Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM GURU PENYAYANG

TAHUN: 2013

ANJURAN:

GURU PENYAYANG
Tajuk Program : MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN DAN KEPULANGAN MURID (BUKU KEHADIRAN GURU PENYAYANG)

PENDAHULUAN Program Guru Penyayang merupakan salah satu program yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ianya mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Program Guru Penyayang adalah program yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Program Guru Penyayang juga mampu menjana para generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya Program Guru Penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Program Guru Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995 )

Program Guru Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila guru menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri.

2.0 MATLAMAT

2.1. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Guru penyayang akan melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka. 3.2 Murid-murid dapat mengenali guru penyayang pada hari tersebut. 3.3 Guru penyayang akan melaksanakan tugas yang diberikan pada hari itu. 3.4 Mengeratkan hubungan silathurahim antara guru dengan murid. 3.5 Mewujudkan perasaan kasih sayang dalam hati murid-murid dan guru-guru. . 4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang : Januari hingga Disember 2013

5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

5.1 Jumlah peserta : 11 orang guru (senarai nama guru dan jadual tugas guru penyayang adalah seperti Lampiran1& 2)

6.0 JAWATANKUASA KERJA PROGRAM GURU PENYAYANG

Penaung Penasihat Pengerusi

: Pengarah Pelajaran Perak : Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak : Pn. Selvarani A/P Muniandy, PJK (Guru Besar)

Naib Pengerusi : En.Balraj A/L Pushparajah (Guru kanan HEM) Penyelaras


Setiausaha

: En. Balachandran A/L Jayaram (Guru Kanan)


: Cik. Prema A/P Genasan (Guru Penyayang)

Bendahari AJK

: Pn. Sumathi A/P Loganathan : Cik.Punitha A/P Muniandy Pn.Salkiah Bt. Mazlan En.Vijeya Raj A/L Maniyan Cik.Mangleswary A/P Krishnan Cik.Shamani A/P Appalasamy En.Kuganathan A/L Pathamnathan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

FOTOSTAT

RM 3.00 RM 2.00 RM 2.00

COLOUR PRINT = PLASTIK =

Jumlah Perbelanjaan =RM 6.00

8.0 PENUTUP

Buku kehadiran guru penyayang adalah salah satu rancangan bagi Program Guru Penyayang bagi tahun 2013. Ini dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari warga sekolah dan guru-guru SJKT Gerik. Buku kehadiran guru penyayang ini dilaksanakan bahawa guru-guru penyayang akan melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka dengan sempurna. Buku kehadiran guru penyayang sangat penting untuk menjayakan program mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid. Semoga rancangan ini dapat membantu

mengeratkan hubungan silathurahim antara guru dan murid agar mencapai tema " Guru Penyayang Murid disayang".

Disediakan oleh, . (CIK.PREMA GENASAN) Setiausaha , Guru Penyayang, SJK(T) Gerik.

Disahkan oleh, .................................... (PN.M.SELVARANI, PJK) Guru Besar, SJKT Gerik.

LAMPIRAN 1 NO
1 PN. SELVARANI A/P MUNIANDY

NAMA GURU

2 3 4

EN. BALACHANDRAN A/L JAYARAM CIK. PREMA A/P GENASAN EN.BALRAJ A/L PUSHPARAJAH

CIK.PUNITHA A/P MUNIANDY

PN.SALKIAH BT. MAZLAN

EN.VIJEYA RAJ A/L MANIYAN

CIK.MANGLESWARY A/P KRISHNAN

CIK.SHAMANI A/P APPALASAMY

10

EN.KUGANATHAN A/L PATHAMNATHAN

11

PN. SUMATHI A/P LOGANATHAN

Anda mungkin juga menyukai