Anda di halaman 1dari 13

Bahaya ketidakmatangan

Ibrani 6:1-8
Sebab itu marilah kita tinggalkan asas-asas pertama dari ajaran tentang Kristus dan beralih kepada perkembangannya yang penuh. Janganlah kita meletakkan lagi dasar pertobatan dari perbuatanperbuatan yang sia-sia, dan dasar kepercayaan kepada Allah, yaitu ajaran tentang pelbagai pembaptisan, penumpangan tangan, kebangkitan orang-orang mati dan hukuman kekal. Dan itulah yang akan kita perbuat, jika Allah mengizinkannya. Sebab mereka yang pernah diterangi hatinya, yang pernah mengecap karunia sorgawi, dan yang pernah mendapat bagian dalam Roh Kudus, dan yang mengecap firman yang baik dari Allah dan karuniakarunia dunia yang akan datang, namun yang murtad lagi, tidak mungkin dibaharui sekali lagi sedemikian, hingga mereka bertobat, sebab mereka menyalibkan lagi Anak Allah bagi diri mereka dan menghina-Nya di muka umum. Sebab tanah yang menghisap air hujan yang sering turun ke atasnya, dan yang menghasilkan tumbuh-tumbuhan yang berguna bagi mereka yang mengerjakannya, menerima berkat dari Allah; tetapi jikalau tanah itu menghasilkan semak duri dan rumput duri, tidaklah ia berguna dan sudah dekat pada kutuk, yang berakhir dengan pembakaran.

Petikan yang paling bahaya dalam Perjanjian Baru


Mengapa petikan ini merbahaya? Perang dan penumpahan darah telah tercetus kerana perdebatan petikan ini. Aliran-aliran Kristian telah dimulakan dari petikan ini. Teologi-teologi telah diciptakan dari petikan ini. Perpecahan jemaat telah berlaku akibat petikan ini. Apakah maksud petikan ini?

1.Ini merupakan orang Kristian yang murtad lalu binasa. Mereka sudah diterangi (Efesus 1:18), sudah merasakan karunia syurgawi (Yohanes 7:37-39), sudah merasakan Firman yang baik (Mazmur 34:8) dan kuasa-kuasa zaman akan datang (Yohanes 16:13). Dia dengan meninggalkan imannya pada Yesus mempermalukan Yesus Kristus dan kematian-Nya di atas salib, seakanakan salib-Nya tidak ada guna. Maka dia tidak dapat dipulihkan semula kepada pertaubatan kerana dia menyalibkan Kristus lagi dan menghina Dia di muka umum.
Jacobus Arminius

2. Ini merupakan kes seorang yang seakan-akan Kristian, namun akhirnya membuktikan bahawa dia semangnya bukan. Dia sudah diterangi (mengerti), mengecap karunia syurgawi (mengalami), mendapat bahagian dalam Roh Kudus (melihat kuasa pekerjaan Roh Kudus), mengecap Firman yang baik (sudah mendengar khabar Injil) dan karunia-karunia zaman akan datang (mujizat, penyembuhan). Namun orang seperti itu banyak di dalam gereja namun bukan Kristian juga.
Martyn Lloyd Jones, Romans exposition of Chapter 8:17-39, muka surat 318-333

3. Orang Yahudi yang hampir percaya kepada Yesus. Mereka telah maju hingga ke ambang keselamatan Kristus (dalam pengertian nubuatan-nubuatan tentang Mesias), sehingga diinsafkan dengan nyata oleh Roh Kudus dan diterangi di dalam Firman Allah mengenai jalan kepada kehidupan; mereka berpaling sekali lagi kepada perbuatan dan upacara mati. Ini memalukan Kristus secara umum dan mereka tidak akan dibaharui oleh Roh Kudus lagi.
Keith L. Brooks, The Bible Summarized Handbook, muka surat 277; John Gill, John Gills Esposition of the Bible; John Darby, John Darbys Synopsis of the New Testament, Hebrews.

4. Ini adalah orang Kristian tetapi tidak merujuk kepada kebinasaan jiwa di neraka melainkan kematian jasmani kerana mereka tidak hidup oleh Roh melainkan dalam daging sahaja. Penjelasannya datang dari ayat 7 dan 8.
Harold L. Wilmington, Wilmintons Guide to the Bible, muka surat 751.

5. Ini adalah kes yang diandaikan sahaja. Kemurtadan boleh berlaku dan apa yang dikisahkan akan terjadi kepada peribadi yang murtad. Tetapi.ia tidak akan terjadi. Amarannya sangat jelas, namun ini tidak akan berlaku.
Herbert W. Chilstrom, Hebrews, A New and Better Way, muka surat 3233; Louis H. Evans. Jr, The Communicatars Commentary, Hebrews, muka surat 133-134;

6. Ini adalah orang Kristian yang kerana tidak mahu maju kepada kematangan rohani, jatuh ke tepi dan tidak akan dapat maju lagi. Mereka diikat dalam ketidak-matangan dan hidup kekristianan mereka yang menghasilkan semak duri dan rumput duri, tidaklah ia berguna dan sudah dekat pada kutuk. (ayat 8)
Dwight Pentecost, A Faith that endures, muka surat 106-109.

Apakah pendapat saya?


Perkataan murtad di dalam ayat 6 adalah terjemahan yang salah. Perkataan di sana ialah parapipto iaitu jatuh ke tepi (fall to the side/ fall away). Perkataan untuk murtad ialah apostasia/ afistemi. Saya condong untuk menyetujui penjelasan terakhir oleh Dwight Pentecost dengan tambahan sedikit. Surat Ibrani ialah untuk orang Kristian Yahudi yang dianiaya kerana iman mereka. Untuk mengelakkan penganiayaan, mereka hanya perlu kembali kepada upacara pengorbanan haiwan yang lama. Kita bukan orang Kristian Yahudi. Kita tidak ada amalan korban lagi. Bagaimana ini diterapkan kepada kita pada hari ini?

Adakah dalam iman Kristian amalan-amalan yang boleh kita lakukan yang mengecualikan kita daripada penganiayaan tetapi mengambarkan sikap tidak hormat pada darah Yesus Kristus?
1. Tidak menginjil orang yang tidak seiman agar tidak ada yang tersinggung 2. Menerima semua agama dunia dengan alasan bahawa mereka semua mengajar yang baik 3. Hanya mengamalkan perbuatan sosial agar orang tidak mengkritik atau menganiaya kita kerana memberitakan Injil 4. Menekankan dialog antara agama-agama agar dapat hidup dengan damai atau bertoleransi tanpa perselisihan faham (inter-faith dialogue) 5. Tidak percaya bahawa Yesus boleh mengubah kehidupan kita dari perbuatan-perbuatan yang tidak baik, maka mengizinkan kita untuk terus melakukan dosa.

Gambarkan seorang pelari dalam perlumbaan. Apakah yang boleh mengakibatkan seorang Kristian jatuh ke tepi dalam perlumbaan rohaninya? (1 Korintus 9:26a, 2 Timotius 2:5)
1.Disandung oleh orang lain (cepat tersinggung) 2.Dijatuhkan oleh tali kasutnya yang tidak diikat dengan baik (tidak bersiap sedia) 3.Digoda oleh minuman di tepi jalan (tawaran dunia) 4.Dihina oleh penonton di tepi jalan (malu) 5.Dipukul oleh pelari lain (penganiayaan) 6.Dibatalkan kerana pelanggaran undang-undang berlari/mengambil jalan pintas (tidak mengikut firman Tuhan) 7.Dipenatkan oleh kekurangan latihan dan kurang disiplin diri (tidak mengamalkan disiplin-disiplin rohani doa, sembahyang, firman Tuhan)

Mari kita bertekun ke arah kematangan rohani dengan - Mengenal dan menyembah Yesus Kristus - Mengamalkan disiplin-disiplin rohani - Mengasihi jemaat Tuhan - Memberi untuk kerja Kerajaan Allah - Menjangkau jiwa-jiwa yang belum mengenal Tuhan

Anda mungkin juga menyukai