Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

NAMA PELAJAR : NURUL HANI BINTI MOHD FAUZI SITI NOORSHUHADA BINTI MUSA AZZIADATURR RASYEEDA BINTI AZMAN SUBJEK : KEMAHIRAN-MENDENGAR-BERTUTUR-MEMBACAMENULIS (BMM 3104) KURSUS : AMBILAN JANUARI 2010 PJ/PK/BM (B) PENSYARAH : EN. HAMDAN BIN YAAKOB

KEMAHIRAN

MENDENGAR

BERTUTUR

KAEDAH

KAEDAH

TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur


1. Kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan
I. iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsurbunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa) manakala pendekatan komunikatifmengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikutkonteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan.

II.

2. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatankomunikatif

Kaedah Terus
1. Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. 2. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.

Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara iaitu:

1. Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yan sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut 2. Sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran,lakonan, gerak laku dan lain-lain 3. Aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contohcontoh yang sesuai 4. Murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentukbentuk struktur yang dipelajarisecara induktif 5. Guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan danintonasi yang betul

Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkahlangkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti:

Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat padapola-pola ayat dalam perbulan tersebut.

Kaedah Terus Kelebihan

Kelemahan

Murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik .

Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan.


Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.

Terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuaidigunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat

Kaedah Linguistik
Kaedah ini mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayatayat secara pencilan. Guru terlebih dahulu,perlu memastikan penggunaan latih tubi unsurunsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Ketikamemilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama buny idaripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:

coffee

Kopi

Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga.

Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:


Guru menyebut bunyi perkataanperkataan dalam bahasa sasaran Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut Guru memberi contohcontoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa Murid membuat kesimpulan berdasarkan contohcontoh yang diberi oleh guru.

Kaedah Audio-Lingual
Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan muridmenjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaranini berlandaskan prinsip-prinsip berikut
Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Kaedah Audio-Lingual
Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian,unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatih tubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaandengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untukmemastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkahlangkahpengajarannya seperti berikut:

Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut:

Murid mendengar dialog dalam bahasa asing Murid meniru dan menghafal dialog tersebu Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tub i untuk berdialog Apabila murid telah dapat menghasilkan stru ktur ayat, guru memberi rumus-rumusatau pun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu

Kaedah Komunikatif
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasadan komunikatif. Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah merekadapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalampengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yangbermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbangsaran, wawancara dan lainlain supaya mereka dapat berlatih menggunakan strukturbahasa yang diajar. Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan,ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa danpenggu naan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajarankemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amalunsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaanunsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasamereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.

Kesimpulannya
Kaedah Komunikatif ini bertujuan untuk: membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa) menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa

Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur


Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau carau ntuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang gurumemilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandunganpelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dankaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkanbeberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakanoleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat.

Antara lain ialah teknik:


Latih tubi Bercerita Bersoal jawab Perbualan / dialog/ wawancara Perbincangan Berbahas/ debat Main peranan dan simulasi Sumbang saran Drama atau lakonan Melapor berita Permainan bahasa Pengajaran puisi Penyelesaian masalah Tunjuk cara

1. http://www.scribd.com/doc/28428335/MOD UL-BMM-3104-KEMAHIRAN-MENDENGARBERTUTUR-MEMBACA-MENULIS 2. http://www.docstoc.com/docs/80129662/12 6Kemahiran-Bertutur

Anda mungkin juga menyukai