Anda di halaman 1dari 2

Mohd hafiz bin Ibrahim @ Husain 910414-03-5389 Syukur Alhamdulillah, kerana lawatan ilmiah yang telah kami rancangkan

dan jalankan telah berjaya dilaksanakn sebaik mungkin. Pada mulanya kami hanay merancang untuk membuat lawatan di sekitar sabah sahaja, namun begitu kami merupakan Major dalam Pendidikan Jasmani dikehendaki untuk menjalankan lawatan ilmiah di Majlis Sukan Negara, SSBJ dan Akademi Sukan UPM. Sebelum bertolak kami telah merancang satu kertas kerja dan mengadakan beberapa kali mesyuarat untuk memastikan perjalanan ini lancar. Sepanjang perancangan yang dijalankan pelbagai input dapat saya pelajari antaranya cara untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, cara berkomunikasai dengan pihka luar dan perancangan yang rapi. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kepada saya untuk menjadi seorng guru kelak. Selepas mendapat kelulusan kami telah mengadakan mesyuarat bagi memastikan agenda-agenda yang perlu ada semasa lawatan dilakukan serta memastikan semua AJK menjalanakn tugas. Lawatan kami bermula bermula di MSN dan diteruskan ke SSBJ. Disana saya telah mempelajari cara pengurusan sukan antarabangsa dalam proses melahirkan atlet bertaraf dunia. Peranan pihak seklah dalam memastikan pelajar yang berpontensi perlu dipergiatkan lagi untuk melahirkan bakal-bakal jaguh negara. Pengurusan sukan yang dijalankan mengambil kira semua aspek terutamanya kebajikan, keselamatan, kesihatan dan pendidikan. Setipa atlet yang berpontensi akan dikaji biomekaniknya bagi memastikan masalah yang sering berlaku dapat diatasi. Jadi pengetahuan yang sedemikian banyak membantu saya untuk lebih menceburi bidang sukan. Lawatan diteruskan ke Akedmi Sukan UPM dan berbincang mengenai peluang pekerjaan dan kerjaya seorang yang berpendidikan dalam aliran sukan. Kami didedakan dengan cara untuk mengukur kandungan otot dan mengira kekuatan menggunakan mesin-mesin yang canggih dalam proses membuat kajian dalam sukan. Pengetahuan dan pengalaman sedemikian membuka minda saya

sebagai seorang guru kelak untuk mereka sesuatu objek yang dapat membuat pengukuran kepada atlet dan pelajar yang saya akan didik. Ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi ini amat berguna kepada saya untuk menguruskan dan mentadbir sukan disekolah kelak. Walaupun dalam jangka masa yang singkat saya teruja dengan proses pengurusan yang dijalankan oleh ketiga-tiga badan ini dalam memajukan sukan tanah air. Saya akui bahawa lawatan ini dapat meningkatkan lagi kefahaman antara saya dan rakan-rakan yang lain. Kerjasama rakan dalam kumpulan saya amat baik. Semua ahli kumpulan memberikan komitmen terhadap tugas masing-masing. saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tugasan projek ini. Akhir kata, semoga pengalaman yang diperolehi sepanjang melaksanakan lawatan ilmiah ini sama ada sebelum atau semasa lawatan dapat diguna pakai setelah berada di sekolah nanti. Selain itu, segala ilmu pengetahuan yang diperolehi akan dipraktikkan semasa berada di sekolah nanti. saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan lawatan ini.

Anda mungkin juga menyukai