian Bulanan 3

16hb Mei 2010

Peperiksaan Akhir Tahun / Ujian Penilaian & Pencapaian Murid 3 14hb Okt 2010 (UPPM 3)

6. 7.

Peperiksaan Percubaan SPM / PMR / UPSR Ujian Diagnostik 1

9hb Sept 2010 15hb Jan 2010 15

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

8. 9.

Gerak Gempur 1 Gerak Gempur 2

8hb Ogos 2010 12hb Okt 2010

3.9 PERUNTUKAN KEWANGAN PANITIA Setiap panitia telah diperuntukkan mengikut sejumlah peruntukan kewangan pada tahun tersebut. Begitu juga dengan panitia Prinsip Akaun yang mendapat peruntukkan sebanyak RM 305.00 untuk tahun 2010. Peruntukan ini dikira berdasarkan jumlah bilangan pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Prinsip Akaun iaitu sebanyak 61 orang pelajar iaitu sebuah kelas untuk tingkatan 4 dan sebuah kelas lagi untuk tingkatan 5. Bagi panitia Prinsip Akaun, peruntukan dikira adalah sebanyak RM5 untuk seorang pelajar. Peruntukan ini digunakan untuk menampung perbelanjaan untuk bahan-bahan bantu mengajar (BBM), program-program akademik dan motivasi seperti seminar SPM dan aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam Bulan Penghayatan. 3.10 PERALATAN DAN KEMUDAHAN PANITIA Panitia Prinsip Akaun telah diberi kemudahan dan peralatan seperti rak untuk penyimpanan bahan-bahan pengajaran dan fail pelajar untuk Prinsip Akaun. Selain itu, kemudahan-kemudahan lain untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti Liquid Crystal Display (LCD) dan Overhead Projector (OHP) juga turut disediakan oleh pihak sekolah bagi melancarkan seisi pengajaran. Panitia Prinsip Akaun juga turut meyediakan buku rujukan dan koleksi soalan (bank soalan) kepada guru-guru Prinsip Akaun bagi memudahkan guru membuat analisis atau rujukan.

16

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

3.11 SISTEM FAIL PANITIA Panitia Prinsip Akaun bergabung dengan panitia Ekonomi Asas dan Perdagangan dibawah nama bidang Teknik dan Vokasional. Sistem fail panitia disusun mengikut setiap mata pelajaran dan mengikut bahagian-bahagian tertentu. Oleh sebab itu, sistem fail panitia Prinsip Akaun adalah bergabung dengan panitia Ekonomi Asas dan Perdagangan. Terdapat sepuluh fail yang disediakan iaitu: 1. Fail Bank Soalan 2. Fail Aktiviti Ko-Kurikulum Akademik 3. Fail Pemeriksaan Buku Rampaian 4. Fail program kecemerlangan 5. Fail Induk Panitia 6. Fail Penyeliaan 7. Fail Sukatan Pelajaran 8. Fail Mesyuarat Panitia 9. Fail Keputusan Ujian & Peperiksaan 17

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

10. Fail Maklumat Guru Mata Pelajaran

3.12 STOK DAN INVENTORI PANITIA Pihak Sekolah telah menyediakan rak-rak yang bersesuaian untuk digunakan oleh setiap guru bagi tujuan penyimpanan maklumat pelajar dan fail-fail panitia. Antara stok-stok yang biasanya disimpan oleh panitia Prinsip Akaun ialah maklumat akademik pelajar dan bank soalan mata pelajaran Prinsip Akaun. Selain itu, antara stok- stok lain yang disimpan ialah maklumat guru. Panitia Prinsip Akaun tidak memiliki stok dan inventori yang pelbagai kerana mata pelajaran Prinsip Akaun tidak menggunakan pelbagai peralatan seperti mata pelajaran Pendidikan Seni atau Kemahiran Hidup 3.13 PRESTASI PANITIA Berdasarkan graf peratus kelulusan mata pelajaran Prinsip Akaun 2005 sehingga 2009, graf menunjukkan bahawa pada tahun 2005, peratus kelulusan adalah sebanyak 80 peratus. Namun begitu, pada tahun 2006, peratus kelulusan menurun kepada 55 peratus. Oleh kerana peratus kelulusan yang menurun dengan kadar yang agak tinggi, pelbagai langkah telah dilakukan oleh Panitia Prinsip Akaun bagi meningkatkan peratus kelulusan bagi tahun-tahun seterusnya. Antara program yang dijalankan ialah seperti Modul Menganggur Berdikari dan kelas tambahan. Hasilnya, peratus kelulusan telah meningkat sedikit demi sedikit setiap tahun hinggalah pada tahun 2009, peratus kelulusan bagi peperiksaan SPM sebenar telah mencapai 100 peratus.

18

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 2010

Selain itu, Panitia Prinsip Akaun juga telah mendapat anugerah dari pihak sekolah kerana telah mencapai peningkatan yang tinggi dalam mata pelajaran Prinsip Akaun bagi tahun 2007 hingga 2009. Panitia Prinsip Akaun juga telah menjadi johan Daerah (kemudian ke negeri) pada tahun 2007 dan 2009 bagi Kajian Tindakan.

19

Anda mungkin juga menyukai