Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TELUK BAYU Kod Sekolah: KEA3118

1. Nama Guru AZMIRA BINTI OTHMAN

PERJUANGAN DEMI SEGULUNG


2. Judul IJAZAH 2 BUKAN SENANG NAK 3. Bidang: PENDIDIKAN
SENANG

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menghimpunkan sebelas kisah benar tentang pengalamn hidup, cabaran dan dugaan
yang pernah dihadapi oleh pelajar IPT dalam perjuangan demi memperolehi segulung ijazah.
Setiap kisah memaparkan pengorbanan dan perjuangan yang sangat tinggi nlainya sepanjang
kehidupan mereka bergelar mahasiswa dan mahasiswi universiti. Setiap penulis yang
menyumbang nukilan ini berasal daripada latar belakang yang berbeza, berhadapan dengan
pengalaman hidup yang berbeza selain meniti cabaran dan dugaan yang turut berbezadalam
perjuangan menggenggam segulung ijazah. Setiap cabaran dan dugaan walaupun berat untuk
dilalui dalam tempoh pengajian tetap dijadikan dorongan dan motivasi oleh golongan ini untuk
bangkit menentang rasa kecewa dan putus asa. Sehubungan itu, setiap pengalaman, cabaran
dan dugaan yang dilalui oleh sebelas penulis dalam memburu kejayaan masing-masing dapat
bertindak sebagai pemangkin dorongan dan motivasi kepada para pembaca, tidak kira bagi
individu yang memberi seribu alasan untuk melanjutkan pelajaran di IPT.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pemangkin dorongan dan motivasi kepada golongan yang ingin memulakan pengembaraan ilmu
di menara gading. Perjuangan dan pengorbanan yang dihadapi dalam usaha menunutut ilmu
menjelang dewasa dan berkeluargaselan kepuasan yang diperoleh hasil pengorbanan dan
perjuangan tersebut mampu menjadi penggerak kepada ramai di luar sana untuk merealisasikan
impian yang lama terkubur.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu bagaikan samudera yang luas. Dalam melayari samudera yang luas, konsep pendidikan
sepanjang hayat tidak membataskan perolehan ilmu oleh sesorang individu atas faktor usia. Ilmu
merupakan gemala sakti yang mampu menyinari kehidupan sesorang inividu. Justeru itu, setiap
dugaan dan cabaran yang dihadapi semasa menuntut ilmu perlu dihadapi dengan tabah dan
sabar. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai