Anda di halaman 1dari 2

1.

PENGENALAN Sukan dan olahraga merangkumi dua acara, iaitu acara padang dan acara balapan. Salah satu daripada acara balapan yang diminati ramai ialah acara lari berpagar. Acara ini merupakan acara lari pecut yang menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet lari berpagar perlu memiliki kepantasan berlari berserta kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Untuk berjaya dalam sesuatu pertandingan, kelancaran berlari (ritma) semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut sangat penting. Justeru, para atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki bagi melancarkan larian. Dalam acara lari berpagar, seseorang atlet itu perlu berlari dengan pantas di antara pagar-pagar sambil melepasi halangan berpagar itu. Walau bagaimanapun, atlet sering menghadapi masalah bagaimana cara melepasi pagar tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan mengenai teknik lari berpagar, kekurangan kelembutan di sendi pinggul dan belakang dan rasa takut pada halangan (pagar). Untuk mencapai kejayaan dalam acara ini kelemahan-kelemahan ini hendaklah diatasi terlebih dahulu. Kemungkinan besar perkara ini sukar dicapai dalam kalangan pelajar sekolah. Namun begitu, acara lari berpagar boleh diperkenalkan untuk tujuan keseronokan dan kecergasan fizikal. Atlet yang tinggi dengan mempunyai kaki yang panjang, mempunyai kelembutan dan kepantasan biasanya berjaya dalam acara ini. Oleh itu, acara sukan lari berpagar perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak di samping menambahkan bilangan atlet bagi acara ini. Dengan adanya acara ini, nilai-nilai murni seperti bekerjasama dapat dipupuk dalam kalangan para atlet.

Anda mungkin juga menyukai