Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERPISAHAN

Terima kasih tuan pengerusi majlis,

yang berusaha puan pengetua, guru-guru penolong kanan, guru-guru rakan seperjuangan dan pelajar-
pelajar yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah
memberi saya peluang untuk berucap dalam majlis ini.

Warga smas yang dirahmati,

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup
pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan. Dalam
dunia pekerjaaan, sejak menjadi guru dari tahun 2013 pelbagai cerita suka duk telah dilalui. Barangkali
bagi guru-guru, perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Namun realitinya, setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja
kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkannya.

Sepanjang saya berkhidmat di sini selama 9 tahun iaitu bermula dari tahun 2013 sehingga ke saat ini
saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih sayang yang telah diberikan oleh semua
guru, kakitangan serta pelajar di sekolah ini. Segala kenangan pahit manis kita bersama dalam
menjalankan tanggungjawab dan tugas akan sentiasa saya sematkan di dalam hati. Kenangan dan
pengalaman bersama akan sentiasa subur dalam ingatan saya selagi hayat di kandung badan.

Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan
pentadbir yang telah sama-sama memberi tunjuk ajar, ihsan serta semangat dan sokongan padu kepada
saya dalam mengurus dan mentadbir segala urusan di sekolah ini lebih-lebih lagi ketika saya dalam
tempoh yang sangat sukar dan mencabar apabila anak kesayangan diuji dengan masalah kesihatan
baru-baru ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan yang terluang ini, menyusun sepuluh jari memohon maaf
kepada seluruh warga SMAS khususnya rakan-rakan guru yang telah sama-sama mencurah bakti untuk
anak bangsa yang kita cintai. Saya memohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah
dikongsi bersama sepanjang saya bersama dengan raka-rakan sekalian.

Sudah adat bertemu, Tentu ada perpisahannya,


Sudah adat berjumpa, Tentu ada nokhtah perhentiannya
Kalau diturutkan hati Tentu tak mahu melepaskan sekolah ini untuk pergi ,
Tapi apakan daya….. Sudah tersurat dari ilahi Pertemuan kita hanya setakat ini…
Semoga Hubungan sillaturahim yang telah terjalin akan terus kekal abadi. Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai