Anda di halaman 1dari 14

TOPIK 4 : PROGRAM DAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN LUAR (AMALI)

PENGENALAN Sebagai seorang pelajar sudah pasti anda pernah mendengar dan menyertai aktivitiaktiviti pendidikan luar yang dianjurkan oleh pertubuhan di sekolah atau badan luar. Aktiviti pendidikan luar dirancang dengan teliti dari awal hingga ke akhir aktiviti. Tahukah anda, masa yang paling kritikal dan penting dalam program pendidikan luar aialah sewaktu pelaksanaan program pendidikan luar. Untuk menjayakan program pendidikan luar berbagai pihak perlu menggembleng tenaga bagi menjayakan program tersebut. Dengan melaksanakan program pendidikan luar, kita dapat mengaplikasikan teori, perancangan serta pengurusan secara praktikal dengan berkesan. Namun, program dalam melaksanakan program pendidikan bukan satu perkara yang mudah berbagi kerja perlu dilakukan dan dibereskan oleh urus setia. Untuk melaksanakan dengan teratur beberapa perkara harus kita lakukan dengan teliti, contohnya menyediakan buku program, merangka jadual aktiviti, mengurus alatan dan pengangkutan. Pendidikan luar bukan saja tertumpu kepada aktiviti fizikal berdasarkan rekreasi sebaliknya terdapat tiga elemen yang mejadi objektif dalam pelaksanaan kegiatan laur iaitu afektif, kognatif dan psikomotor. Pelbagai aktiviti perlu kita laksanakan untuk mencapai objektif program. Program pendidikan luar perlu untuk kita nilai untuk melihat keberkesanan program. Terdapat dua aspek penilaian yang selalu kita nilaikan iaitu pencapaian individu atau program itu sendiri. Salah satu proses penilaian ialah dengan mengadakan mesyuarat post mortem dan laporan kedua langkah ini bertujuan melihat prestasi program dari kaca mata jawatankuasa. Keupayaan untuk mencapai objektif secara optimum dalam aktiviti pendidikan luar bergantung pada kepakaran tenaga jurulatih dan fasilitator serta alatan yang perlu digunakan dengan sebaik yang mungkin.

PENYEDIAAN BUKU PROGRAM Bagi menjadi panduan kepada semua kem komandan, jurulatih, jawatankuasa dan peserta yang terlibat dalam aktiviti pendidikan luar, buku program perlu disediakan dengan lengkap. Buku program merupakan dokumentasi yang tercatat mengenai kegiatan atau aktiviti yang dilakukan. Kita perlu menyimpan satu salinan buku program untuk menjadi rujukan. Buku program yang baik akan sentiasa memberi panduan dan dapat menerangkan hala tuju program kepada kita. Kualiti buku program yang kita bina bukan hanya terletak kepada cetakan atau kulit luar tetapi apa yang lebih penting kandungannya. Kandungan buku program terdiri daripada : 1. Tajuk/program 2. Nama perasmi/penutup 3. Lokasi 4. Tarikh 5. Masa 6. Kata-kata aluan 7. Nama jawatankuasa 8. Rasional program 9. Objektif program 10. Kumpulan sasaran 11. Ringkasan peraturan program 12. Senarai peserta 13. Jadual aktiviti 14. Penghargaan Merangka Jadual Program

Aturcara atau susunan aktiviti yang telah ditetapkan dan dilaksanakan dalam program pendidikan luar dikenali sebagai jadual aktiviti. Kita perlu merancang jadual aktiviti berdasarkan kepada kehendak pengurusan, keupayaan jurulatih dan peserta. Dalam menyusun aktiviti-aktiviti pendidikan luar, kita mesti ingat perkara penting ialah variasi dan ada kesinambungan antara tajuk. Jadual aktiviti yang kita rancang perlulah berpandukan kepada objektif program pendidikan luar. Selain daripada menumpukan aktiviti berdasarkan objektif psikomotor dan kognatif aspek afektif juga perlu kita ambil kira. Oleh itu, pendidikan luar yang dirancang dengan teliti akan dapat menghasilkan impak yang positif dan menyeronokkan serta dapat dilakukan dengan lancar dan teratur. Seterusnya, marilah kita lihat perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam merangka jadual aktiviti : i. Terdapat kemudahan asas di kawasan aktiviti ii. Mengambil kira kawasan semasa merangka aktiviti pendidikan luar iii. Pastikan aktiviti pendidikan luar mempunyai masa rahat, rekreasi dan ibadah yang mencukupi iv. Menyusun aktiviti bersesuaian dengan masa dan persediaan peserta program, contohnya aktiviti fizikal seperti berkayak atau kembara perlu di mulakan pada waktu pagi. Aktiviti permainan atau latiahn dalam kumpulan boleh dilakukan pada waktu petang atau diselang seli dengan aktiviti fizikal v. Aktiviti yang dirancang perlulah bervariasi dan saling berkaitan antara satu sama lain vi. Memeriksa keupayaan peralatan sebelum merangka jadual aktiviti vii. Keupayaan dan kepakaran fasilitator dan jurulatih juga perlu dilihat dalam merangka aktiviti pendidikan luar

Peraturan Program Pendidikan Luar Apabila melaksanakan aktiviti pendidikan luar sebagai pihak penganjur pelu memikirkan peraturan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Garis panduan peraturan pendidikan luar ialah undang-undang, ketetapan yang perlu

diambil oleh peserta. Dalam aktiviti pendidikan luar yang berisiko tinggi, merupaka aspek yang amat perlu dipatuhi oleh peserta. Perturan perlu dirangka berasaskan faktor keselamatan, kebersihan dan disiplin. Peraturan boleh disediakan dalam bentuk bertulis dan diterangkan secara lisan dalam taklimat aktiviti. Perkara a) Disiplin Garis Panduan
i. ii. Patuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pengelola dan penasihat Sentiasa menepati masa iii. Sentiasa berpakaian kemas dan berkasut di kawasan perkhemahan iv. Bertingkah laku sebagai seorang pelajar yang sentiasa menjaga nama baik universiti Dilarang sama sekali mengambil dadah , sebarang aktiviti yang melibatkan keadaan berkhayal adalah dilarang kemas ii. Dilarang sama sekali menghisap rokok iii. Dilarang bermain sebarang permainan berbentuk perjudian iv. Senjata api atau senjata tajam tidak boleh dibawa masuk ke kawasan perkhemahan v. Dilarang membawa barang kemas berharga vi. Sebarang bentuk alat hiburan seperti radio, gitar tidak boleh dibawa i. Dilarang turun ke laut tanpa kebenaran penasihat ii. Dilarang merayau di kawasan hutan tanpa penasihat atau jawatankuasa pengelola iii. Gunakan masa rehat yang di peruntukan untuk berehat iv. Jika hendak ke mana-mana pastikan berkawan dan maklumkan kepada penasihat atau jawatankuasa pengelola v. Laporkan masalah kesihatan kepada penasihat atau jawatankuasa pengelola vi. Utamakan keselamatan diri vii. Alatan merbahaya perlu di simpan di tempat yang selamat viii. Dilarang menyalakan api atau lilin di dalam khemah ix. Pastikan api tidak dinyalakan berhampiran khemah x. Mereka yang mempunyai giliran berjaga malam di wajibkan melaporkan diri tepat pada masa yang ditetapkan xi. Kenal pasti nada wisel yang dibunyikan xii. Belerang harus di taburkan di sekeliling khemah untuk mencegah binatang berbisa merayap di kawasan khemah Bina khemah di tapak khemah di tetapkan oleh urus setia Tunggu arahan yang diberikan oleh pegawai yang terlibat dalam urusan membina dan menurunkan khemah iii. Di larang membuang sampah di merata-rata tempat, buang sampah

b) Larangan

i.

c) Keselamatan dan kesihatan

d) Kebersihan kawasan khemah

i. ii.

ditempat yang dikhaskan iv. Sentiasa menjaga kebersihan kawasan perkhemahan v. Sediakan lubang basah dan kering untuk setiap khemah vi. Jangan simpan makanan dalam khemah vii. Jangan jemur pakaian pada tali khemah viii. Bersihkan kawasan khemah i. Pastikan alat-alat keperluan khemah lengkap sebelum mendirikannya ii. Sebarang kekurangan pada alatan hendaklah di beritahu ketua kumpulan dengan segera iii. Elakkan kasut dan sarung kaki di simpan di dalam khemah iv. Susun kasut dengan kemas Tempat mask perlu jauh dari khemah ii. Padam api bila tidak di gunakan iii. Elakkan daripada memasak menggunakan api yang besar iv. Pinggan magkuk hendaklah di basuh da di susun di tempat khas v. i. ii. Jika berlaku kebakaran bertindak dengan segera Elakkan membuang air di merata tempat, gunakan tempat yang telah di sediakan Jika berlaku kemalangan atau kecederaan laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera iii. Sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak urus setia dari semasa ke semasa iv. Setiap kumpulan perlu mempunyai buku log bagi mencatat segala aktiviti berkumpulan

e) Khemah

f) Dapur

atau i.

tempat masak

g) Am

PENGURUSAN ALATAN DAN KELENGKAPAN Alatan merupakan barang atau objek yang amat penting dan membantu dalam program pendidikan luar. Tanpa alatan kta mungkin tidak dapat melaksanakan aktiviti. Contohnya tanpa pendayung pasti kita tidak dapat melaksanakan aktiviti kayak. Justeru itu, alat perlu diurus dengan baik supaya tidak mengganggu aktiviti, dengan kata lain, pengurusan alatan dan kelengkapan amat perlu bagi menjamin ketahanan alatan dan kelengakapan. Sebagai contoh, alatan yang terdedah kepada air masin seperti kayak perlu di selenggara dengan baik supaya ia tidak mudah rosak. Senarai Alatan

Sebagai pihak penganjur kita perlu menyediakan senarai alatan bagi memudahkan peserta dan urus setia di tapak aktiviti luar kelak. Senarai peralatan terbahagi kepada 4 bahagian utama : 1. Peralatan kumpulan 2. Peralatan peribadi 3. Peralatan memasak 4. Bahan mentah

Memastikan Keselamatan Alatan Yang Digunakan Bagi memastikan alatan yang digunakan dalam keadaan baik, kita perlulah patuhi langkah-langkah berikut : a) Ketika menerima barang pastikan barang yang diterima boleh digunakan dan tidak rosak b) Bersih dan cuci alatan setelah digunakan. Alatan yang terdedah kepada air masin contohnya kayak dan bot perlu di cuci dengan menggunakan air tawar serta dikeringkan setelah digunakan c) Pastikan alatan di simpan dalam keadaan yang betul, contohnya kayak perlu di simpan dalam keadaan terlungkup bagi mengeluarkan air dari kawasan pit d) Pastikan alatan yang hendak di lipat dan dikemaskan berada dalam keadaan kering. Contohnya, khemah yang basah dan disimpan di dalam stor akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan dan mudah koyak e) Bersihkan dan simpan alatan mengikut cara yang betul contohnya life jacket perlu di gantung di ampaian setelah di gunakan pada suhu bilik f) Pastikan peserta program menggunakan alatan denga cara dan masa yang betul. Pengurusan Keluar Masuk Alatan

Kita perlu menguruskan keluar masuk alatan dalam keadaan yang tersusun dan kemas bagi memastikan tiada alatan yang keluar dari stor tanpa kebenaran. Berikut adalah beberapa panduan langkah yang harus kita laksanakan untuk mengurus adalatan keluar masuk dengan kemas : i. Rekod setiap pergerakan barangan dengan kemas dan teratur ii. Simpan rekod keluar masuk alatan di tempat yang mudah dicapai iii. Lantik peserta yang bertanggungjawab mengambil alatan dari setiap kumpulan, contohnya dalam setiap kumpulan lantik pengurus alatan. Pengurus alatan akan bertanggungjawab untuk meminjam dan menghantar alatan iv. Peserta kursus perlu memastikan telebih dahulu aspek kebolehgunaan alatan dengan mencuba alatan terlebih dahulu v. Jawatanluasa teknikal perlu memastikan barangan yang diterima tau yang dipulangkan kepada pelajar dalam keadaan baik PENGURUSAN PENGANGKUTAN Jawatankuasa pengangkutan bertanggungjawab menguruskan kesemua proses pengangkutan. Sebagai jawatankuasa pengangkutan, kita perlu memikirkan dan memilih kesesuaian pengangkutan agar program yang dirancang berjalan lancar. Contohnya, dalam memilih jenis bas yang bersesuaian jawatankuasa perlu memastikan kesemua peserta mempunyai tempat duduk. Selain itu, sebagai jawatankuasa pengangkutan, kita juga perlu memilih lori yang mempunyai keluasan dan keupayaan menggangkut barang yang bersesuaian dengan barang yang hendak di angkit dari segi berat, panjang dan lebar barang. Penyusunan barang perlu di lakukan dengan cara teratur bagi mengelakkan alatan rosak dan penggunaan ruang yang maksimum. Jenis Pengangkutan Secara keseluruhan terdapat tiga jenis pengangkutan dalam aktiviti pendidikan luar iaitu : a) Mengangkut peserta bas

Kenderaan yang digunakan mengangkut peserta ke lokasi pendidikan luar

b) Mengangkut barang lori Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barangan ke lokasi pendidikan luar c) Berada di lapangan van Kenderaan yang sentiasa di lokasi yang digunakan untuk keadaan kecemasan Kenderaan ini juga digunakan segai pengangkutan utama di lapangan sama ada untuk mengangkut barang-barang keperluan, aktiviti dan lainlain Jadual Pengangkutan Sebagai jawatankuasa pengangkutan kita perlu memastikan jadual pengangkutan bersesuaian dengan masa ketibaan peserta dan perjalanan aktiviti pendidikan luar. Untuk memastikan sesuatu perjalanan yang selesa kita perlu memastikan peserta kursus tiba di lokasi dua jam lebih awal dari aktiviti pendidikan luar. Kita perlu menghubungi agen pengangkutan dan ingatkannya sehari sebelum berangkat ke lapangan. Pastikan pengangkutan bagi alatan perlu seiring dengan ketibaan pesrta kursus. Peserta kursus perlu berkumpul dan melapur diri lebih awal setengah jam dari jangkaan ketibaan bas. Menaikkan Dan Memunggah Peralatan Dari Lori Panduan yang perlu diambil dalam ketika menaik dan menunggah barang. Langkah 1 2 3 4 Keterangan
Gunakan senarai semak yang telah dirancang sebelum menaikkan barang ke atas lori bagi mengelak alatan yang penting tertinggal Tulis pada kotak alatan atau barangan yang perlu diangkat dengan cermat bagi mengelakkan kerosakkan barang Susun barang dalam lori mengikut kesesuaian barang yang mudah pecah atau rosak hendaklah diletak diatas Gunakan bilangan peserta yang mencukupi ketika mengangkat dan menunggah barang

5 6 7 8

Kaedah tunjuk cara perlu di tunjukan kepada peserta terutama ketika menggangkut barangan yang berisiko tinggi Ahli jawatankuasa pengangkutan perlu memerhati dan mengarahkan peserta mengangkat dan meletakan barang dengan sempurna dan baik Gunakan senarai semak yang digunakan ketika menaikkan barang ketika munurunkan barang bagi mengelak alatan tertinggal di dalam lori Ketika menurunkan alatan susun alatan di tempat yang sesuai dan di peruntukan

MESYUARAT POST-MORTEM Secara keseluruhan kita terpaksa melalui dua peingkat mesyuarat post mortem iaitu peringkat jawatan kuasa kecil dan peringkat ahli jawatankuasa program. Mesyuarat post mortem peringkat jawatankuasa kecil perlu dilakukan sebelum mesyuarat post mortem ahli jawatankuasa. Mesyuarat ini perlu dilakukan dengan segera selepas sesuatu program di laksanakan bagi mengelak kehilangan atau kecairan maklumat. Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat post mortem iaitu peringkat jawatankuasa kecil ialah perjalanan program serta tugas dan tanggungjawab jawatankuasa dalam melaksanakan program. Dalam mesyuarat ini biasanya kita lebih memfokuskan kepada pelaksanaan aktiviti, masalah yang di hadapi, cara penyelesaian masalah, pendapat pserta sama ada bertulis atau secara lisan dan beberapa isu lainyang berkaitan dnegan aktiviti yang dijalankan. Di akhir mesyuarat setiap jawatankuasa kecil di minta menyediakan laporan jawatankuasa secara bertulis yang mengandungi keputusan dan cadangan mesyuarat post mortem.

Keputusan post mortem iaitu peringkat jawatankuasa kecil perlu disediakan secara laporan bertulis dan perlu dibentangkan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa program. Mesyuarat jawaankuasa program akan membincangkan keputusan mesyuarat post mortem peingkat jawatankuasa kecil dan laporan jawatankuasa kecil. Laporan ini dibincangkan dengan teliti bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit dan memberi cadangan bagi memurnikan aktiviti program akan datang. Setiusaha perlu mencatatkan pandangan, kritikan, cadangan dan sebaginya dari jawatankuasa yang hadir serta menyediakan laporan keseluruhan. Tujuan mengadakan post mortem adalah sebagai refleksi kepada kita bagi mengatasi masalah yang dihadapi, meneruskan kekuatan yang ada serta memurnikan aktiviti demi kepentingan bersama. Laporan Aktiviti Kem komandan perlu menyediakan laporan aktiviti yang menggabungkan hasil laporan bertulis jawatankuasa kecil dan pemerhatian kem komandan. Laporan aktiviti dibina bagi melihat kekuatan dan kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Laporan aktiviti turut mengandungi laporan tentang aktiviti yang dapat di jalankan dengan baik, gagal dan tidak dapat dilaksanakan. Dengan kata lain laporan aktiviti mendedahkan kekuatan dan kelemahan aktiviti yang dilaksanakan, Laporan aktiviti juga menyediakan cadangan-cadangan bagi menambahbaikkan aktiviti yang dilaksanakan pada masa hadapan. Laporan aktiviti digunakan untuk menilai dan memberi cadangan pelaksanaan aktiviti lain untuk ditambahkan ke dalam program atau di gantikan dengan aktiviti yang tidak berkesan. Laporan Kewangan Laporan kewangan akan dibina dan disediakan oleh bendahari program yang bertanggungjawab secara keseluruhan tentang kewangan program. Laporan kewangan adalah laporan yang merekodkan segala sumber pendapatan dan perbelanjaan sebelum, sewaktu dan selepas program pendidikan luar. Lapaoran kewangan biasanya di sediakan dalam bentuk penyata kira-kira. Penyata kira-kira merupakan penyata pendapatan dan penyata perbelanjaan dalam satu tempoh. Sebelum mengemukakan laporan kewangan pegawai yang terlibat dalam

perbelanjaan perlulah menyelesaikan atau mengutip tanggungan kewangan supaya penyata kira-kira akan dapat di tutup dengan sempurna. Laporan Keselamatan Laporan keselamatan di buat oleh jawatankuasa kecil disiplin dan keselamatan. Laporan ini kta bina berdasarkan hasil daripada mesyuarat post mortem peringkat jawatankuasa kecil dan laporan jawatankuasa kecil lain. Laporan keselamatan adalah laporan yang di sediakan bagi mengkaji dan menilai faktor keselamatan secara keseluruhan. Laporan keselamatan terhadap satu kes yang terperici juga amat perlu dibuat sekiranya terdapat kemalangan yang berlaku ketika aktiviti sedang dijalankan. Laporan ini akan membolehkan kita mengenal pasti punca berlaku kemalangan serta faktor pencegahan yang patut di ambil. Untuk menambahbaik aktiviti dalam program pendidikan luar, laporan keselamatan juga perlu mengenalpasti dan memberi cadangan aktiviti-aktiviti yang memerlukan kawalan keselamatan dan pencegahan kecederaan dengan lebih rapi lagi.

Penyediaan Laporan Keseluruhan Setiusaha akan membuat laporan keseluruhan aktiviti yang telah dilaksanakan berdasarkan mesyuarat post mortem dan laporan bertulis. Antara perkara yang perlu di masukkan ke dalam laporan keseluruhan ialah : a) Pendahuluan b) Tarikh dan masa c) Tempat d) Senarai jawatankuasa perancang e) Senarai pegawai f) Bilangan dan nama peserta g) VIP yang hadir

h) VVIP yang merasmikan program i) Senarai jawtankuasa pelaksana j) Laporan aktiviti k) Laporan kewangan l) Laporan keselamatan m) Laporan jawatankuasa kecil n) Penilaian keseluruhan o) Masalah yang timbul p) Cadangan penambahbaikkan q) Penutup

PENILAIAN Penilaian ialah satu prinsip untuk mengkur pencapaian secara sistematik (Robiah Sidin, 1992). Menurut Cizby, P.C (2001), bagi menjamin satu program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif penilaian memainkan peranan yang penting. Kita perlu membuat penilaian terhadap sesuatu program kerana keberkesanan sesuatu program akan diketahui setelah penilaian. Terdapat dua bentuk penilaian yang selalu di lakukan iaitu : i. Penilaian berdasarkan pencapaian individu dalam satu program ii. Penilaian berdasarkan persepsi pelajar dalam satu program Penilaian Individu Penilaian individu dilihat dari pencapaian keupayaan pelajar dalam menguasai elemen yang menjadi objektif pendidikan luar. Pelajar akan di nilai oleh jurulatih dan fasilitator dalam setiap aktiviti pendidikan luar berdasarkan tiga elemen iaitu : a) Elemen psikomotor

Elemen psikomotor merupakan satu komponen yang dinilai oleh jurulatih dalam aktiviti fizikal. Elemen ini berkaitan dengan kepantasan, kelenturan, daya tahan, koordinasi saraf otot dan imbangan. Kesemua ni merupakan komponen yang amat penting diterapkan dalam penguasaan kemahiran psikomotor dan kecergasan murid. b) Elemen kognitif Bagi elemen ini pula ianya bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan peserta kursus dalam kesemua bab dalam aktiviti pendidikan luar. Ujian elemen kognitif mungkin boleh diserapkan dengan jelas ketika menjalani aktiviti pendidikan alam sekitar atau latihan dalam kumpulan. Fasilitator perlu menilai dari aspek kefahaman dan pengetahuan peserta kursus ketika mereka sedang melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterap dan dilatih untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknikteknik yang telah diajar. Peserta mula mempraktikkan dan mengaplikasikan sesuatu kemahiran kefahaman dan tahap pengetahuan yang sedia ada pada keupayaan ini boleh dijadikan alat untuk mengukur komponen kognitif. c) Elemen afektif Mengukur pencapaian pelajar dari segi sikap dan nilai memerlukan pungutan data dari pelbagai cara. Cara ini merangkumi pemerhatian tingkah laku pelajar sewaktu mereka terlibat dalam aktiviti tertentu, mendengar komen mereka dan meminta mereka untuk mengisi soal selidik. Alat penilaian yang digunakan untuk penilaian elemen afektif ialah : i. Senarai semak, pemerhatian, tingkah laku pelajar-pelajar ii. Rekod-rekod anekdot iii. Temu duga iv. Soal selidik aneka pilihan v. Skala pemerhatian Penilaian Program

Untuk mengumpul maklumat bagi membantu menilai prestasi pelaksanaan program pendidikan luar kita perlu melaksanakan proses penilaian program. Kesemua ini untuk program yang akan datang supaya dapat dijalankan secara lebih berkesan. Proses penilaian program pendidikan luar melibatkan peserta kersus dengan menggunakan instrument soal selidik atau temu bual. Analisis Keberkesanan Program Data yang didapati dari soal selidik atau pemarkahan adalah merupakan data mentah, data ini perlu kita proses dan analisis untuk menjadi maklumat. Dengan kata lain maklum balas dalam berbagai bentuk seperti markah dan lain-lain perlu dikumpulkan, disusun, dianalisis diinterprestasikan dan dianalisis bagi melihat kesignifikan sesuatu perkara. Pentafsiran ini membolehkan pengkaji membuat tafsiran yang berkesan dan tidak berat sebelah. Analisi boleh dilakukan dengan menggunakan sistem analisis data, contohnya SPSS, atlas dan berbagi lagi.

Anda mungkin juga menyukai