Anda di halaman 1dari 10

BAB 5: KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 1.

TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING Tahap 1- Mendefiniskan Masalah Kanak-kanak Guru perlu berusaha membina suatu hubungan bersifat profesional bertujuan utk wujudkan suasana kondusif Cara yg disyorkan utk sambut kank-kanak - Sambut kanak-kanak dgn senyuman dan mesra - Persilakan ke tempat duduk - Mulakan dgn isu-isu yg selamat. Cth..apa khabar? Dah makn? Apabila kanak-kanak selesa, jelaskan sesi penstruk turan: - Maksud kaunseling - Tempoh masa sesi - Bilangan sesi - Peranak knk2 dan kaunselor - Kerahsiaan bersyarat Tujuan penstrukturan, - menerangkan pd knk2 supaya jelas apa yg berlku dalam sesi kaunseling - Mengelakkan tnaggapan yg salah - Mengelakkan jangkaan terlalu tinggi dan tidak realistik Langkah mendefiniskan masalah - Tanya kanak2 apakah matlamat dan objektif yg ingin dicapai dlm sesi kaunseling - Galakkan kanak2 utk ceritakan mengenai apa yg dilongsikan. - Biarkan kanak2 bercakap dan jgn cepat mencelah. Guru perlu mendenga scra aktif utk kenalpasti elemen: - Wujudnya satu masalah yg perlu diselasaikan - Perasaan yg mempunyai kaitan dgn masalah tersebut - Jangkaan kanak2 terhadap apa yg perlu diusahakan oleh guru Amalan mendengar secara aktif adalah berterusan sepanjang waktu kaunseling.

Tahap 2 Menjelaskan Jangkaan Kanak-kanak Guru perlu maklumkan sama ada mereka mampu memenuhi jangkaan kanakkanak. Cth: kurang realistik sekiranya kanak2 harapkan rakan ditukar sekolah sekiranya berlakunya konflik.

Tahap 3 Membuat Penerokaan Tentang Usaha Kanak-kanak utk Menyelesaikan Masalah

Semakin lanjut proses penerokaan kanak2 melalui perkongsian mereka mengenai hal-hal peribadi atau orang signifikan, semakin byk mklumat dibekalkan. Guru beri perhatian pd perkara lebih mendalam: - Gunakan kmhrn asas kaunseling spt kmhrn melayan dan mendengar - Memberi fokus pd t/laku - Bersifat objektif dan tidak menghukum - Tunjuk minat utk membantu - Elakkan berlaku konflik dgn kanak2 - Bantu kanak-kanak fikirkan alternatif penyelesaian tp tidak beri cadangan Gunakan penyataan yg mendorong kanak2 berfikir dan menjana satu senarai tindakan yg tlh diambil sbg alternatif penyelesaian. Tahap 3 kedua-dua pihak k/pasti kelebihan dan keburukan setiap alternatif supaya kanak2 dpt memmutuskan mana yg dpt diambil daripada senarai td.

Tahap 4 Membuat Penerokaan Tentang Usaha Baru Kanak2 ke Arah Penyelesaian Masalah Guru akan libatkan kanak2 dlm sei sumbangsaran agar dpt meneroka dan menjana seberapa byk alternatif penyelesaian yg boleh. Penapisn idea ditunda sehingga senarai baru itu lengkap dan kanak-kanak ketandusan idea. Pendek kata, kuantiti idea lebih penting drpd kualiti idea. Utk cetuskan idea guru boleh suruh murid seberapa byk bulatan pd sehelai kertas, kemudian minta murid isikan bulatan tersebut dgn idea. Kalau murid tiada idea, guru boleh isikan satu atau dua bulatansbg pemangkin bertujuan galakkan murid mula berfikir. Apabila senarai dh lengkap, kanak2 akan menilai setiap alternatif yg terkandung utk k/pasti kejayaan yg dijangkakan demi menyelesaikan masalah mereka.

Tahap 5 Memperoleh Komitmen Kanak-kanak untuk Mencuba Satu Penyelesaian yg Telah Dikenalpasti Kanak2 memilih satu cara penyelesaian, kemudian berjanji memberi komitmen masing2 utk mencubanya dlm satu tempoh masa yg ditetapkan. Kanak-kank perlu memilih penyelesaian krn: - Hanya kanak2 yg paling jelas dgn situasi sbnr - Kdgkala kanak2 enggan atau tidak berupaya utk menceritakan situasi sbnr atau punca isu timbul. - Guru beri peluang untuk latih kanak2 buat keputusan Setelah cuba cara penyelesaian, kanak2 dikehendaki melapor hasil percubaan tadi.

Akhirnya mereka akan buat keputusan cara penyelesaian paling berkesan utk menyelesaikan mslh yg dihadapi.

Tahap 6 Menamatkan Sesi Kaun seling Apabila guru dapati kanak2 sudah berupaya utk menangani masalah, maka sudah tiba masa utk tamatkan sesi kaunseling (kanak2 sudah mencapai pertumbuhan kendiri dan matlamat kaunseling tercapai) Sbg langkah tamatkan sesi, guru perlu: - Merumus apa yg tlh berlaku dlm sesi kaunseling - Mendapat persetujuan kanak2 utk tamat sesi - Merancang untuk tindakan susulan. Jika kanak2 dapati semua alternatif penyelesaian yg dicuba masih kurang berkesan atau gagal utk selesaikan masalah, sesi boleh dimulakan semula dengan buat temujanji baru.

2. KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran Melayan dan Mendengar Kemahiran Mengintepretasi T/laku Bukan Lisan Kemahiran Memberi Tindak Balas Kemahiran Mengenalpasti Masalah Kemahiran Melaksanakan Intervensi

Kemahiran Melayan dan Mendengar Tujuan - Dapat menyampaikan mesej bahawa guru bersedia secara fizikal dan psikologikal terhadap apa yg diperkatakan serta dilakukan oleh kanak2 nanti. Cara Melayan Kanak2 Cara layan kanak SHOVELER - S (Face the othe Squarely) : pandang terus ke arah kanak2 - H (Head Nods): Anggukan kepala - O ( Adopt an Open Posture): Kedudukan badan terbuka - V (Verbal Following): Pengesanan secara verbal - E ( Speech): Percakapan - L (Lean Toward the Other): Condong badan ke depan - E ( Make Eye Contact): Kontek mata - R (Be relatively Relaxed): Berada dalam keadaan releks

Cara Mendengar Dengar Aktif Mendengar dgn menggunakan kedua-dua telinga, melihat dan mengekalkan kontek mata, memberi perhatian sepenuhnya, dan bersifat empati 4 petua mendengar scr aktif Memahami klien sebelum berusaha utk difahami (kumpul maklumat sblm membekalkan maklumat pd klien Bersifat tidak menghukum tidak beri hukuman pd apa yg dikatakan Berikan tumpuan sepeuhnya mendengar aktif, prihatin, peka terhadap kebimbangan yg dialami Gunakan kesenyapan guru jangan mencelah KEMAHIRAN MENDENGAR SECARA AKTIF Kemahiran Mendengar Asas 7 kemahiran asas: Soalan terbuka - Soalan yg galakkan knk2 utk menghuraikan apa yg dicakapkan Parafrasa - Gunakan satu atau dua kata kunci klien dan gabungkan dgn perkataan lain yg sama maksud Refleksi Perasaan - Gunakan perkataan yg menepati perasaan knk2 Dorongan minima - Galakkan knk2 terus bercakap tanpa mengganggu aliran pemikiran mereka Meminta penjelasan - Minta penjelasan sekiranya tidak memahami apa yg dikatakan Merumus - Penyataan semula ssetengah kebimbangan yg dibincangkan knk2 Menyemak persepsi - Menentukan tumpuan knk2 seterusnya Kemahiran Mendengar Lanjutan 2 kemahiran: Penstrukturan - Usaha guru menerangkan apa itu kaunseling dan knk2 dlm sesi kaunseling - Untuk bolehkan knk2 tingkatkan motivasi utk terlibat aktif Mencungkil - Memperoleh maklumat khusus drpd knk2 mengenai satu2 isu

\KEMAHIRAN MENGINTEPRETASI TINGKAHLAKU BUKAN LISAN Terdapat 3 dimensi berkesan untuk mentafsir tingkahlaku bukan isan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam sesi kaunseling iaitu: 1. Tindakbalas semulajadi 2. Perasaan teransang 3. Sifat dominan

Tindakbalas Semulajadi

Perbuatan mengikut naluri atau intuisi kanak-kanak. Indikator yg biasa melambangkan perasaan gemar atau suka termasuk kontek mata, sentuhan, condong badan ke dpn dsb.

Perasaan Teransang

Bukan bersifat seksual Merujuk kpd semangat yg ditunjukkan melalui nada suara dan gerakan fizikal. Indikator yg biasa dilihat meliputi kontek mata,pelbagai variasi ekspresi muka, pelbagai variasi nada suara, condong bdn ke dpn dsb.

Sifat Dominan

Berkaitan dgn imbangan kuasa dalam 1-1 p'hubungan. Menyampaikan maklumat mengenai status, kedudukan dan kepentingan tg relatif atau dipersepsikan. Sbg contoh, kanak2 yg pandai atau berasal dr keluarga yg tgi status akan kelihatan releks ketika sesi kaunseling. Manakala kanak2 yg lemah & berasal dr keluarga yg miskin biasanya kelihatan krg yakin dan berasa rendah diri.

Semak Kontek Jgn tafsir komunikasi bkn lisan secara b'asingan malah dipertimbangkan kpd konteks fizikal @ emosi. cth: sesorg duduk dlm b'silang tgn berasa kurang selesa dlm bilik t'lalu sejuk , bkn enggan mengambil bahagian dlm p'bcgn yg dijlnkn.

Kenalpasti petanda yg lain pastikan sama ada perbuatan silang tgn diiringi dn sifat penetangan spt elakkan kontek mata & nada suara yg krg b'semangat.

Beri pertimbangan kpd pengalaman lalu Tafsiran tingkahlaku orang yg dikenali lbh mudah kerana dpt perhatikan perubahan ataupun pola-pola tingkahlaku yg biasa mereka tunjukkan.

Amalkan semakan persepsi Mentafsirkan tingkahlaku yg diperhatikan bukannya membaca fikiran orang lain. oleh itu, amat penting untuk menyemak apa yg kita perhatikan dgn orang yg berkenaan.

KEMAHIRAN MEMBERI TINDAKBALAS Kemahiran ini memerlukan seseorang kaunselor memberi perhatian kepada perasaan dan pernyataan bukan lisan kanak-kanak sepanjang sesi kaunseling. Antara tindakbalas positif terhadap maklumat yg dibekalkan oleh kanak-kanak adalah seperti berikut: Memberi motivasi Memberi galakkan Mencabar secara positif Memberi pujian Anggukan kepala dan dorongan minima seperti um...hmm Bertanya soalan seperti, Jadi, apakah akan berlaku kemudian?

Selain drp teknik tersebut, terdapat tiga lagi teknik lain yg telah dikemukan oleh teoris iaitu: 1. Kofrontasi Digunakan apabila guru dpt mengesan t'dpt ketidakserasian antara p'cakapan, komunikasi bukan lisan yg dipamerkan oleh kanak-kanak Bertujuan mancabar kanak-kanak secara negatif,mengecam atau melawannya. Apabila jns t/bls ini digunakan bersama-sama kmhrn mendengar scra aktif dan meminta penjelasan ia akan melicinkan proses kaunseling demi mendapatkan alternatif-alternatif penyelesaian yg baru. Terdapat 3 langkah utk membuat kofrontasi iaitu: Bincangkan semula dgn kanak-kanak pernyataan yg tidak selaras, isu yg mengelirukan, berkonflik dan tidak kongruen. Tarik perhatian kanak-kanak terhadap perkara-perkara tersebut yg tidak serasi, kemudian membantu mereka mengurus konflik yg timbul sehingga berjaya diselesaikan. Kenalpasti kesan positif kofrontasi yg telah dibuat ke atas pertumbuhan kanak-kanak.

2. Kemahiran Mentafsir Memberi perspektif baru mengenai masalah yg sedang dialami. Dengan itu kanak-kanak akan lebih memahami dan seterusnya lebih berupaya untuk menanganinya. Berikut ialah garis panduan untuk memberikan tindakbalas kepada kanak-kanak: Berikan tindakbalas apabila diminta oleh kanak-kanak yg berkenaan. Ini menunjukkan kanak-kanak telah bersedia untuk menerima komen, teguran dsb. Fokuskan kepada perkara-perkara yg positif atau perkara yg berada dlm kawalan kanak-kanak. Mulakan dengan memberikan fokus kepada perkara positif dahulu barulah negatif. Berikan tindakbalas yg khusus dan konkrit. Jgn bersifat menghukum atau menilai. Sebaliknya berilah pengukuhan kepada usaha klien dalam menyelesaikan masalah. Sema reaksi klien terhadap tindakbalas yg diberikan dengan mengemukakan soalan-soalan berikut: - Adakah komen saya menepati maksudnya? - Apakah respon anda terhadap... - Apakah maksud...kepada anda? 3. Kemahiran Menyokong Kanak-kanak memerlukan sokongan dalam mengatasi ketakutan atau penentangan apabila berdepan dengan masalah yg serius dan tidak setimpal dengan umurnya. Pernyataan berikut boleh digunakan untuk menyampaikan sokongan: Ya, ada masanya, kita memang perlukan bantuan orang lain, walaupun hanya setakat bercakap kepada seseorang yg akan mendengar tanpa mengkritik kita. Meminta bantuan orang lain benar-benar memerlukan keberanian dan kekuatan seseorang

5.5 - KEMAHIRAN MENGENAL PASTI MASALAH 5.5.1 - Mengenal Pasti Masalah Klien akan dibantu untuk melihat apakah punca masalah / isu yang dibawanya Apakah isu utamanya & puncanya? Apakah fokus yang menjadi keutamaanya? Diri sendiri Orang lain Persekitaran Takdir Memahami punca / keutamaannya (fokusnya) Mengenalpasti masalah Panduan yang dikemukakan oleh Lazarus (1989), antaranya: Mulakan dengan masalah yang dikemukakan @ yang telah membawa klien berjumpa dgn kaunselor Boleh juga dimulai dgn masalah yang mudah diatasi dlm jangka waktu pendek agar kejayaan itu menjadi pendorong Jika mengetahui punca segala masalah mulakan dengannya agar masalah lain berkaitan dengannya turut terungkai Fokuskan pada masalah yang memberi kesan paling teruk pada klien jika tidak ditangani Kaunselor perlu membantu klien melihat antecedent atau pelbagai perkara yang mendahului masalah, mengenalpasti pelbagai kesan & akibat serta kemahiran, kekuatan dan sumber yang boleh digunakan untuk kliennya (Mohd. Aziz et. al., 2010)

Punca Permasalahan Mohd. Aziz et. al.(2010) mengemukakan 4 kumpulan permasalahan klien yang biasa dialami klien; 1.Masalah psikologi 2.Akademik & pengurusan diri 3.Masalah pemikiran 4.Masalah tingkah laku. Mizan Adiliah & Halimatun, (1996) telah mengemukakan beberapa punca permasalahan yang sering berlaku, ialah: 1. Cepat bertindak & lambat berfikir. 2.Tidak memiliki maklumat yang relevan, lengkap atau menyeluruh. 3.Terlalu mementingkan diri sendiri dan mengenepikan hasrat orang lain atau sebaliknya. 4.Terlalu melihat keluar, kurang muhasabah diri. 5.Menyalahkan orang lain, persekitaran atau takdir. 6. Tidak memiliki sebarang nilai dan matlamat atau pun sentiasa berubah-ubah. 7. Memiliki nilai & matlamat yang rigid atau pun nilai & matlamat negatif atau tidak sesuai. 8. Tidak tahu atau tidak berupaya membuat pilihan/keputusan. 9. Tidak tahu membentuk perhubungan yang memuaskan. 10. Tingkah laku sendiri yang menimbulkan masalah. 11. Sukar menerima kekuatan & kelemahan diri sendiri. 12. Tidak kreatif untuk mencari ruang dalam masyarakat yang ada batasannya sendiri. 13. Tidak tahu menghidupkan suasana. 14. Menggunakan strategi lama untuk menangani situasi baru.

Anda mungkin juga menyukai