Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SJKC JERIK Kod Sekolah: CBK 9073

1. Nama Guru
PREMA GENASAN

2. Judul Pungguk Rindukan Bulan 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 5/1/2022 5. Masa: 10.00


BILIK GERAKAN
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pungguk rindukan bulan. Tiga patah perkataan yang bagaikan belati tajam menusuk ke jantung

hati Balkis Batrisyia, seorang gadis remaja yang dibelenggu oleh kisah silam orang tuanya hingga

meragui status diri. Persoalan yang tidak terjawab di minda menyebabkan dirinya takut menerima

cinta walau di hati pernah berbunga sayang. Firdaus dan Fikri. Dua jejaka yang muncul menagih

cintanya, namun hampa. Bukan dia menolak, tetapi takdir hidup yang menentukan segala

keputusan yang wujud. Sedikit sebanyak tragedi cinta yang menimpa membuat dirinya terasa

tidak layak untuk melayari hidup sebagaimana gadis lain. Memiliki kekasih hati dan melayari

indahnya alam percintaan.

Jika pun cinta itu hadir, pasti banyak onak dan duri yang perlu ditempuhi. Mampukah dirinya? Dan

sanggupkah sang kekasih? Persoalan itu tiada jawapan dari lubuk hatinya. Yang pasti dia akan

kecewa. Itu sangka hatinya. Dalam melayani kecelaruan takdir hidupnya itu, muncul Syahrain

Sulaiman. Jejaka ketiga yang berusia jauh lebih matang dari dirinya cuba mendekatinya. Sedaya

upaya Balkis Batrisya cuba mengelak, namun hati terpaut juga akhirnya dek keikhlasan si jejaka.

Hadirnya Syahrain Sulaiman dalam hidupnya bukan sekadar sebagai kekasih tetapi juga

membawa sinar lain apabila dirinya disatukan semula dengan ibu bapa dan keluarganya.

Mendung yang selama ini menyelubungi hidupnya kini menghilang sebaik terbukti status sebenar
dirinya yang diragui selama ini. Hidupnya bagaikan disimbahi sinaran mentari yang tiada

akhirnya. Tetapi, langit yang disangkanya cerah hingga ke petang rupa-rupanya hanya seketika.

Kegembiraan yang dimiliki kini menuntut satu pengorbanan. Pengorbanan untuk kebahagiaan

darah dagingnya sendiri. Pengorbanan yang bukan sedikit buat dirinya. Syahrain Sulaiman

terpaksa dilepaskan demi kakaknya yang baru dikenali, yang lebih dia sayangi kini. Relakah

Syahrain Sulaiman menjadi korban dan mengorbankan cinta barunya demi kekasih lama?

Tegarkan Balkis Batrisya melepaskan kekasih hati hanya kerana sayangnya dia kepada kakak

yang baru dikenalinya itu?

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pengorbanan untuk kebahagiaan darah dagingnya sendiri .

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


PENGORBANAN MASA DAN TENAGA UNTUK MURID DAPAT MELAHIRKAN ANAK MURID
YANG CEMERLANG.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai