Anda di halaman 1dari 21

Soalan Bahagian B: Bab 1 dan Bab 2 T5 (Koleksi soalan SPM sebenar)

Soalan 7 (a) Tahun 2005 a) Mengapakah imperialis Barat menjajah negara-negara di Asia Tengggara antara abad ke-15 hingga awal abad ke-20?[10 markah] Jawapan F1kekayaan bahan mentah [1m] H1aAsia Tenggara sememangnya kaya dengan bahan mentah berserta juga dengan mempunyai tanah yang subur yang sesuai dengan pelbagai tanaman.[1m] H1bPihak barat memerlukan bahan mentah ini dalam revolusi Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah.[1m] H1cBijih timah yang banyak terdapat di Tanah Melayu manakala getah sangat sesuai ditanam di Tanah Melayu,Filipina,dan Indonesia.[1m] H1dGetah asli sangat diperlukan oleh kilang-kilang tayar untuk kegunaan kereta dan kapal terbang[1m] F2Revolusi Perindustrian [1m] H2aRevolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mengubah corak dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat di Timur.[1m] H2bPada kurun ke-15 dan 16,imperialisme kuasa Barat seperti Portugal,Sepanyol dan Belanda bertujuan untuk mendapatkan barang dagangan mewah seperti the dan rempah.[1m] H2cSejak kurun ke-17,berlaku kepesatan sector perindustrian dalam kalangan negara-negara Eropah telah membolehkan pengeluaran hasil pengeluaran kilang yang pelbagai secara besarbesaran dan berterusan.[1m] F3Sistem pengangkutan dan perhubungan[1m] H3aPenggunaan kapal wap membolehkan banyak muatan dibawa dan mempercepat perjalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan mentah antara Timur dan Barat.[1m] H3bPada tahun 1896,pembukaan terusan Suez telah memendekkan jarak antara Timur dan Barat kerana tidak perlu melalui banua Afrika.[1m] H3cPembukaan terusan Suez dan penggunaan kapal wap membolehkan kos dijimatkan dan perjalanan lebih selamat.[1m] H3dPerhubungan antara Timur dan Barat telah mencipta era baru setelah penciptaan telegraf[1m] H3eArahan oleh kuasa-kuasa imperialis Barat kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dapat diberi dengan lebih cepat dan berkesan.[1m] H3fManakala ahli-ahli perniagaan di Barat pula dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur[1m] H3gPerdagangan antarabangsa dapat berkembang dengan lebih pesat kerana urusan perniagaan dapat berjalan lancar. F4Persaingan kuasa barat[1m] H4aDasar imperialisme barat adalah alat yang digunakan untuk mencapai cita-cita politik Barat demi untuk menjamin kepentingan nasional,khususnya kekuatan strategik dan imej negara yang terlibat.[1m] H4bImperialisme adalah aktiviti untuk meningkatkan imej dan kemegahan negara.[1m] H4cJika semakin banyak tanah jajahan diperoleh,maka semakin dipandang tinggi dan dihormati.[1m] H4dIni menyebabkan negara-negara Barat berlumba-lumba untuk menjadi kuasa besar[1m] H4eKewujudan sesebuah kuasa besar sering dikaitkan dengan keluasan tanah jajahan yang dimiliki[1m]

H4fBritish berusaha untuk mengambil keempat-empat Negeri-Negeri Melayu Utara atas dasar kebimbangan terhadap pengaruh kuasa-kuasa lain seperti Perancis;Jerman dan Itali. H4gManakala di Burma pula British sanggup menghadapi tiga siri peperangan dengan rakyat Burma iaitu Perang Inggeris Burma pertama,kedua,dan ketiga kerana kebimbangan terhadap pengaruh Perancis. F5Beban Orang Putih[1m] H5a British dan Amerika Syarikat selalu menggunakan slogan Beban Orang Putih dalam menjalankan imperialisme mereka.[1m] H5bKedua-dua kuasa ini selalu berasa diri mereka lebih maju dan bertamadun jadi adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mentamadunkan orang lain.[1m] H5cTerutamanya orang-orang di Timur,mereka bertanggungjawab untuk memimpin dan membawa kea rah kehidupan yang sejahtera.[1m] H5dManakal orang Perancis pula berpegang kepada slogan menyebarkan tamadunyang bermaksud menjadi tugas bangsa Perancis untuk mentamadunkan orang-orang Timur[1m] H5eMubaligh Kristian juga berpendapat adalah menjadi tugas mereka menyebarkan agama Kristian kepada penduduk setempat yang dijajah mereka[1m] [Maksimum:10 markah]

SOLAN KERTAS 3 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA (KELAS 5 A/T)
TEMA /TAJUK :10.2 Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
Soalan :Penjajahan British di Tanah Melayu telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan. Pada pendapat anda mengapakah semangat patriotisme menjadi tonggak dalam mengekalkan kedaulatan negara.? Peringatan Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah

Format Pengenalan

Aspek Memahami latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehimgga Perang Dunia Kedua

Isi dan Huraian

Memahami sebabsebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British

Perincian 1 Pengenalan Jelaskan latar belakang nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. 2 Sebab-sebab penentangan Bincangkan sebabsebab penentangan masyarakat terhadap British di tanah Melayu.

Markah Penuh 5 markah

30 markah

Menganalisis peristiwa

15 markah

penentangan pemimpin tempatan

3 Peristiwa penentangan pemimpin tempatan Terangkan peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British di (a) Naning (b) Kelantan 15 markah 4 Semangat patriotisme mampu mengekalkan kedaulatan negara Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara? 10 markah

Mengaplikasi kepentingan semangat patriotisme dalam mengekalkan kedaulatan negara.

Menilai kejayaan Malaysia dalam pelbagai aspek. 5 Kemakmuran negara hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Pada pendapat anda,apakah kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Mencipta/menjana idea dalam usaha mengekalkan keamanan dan kemakmuran Malaysia.

10 markah

6 Cabaran dan langkah mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. (a) Jelaskan cabaran

yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara[5 markah] (b) Nyatakan langkahMenghayati nilai-nilai langkah untuk 10 markah murni/iktibar/patriotism mengatasi cabaran di dalam usaha atas.[5 markah] mengekalkan kedaulatan negara. 7 Nilai-nilai murni /iktibar/patriotism daripada usaha mengekalkan kedaulatan negara Nyatakan nilai-nilai murni yang perlu ada pada setiap warganegara Malaysia dalam usaha mengekalkan kedulatan negara. Kesimpulan Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan 8 Rumusan Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada diri,bangsa dan negara Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang. 5 mark

Cadangan Peraturan Pemarkahan (Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang dunia Kedua) 1. Pengenalan/Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah.

Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20 Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja Lela/Rentap /Mat Salleh. [7x1m][Maksimum:5 markah] 2. Sebab-sebab penentangan Dasar penaklukan British Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar penaklukan Britishdi daerah mereka. Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya. Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti. Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan. Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan ...British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai.

Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai. Campurtangan British dalam adat resam tempatan Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan . Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan. Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka. Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut. .Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya. Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial. Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa. Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dlam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British. Kesulitan penduduk tempatan Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British. yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British. [29x1m][Maksimum:30 markah]

3. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan a) Naning Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881 -1833 merupakan penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu. Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan British.

Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya kepada Melaka sebagai ufti. Pada tahun 1831,British menghantar pasukan tenteranya untuk menakluki Naning. Dol Said menentang pasukan british. Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali daripada Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan Rechat/DatoKelana Sungai Ujong/Penghulu Gemencheh. Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang berjumlah 150 orang di bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh,daerah Naning. Pada akhir tahun 1832,British dengan tentera seramai 1200 orang menyerang Naning. Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak. Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said. Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana. b) Kelantan Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut. Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih pada tahun 1910 apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British. British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan. Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak enggan membayar cukai. Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih yang telah mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu Adam,Haji Said,Che Ishak,dan rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya menawannya. Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai Raja,Tok Janggut sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai pegawai daerah. Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa masuk pasukan tentera dari negeri selat bersama kapal perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat. Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Saring. Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih moden berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas. Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

[23x1 m][Maksimum:15 markah] 4. Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara ...Mempunyai semangat setia negara yang tinggi Sanggup berkorban untuk bangsa Mempunyai sifat kerjasama. Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna. Menguasai pelbagai kemahiran. Mengekalkan perpaduan kaum. Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia. Menguasai kepakaran sains dan teknologi. Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar. Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative. Menjaga keamanan negara. Patuh pada ajaran agama. Hormat-menghormati sesame individu [16x1m][Maksimum:15 markah] 5. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum Membina Menara Berkembar Petronas Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) program Angkasawan Negara. Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) Pelaksanaan K-ekonomi. Sistem perbankan elektronik Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail. Pembinaan Jambatan Pulau Pinang Pembinaan Menara Kuala Lumpur. Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak. [13x1m][Maksimum 10 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 6. (a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara . Mengukuhkan perpaduan kaum Pelbagai bahasa

Pelbagai budaya Pelbagai kepercayaan/agama Pelbagai fahaman politik Pendudukan yang berbeza Polarisasi kaum Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi Merapatkan jurang perbezaan pendidikan Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja Mudah terpengaruh dengan anasir luar [12x1m][Maksimum:5 markah] (b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah Menjayakan konsep 1 Malaysia. Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Pengamalan Prinsip Rukun Negara. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pelaksanaan Dasar Pendidikan kebangsaan Penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) Konsep Rumah Terbuka setiap musim perayaan. Program latihan Khidmat Negara(PLKN) Pengagihan ekonomi secara seimbang [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 7. Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara. Cinta akan negara. Kerjasama antara pelbagai kaum. Bertolak ansur. Kebijaksanaan pemerintah. Keadilan. Berani mempertahankan negara. Berakhlak mulia. Menghormati hak asasi manusia. Permuafakatan antara pemimpin-pemimpin rakyat. Sanggup berkorban untuk negara. [10x1m][[Maksimum:10 markah] 8. Rumusan Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada diri bangsa dan negara. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

SOALAN KERTAS 3 BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


Tema/Tajuk:11.1 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia Soalan:Pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu 1946 telah membangkitkanpenentangan masyarakat terhadap penjajahan British. Pada pendapat anda,sejauh manakah perpaduan rakyat dapat menjamin keharmonian negara kita? Peringatan Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah. Format Aspek Perincian Markah Penuh 5 markah

Pengenalan Memahami latar 1. Pengenalan belakang/sebab-sebab Jelaskan latar pengenalan Malayan belakang/sebab-sebab Union pengenalan Malayan Union di Tanah Melayu. Isi dan Memahami reaksi 2. Reaksi terhadap Malayan Huraian masyarakat terhadap Union . pengenalan Malayan Terangkan reaksi penduduk Union Tanah Melayu terhadap Malayan Union Menganalisis tindakan 3. Tindakan orang Melayu orang Melayu menentang Malayan Union . menentang Malayan Bincangkan tindakan orang Union Melayu menentang Malayan Union. Mengaplikasi 4. Perpaduan bangsa Malaysia perpaduan bangsa dalam menjamin kemakmuran Malaysia dalam negara. menjamin kemakmuran Bagaimanakah perpaduan negara. bangsa Malaysia dapat dipertingkatkan? Menilai kejayaan 5. Kejayaan Malaysia hasil Malaysia dalam daripada perpaduan bangsa menjamin kemakmuran Malaysia. negara Berdasarkan pemerhatian anda jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara menerusi perpaduan bangsa Malaysia. Mencipta/menjana idea 6. Cabaran dan langkah untuk mengekalkan mengekalkan keamanan dan keamanan dan kemakmuran negara. kemakmuran negara. (a) Jelaskan cabaran yang

30 markah

15 markah

15 markah.

10 markah

10 markah

dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran [5 markah] (b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.[5markah] Menghayati nilai-nilai 7. murni/iktibar/patriotisme dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum. Nilai-nilai 10 murni/iktibar/patriotisme dalam markah usaha memperkukuh perpaduan kaum. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme/dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia. Merumus secara 8. Rumusan 5m keseluruhan isi yang Pengetahuan yang telah dibincangkan. diperoleh. Iktibar kepada diri,bangsa dan negara. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

Kesimpulan

Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 :Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia 1. Pengenalan/Latar belakang sebab-sebab pengenalan Malayan Union di tanah Melayu Latar belakang Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupaka usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selama ini British menjalankan dasar menerima negeri Melayu sebagai pemilik tanah Melayu,adat iatiadat Melayu,agama Islam dan Bahasa Melayu sebagai budaya Melayu. Sebab-sebab pengenalan Malayan Union Persediaan membentuk kerajaan sendiri Kerajaan British memperkenalkan Malayan Union sebagai langkah persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri. Melahirkan pentadbiran yang licin Malayan Union dibentuk untuk melicinkan pentadbiran Tanah Melayu. Sebelum perang dunia kedua,tanah Melayu terbahagi kepada tiga unit politik pentadbiran yang berbeza iaitu Negeri-negeri Selat (NNS),Negeri-negri Melayu Bersekutu (NNMB),dan NegeriNegeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)

Menjimatkan kos pentadbiran Pengenalan Malayan Union juga bertujuan untuk menjimatkan kos pentadbiran. Kepelbagaian sistem pentadbiran di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua telah menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang. Membentuk Bangsa Malayan Union British berhasrat membentuk sebuah bangsa Malayan Union. supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka. Menumpukan taat setia kepada Malayan Union. British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut. Mengawal Kuasa Politik Melayu Pengenalan Malayan Union membolehkan British dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu. Menjamin penguasaan yang berterusan British ke atas sumber ekonomi Tanah Melayu. [13x1m][Maksimum:5 markah]

2. Reaksi Penduduk tanah Melayu terhadap Malayan union Lahir pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu apabila Malayan Union diperkenalkan dan kebanyakan daripada mereka menentang Malayan Union. Penentangan Orang Melayu Cara MacMicheal mendapatkan persetujuan Sir Harold MacMicheal mengugut raja-raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan takhta sekirangya enggan menerima Malayan Union. seperti yang terjadi pada Sultan Badlishah,Kedah Kebanyakan Sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada sultan Perak. Terdapat Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor. Raja-raja Melayu Kehilangan Kuasa bagi orang Melayu,keadaan selepas perang dunia kedua tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik .

Orang Melayu secara prinsipnya menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union. Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Raja-Raja Melayu juga kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu. Waaupun Raja-Raja Melayu masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union. Keadaan ini bertentangan dengan kedudukan Sultan sebelum ini yang merupakan ketua agama Islam. Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar. Kerakyatan Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu. Dasar terbuka British ini dilihat akan mengancam status quo orang melayu sebagai penduduk peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang. menyebabkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu bertambah mundur. Kehilangan Warisan Tamadun. Orang melayu turut bimbang yang mereka akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka. bagi orang Melayu,pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut. Golongan Menyokong. Terdapat sebahagian kecil yang menyokong Malayan Union,antaranya termasuklah orang dagang,dan golongan radikal Melayu. Golongan Radikal Melayu. Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-Negeri Melayu menjadi sebuah unit politik. untuk melicinkan pentadbiran. Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union. yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu. Mereka menyokong kerakyatan terbuka Malayan Union. boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing. Mereka juga mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Janji ini merupakan harapan semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan Union. Mereka percaya British perlu menjajah Tanah Melayu terlebih dahulu sebelum proses berkerajaan sendiri dilaksana dan kemerdekaan diberikan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong Malayan Union. kerana pemerintahannya bessifat Barat menghapuskan sistem feudal Melayu.

tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu. PKMM percaya konsep republic seperti Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya Konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan. PKMM menyokong penyatuan pentadbiran agama Islam dapat dipermudahkan. Parti-parti radikal lain. Seperti PKMM,Angkatan pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam,Angkatan wanita Sedar (AWAS) dan Barisan tani Malaysia (BATAS) menyokong Malayan union kerana konsep republik. Pegawai Tadbir Melayu Terdapat pegawai tadbir Melayu yang menyokong Malayan union dengan alasan British merupakan kuasa besar dan mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu. [40x1m][Maksimum:30 markah] 3. Tindakan Orang Melayu Menentang Malayan Union Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu,majlis dan Warta Negara. telah menyuarakan bantahan secara berterusan. Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai. semasa Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu Demonstrasi berlaku di Khota Bharu,Kelantan,dan di Alor Setar Kedah. Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat tanah Jajahan di London. Pada 23 Januari 1946,Dato Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres. dan menubuhkan United Malays Organizations (UMO) sebagai benteng menentang Malayan Union. Kongres Melayu 1946 diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab sultan Sulaiman,Kampun Baru,Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri seramai 163 orang dan 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Kongres Melayu 1946 bersetuju menubuhkan United Malays National Organization(UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union. Kongres Melayu kedua telah diadakan dari 30-31 Mac 1946. Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar. untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union kepada ahli-ahli Parlimen British iaitu L.D Gammand dan David Reese Williams. Raja-Raja Malayu telah berkumpul di Kuala kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut. langkah tegas orang Melayu mendorong British memulakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO. Hasil daripada perundingan ini membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu [19x1m][maksimum:15 markah]

4. Bagaimanakah perpaduan bangsa dapat dipertingkatkan? Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah. pengamalan prinsip Rukun Negara. Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaaan. Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Penubuhan Sekolah Wawasan. Penganjuran rumah terbuka semasa musim perayaan. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah Program latihan khidmat negara.(PLKN) Sukan untuk semua Aktiviti gotong royong Program Khidmat Masyarakat Kempen Budaya Penyayang Memantapkan peranan sekolah kebangsaan Amalan kekitaan sifat berdisiplin. [17x1m][Maksimum:15 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 5. Kejayaan Malaysia hasil daripada perpaduan Bangsa Malaysia Keamanan negara terjamin Keselamatan negara terkawal Ekonomi berkembang pesat Industri pelancongan berkembang maju. ,Kestabilan politik Tumpuan pelabur asing Tiada peperangan Malaysia terkenal di mata dunia Tiada rusuhan kaum Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan sistem penangkutan/perhubungan diperluas [11x1m][Maksimum:10 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 6. (a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran Masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa

berlainan budaya Berlainan kepercayaan Berlainan pendapat terhadap keduniaan Pengaruh media elektronik/cetak Terpengaruh dengan anasir luar Pelbagai fahaman politik [8x1m][Maksimum:5 markah] [mana-mana jawapan lain yang munasabah] (b) langkah-langkah untuk mengatasi cabaran Mengukuhkan perpaduan kaum Melaksanakan konsep 1 Malaysia. Menjayakan wawasan 2020 Memantapkan Institusi keluarga. Melonjakkan kecemerlangan pendidikan Pengagihan ekonomi secara adil Mengamalkan prinsip musyawarah [7x1m][Maksimum:5 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah]

7. Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme Bertoleransi Bekerjasama Tolong-menolong Hormat-menghormati Bersatu-padu Tabah menghadapi cabaran bijak menyelesaikan masalah. Bersyulur Kebijaksanaan pemimpin Permuafakatan antara kaum Mematuhi ajaran agama Mengamalkan budaya bangsa [12x1m][Maksimum:10 markah] [Mana-mana jawapan lain yang munasabah] 8. Rumusan Pengetahuan yang diperoleh Iktibar kepada diri,bangsa dan negara. Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

SOALAN ESEI BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA


Arahan: Jawab semua soalan 1.

Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah yang tercetus pada penghujung abad ke-18
a) Terangkan perkembangan yang membawa kepada pembentukan negara dan bangsa moden Eropah. [8 markah] b) Jelaskan proses pembentukan negara bangsa Jerman pada abad ke-19 [8 markah] c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,mengapakah proses pembentukan negara kita dikatakan berbeza dengan pembentukan negara lain di dunia? [4markah]

2. a) Berdasarkan rajah di atas, terangkan ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa Malaysia. [8 markah] b) Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa yang dibina dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka [8 markah] c) Apakah kepentingan perlembagaan dalam mewujudkan keharmonian masyarakat dalam sesebuah negara? [4 markah] 3. Senarai undang-undang berikut merujuk kepada perlembagaan bertulis.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911

a) Jelaskan persamaan yang terdapat dalam kedua-dua sistem perundangan di atas [9 markah] b) Nyatakan unsure-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan oleh NegeriNegeri Melayu? [6 markah]

c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,apakah kepentingan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor dan Terengganu? [5 markah]

Cadangan pemarkahan Soalan Esei : Bab 3 (Kesedaran Pembinaan Negara Bangsa) Soalan 1 Ceraian (a) F1Berasaskan sempadan,rumpun bangsa,dan persamaan bahasa *1m+ F2Tiga peristiwa yang mencetuskan idea pembentukan negara bangsa moden di Eropah [1m] H2aRevolusi Inggeris 1688/Perang Kemerdekaan Amerika 1776/Revolusi Perancis 1789 *1m+ F3Muncul idea tentang hak rakyat/kerajaan berpelembagaan/negara bangsa moden *1m+ F4Asas pembentukan negara moden ialah mengikut sempadan rumpun bangsa [1m] H4abagi menggantikan bentuk negara feudal *1m+ H4bpara nasionalis menggunakan persamaan rumpun bangsa/persamaan bahasa untuk membentuk negara masing-masing [1m] F5Kekalahan Jerman dan sekutunya dalam Perang Dunia Pertama [1m] H5adan Persidangan Damai Paris *1m+ H5btelah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi empat Belas Perkara Woodrow Wilson *1m+ H5cPrinsip deklarasi tersebut ialah penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri *1m+ H5ddan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa *1m+ F6Kesan deklarasi tersebut ialah empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan.[1m] H6akeadaan ini menyebabkan pelbagai etnik dan bangsa tersebut beroleh kemerdekaan.[1m] F7Muncul negara bangsa yang baru di Eropah *1m+ H5acontohnya Czechoslovakia/Estonia/Finland/Latvia/Lithuania/Poland/Yugoslavia. *1m+ [Maksimum:8 markah] Ceraian (b) F1Tokoh yang berusaha menyatukan Jerman ialah Otto Eduard von Bismarck *1m+ F2Beliau mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi [1m] F3Bismarck menggunakan pelbagai taktik.*1m+ F4iaitu tipu helah *1m+ F5Pemalsuan dokumen *1m+ F6Provokasi *1m+ F7Penipuan *1m+ F8Ugutan *1m+ F9Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dibawa oleh Bismarck untuk menyatukan Jerman [1m] F10Bismarck menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur [1m]

[Maksimum:8 markah]

Ceraian (c) F1Melalui kebijaksanaan pemimpin [1m] F2tidak melibatkan pertumpahan darah *1m+ F3Kemerdekaan dicapai melalui rundingan *1m+ F4Pakatan murni dan tolak ansur antara tiga kaum *1m+ F5Pandangan jauh pemimpin *1m+ [Maksimum:4 markah] [Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah] Soalan 2 Ceraian (a) Negara F1Wilayah yang mempunyai penduduk,sempadan dan pemerintah yang berwibawa.*1m+ F2Institusi pemerintahan yng tersusun yang melaksanakan keputusan politik dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.[1m] F3Negara Malaysia terdiri daripada persekutuan Tanah Melayu,Sarawak dan Sabah [1m] Bangsa F4Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah.**1m+ F5Mempunyai persamaan dari aspek bahasa,adat resam,kesenian dan pengalaman sejarah *1m+ Kerajaan F6Institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar negara [1m] F7Merangkumi semua badan yang membuat,mentafsir dan melaksanakan dasar negara *1m+ F8Sebagai pengaman dan penentu kehidupan masyarakat *1m+ F9Kerajaan Malaysia merujuk kepada tiga badan iaitu Badan Pelaksana,Badan Perundangan,dan Kehakiman [1m] Perlembagaan F10Peraturan tertinggi,bertulis atau tidak bertulis *1m+ F11Rujukan dan panduan mentadbir negara *1m+ F12Memberi perlindungan kepada rakyat *1m+ [Maksimum:8 markah]

Ceraian (b) F1Mempunyai wilayah pengaruh yang luas meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan timur Sumatera.[1m] F2Kedaulatan dirujuk kepada raja yang memerintah untuk memastikan negeri itu bebas daripda campurtangan, paksaan,taklukan atau penjajahan kuasa asing [1m] F3Sistem pemerintahan beraja,adat istiadat Melayu,bahasa Melayu,agama Islam,alat regalia,nobat,warna,bahasa,undang-undang,protokol dan adat istiadat istana menjadi identity Melaka.[1m] F4Terdapat dua sumber undang-undang bertulis,iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka [1m] F5Hukum Kanun Melaka menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar,pantang larang,undang-undang keluarga dan sebagainya [1m] F6Undang-undang Laut Melaka berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut.[1m] F7Rakyat bertanggungjawab mentaati pemerintah *1m+ F8Tanda ketaatan rakyat bersedia mempertahankan negara,menghadiri adat istiadat kerajaan,mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga.[1m] F9Sultan pemerintah tertinggi dibantu oleh Sistem Pembesar Empat Lipatan/Bendahara,Penghulu Bendahari,Laksamana dan Temenggung [1m] [Maksimum:8 markah] Ceraian (c) F1Menjamin kedaulatan negara.*1m+ F2Hukuman adil*1m+ F3Pentadbiran sistematik *1m+ F4Mewujudkan masyarakat bersatu padu *1m+ F5Pembahagian kuasa jelas [1m] F6Taat kepada pemerintah *1m+ [Maksimum:4 markah] Soalan 3 Ceraian (a) F1Raja/sultan mesti berbangsa Melayu *1m+ F2Raja/pemerintah mesti lelaki*1m+ F3Sultan mestilah beragama Islam*1m+ F4Sultan merupakan keturunan waris pemerintah *1m+ F5Sultan dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain [1m] F6Menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain *1m+

F7Mengamalkan sistem raja berpelembagaan *1m+ F8Agama Islam dijadikan agama rasmi negeri *1m+ F9Raja berhak memilih menteri besar *1m] F10Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan raja *1m+ F11Menteri mesti berbangsa Melayu*1m+ F12Menteri mesti beragama Islam *1m+ F13Menteri rakyat negeri berkenaan *1m+ F14Sultan dibantu oleh Majlis Negeri (Johor),Majlis Mesyuarat Kerajaan (Terengganu)[1m] F15Sultan dibantu oleh Majlis Negeri (Johor),Majlis Mesyuarat Kerajaan (Terengganu)*1m+ F16Pegawai kerajaan mesti taat ssetia kepada raja dan negeri/mesti angkat sumpah *1m+ [Maksimum:9 markah] Ceraian (b) F1Sistem pemerintahan di Negeri-negeri Melayu seperti Johor,Perak,dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka [1m] F2Amalan Adat Istiadat Melayu *1m+ F3Perkembangan agama Islam *1m+ F4Perkembangan Bahasa Melayu *1m+ F5Diasaskan oleh kerabat diraja Melaka [1m] F6Pemerintah menggunakan gelaran sultan *1m+ F7Sistem pewarisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa *1m+ F8Mengamalkan sistem pembesar empat lipatan *1m+ F9Kitab undang-undang Johor,Pahang,dan Perak disalin dan dipinda daripada Hukum Kanun Melaka [1m] [Maksimum:6 markah] Ceraian (c) F1Membentuk kerajaan demokrasi *1m+ F2Untuk menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak/Raja berpelembagaan. F3Memantapkan sistem pentadbiran *1m+ F4Menggambarkan kebijaksanaan pemerintah [1m] F5Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran *1m+ F6Mengekalkan kedaulatan negeri *1m+ F7Mengelak negeri daripada dikuasai British *1m+ F8Memberi kedudukan istimewa kepada agama Islam/sebagai agama rasmi *1m+ [Maksimum:5 markah]

Anda mungkin juga menyukai