Anda di halaman 1dari 1

( 6 ) Imperialis barat di Asia. a) Latar belakang kemunculan Zaman Imperialis. 1.

Imperialis bererti penguasaan negara lebih kuat terhadap negara lain yang lemah. 2. Penguasaan ini bertujuan mendapatkan keuntungan ekonomi dan politik, ia dilakukan sejak Zaman Rom, kemudian Sepanyol, Portugal. 3. Pada awalnya barat berminat dengan hasil dagang seperti rempah, emas dan perak. 4. Kemudiannya ekonomi negara jajahan distrukturkan untuk memenuhi kehendak ekonomi penjajah. 5. Selepas itu, penjajah seperti Britain dan Belanda mengubah ekonomi negara jajahan agar memenuhi keperluan perindustrian di negara mereka seperti tanaman getah. b) Faktor kedatangan kuasa barat menjajah Asia. 1. Mereka ingin mendapatkan bahan mentah seperti getah. 2. Mereka menjajah untuk mendapatkan pasaran barang perindustrian mereka. 3. Pengangkutan jalan raya, kereta api dan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan membantu kedatangan kuasa barat menjajah Asia. 4. Apabila negara barat dan Amerika Syarikat melindungi industrinya dengan memperkenalkan peraturan tariff maka Britain tambah terdesak mencari pasaran baru di Asia. 5. Barat ke Asia juga kerana faktor menyebarkan tamadun mereka yang dianggap tinggi. 6. Mereka turut menyebarkan budaya dan agama Kristian. 7. Barat juga berebut rebut sesama mereka menjajah negara Asia kerana menjajah telah menjadi simbol status kuasa yang kuat. c) Kesan imperialisme terhadap Asia Tenggara. 1. Politik pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir barat. Sistem politik peribumi ditukar atau diubahsuai dengan sistem barat. Kuasa barat telah campur tangan di Asia seperti Inggeris di Tanah Melayu, India, Belanda di Indonesia, Amerika di Filipina. 2. Ekonomi ekonomi distrukturkan untuk keperluan industri barat contoh bijih timah dan getah di Tanah Melayu. 3. Pendidikan sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di bandar dan untuk mereka yang akan menjadi pentadbir rendah British. 4. Krmasukan buruh asing barat menjemput masuk buruh asing bekerja dengan mereka. Kesannya wujud pelbagai kaum yang berpecah belah dan tidak wujud keharmonian antara kaum.

Anda mungkin juga menyukai