Anda di halaman 1dari 15

Perjanjian Baru "Mengapakah kita perlu belajar mengenai Perjanjian Baru?" mungkin menjadi pertanyaan anda.

Memang di antara ramai orang di dunia ini yang mengakui dirinya sebagai orang Kristian, mungkin tidak sampai sesuku yang pernah membaca keseluruhan Perjanjian Baru. Secara umum, hampir semua orang Kristian, baik yang matang atau yang tidak matang, tidak mengetahui apakah isi utama di dalam setiap surat yang ditulis di dalam Perjanjian Baru. Orang Kristian yang tidak mengetahui isi Perjanjian Baru kecuali Yohanes 3:16 boleh ditemui di mana-mana gereja pada masa kini. Tetapi selain daripada itu, mereka tidak tahu apa-apa. Siapakah Yesus? Mengapa Dia harus mati? Apa yang terjadi akibat kematianNya? Siapakah iblis? Siapakah Allah? Apakah jalan keselamatan bagi manusia? Adakah semua orang akan selamat akhirnya? Persoalan seperti ini memang sangat menakutkan, sedangkan dunia ini sedang hancur dan ramai orang yang belum percaya tidak pernah mendengar Injil Kristus. Mungkinkah bahawa orang yang tidak percaya kepada Yesus tetapi kepada agama lain mempunyai pengetahuan yang lebih dalam mengenai Allah mereka berbanding 3/4 daripada bangsa Kristian? Jika seorang doktor mengetahui sebanyak mengenai perubatan seperti seorang Kristian mengenai Kristus, dia mungkin sudah dipecat daripada pelayanan perubatannya. Dan orang Kristian telah diminta oleh Tuhan untuk bersiap sedia untuk memberi penjelasan tentang pengharapan mereka. Namun bagaimanakah mereka dapat mengisahkan mengenai pengharapan itu jika mereka tidak membaca Alkitab? Mungkinkah iblis lebih tahu isi Alkitab dari orang Kristian yang sudah percaya selama 5 tahun? Bolehkah kita mengandaikan keadaan yang sangat dikesali ini di depan manusia yang tidak percaya? Apakah yang mungkin mereka fikirkan apabila mereka mendapati bahawa orang Kristian secara umum mengetahui lebih sedikit mengenai Kristus dan jalan keselamatan berbanding dengan komputer mereka? Masa ini adalah masa apabila penghukuman akan bermula di dalam Gereja Tuhan. Tuhan akan mengoncangkan apa yang

perlu digoncangkan supaya apa yang memang berdiri akan terus berdiri. Apa yang tidak berkenan kepada-Nya akan luput dan dihapuskan. Ini bererti bahawa didikan dan pendisiplinan Tuhan akan bermula. Orang Kristian memang memerlukan didikan Tuhan untuk terus bertumbuh. Sekarang adalah masa untuk mengkaji Alkitab, lebih lagi Perjanjian Baru. Yesus Kristus sedang datang dan pelajaran kita mengenai kedatangan-Nya akan menyiapkan kita untuk melakukan kehendak-Nya dan bukan tidur seperti mereka yang tidak tahu malu. Amsal 10:5 berkata, "Adapun orang yang mengumpulkan hasil pada musim panas, ialah anak yang berbudi, tetapi orang yang tidur pada musim menuai, ialah anak yang memberi malu." Mari kita bangkitkan diri dan lakukan kehendakNya. Firman Tuhan di dalam Perjanjian Baru bukan sahaja berguna untuk pengetahuan tetapi dorongan untuk melakukan kehendak Tuhan (Matius 25; Kisah Para Rasul 1-28; Yakobus 2 dan 1 Yohanes 1-2). Pengetahuan akan berhasil apabila seorang melakukan apa yang sudah dia pelajari. Semoga kita bukan sahaja menambah ilmu, tetapi menggunakan ilmu itu untuk kemuliaan Tuhan. Sehingga Dia datang, marilah kita terus melakukan kehendak-Nya. Malam semakin lewat dan terang sudah hampir tiada. Kita harus bekerja semasa masih ada terang di dunia ini. Demikian Firman Tuhan.

Pengarang

Matius Mengandungi 28 bab dan ditulis khas untuk orang Yahudi. Isi utama ialah bahawa Yesus benar-benar orang Yahudi dan merupakan Mesias/ Kristus yang dinubuatkan oleh para nabi. Rujukan-rujukan di dalam kitab ini semua diambil dari Perjanjian Lama dan ada lebih kurang 120 rujukan Perjanjian Lama di dalamnya. Ajarannya semua praktikal dan dapat diamalkan hanya oleh mereka yang sudah menerima janji Tuhan di dalam Yeremia 31:33 dan Yehezkiel 36:26-27. Ayat-ayat istimewa: a. 3:15-16 b. 4:1-11 c. 5:1-12 d. 6:9-13 e. 7:7 f. 8:17 g. 9:13 h. 9:37-38 i. 10:16-26 j. 10:37-38 k. 11:28-30 l. 12:34 m. 15:11-19 n. 16:15-19 o. 18:4 p. 18:19-20 q. 19:23-30 r. 20:26 s. 21:20-22 t. 22:14 u. 23:37 v. 24:3-51 w. 25:31-46 x. 26:41 y. 27:45-54 z. 28:18-2

Markus Injil ini ditulis dengan tujuan menunjukkan bahawa Yesus adalah seorang hamba dan harus dibaca dalam langkah yang agak laju. Kemuncak Injil ini ialah penyaliban Yesus. Walaupun kebanyakkan isinya ada sudah di dalam Injil Matius dan seakan-akan sedang diulang, namun beberapa perkataan digunakan untuk mengisi Injil ini yang tidak ada di dalam Injil lain, iaitu 'segera.' Ayat-ayat istimewa: a. 1:3 b. 1:14 c. 2:17 d. 3:4-5 e. 3:29 f. 3:35 g. 4:14 h. 4:26-32 i. 5:30 j. 6:3-6 k. 7:31-37 l. 8:34-38 m. 9:38-41 n. 9:42 o. 10:35-40 p. 11:23-26 q. 12:33-34 r. 12:38-40 s. 13:10-13 t. 13:32-37 u. 15:38 v. 16:14-18 w. 16:19-20

Lukas Injil ini membawa kemanusiaan Yesus ke dalam terang. Walaupun Dia TUHAN, namun Dia masih juga manusia sepenuhnya. Injil ini ditulis khas untuk seorang lelaki yang bernama Teofilus. Lukas ialah seorang doktor dan kawan Paulus, dan dia menulis Lukas dan Kisah Para Rasul sebagai dua buku yang harus dibaca bersama. Daripada tulisan Lukas, kita bukan sahaja dapat tahu kisah hidup Yesus, namun dengan begitu terperinci sehingga kita dapat tahu isi sejarah pada masa itu dengan tepat. Tulisan ini dimulakan dengan kata pendahuluan dari Lukas 1:3. Allah ingin keteraturan di dalam umat-Nya dan ini juga termasuk cara mereka berfikir dan hidup. Semoga kita mengenal Yesus, Tuhan yang turut menderita bersama kita. Ayat-ayat istimewa: a. 1:15-17 b. 1:28-38 c. 1:67-79 d. 2:30-32 e. 2:35 f. 2:52 g. 3:7-9 h. 3:16 i. 3:21-22 j. 4:18-19 k. 5:1-10 l. 6:12 m. 6:20-38 n. 6:46-49 o. 7:28-29 p. 8:48 q. 9:51-62 r. 10:17-20 s. 13:5 t. 13:22-28 u. 13:34 v. 19:41-42 w. 22:39-46 x. 23:39-43 y. 24:44-49

Yohanes Injil ini merupakan Injil yang berbeza dengan Injil yang lain. Ia ditulis dalam zaman yang lebih lewat dan memusat pada keilahian atau ketuhanan Yesus. Yesus bukan sahaja manusia penuh, tetapi Allah penuh! Pengakuan terakhir Tomas dianggap keterlaluan namun Yesus tidak melarangnya. Injil ini mempunyai 7 nama peribadi Yesus (6:35; 8:12; 10:9; 10:11; 11:25; 14:6; 15:1) dan beberapa mujizat untuk membuktikan kekuasaan-Nya ke atas segala sesuatu. Mujizat penukaran air kepada wain, penyembuhan orang buta, pemberian makan untuk 5000 orang, perjalanan-Nya di atas air, penyembuhan satu lagi orang buta dan kebangkitan Lazarus dari kematian. Setiap perkataan di dalam Injil ini mempunyai makna yang sungguh dalam. Bab 1: Firman menjadi manusia/ daging. Bab 2: Pembersihan bait Allah. Bab 3: Kelahiran baru. Bab 4: Air kehidupan. Bab 5: 4-saksi kepada Yesus. Bab 6: Roti kehidupan dan kemurtadan. Bab 7: Janji Roh Kudus. Bab 8: Kebenaran membebaskan. Bab 9: Penyembuhan orang buta. Bab 10: Gembala yang baik. Bab 11: Maut dihancurkan. Bab 12: Persiapan untuk menderita. Bab 13: Kasih. Bab 14: Roh Kudus - Penghibur Agung. Bab 15: Pokok Anggur yang Benar. Bab 16: Penghakiman dunia. Bab 17: Doa Imam Agung. Bab 18: Penahanan dan kes dibicarakan. Bab 19: Penyaliban Anak Allah. Bab 20: Kubur kosong. Bab 21: Semua ditulis untuk anda.

Kisah Para Rasul Kisah Para Rasul ialah buku kedua dalam tulisan doktor Lukas. Sejarahnya memang terperinci dan kesilapan tidak ada di dalamnya. Dia bermula dengan kenaikan Yesus ke syurga. Kemudian pencurahan apa yang dijanjikan oleh Yesus di dalam Injil Lukas dan Yohanes. Ini disusuli dengan kegiatan penginjilan besar-besaran dan penganiayaan dahsyat. Injil tersebar luas dan dekat. Orang di Yerusalem mendengar Injil kemudian di bawah oleh Filipus ke Samaria dan kepada seorang berbangsa Etiopia. Orang Etiopia percaya dan menjadi pembawa Injil ke Afrika. Stefanus menjadi syahid pertama dan menjadi permulaan kebangunan penganiayaan. Kemudian Lukas menceritakan pertaubatan Paulus, penganiaya Gereja Kristus yang terutama. Diikuti dengan Petrus yang membawa Injil kepada orang bukan Yahudi. Roh Kudus turun ke atas bangsa lain dan mengenapi Injil Kristus kepada semua bangsa. Kemudian kisah Paulus bermula. Dahulu musuh Gereja, sekarang, rasul dan penginjil teragung. Dia melangsungkan suatu pengembaraan yang menjangkau hampir semua kawasan Eropah. Dari Yerusalem hingga ke Rom. Dia melangsungkan 3 perjalanan misi dan akhirnya di bunuh di Rom. Demikian kisah para rasul yang dipanggil Tuhan Yesus. Dapatkah kita mengikuti teladan mereka? Ayat-ayat istimewa: a. 2:38 b. 4:12 c. 5:29 d. 10:38 e. 14:22 f. 15:9 g. 16:31 h. 17:24 i. 19:20 j. 20:20 k. 28:31

Roma Roma merupakan "Injil kelima" dan buku terpadat di antara semua tulisan Paulus. Buku ini mengandungi segala sesuatu yang berkenan tentang manusia, Allah, Yesus Kristus, Roh Kudus, dosa, keselamatan, penebusan, pertaubatan, kematian, kehidupan, iman, pengharapan, orang Yahudi, orang bukan Yahudi, kehidupan yang kudus dan pelayanan seorang hamba Tuhan. Segala sesuatu yang diperlukan untuk seorang Kristian boleh didapati di dalam kitab ini. Ia lengkap dan berkuasa untuk menghasilkan kebangunan rohani. Surat inilah yang menjadi dasar fikiran Martin Luther (yang menentang Gereja Roma Katolik) dan John Wesley (pengasas gereja Metodis). Bab: 1. Manusia mengenal Allah, tetapi kerana dosa dan kebodohan hatinya, ia tidak melakukan apa yang seharusnya dilakukan. 2. Manusia tidak boleh menuduh orang lain atau berlagak sombong seperti ia lebih handal dari orang lain. 3. Manusia dikenal pasti tidak siuman dan memang sangat berdosa. Manusia tidak dapat melakukan apa yang baik dengan niat yang baik. Manusia sesat 100%. 4. Manusia diselamatkan oleh iman dalam pekerjaan Yesus Kristus. 5. Anugerah Allah menyelamatkan manusia dari dosa dan hukuman. 6. Manusia yang sudah percaya kepada Yesus Kristus tidak harus terus hidup di dalam dosa. 7. Manusia mendapati bahawa di dalam dirinya ada sifat lama. Manusia tidak tahu cara mengatasi sifat lama. 8. Manusia diberikan jalan untuk mengatasi sifat lama - Hidup menurut pimpinan Roh Kudus. 9. Orang Yahudi tidak ketinggalan. Orang Yahudi juga berdosa dan tidak mahu dekat kepada Allah. 10. Orang Yahudi harus turut percaya kepada Yesus Kristus. 11. Orang Yahudi tidak mempunyai keistimewaan dan orang bukan Yahudi tidak berhak menerima apa-apa keistimewaan. Hanya anugerah Allah sahaja yang menyelamatkan. 12. Hidup di dalam kekudusan. 13. Hormatilah orang yang berkuasa. Kasihilah semua orang. 14. Jangan menghakimi. 15. Pelayanan dan doa. 16. Salam mesra.

1 Korintus 1 Korintus merupakan suatu gereja yang didirikan rasul Paulus di dalam Kisah Para Rasul 18. Namun tidak lama kemudian, gereja ini menimbulkan banyak masalah. Masalah-masalah ini sangat biasa di dalam gereja masa kini dan jalan penyelesaian tidak pernah berubah. Paulus menulis surat ini untuk membantu gereja ini menyelesaikan masalah-masalahnya. Rumusan Bab: 1. Injil adalah kuasa Allah kepada mereka yang percaya dan kebodohan bagi mereka yang akan binasa kelak. 2. Injil adalah kuasa Allah dan bukan hikmat manusia. Hanya Roh Kudus sahaja yang dapat membawa pengertian kepada seseorang. 3. Perpecahan tidak dibenarkan. Gereja Kristus adalah tubuh-Nya dan oleh itu Bait Roh Kudus. 4. Semua pelayan Tuhan dianggap hina, namun itu tidak bererti mereka tidak berkuasa atau berhak dengan kuasa Allah. 5. Kelucahan di dalam gereja harus dihakimi. 6. Penghakiman harus bermula di dalam gereja. 7. Perkahwinan bukanlah jahat. 8. Kebebasan untuk menolong dan mendorong; bukan kebebasan untuk menjatuhkan. 9. Hak pelayanan dan tanggungjawab pelayanan. 10. Awasi diri dan lakukan semua untuk kemuliaan Tuhan. 11. Perjamuan Kudus. 12. Karunia-karunia Roh Kudus. 13. Kasih lebih unggul daripada karunia-karunia Roh Kudus. 14. Karunia-karunia Roh Kudus masih penting. 15. Kebangkitan Yesus memang kenyataan. 16. Pintu terbuka untuk pelayanan. Maranata!

2 Korintus Surat ini sungguh dalam dan meliputi banyak hal. Antara hal yang disentuh ialah pekerjaan penghiburan di dalam penderitaan. Surat ini ditulis oleh Paulus untuk mempertahankan kewibawaan pelayanannya. Dia tidak mahu orang lain memikir bahawa dia merupakan orang biasa sahaja. Dia memang rasul dan ini bukan kerana dirinya sendiri, tetapi kerana Allah telah memanggil dirinya sedemikian. Dalam pelayanan, apa sahaja yang kita lakukan, kita harus tahu bukan bahawa kita mahu memasuki, tetapi Tuhan telah memanggil kita untuk melayani. Apabila kita sudah pasti tentang ini, kita akan lebih setia di dalam pelayanan. Bukan kita, tetapi Tuhan. Ayat-Ayat penting: a. 1:4-7 b. 1:10 c. 1:20-22 d. 2:10-11 e. 2:16-17 f. 3:6 g. 3:12-18 h. 4:3-6 i. 4:7-11 j. 4:16 k. 5:7 l. 5:10-11 m. 5:17-21 n. 6:14-18 o. 7:1 p. 7:10-11 q. 8:9 r. 9:6-15 s. 10:4-6 t. 10:18 u. 11:2 v. 11:12-14 w. 12:7-10 x. 13:5 y. 13:7-11

Galatia Galatia merupakan surat yang pertama di dalam seluruh Perjanjian Baru. Dan mengapa ia menjadi yang pertama ialah untuk pertahankan zaman anugerah Allah. Kita diselamatkan oleh anugerah Allah dan bukan dengan melakukan hukum Taurat. Oleh itu apabila ada orang yang mengatakan kepada orang Kristian bahawa mereka perlu disunat, dan melakukan hukum Taurat sebagai orang Kristian, rasul Paulus dengan pantas menyerang balas dengan keras untuk pertahankan Injil Kasih Karunia Allah. Dalam 6 bab kitab ini, Paulus bukan sahaja meniadakan hukum Taurat tetapi membangkitkan sesuatu yang baru iaitu Buah Roh Kudus di dalam kehidupan orang yang percaya. Semoga kita juga menghasilkan buah seturut pengakuan iman kita. Ayat-ayat Penting: a. 1:4 b. 1:6-9 c. 2:6 d. 2:15-16 e. 2:19-20 f. 3:1-3 g. 3:5-9 h. 3:10-14 i. 3:19-25 j. 3:28-29 k. 4:4-7 l. 4:9-11 m. 4:19 n. 4:28-31 o. 5:1 p. 5:6 q. 5:13-14 r. 5:16-17 s. 5:19-21 t. 5:22-25 u. 6:1-3 v. 6:6 w. 6:9-10 x. 6:14

Efesus Efesus ialah surat yang sangat kaya dengan nasihat dan doktrin iman Kristian. Sesiapa sahaja yang membacanya tidak kerugian apa-apa. Sesiapa yang mengatakan bahawa surat ini membosankan memang tidak mencintai Gereja Kristus, kerana inilah "Injil" Gereja. Ia mengisahkan pergerakan dan kepercayaan Gereja iaitu Tubuh Kristus. Terdapat 6 bab di dalam surat ini yang ditulis oleh Paulus. 3 bab pertama lebih mementingkan mengapa kita percaya kepada Kristus. 3 bab dalam bahagian kedua mengisahkan akibat mempercayai kepada Kristus. Semoga dalam pengkajian kita dalam surat ini, kita dapat pelajari mengasihi Tuhan dan Gereja-Nya dengan lebih dekat lagi. Bab: 1. Menjelaskan mengapa kita percaya kepada Kristus. Perhatikan perkataan-perkataan dengan kata peribadi 'Nya' (huruf besar) yang menandakan Allah atau Kristus. (Ayat 5, 7, 9, 11, 12, 14, 18, 19, 20, 22, 23). 2. Mengisahkan bahawa kita diselamatkan oleh kasih karunia Allah. Ayat penting ialah ayat 8 hingga 10. Iman atau kebolehan untuk percaya kepada Kristus memang datang dari Allah sendiri. Kita tidak berkuasa untuk percaya, tetapi apabila Allah memampukan kita, maka kita dapat percaya bahawa Yesus ialah Tuhan Juruselamat dan Raja dunia ini. Ini akan menghilangkan semua rasa bangga dalam diri kita, bahawa kita 'menerima' atau 'percaya' kepada-Nya atas usaha sendiri. (Ayat-ayat penting: 1-2, 4-6, 8-10, 13, 14-18, 19-22) 3. Bab 3 mengandungi doa yang agak panjang di dalam ayat 14-21. Jadikan itu doa anda kepada Tuhan hari ini. 4. Bab 4 mengandungi beberapa senarai doktrin asas Kristian (ayat 4-6), namun ia juga mengandungi nasihat kehidupan yang saleh sebagai orang yang percaya kepada Kristus (ayat 1-3, 22-32). Ia juga mengandungi senarai karunia rohani di dalam Gereja (ayat 11). 5. Bab 5 terus mengandungi nasihat rohani untuk kehidupan harian. Ini termasuk hidup sebagai suami dan isteri. Hubungan antara Kristus dengan orang-orang Kristian disamakan dengan hubungan cinta antara suami dan isteri. 6. Bab 6 mengandungi nasihat peperangan rohani (ayat 13-20). Hidup sebagai orang Kristian bukan selalu senang-wenang sahaja. Ada masa senang namun ada juga masa apabila iblis menyerang. Semoga kita bersiap sedia untuk selalu menghadapinya.

Filipi Surat ini turut ditulis oleh Paulus di dalam penjara. Dia berada di dalam penjara seperti biasa kerana dia memberitakan Injil. Surat ini agung dari segi intonasi yang ada di dalamnya. Paulus dengan sukacita menulis surat ini. Walaupun dia tidak berada di dalam keadaan yang senang, namun dia masih bersukacita. Perkataan sukacita muncul dekat 15 kali di dalam surat ini sahaja. Oleh itu surat ini dipanggil surat sukacita. Tidak hairanlah surat ini juga mengandungi antara pengajaran tentang Kristus yang teragung. Bab 1 memperkenalkan kehidupan Paulus. Bab 2 memperkenalkan Kristus yang mengosongkan diri-Nya untuk turun dalam bentuk manusia yang fana. Namun ini bererti bahawa kita juga harus ada sikap hati yang sama, iaitu kerendahan hati dan kerelaan untuk berkorban untuk Dia. Bab 3 menjelaskan bahawa seorang Kristian telah meniadakan segala kesombongannya dan usaha peribadinya untuk mencapai keselamatan. Bab 3 berakhir dengan amaran mengenai seteru salib Kristus. Bab 4 bermula dengan dorongan untuk hidup berkenan kepada Tuhan, hidup dalam doa, hidup bermeditasi atas apa yang baik dan sukacita sekali lagi. Surat ini harus dibaca dengan sukacita dengan mendalami emosi yang ada di dalamnya. Ayat-ayat penting: a. Filipi 1:6 b. Filipi 1:9-11 c. Filipi 1:20-21 d. Filipi 1:27-29 e. Filipi 2:2-4 f. Filipi 2:5-8 g. Filipi 2:9-11 h. Filipi 2:12-13 i. Filipi 2:30 j. Filipi 3:3 k. Filipi 3:7-11 l. Filipi 3:13 m. Filipi 3:18-19 n. Filipi 4:4 o. Filipi 4:6-9 p. Filipi 4:12-13 q. Filipi 4:17 r. Filipi 4:19

Kolose Surat Kolose ialah surat Kristologi yang tertinggi. Inti utamanya ialah perkataan Kristus. Terjemahan Yunani dari kata lbrani Masyiakh atau Mesias (Almasih), bererti: "yang diurapi oleh Tuhan". Yesus disebut Kristus karena Dialah yang dipilih Allah menjadi Penyelamat dan Tuhan. Dari bab 1 hingga 4, Kristus sungguh nyata (26 kali). Surat ini ditulis kepada jemaat di Kolose yang mempunyai suatu masalah besar. Mereka menyembah malaikat, orangorang kudus, melakukan puasa berpanjangan untuk mendapat visi dan mimpi ilahi. Mereka mencari suatu pengalaman rohani yang khusus supaya mereka turut dianggap rohani. Namun Paulus mengutuk tindakan seperti itu. Kesempurnaan di dalam Kristus ialah tema utama di dalam surat ini. Apabila Yesus berkata, "Sudah selesai" di dalam Yohanes 19:30, segala yang diperlukan untuk keselamatan dan hidup yang kudus telah diperolehi. Kematian Yesus di atas kayu salib mencukupi. Namun kecukupan ini tidak bererti bahawa orang Kristian harus hidup di dalam dosa. Ia harus terus melakukan apa yang berkenan kepada Tuhan (bab 3 dan 4). Inti sari surat ini ialah bahawa Yesus Kristus sanggup memberi keselamatan yang sempurna dan bahawa ajaran-ajaran yang lain itu hanya menjauhkan orang dari Kristus. Ayat-ayat penting: a. Kolose 1:9-14 b. Kolose 1:16 c. Kolose 1:18 d. Kolose 1:21-22 e. Kolose 1:24 f. Kolose 1:28 g. Kolose 2:6-10 h. Kolose 2:13 i. Kolose 2:15 j. Kolose 2:20-23 k. Kolose 3:3 l. Kolose 3:5 m. Kolose 3:8-10 n. Kolose 3:12-15 o. Kolose 3:16 p. Kolose 3:23-24 q. Kolose 4:2 r. Kolose 4:6 s. Kolose 4:14

1 Tesalonika 1 Tesalonika ditulis kepada jemaat yang cukup baik dari segi moral. Mereka dibentuk dalam keadaan penganiayaan (1:6), sehingga mereka turut menjadi teladan ketekunan kepada gereja-gereja lain. Surat Paulus yang pertama kepada jemaat di Tesalonika ini ditulis untuk memberi dorongan dan keteguhan kepada mereka. Paulus bersyukur atas berita yang diterimanya tentang iman dan kasih mereka. Ia mengingatkan mereka mengenai kehidupannya sendiri ketika ia masih berada di tengah-tengah mereka. Setelah mengemukakan semuanya itu, Paulus menjawab pertanyaanpertanyaan mereka tentang kedatangan Kristus yang kedua kalinya. Kalau seorang Kristian meninggal sebelum Kristus datang kembali, dapatkah orang itu menerima hidup yang kekal dan sejati dari Kristus? Bilakah Kristus akan datang? Paulus menasihatkan supaya mereka terus bekerja dengan tenang sambil menantikan kedatangan Kristus dengan penuh harapan. Demikianlah keadaan di Tesalonika. Surat ini juga berakhir dengan kata-kata penghiburan yang teragung di dalam surat-suratnya (5:23). Ayat-ayat penting: a. 1 Tesalonika 1:3 b. 1 Tesalonika 1:5 c. 1 Tesalonika 1:9-10 d. 1 Tesalonika 2:2 e. 1 Tesalonika 2:8 f. 1 Tesalonika 2:11-12 g. 1 Tesalonika 2:13 h. 1 Tesalonika 2:18 i. 1 Tesalonika 2:19 j. 1 Tesalonika 3:10 k. 1 Tesalonika 3:12-13 l. 1 Tesalonika 4:3-6 m. 1 Tesalonika 4:11 n. 1 Tesalonika 4:13-18 o. 1 Tesalonika 5:4-5 p. 1 Tesalonika 5:9-10 q. 1 Tesalonika 5:12-13 r. 1 Tesalonika 5:16-22 s. 1 Tesalonika 5:23

2 Tesalonika 2 Tesalonika berbeza dari 1 Tesalonika kerana ia lebih mementingkan pengajar sesat dan antikristus yang akan datang. Paulus sedang memberi galakkan kepada mereka dengan menyatakan bahawa Allah akan menghukum dan mengadili mereka yang melakukan kejahatan dan tidak percaya kepada Injil Kristus. Dia juga memberitahu mereka mengenai kemurtadan 'sebab sebelum Hari itu, haruslah datang dahulu murtad dan haruslah dinyatakan dahulu manusia durhaka, yang harus binasa.' Seakan-akan amaran ini seringkali dilupakan dan ramai orang Kristian yang separuh sahaja/ kulit sahaja, menyakinkan diri mereka bahawa mereka akan masuk ke syurga, tetapi memang sebaliknya. Namun Paulus juga memberi sedikit pengajaran mengenai ciri dan sifat seorang Kristian yang benar (2:13-14). Akhirnya dia sekali lagi menyentuh hal kedatangan Kristus. Ada juga orang yang menjual harta mereka dan tidak bekerja kerana mereka sangat menunggu kedatangan Kristus. Paulus berkata kepada mereka, jikalau mereka tidak bekerja, mereka tidak harus makan juga. Dia akhiri dengan dorongan untuk bertahan dan berpegang kepada Injil. Ayat-ayat penting: a. 2 Tesalonika 1:3 b. 2 Tesalonika 1:6-7 c. 2 Tesalonika 1:8-10 d. 2 Tesalonika 1:12 e. 2 Tesalonika 2:3-4 f. 2 Tesalonika 2:7-12 g. 2 Tesalonika 2:13-14 h. 2 Tesalonika 3:1 i. 2 Tesalonika 3:3 j. 2 Tesalonika 3:5 k. 2 Tesalonika 3:6-8 l. 2 Tesalonika 3:10 m. 2 Tesalonika 3:13-15

1 Timotius 1 Timotius ditulis kepada Timotius oleh Paulus. Timotius sudah menjadi seorang pastor namun masih belum seberapa biasa dengan pelayanan yang begitu mencabar. Paulus menulis kepadanya sebagai seorang yang sudah melalui banyak cabaran di dalam pelayanan dan layak untuk mengajar. Nasihat Paulus di dalam surat ini lebih praktikal daripada bersifat ajaran doktrin (dasar kepercayaan Alkitab). Paulus mengimbangkan ajarannya dengan nasihat, dorongan, amaran dan sedikit sahaja doktrin (3:16). Bab 1 mengisahkan siapakah yang memerlukan hukum Taurat. Paulus mengasingkan mereka yang berada di dalam anugerah Allah dan mereka yang berada di luarnya. Paulus turut menyatakan kedudukannya: "Kristus Yesus datang ke dunia untuk menyelamatkan orang berdosa," dan di antara mereka akulah yang paling berdosa." Saat yang sama, dia mengagungkan Yesus: "Hormat dan kemuliaan sampai selama-lamanya bagi Raja segala zaman, Allah yang kekal, yang tak nampak, yang esa! Amin." Bab 2 dimulakan dengan nasihat untuk berdoa untuk semua orang. Di dalam senarai ini, orang Kristian dan bukan Kristian disebutkan. Kita diajar untuk berdoa, tetapi untuk siapakah kita berdoa juga diperhatikan Tuhan. Paulus juga memberi nasihat mengenai ketertiban di dalam gereja. Antaranya ialah ayat terkenal yang melarang wanita untuk mengajar dan harus berdiam di dalam kebaktian. Bab 3 bermula dengan nasihat untuk kelayakkan seorang hamba Tuhan dan berakhir dengan suatu senarai doktrin yang cukup luar biasa luasnya. Bab 4 mengajar Timotius tentang alam roh dan bagaimana alam roh ini mempengaruhi dunia di bawahnya. Kemudian Paulus memberikan Timotius 'menu' untuk kesihatan rohani yang baik. Bab 5 kembali kepada pelayanan kepada balu-balu dan orang-orang yang lebih tua. Bab 6 dimulakan dengan nasihat untuk hamba-hamba. Ajaran praktikal mengenai nafsu untuk wang dan kekayaan diberikan. Akhirnya Paulus menasihati Timotius untuk berdiri dengan teguh dan mengakui kepercayaannya di depan orang lain. Dorongan dan nasihat Paulus kepada Timotius dilakukan dengan sungguh-sungguh.. Ini nyata di dalam 6:20: Hai Timotius, peliharalah apa yang telah dipercayakan kepadamu. Semoga kita melakukan hal yang sama.

2 Timotius 2 Timotius merupakan surat terakhir Paulus dan dia sedang menulis surat ini dengan cepat. Dia memperingati Timotius mengenai dasar kehidupannya yang diletakkan oleh ibu dan neneknya. Dia harus memegang kepada kepercayaan awal ini. Dia harus berani mengkhabarkan Injil di dalam apa sahaja keadaanpun. Aliran dakwat semakin laju. Paulus tidak tahu bilakah dia akan dipanggil untuk dipancung kepalanya. Timotius harus bertempur di dalam imannya, bertekun di dalam kepercayaannya dan bersabar di dalam pelayanan. Nasihat praktikal diberikan untuknya supaya belajar dengan tekun Firman Tuhan dan mengelakkan kata-kata yang kosong yang tidak membawa faedah kepada orang lain. Timotius bukanlah orang yang tua, oleh itu Paulus mendapati perlunya nasihat untuk menjauhkan diri dari nafsu orang muda. Dia harus menjaga kewibawaan pelayanannya. Bab 3 dipenuhi dengan amaran mengenai berbagai jenis orang yang akan dia hadapi di dalam pelayanan. Namun dia harus meneladani Paulus. Firman menjadi panduan dalam hidupnya, oleh itu Paulus turut mengajar kenyataan mengenai Firman Tuhan. Kewibawaan Firman Tuhan tidak tertanding dan memang diberikan hidup oleh Roh Kudus. Setiap ayat dan perkataan memang diberikan oleh Roh Kudus kepada penulisnya. Akhirnya Paulus menasihati Timotius untuk memberitakan Injil pada setiap masa. Ini perlu kerana ramai orang akan mula cenderung untuk mengikuti ajaran-ajaran yang lain pada akhir zaman. Paulus menitik beratkan bahawa masanya sudah sampai untuk mati (4:6). Namun, suatu aspek yang harus diperhatikan ialah bahawa Paulus sebagai manusia rindu untuk seorang teman pada saat seperti ini. (4:9) Berusahalah supaya segera datang kepadaku kerana Demas telah mencintai dunia ini dan meninggalkan aku. Ia telah berangkat ke Tesalonika. Kreskes telah pergi ke Galatia dan Titus ke Dalmatia. Paulus kesunyian dan memerlukan kawan. Semoga di dalam apa sahaja keadaan, kita bolehlah menjadi kawan kepada orang yang kesunyian. Bab: 1. Iman yang benar. 2. Praktik dalam pelayanan. 3. Orang-orang jahat dan teladan Paulus. 4. Kerinduan Paulus.

Titus Titus ialah surat kepada Titus, seorang lagi pelayan Tuhan, seorang pastor di Kreta (Kepulauan di Laut Mediterranean). Ada tiga hal yang dikemukakan di dalam surat ini. Pertama, Titus diingatkan mengenai sifat-sifat orang yang boleh menjadi pemimpin jemaat. Hal itu dikemukakan terutama kerana kelakuan orang-orang di Kreta banyak yang jahat. Kedua, Titus dinasihati mengenai bagaimana seharusnya ia mengajar setiap golongan orang yang menjadi anggota jemaat itu, iaitu golongan lelaki dan perempuan yang sudah tua (yang seharusnya mengajar pula orang-orang yang lebih muda dari mereka), golongan orang-orang muda, dan golongan hamba-hamba. Akhirnya Titus diajar apakah seharusnya kelakuan orang Kristian. Yang paling penting ialah bahawa orang Kristian harus peramah dan pendamai, tidak membenci orang, tidak suka bertengkar atau menimbulkan perpecahan. Surat ini hampir sama dengan surat 2 Timotius. Ayat-ayat penting: a. Titus 1:2 b. Titus 1:9 c. Titus 1:15-16 d. Titus 2:1 e. Titus 2:6-8 f. Titus 2:11-14 g. Titus 3:1 h. Titus 3:4-7 i. Titus 3:9-11 j. Titus 3:14

Filemon Setiap orang yang baca surat ini dengan teliti pasti akan senyum pada akhirnya. Jika seorang membaca surat ini tanpa tangisan ucapan syukur, ia belum alami kasih Tuhan. Surat ini sangat peribadi, dan sangat berkuasa untuk menyatakan suatu tindakan Yesus Kristus bagi kita: Penebusan. Penebusan bererti bahawa sesuatu dimiliki oleh seorang dan kemudiannya ia dibeli kembali oleh seorang yang lain dengan suatu harga. Yesus menjadi Penebus kita apabila melalui darahnya Ia menebus kita dari kuasa dosa dan kutuk maut (akibat dosa). Filemon adalah seorang Kristian terkemuka yang rupanya menjadi anggota jemaat di Kolose. Ia memiliki seorang hamba yang bernama Onesimus. Hamba itu telah lari dari Filemon, tuannya itu, kemudian entah bagaimana telah berkenalan dengan Paulus ketika Paulus berada di dalam penjara. Dengan bimbingan Paulus, Onesimus menjadi seorang Kristian. Surat Paulus Kepada Filemon ini merupakan permohonan Paulus supaya Filemon menerima kembali Onesimus, hambanya itu, yang sedang disuruh pulang oleh Paulus. Paulus minta supaya Filemon menerima kembali Onesimus bukan hanya sebagai hamba yang sudah dimaafkan, tetapi juga sebagai seorang Kristian. Onesimus akan ditebus jika ia diterima kembali oleh Filemon. Paulus juga memainkan peranan yang penting di dalam kes ini. Filemon menjadi seorang Kristian melalui pelayanan Paulus (ayat 19), oleh itu Paulus dengan berani mencabar Filemon untuk menerima kembali Onesimus yang nakal itu sebagai seorang saudara seiman. Dan jika dia tidak melakukan demikian, Paulus menggunakan hutang yang ada pada Filemon yang tidak dapat dibayarnya sebagai suatu ugutan supaya Filemon menerima kembali Onesimus. Surat ini memang lucuh dan setiap orang boleh merasakan sebahagian dirinya di dalam surat ini. Kita sering-kali memegang seseorang kerana dia berhutang kepada kita. Paulus melakukan demikian dalam cara Kristian, bukan sebagai orang yang sombong. Bacalah surat peribadi ini sebagai surat daripada Tuhan untuk anda.

Ibrani Ibrani merupakan kitab di mana tidak ada sesiapa yang tahu siapakah penulisnya. Namun sifat penulisannya lebih mengaitkannya kepada rasul Paulus dengan pertolongan beberapa orang yang lain. Kitab ini ditulis khas bagi orang Kristian yang berbangsa Yahudi di Yerusalem. Ini nyata kerana Bait Allah ada di Yerusalem dan hanya mereka yang ada di sana akan tahu apa yang dikatakan di dalam surat ini. Surat ini penuh dengan penjelasan mengenai peranan korban darah, alatan di dalam Bait Allah, peranan imamimam dan amaran-amaran khusus. Ia ditulis untuk menunjukkan bahawa Yesus Kristus lebih tinggi dari semua peraturan-peraturan Yahudi yang lama, termasuk Bait Allah yang sangat disanjung oleh orang Yahudi. Bait Allah di Yerusalem jika dipandang dari jauh seakan-akan satu blok emas! Namun penulis surat ini mahukan pembacanya untuk mengetahui bahawa Yesus lebih dari segala-galanya. Dia adalah jalan keselamatan (2: 1-4), Pemenang ke atas maut (2:14-15), Imam Agung yang berbelas kasihan (4:14-16), Imam Agung yang sempurna dan tidak bercela (7:22-8:13) dan Korban dosa yang tak tertanding (9:11-10:18). Dengan ini, kita mempunyai Juruselamat yang sempurna dan serba-boleh. Namun inti surat ini juga mengandungi beberapa bahagian yang membawa ketakutan bagi orang Kristian. Bab 3:12; 6:1-8; 10:26-39 adalah senarai ayat-ayat yang mempunyai gambaran kemurtadan. Ia seakan-akan orang Kristian Yahudi di Yerusalem sedang berada di dalam penganiayaan/ penindasan oleh orang Yahudi yang tidak percaya kepada Yesus sebagai Juruselamat. Oleh itu, orang Kristian Yahudi seakan-akan mahu meninggalkan pengakuan iman mereka kepada Kristus supaya mengelakkan penindasan. Penulis surat ini mengajak mereka untuk terus berpegang kepada pengakuan iman mereka, dan memberikan contoh-contoh mereka yang kuat dalam iman mereka (Bab 11). Mereka harus tahu bahawa jika mereka meninggalkan Kristus, mereka sedang kembali kepada upacaraupacara Yahudi (pengorbanan kambing-biri-biri) di dalam Bait Allah yang sudah ditinggalkan mereka dahulu apabila mereka percaya kepada Kristus. Mereka sedang kembali kepada kehidupan kelas kedua. Penulis surat ini sedang minta mereka pertimbangkan kebodohan mereka. Tidak ada jalan pengampunan di dalam upacara-upacara Yahudi lagi kerana Yesus sudah menjadi penyempurna semua korban-korban itu. Pengampunan dosa dan keselamatan tidak ada di dalam upacara atau di dalam sesiapa lain kecuali Yesus Kristus. Semoga kita juga belajar untuk bergantung hanya kepada Yesus Kristus dan bukan orang lain. Kitab ini menjadi dorongan untuk pegang kepada pengakuan iman kita di dalam apa sahaja keadaanpun.

Yakobus Yakobus ditulis oleh Yakobus kepada dua belas suku di Israel. Yakobus merupakan saudara kepada Yesus, iaitu adik lelaki kepada Yesus melalui Maria (Markus 6:3). Pada awalnya, Yakobus tidak percaya bahawa Yesuslah Mesias, namun selepas kebangkitan Yesus dari kematian, dia percaya dan tergolong di dalam pengikut Yesus. Yakobus ini tidak sama dengan rasul Yakobus yang dibunuh oleh raja Herodes (Kisah Para Rasul 12:1-2). Yakobus menulis surat ini dengan tujuan mengimbangkan keadaan kepercayaan di dalam orang Kristian. Oleh kerana orang Kristian diselamatkan oleh kasih karunia Allah dan tidak lebih dari itu, maka ada di antara orang Kristian yang hidup di dalam penipuan-sendiri. Mereka menganggap diri mereka orang Kristian dan terus melakukan sesuka hati menurut kehidupan lama mereka. Yakobus mengatakan bahawa iman sedemikian ialah suatu penipuan (2:17). Orang itu tidak benar-benar selamat tetapi hanya berfikir bahawa dia selamat. Surat ini ialah surat yang hampir sama dengan Amsal di dalam Perjanjian Lama, kerana sifat kata-kata pendek yang berhikmat di dalamnya. Ayat-ayat penting: a. Yakobus 1:2-5 b. Yakobus 1:6 c. Yakobus 1:12 d. Yakobus 1:14-15 e. Yakobus 1:17 f. Yakobus 1:22 g. Yakobus 1:26-27 h. Yakobus 2:5 i. Yakobus 2:8 j. Yakobus 2:14-26 k. Yakobus 3:1 l. Yakobus 3:10-12 m. Yakobus 3:14-15 n. Yakobus 3:17 o. Yakobus 4:2-4 p. Yakobus 4:10 q. Yakobus 4:17 r. Yakobus 5:11 s. Yakobus 5:16-17 t. Yakobus 5:19-20

1 Petrus Jika adanya surat yang sungguh berwibawa, surat 1 Petrus memang satu daripadanya. Petrus yang menyangkal Yesus tiga kali dan melarikan diri apabila dia seharusnya berdiri dan pertahankan-Nya. Namun 1 Petrus ialah surat tulisan rasul Petrus yang sudah kembali kepada sisi Allah. Dia sudah bertaubat dan menjadi pastor yang sungguh berani. Dan di dalam tulisan ini, dia menyentuh hal yang sudah dia alami secara peribadi: Penganiayaan. Dia sudah dipenjarakan dua atau tiga kali sehingga bila dibebaskan malaikat, dia perlu dipukul oleh malaikat itu supaya dia bangun (KPR 12:5-11). Penganiayaan kata Petrus ialah sesuatu yang menunjukkan ketulenan iman kita kepada Yesus Kristus. Iman yang dianiaya akan menjadi lebih kuat dan murni/sempurna. Tetapi ada di antara orang Kristian yang membalas dendam apabila mereka ditindas, oleh itu Petrus mendorong mereka untuk juga melakukan apa yang baik menurut iman mereka yang baru. Dia mahu mereka tunduk dan hormat kepada semua manusia, baik yang menindas dan juga mereka yang bukan Kristian, walaupun mereka menindas dan mengejek. Ada juga isteri yang mempunyai suami yang bukan Kristian dan oleh itu terasa tertekan. Petrus berkata bahawa mereka harus melakukan baik kepada suami mereka dan tidak menganggap mereka sebagai iblis! Sebaliknya juga benar bagi suami yang mempunyai isteri yang tidak percaya. Di dalam surat ini kita mempunyai senarai nasihat yang terbaik bagi kaum perempuan (3:1-6). Petrus turut menasihati supaya mereka yang ditindas ini akan terus melayani di antara satu dengan yang lain. Bagi mereka yang menjadi pastor dan penatua, mereka harus menjaga kawanan domba Tuhan dengan baik dan dengan jujur dan ikhlas. Akhirnya Petrus menasihati mereka supaya berhati-hati kerana iblis turut menjadi musuh yang masih hidup. Ayat-ayat penting: a. 1 Petrus 1:2-9 b. 1 Petrus 1:13-16 c. 1 Petrus 1:23 d. 1 Petrus 2:9-16 e. 1 Petrus 2:18-24 f. 1 Petrus 3:8-12 g. 1 Petrus 3:15 h. 1 Petrus 4:1 i. 1 Petrus 4:14-16 j. 1 Petrus 5:1-4 k. 1 Petrus 5:8--9

2 Petrus 2 Petrus ditulis dengan amaran untuk berhati-hati kerana pengajar sesat. Itulah tema utama surat ini. Kali ini Petrus sekali lagi menjadi pemberi amaran untuk bertumbuh di dalam iman. Pemeliharaan iman dan pertumbuhan iman berjalan bersama-sama. Dia mendorong pembacanya untuk bergantung kepada Firman Tuhan kerana dari sana mereka mengetahui apa yang benar. Dia memberi amaran mengenai doktrin yang menyesatkan. Bab 2 dikhaskan untuk guru palsu, hidup mereka, kezaliman mereka dan pembinasaan mereka. Namun janji Tuhan tetap benar. Dia akan datang untuk menyelamatkan manusia. Dia akan datang untuk mengangkat semua orang Kristian kepada pangkuan-Nya. Hari kedatangan-Nya sudah dekat dan persiapan harus ada, dan ini termasuk mereka yang percaya kepada Yesus Kristus. Mereka harus bertumbuh (diulang sekali lagi) dan terus lebih mengenal Kristus Yesus. Surat ini ialah amaran yang dahsyat untuk memegang apa yang ada pada kita dan membina di atasnya suatu kehidupan yang sedia melayani Tuhan. Ayat-ayat penting: a. 2 Petrus 1:3 b. 2 Petrus 1:5-7 c. 2 Petrus 1:10-11 d. 2 Petrus 1:19-21 e. 2 Petrus 2:1 f. 2 Petrus 2:9-10 g. 2 Petrus 2:12-15 h. 2 Petrus 2:18-21 i. 2 Petrus 3:7-9 j. 2 Petrus 3:10 k. 2 Petrus 3:13 l. 2 Petrus 3:17-18

1 Yohanes Kita sudah biasa mendengar bab kasih di dalam 1 Korintus 13 di dalam upacara perkahwinan. Ini ditulis oleh Paulus. Namun satu lagi orang menulis mengenai kasih dan ini adalah rasul Yohanes. Rasul Paulus dipanggil Rasul Iman, rasul Petrus dipanggil rasul Pengharapan dan rasul Yohanes sebagai rasul Kasih. Mengapa? Di dalam suratnya, dia menyebut perkataan kasih 45 kali! Di dalam 5 bab sahaja, dia menyebut kasih 45 kali! Di dalam bab 4 sahaja, dia menyebut perkataan kasih 27 kali! Mengapa? Kasih ialah bukti kehidupan Kristian yang tulen. Ada orang Kristian yang berpendapat bahawa mereka mengenal Kristus, namun diminta mereka mengasihi orang yang miskin, yang menjijikkan, dengan air liur meleleh keluar dari mulutnya, dia menghadapi kesusahan. Dia lebih suka mengasihi orang yang tidak bermasalah. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka mengasihi Tuhan, tetapi mereka nyata membenci orang lain dan semua orang lain. Yohanes menulis dan berkata, 'jangan tipu diri sendiri!' Surat ini ialah surat ujian untuk menyatakan keadaan rohani hati kita. Adakah kita sanggup mengasihi? Adakah kita rela berkorban untuk orang lain? Melakukan apa yang menjijikkan? Melawat orang yang berada di dalam hospital? Di dalam penjara? Pelacur? Pengemis? Homoseksual? Penagih dadah? Surat ini ialah cabaran yang hampir sama dengan surat Yakobus. Anda mahu buktikan bahawa anda mengenal Kristus? Lakukan ini... Namun surat ini juga mempunyai beberapa kata-kata doktrin, termasuk tujuan Yesus mati di atas kayu salib (3:5-9). Seorang yang membaca surat ini dengan perlahan sambil bermeditasi akan dapat melihat keadaan jiwanya. Ayat-ayat penting: a. 1 Yohanes 1:1-3 b. 1 Yohanes 1:6-10 c. 1 Yohanes 2:1-2 d. 1 Yohanes 2:3-9 e. 1 Yohanes 2:15-23 f. 1 Yohanes 2:27 g. 1 Yohanes 3:1-3 h. 1 Yohanes 3:4-9 i. 1 Yohanes 3:21-24 j. 1 Yohanes 4:1-6 k. 1 Yohanes 4:7-11 l. 1 Yohanes 4:16-21 m. 1 Yohanes 5:4-5

n. 1 Yohanes 5:6-8 o. 1 Yohanes 5:10-13 p. 1 Yohanes 5:16-18 2 Yohanes 2 Yohanes ditulis oleh Yohanes kepada seorang wanita dan anak-anaknya (mungkin sebuah keluarga Kristian). Surat ini lebih peribadi juga seperti surat Filemon. Isinya ialah kata-kata dorongan untuk berpegang kepada doktrin Kristus (ayat 9, 10) dan perkataan 'kebenaran dan benar' (ayat 1, 2, 3, 4). Nasihat Yohanes ialah supaya wanita ini dan anak-anaknya tidak menerima dan menyambut orang yang tidak percaya bahawa Yesus adalah Tuhan (ayat 10-11). Nasihat ini sangat praktikal untuk kita pada masa kini dengan adanya begitu ramai pengajar sesat yang berjalan di sini-sana dengan buku-buku dan majalah-majalah yang baru untuk diedarkan. Kita tidak didorong untuk menyambut mereka sebagai tetamu kerana mereka dianggap sebagai antikristus. Kita haruslah mengambil perhatian kepada nasihat Yohanes tentang penyesat di dunia ini. 3 Yohanes Surat 3 Yohanes berbeza dengan surat 2 Yohanes kerana masalah penyesat berada bukan di luar gereja tetapi di dalamnya! Kata-kata penting digunakan sekali lagi. 'Kebenaran, benar' (ayat 3, 4, 8, 12) dan 'kekasih' (ayat 1, 2, 5, 11). Di dalam surat ini, ada dua orang keutamaan. Yang baik: Demetrius dan yang jahat: Diotrefes. Masalah tidak sahaja diluar gereja tetapi di dalamnya. Kemungkinan besar Diotrefes ialah seorang yang mempunyai pangkat tinggi di dalam gereja kerana dia mahu mengambil tempat yang tertinggi di antara semua orang. Dia sendiri bukan sahaja tidak mahu menerima saudara-saudara yang datang, tetapi juga mencegah orang-orang, yang mahu menerima mereka dan mengucilkan orang-orang itu dari jemaat (ayat 10). Yohanes menasihati mereka dan Gaius supaya tidak menerima kesaksian buruk Diotrefes tetapi menerima kesaksian baik dari Demetrius. Kita belajar bagaimana untuk bertindak terhadap mereka yang menimbulkan kesusahan di dalam gereja. Kita tidak meneladaninya, tetapi pada saat yang sama masih mengasihinya.

Yudas Yudas ialah surat dari seorang lagi saudara/ adik lelaki Yesus (Markus 6:3). Dia sama juga dengan Yakobus di dalam penerimaan awal Yesus. Namun kemudiannya, dia menjadi Penahan Iman yang kuat. Dia menulis surat ini dengan satu tujuan sahaja iaitu untuk "tetap berjuang untuk mempertahankan iman yang telah disampaikan kepada orang-orang kudus." Pada awalnya dia berpendapat bahawa dia perlu menulis sesuatu tentang keselamatan sejagat, namun apabila Roh Kudus memimpinnya, dia menyedari bahaya yang ada pada masa itu, iaitu penyimpangan daripada iman yang telah diberikan kepada orang Kristian melalui para rasul dan nabi-nabi. Surat ini pendek namun penuh dengan gambaran simbolik mengenai ciri-ciri pengajar sesat. Ayat 5 hingga 19 menjadi tesisnya mengenai bahaya orang-orang yang membawa Injil yang berbeza (Galatia 1:8,9). Bahagian terakhir surat ini ialah dorongan untuk bertahan dengan hidup dekat kepada Roh Kudus (ayat 20). Dia juga memerintah mereka untuk hidup di dalam kasih Allah. Ini termasuk usaha untuk merebut orang dari kebinasaan. Usaha ini tidak harus diertikan bahawa orang Kristian yang cuba menginjil melakukannya seperti mereka kerbau yang marah! Mereka harus membezakan dan melakukan menurut perbezaan itu. Yudas mengakhiri suratnya dengan suatu pujian kepada Tuhan yang tidak tertandingnya di dalam keagungannya: "Bagi Dia, yang berkuasa menjaga supaya jangan kamu tersandung dan yang membawa kamu dengan tak bernoda dan penuh kegembiraan di hadapan kemuliaan-Nya, Allah yang esa, Juruselamat kita oleh Yesus Kristus, Tuhan kita, bagi Dia adalah kemuliaan, kebesaran, kekuatan dan kuasa sebelum segala abad dan sekarang dan sampai selama-lamanya. Amin." (Ayat 24-25). Kita mempunyai tugas untuk menginjil dan memberitakan Injil yang benar. Yesus Kristus datang untuk menyelamatkan orang-orang berdosa. Darah-Nya menjadi pendamai bagi kita supaya kita dapat datang kepada Allah tanpa keraguan dan takut. Surat ini juga menjadi amaran bahawa ada orang yang akan melembutkan ajaran Yesus dan menjadikannya sesuatu yang bersifat filsafat. Mereka akan memutar-belitkan Firman Tuhan untuk memenuhi impian mereka sendiri. Gerakan homseksual, 'lesbian', feminis, maskulin dan 'liberal' antara hal yang sekarang dibangkitkan dengan pengesahan Alkitab. Namun hal ini harus ditentang dengan kuat pada masa kini. Adakah kita rela menjadi pahlawan Tuhan?

Wahyu Di antara semua surat di dalam Perjanjian Baru, inilah satu-satunya surat yang paling susah ditafsirkan. Di dalamnya ada banyak ciri khas yang tidak terdapat di dalam surat-surat Perjanjian Baru yang lain. Yohanes berada di dalam Roh pada hari Tuhan. Di dalam Roh bererti bahawa dia tidak mengetahui apa yang ada disekelilingnya tetapi melihat hal-hal syurgawi. Suratnya kemungkinan besar ditulis dengan cepat kerana visi-visi yang dia terima dari Tuhan. Beberapa perkataan khas yang ada di dalam surat ini ialah, "Tujuh", "satu pertiga (1/3)", "666", "12", Roh, Gereja, Meterai, Mangkuk, Sangkakala, Saksi, Wanita, Babilon/Babel, Syurga, Yerusalem Baru dan Alfa sebagai sesuatu yang bersangkut-pahut dengan akhir zaman. Ia tidak sekadar terikat dengan masa itu tetapi mempunyai mesej untuk masa kini. Beberapa hal yang harus difahami tentang surat ini ialah rujukannya kepada tempat. Tempat-tempat yang disebut tidak harus dikaitkan dengan mana-mana negara tertentu di dunia ini. Ia bukan Amerika dan bukan agama Katolik. Dosa ialah sesuatu yang sungguh ditekankan di dalam surat ini, sehingga dosalah yang mungkin menjadi sasaran rasul Yohanes. Bolehlah kita perhatikan bahawa kitab ini merupakan penamatan segalanya. Kitab Kejadian di dalam Perjanjian Lama mengisahkan mengenai pokok Kehidupan. Namun kerana manusia berdosa, maka pokok itu dilarang oleh Tuhan sendiri. Di dalam Wahyu, pokok Kehidupan itu sekali lagi dibuka untuk semua orang. Oleh itu, kutuk, larangan dan halangan ditiadakan bagi mereka yang ada di syurga. Perihal kesimpulan kitab ini, kita boleh simpulkan bahawa pada apa sahaja keadaanpun, walaupun seakan-akan dunia ini sedang musnah kerana kejahatan manusia, dan iblis sedang bebas melakukan kehendaknya, namun pada akhirnya, Allah Tuhan akan menang. Raja segala raja dan Tuhan segala tuhan akan didapati sebagai Pemenang dan Penguasa segala sesuatu. Singa bani Yehuda ialah Pemenang dan telah berjaya untuk membuka meterai itu. Dan dilihat Yohanes seekor Anak Domba seperti ia telah disembelih. Dia bukan sahaja Pemenang tetapi Juruselamat kita. Semoga kita dapat berjumpa di sana satu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai