Anda di halaman 1dari 34

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

PENSYARAH BIMBINGAN:EN HAMDAN BIN HJ YAAKOB NAMA AHLI: MOHD HAZWAN BIN YUSOFF NUR AZIEDA BT AZIZ SITI FAKHRIAH BT CHE MANSOR

TAJUK TUTORIAL

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

DEFINISI PENILAIAN

Pengujian : Didefinisikan sebagai prosedur bersistem yang menggunakan instrumen untuk mencerap dan memperlihatkan ciri pelajar dengan menggunakan skala numerikal atau skema pengelasan (Nitko, 2004)

DEFINISI PENILAIAN
Penilaian: Penilaian ditakrifkan sebagai suatu proses dalam membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu hasil kerja atau prestasi pelajar (Nitko, 2004)

KONSEP PENILAIAN
Mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, Melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.

APA ITU KEMAHIRAN MEMBACA??

Merupakan salah satu kemahiran yang terletak di bawah kemahiran bahasa iaitu: - kemahiran mendengar - kemahiran bertutur - KEMAHIRAN MEMBACA - kemahiran menulis

KESIMPULANNYA KEMAHIRAN MEMBACA


Satu proses yang komplek yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca.

Growth in reading power means, therefore, continuous enriching and enlarging of the reading vocabulary and increasing clarity of discrimination in appreciation of word values (Davis, 1942)

JENIS PENILAIAN
Penilaian formatif Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Penilaian sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang pelajar dengan pelajar lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.

Bacaan lisan / nyaring


2 JENIS PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA

Bacaan senyap

BACAAN SENYAP
Mengikut Frank Smith (1980) terdapat dua jenis bacaan senyap : - Bacaan fungsian- untuk tujuan khusus atau tertentu mendapatkan maklumat apabila seseorang itu merujuk dan membaca. cth: kamus, buku teks, ensiklopedia, dan lainlain. - Bacaan rekreasi - untuk mengisi masa lapang dan tujuannya untuk mendapatkan keseronokan cth: novel, cerpen, majalah, surat khabar dll

BACAAN LISAN/NYARING

Bertujuan untuk menyampaikan atau menyalurkan komunikasi

Lamberg & Lamb (1980) Membahagikan kefahaman bacaan hanya kepada tiga tahap iaitu: Literal Tafsiran Kritis dan kreatif

Smith (1969): Frank Smith membahagikan kefahaman bacaan kepada empat: Literal Pentafsiran Penilaian kritis Kreativiti

Barnett (1972) Barnett pula membahagikan kefahaman bacaan kepada lima iaitu: Literal Penyimpulan Pentafsiran Penilaian Penikmatan

PEMAHAMAN LITERAL
Kefahaman Jenis Literal: Iaitu kebolehan memahami maksud tersurat Penyoalan bermula dengan perkataan apakah, Siapakah, bilakah, di manakah, ceritakan dll.

KEFAHAMAN JENIS TAFSIRAN


Kefahaman Jenis Tafsiran:
Iaitu kebolehan membuat interpretasi. Penyoalan bermula dengan perkataan mengapakah, bagaimanakah, jelaskan, terangkan, bandingkan atau bezakan.

PEMAHAMAN JENIS KRITIS DAN KREATIF


Kefahaman Jenis kritis/ Kreatif: Kebolehan menghakimi dan menilai sesuatu (maklumat, idea, pendapat, pandangan, dan lain-lain). Penyoalan biasanya bermula dengan Perkataan buatkan satu kritis, bahaskan, nilaikan, apakah kesimpulan, apakah kemungkinan dan lain-lain.

PERINGKAT PEMAHAMAN PEMBACAAN


Pemahaman membaca bermaksud suatu sistem yang merekod segala maklumat secara kontekstual dalam pemikiran pembaca. Pengalaman lalu, sedia ada menggabungkan pengalaman baru,memberi kekuatan kepada pemahaman makna yang sebenar.

Peringkat Interptretasi (Pentafsiran makna) Peringkat Lateral (Penubuhan makna)

Peringkat Inferens (Perumusan makna) Peringkat Menilai (Penilaian makna)

4 PERINGKAT PEMAHAMAN BACAAN

Ciri-ciri Penubuhan Makna


(i)Memahami makna perkataan sebagaimana yang digunakan dalam ayat atau konteks tertentu. (ii) Mengecam dan memahami makna perkataan yang membawa erti yang sama atau berlawanan. (iii) Mengenal dan mengecam ayat-ayat topik, isiisi penting dan sampingan dalam perenggan.

SAMB..
(iv) Memahami dan mengecam urutan idea dan peristiwa sesuatu petikan. (v) Mengenal pasti dan memahami bahasa kiasan, perumpamaan, simpulan bahasa dan bidalan. (vi) Mengecam dan memahami makna perkataan, frasa, ayat dan perenggan sama ada dalam prosa atau puisi.

Ciri-ciri Pentafsiran Makna


(i)Memahami maksud idea atau isi yang tersurat atau isi yang tersirat dalam bahan bacaan. (ii) Mengenali hubungan sebab dan akibat serta dapat mengenal pasti bahan yang dibaca berdasarkan isi dan jalan cerita. (iii) Membuat andaian tentang masa, tempat, dan nada sesuatu bahan yang dibaca.

SAMB..

(iv) Menggabungkan pengetahuaan sedia ada dengan bahan bacaan untuk dibuat bandingan. (v) Memahami makna perkataan atau rangkai kata dalam pelbagai situasi. (vi) Membuat ramalan dan memahami tujuan penulisan sesuatu tulisan bahan yang dibaca.

Ciri-ciri Perumusan Makna

(i)Rumusan yang terdapat dalam bahan bacaan menjadikan pengetaahuan sedia ada semakin berkembang. Bahan atau teks dapat dirumus selepas proses pembacaan. (ii) Makna dapat ditafsirkan sendiri oleh pembaca sebagai satu proses minda.

SAMB..
(iii) Merumus makna luaran dan makna dalaman. Makna luaran makna yang disepakati oleh pembaca. Makna dalaman pula makna yang penulis sahaja yang boleh merumuskan. (iv) Perumusan merupakan satu tindakan mengambil satu keputusan dari pelbagai sudut. (v) Perumusan dapat mengubah tingkah laku pembaca.

Ciri-ciri Penilaian Makna


(i)Pembentukan pendapat peribadi berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. (ii) Memberikan alasan atau sebab mengapa sesuatu isu itu dipilih. (iii) Mampu membuat keputusan atau rumusan terhadap bahan yang telah dibaca.

SAMB..

(iv) Mengenal pasti bahan bacaan yang dibaca mengandungi propaganda, prasangka atau emosi lain. (v) Dapat membezakan antara fakta dan pendapat. (vi) Menganalisia bahan yang dibaca dari pelbagai sudut kandungan.

In schools where students are learning to read as well as reading to learn, administrators and teachers must know how every student is progressing in reading at any given time not just the students who are having difficulties in reading. Assessments that give a global picture of students reading achievement are not sufficient to plan instruction, enrichment, or remediation. (McEwan, 2002).

TUJUAN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA


(1) Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan. Pelajar yang hanya membaca tanpa memahami isi kandungan yang dibaca sebenarnya tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. Fungsi membaca ialah memahami isi kandungan yanag dibaca. Jadi, pelajar mesti tahu, faham dan dapat menaakul bahan bacaan.

(2) Guru melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul berdasarkan teks yang dibaca. Hal ini dapat melahirkan pelajar menguasai bacaan dengan baik.

(3)Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut perkataan yang dibentuk daripada jalinan huruf-huruf. Dengan perkataan lain, murid dapat mengeja, menyebut perkataan dan membunyikan keseluruhan ayat yang lengkap.

(4) Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan cepat, pantas,tepat dan menyatakan semula isi bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami.

(5) Guru juga perlu melatih pelajar membina kebiasaan menuturkann ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan.

(6) Apabila pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik, guru dapat menanam minat membaca dalam kalangan pelajar. Pemupukan minat membaca memberi kuasa intelek kepada pelajar dengan pengetahuan baru sepanjang masa.

(7) Melalui kemahiran membaca, kita boleh menilai peluasan perbendaharaan kata dalam pelbagai konteks. Keupayaan pelajar berkomunikasi tertakluk kepada banyak mana perbendaharaan kata ada dalam mindanya.

(8) Penilaian daripada kemahiran membaca dapat merujuk kepada masa hadapan iaitu penyelesaian masalah sendiri dan masyarakat. Masyarakat banyak pada masa hadapan bergantung kepada individu yang berpengeetahuan tinggi. Pengetahuan tinggi dapaat dicapaai melalui bahan bacaannya.

(9) Kita dapat mengenali dan menghayati keindahan bahasa dan keseniaan bahasa. Dalam konteks ini, pencapaian bahasa yang bermutu adalah melalui pembacaan inddividu.

RUJUKAN
Abdul Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kuala Lumpur: Utusan Publications. Kaedah dan Teknik. dan Melayu: Bahasa Azman Wan Chick. (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur. Idris Mohd. Radzi dan Dahlia Janan. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Marzuki Nyak Abdullah. (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. McGee, Lea M., & Schickedanz, Judith A. (2007). Repeated interactive read-alouds in preschool and kindergarten. The Reading Teacher. 60(8), 742-751. Westwood, P. (2001). Reading and Learning Difficulties. Victoria: Council for Educational Research Ltd . The Australian

SEKIAN DARI KAMI.. TRIMA KASIH UNTUK PERHATIAN..

Anda mungkin juga menyukai