Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkiteksosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar secara luarannya sahaja, sebaliknya menyelinap ke dalam lubuk hatinya. Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Falsafah Pendidikan Negara pula memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri. Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilah masyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapat membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini.

DEFINISI ETIKA

Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula ialah tatasusila, beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada

makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail Ibrahim (1995) menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan yang baik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidak patut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sains perlakuan atau behavioral science yang mengkaji tentang perlakuan manusia dalam masyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan memberi panduan cara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau moral manusia serta masyarakatnya. Oleh demikian, etika akan memberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur pergaulan manusia di dalam kelompok sosialnya. Dalam pengertiannya yang secara khusus dikaitkan dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan dalam bentuk aturan(code) tertulis yang secara sistematik dibuat berdasarkan prinsip-prinsip moral yang ada, dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi sebagai alat untuk mengadili segala tindakan. Dengan demikian etika adalah refleksi dari apa yang disebut dengan "self control", kerana segalanya dibuat dan diterapkan untuk kepentingan sosial itu sendiri. Selain dari itu, kerana kelompok profesional merupakan kelompok yang berkemahiran yang diperolehi melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti dan mempunyai standard tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu hanya dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri.

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-kod tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan Negara serta rakan sejawat dan profesionnya sendiri.

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Tanggungjawab terhadap ibu bapa.

1. Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3. Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati

masyarakat

tempat

kami

berkhidmat

dan

memenuhi

segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan

ISU-ISU BERBANGKIT

Sejauh manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang tercetak di dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia)? Walaupun Pengetua/Guru Besar dan guru memegang Buku Rekod Pengajaran dan merekodkan rancangan pengajaran mereka tiap-tiap hari, tetapi adakah mereka membaca dengan teliti dan memahami Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia yangmerupakan garis panduan

kod etika perguruan? Berapa peratuskah Pengetua/GuruBesar dan guru-guru seluruh Malaysia yang memahami kod etika ini dan betul-betul mengamalkannya? Menurut Dr. Mohammed Sani (2001) dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi seseorang guru, di antaranya termasuklah sifat bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri, mempunyai daya kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilai murni melalui program tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Menurut Rohaty (2002), guru perlu memahami dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggap professional. Malangnya terdapat juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besar yang seolah-olah telah terlupa tentang kewujudan kod etika keguruan, dan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor materialistik. Menurut Dr.Tajul Ariffin (1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan guru untuk mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru menggunakan lebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkara-perkara tesebut daripada memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ini jelas sekali menjejas etika dan profesion keguruan. Sebagai kesan sampingannya, pada masa kini telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah laku serta jenayah yang melibatkan pengurus sekolah dan guru-guru sekolah. Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain Hassan dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti Malaya, Mac 2004, beliau telah mengatakan bahawa pengurus sekolah menyedari peruntukan undang-undang mengenai penyalahgunaan kuasa itu. Tetapi mereka dengan sengaja melakukannya. Menurut beliau, kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap tahun, dan ini telah menunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh pihak berkenaan.Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu perbuatan mereka itu menyalahi peraturan, katanya.Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu telah memberi contoh kes-kes yangtidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia seperti berikut: (1) Contoh Kes Suapan Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor didorong bahawa beliau meluluskan pembelian alat sukan. (2) Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk melancung ke luar negeri dari syarikat buku yang menjual buku di sekolah berkenaan. (3) Pengetua menerima wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin asramasekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya. (4) Pengurus sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma

keranabeliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor berkenaan. (5) Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.

(6) Contoh penggunaan dokumen palsu untuk mengelirukan majikana. Pengurus sekolah membuat tututan perjalanan kepada pihak atasan kononnya perjalanan dibuat daripada tempat A ke C, tetapi sebenarnya perjalanan adalah daripada A ke B (7) Pengetua berpakat dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih tidak dijalankan sebaliknyakerja lain dibuat. (8) Pengetua meluluskan bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk pelajarpelajar asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan adalah tidak betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan tetapi tuntutan daripada kontraktor ialah 200 orang pelajar yang diberikan makanan. (9) Contoh kes pengurus sekolah yang mengambil kesempatan daripada

kedudukannya/jawatannya untuk kepentingan peribadi atau saudara. (10) Seseorang pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarakat abangnya untuk mendapat bekalan kertas, kapur, pasu bunga dan peralatan sukansekolah. (11) Pengurus sekolah membeli peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan bilikguru sekolah dengan mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat isteri/suaminya. (12) Pengetua memberikan tender mengusahakan kantin sekolah kepada pengusaha kantin yang ada hubungan persaudaraan iaitu adik ipar. (14) Contoh kes pecah amanaha. Pengurus sekolah memberikan wang bantuan kerajaan kepada pelajar berada, danbukannya pelajar miskin seperti dikehendaki oleh peraturan. (15) Pengurus sekolah dikehendaki membayar sejumlah wang kepada Perbendaharaan tetapi bayaran tidak dibuat kepada Perbendaharaan sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun sendiri maka beliau telah melakukan pecah amanah.Selain daripada contoh kes-kes penyalah gunaan kuasa yang tersebut di atas, dalam tahun 2004 ini telah pun berlaku beberapa kes yang tidak beretika di kalangan guru kerana terlibat dalam penjenayahan dan salah tingkahlaku. elektrik milik

Selain daripada itu, satu kes yang berlaku di Sekolah Menengah Sains di Kuantan,Pahang ialah ibubapa seorang pelajar telah mengadu bahawa anaknya telah dirotan walaupun kesalahan yang dilakukannya terlalu kecil (Berita Harian, 30/6/2004).Satu kes yang lain pula melibatkan penjenayahan yang telah dilakukan oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang telah menculik seorang budak perempuan yang hanya berusia empat tahun dan telah meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 (Berita Harian, 24/6/2004).Selain daripada kes-kes yang tersebut di atas, kita juga sering dapati adanya kecenderungan pihak-pihak tertentu, khususnya syarikat-syarikat pengeluar,

penguasa,penerbit, pengedar dan individu-individu yang ingin membuat jualan terus kepada pelajar-pelajar dan guru-guru atau pun ingin mengadakan promosi melalui pameran dan

demonstrasi dengan tujuan yang sama (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988,Kementerian Pendidikan Malaysia). Menurut pekeliling berkenaan, Pengetua dan GuruBesar diingatkan bahawa kebenaran tidak boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau mana-mana individu... Walau bagaimanapun, kelonggaran kepada larangan ini boleh diberi kepada pihak-pihak yang memohon untuk membuat jualan keadaan-keadaan tertentu seperti perayaan Hari Ibubapa, Hari Guru, Hari Sukan [atau] demonstrasi dan promosi hanya mendapat perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan pelajar-pelajar danlain-lain guru. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia)

ISU SEMASA PROGRAM LATIHAN GURU

Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Persoalan seperti bagaimana pihak universiti, maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskan progam latihan mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup pendidik. Pengetahuan akademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru, pengalaman dan amali praktikal menentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian pengetahuan adalah hasil sebenar kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada konsep guru sebagai berikut: Agen mangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Fasilitator dalam pembelajaran pelajar. Penggerak kepada usaha pelajar. Pembimbing dan model. Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar.

Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsip-prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka masa latihan mengajar lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktu seminggu. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Terdapat beberapa kelemahan dalam program latihan pengajar:Kemahiran profesional belum mantap. Latihan mengajar menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran,sedangkan tuntutan profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapibanyak tekanan sosial seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa danmasyarakat yang mementingkan pencapaian akademik cemerlang.Kekurangan bimbingan dan tunjuk ajar Guru pelatih diselia antara 5 hingga 8 kali semasa latihan mengajar. Penyeliaan dibuat untuk menilai kecekapan guru mengajar dan respons dari pelajar di dalam matapelajaran. Sebagai perbandingan, latihan profesion kedoktoran, doktor

perlu menjalani housemanship selama setahun. Semasa menjalankan housemanship, doctor pelatih adalah di bawah pegawasan doktor pakar. Selepas itu, doktor tersebut perlu mendapat pengiktirafan dan mendaftar dengan persatuannya untuk latihan dan seterusnya terikatdengan tatasusila profesion kedoktoran di bawah pengawasan persatuan

perubatan.Jangka masa latihan yang singkat Salah satu ciri profesion ialah latihan ahliahlinya memakan masa panjang dan seragam di semua institusi pengajian. Tempoh latihan perguruan berubah mengikut institusi dan permintaan tenaga manusia. Misalnya, tempoh masa perguruan di maktab berkurang dari tiga tahun ke dua setengah tahun. Program diploma pendidikan di university mengambil masa 9 bulan termasuk latihan mengajar. Jangka masa terlalu singkat menyebabkan calon tidak didedah kepada suasana sebenar di sekolah dengan masa yang cukup.

Kekurangan latihan pendidikan guru dalam perkhidmatan adalah terancang dan berterusan untuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran profesional mengenai pendekatan dan penemuan mutakhir untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan efektif.Pendidikan guru dalam perkhidmatan sentiasa menekankan strategi pengajaran baru terutamanya apabila sesuatu kurikulum baru diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh guru. Program ini membantu guru menjalankan tugas, mempertingkatkan kebolehan mengajar dan mendalami pengetahuan dan

pengalaman guru. Di samping itu, sijil atau diploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan membantu para guru melanjutkan pelajaran ke universiti, kenaikan pangkat atau gaji.Mengikut kajian Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim (1992), hanya seramai 1,485 orang guru iaitu 0.83 % daripada jumlah guru di Malaysia pada 30 Jun 1989 seramai 178,666 guru yang berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam perkhidmatan. Punca-punca minoriti guru yang menghadiri program adalah bilangan kursus yang ditawarkan dan bilangan peserta yang diambil adalah terhad.

Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Menurut pegawai kanan di Kementerian Pelajaran dan pengarah IPG bahawa pengetua cenderung mencalonkan guru bermasalah manakala guru yang berprestasi baik diminta terus mengajar di sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas dan keputusan peperiksaan sekolah dapat dikawal dan dipertingkatkan. Jabatan Pelajaran Negeri juga tidak menyokong kebanyakan pemohonan guru yang dicalonkan oleh pengetua. Masalah mendapat calon yang sesuai menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti kursus dipilihsemula untuk berkhusus.Maklumat mengenai kursus tidak sampai ke pengetahuan guru dan ini menyebabkan ramai guru tidak boleh memohon untuk mengikutinya

CALON GURU

Antara calon-calon yang menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripada golongan tidak berminat terhadap profesion guru, oleh kerana memerlukan pekerjaan dan merupakan pilihan terakhir mereka selepas gagal memasuki program lain. Malaysia dilanda dengan banjir siswazah akibat daripada dasar pendemokrasian pendidikan dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru. Peluang-peluang pekerjaan yang berkurangan akibat kemerosotan ekonomi menyebabkan pengangguran segolongan besar siswazah, maka sebahagian mereka telah diserapkan ke profesion perguruan.Kriteria bercorak akademik digunakan dalam pemilihan calon perguruan tanpa menitikberatkan sikap, aptitude atau

kecenderungan dan personaliti disertai dengan iltizam untuk berjaya merupakan faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi guru baik atau sebaliknya. Profesion perguruan dan skim perkhidmatan pendidikan masih belum menandingi profesion-profesion lain seperti peguam, perniagaan, perakuanan dan kedoktoran yang menarik pelajar terbaik. Misalnya, syarat umum kemasukan universiti adalah lulus SPM dengan kepujian BM termasuk lulus ujian lisan, mendapat sekurang-kurangnya gred E bagi Pengajian Am, gred E bagi dua mata pelajaran lain bagi calon dari STPM.Isu tentang kelulusan akademik guru bukan sahaja menarik minat orang ramai di Malaysia sahaja. Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang memuaskan bagi keupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar berminat menjadi guru.Kebolehan intelektual bakal-bakal guru didapati jauh lebih rendah daripada kebolehan kebanyakan pelajar yang mengkhusus dalam bidang lain seperti kejuruteraan dan perubatan. Justeru itu, pendidikan hanya dapat menarik pelajar-pelajar yang kurang kebolehan dalam bidang akademik. Untuk menaikkan imej penguruan di AmerikaSyarikat, syarat kelulusan akademik memasuki bidang perguruan dinaikkan dari CGPA2.00 ke 2.5 (Laman dan Reeves, 1983). Kajian-kajian seterusnya menunjukkan latarbelakang akademik pelajar pendidikan perguruan sama baik dengan latar belakang akademik pelajar dalam bidang lain (Fisher dan Reldman, 1985; Book, Freeman danBrousseou, 1985).Gambaran yang jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan kurang daripada pelajar yang mengikuti pengajian perubatan, kejuruteraan dan undang- undang. Walau bagaimanapun, untuk menjadi guru baik, kelulusan akademik semata-mata tidak dapat dijadikan ukuran, banyak sifat lain seperti dedikasi, sabar, akhlak baikadalah sangat penting.Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon program pendidikan diadakan? Keberkesanan guru bergantung kepada latihan yang diterima dan keperibadian. Calon yang tidak berminat, dan menganggap guru sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadiseorang guru yang baik. Kredibiliti guru bergantung kepada:Nilai sikap motivasi faktor personalitifaktor aspirasi dedikasi, komitmen dan kepuasan diperolehi.sikap

penyayang terhadap kanak-kanak dan bercita-cita mengeksploitasi potensi mereka sepenuhnya.

CADANGAN

Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dan kualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan di negara ini, diantaranya seperti berikut :

Topik

Etika

dan

Profesion

Keguruan

dengan

berpandu

kepada

Tatasusila

ProfesionPerguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran, dimasukkan kedalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru baru yang melapor ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yang harus dipatuhi. Dengan membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akansentiasa mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusan sekolah.

Selain daripada itu, juga pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam Bilik Guru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akan sentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan.

Laksanakan program peningkatan profesionalisme guruMelalui program berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama dengan pensyarah IPG mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkan keperluan masing-masing, seperti membina bahan pengajaran dan pembelajaran(P&P), kursus padagogi dan motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru.

Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkan prestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan matlamat

mempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi memperkasakan sekolah kebangsaan.

Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani dengan melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain. Geografical isolation perlu dipecah bagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara kawasan pedalaman, luarbandar dan bandar

Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam hal ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah yang paling berkesan

untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa (autokratik)tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu, di mana pihak pentadbiransentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan kakitangan sekolah.

Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan IlmuSecara jelasnya, pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk meningkatkan profsionalisme dengan memberikan yang terbaik melalui konsep pengurusan ilmudengan menekankn konsep perkongsian, mencari maklumat yang baru. Maklumat ini seterusnya akan digunakan untuk perkembangan profesionalisme pendidik. Fullan danHargreaves (1992) menjelaskan bahawa konsep `collaberative di dalam pekerjaan akan memberikan lebih pendekatan untuk menjadikan pendidik lebih profesionalisme terutama di kalangan mereka yang baru berkhidmat serta langkah-langkah yang dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves merupakan cadangan yang sama dengan konsep pengurusan ilmu ialah Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek dan

pembangunan pelajar. Sering bertukar pendapat,kerjasama di dalam seminar, mesyuarat, atau perjumpaan

yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme pendidik. Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama menjalankan idea yang diciptauntuk mencapai matlamat mereka. Menganjurkan perjumpaan secra tetap bertujuan berbincang mengenai

masalahpelajar. Mereka sentiasa bertukar pendapat, meneliti semula penilaian dan pencapaianpelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar

PENUTUP

Kesederan kepada etika dalam memartabatkan profesion perguruan perlu datang dari pengalaman guru-guru sebagai pendidik itu sendiri. Nilai etika dan gaya professional keguruan perlu diterapkan dalam organisasi pengurusan guru dan aspek pedagogi keguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dimanfaatkan kepada pelajar. Nilai etika dan gaya ini haruslah di pupuk dalam program pendidikan guru lagi agar mereka dapat mengetahui lebih mendalam tentang objektif sebenar menjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan pencapaian matlamat dan objektif dasar pendidikan, guru juga perlu berdepan dengan tanggapan dan persepsi pelajar dan masyarakat yang pelbagai terhadap etika dan profesion keguruan.

RUJUKAN

Book, C.L, Freeman, D.J.& Brousseau B. 1985. Comparing academic backgroundsand career aspirations of education and non-education majors. Journal of TeacherEducation, vol.36(No.3): 27 30

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.2.1

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.23

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.37

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.57

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.63

Donald Schon (1983) A guide to innovation in education. Ann Arbor, ISR: University ofMichigan. Fisher, R.E.and Feldman, M.E. 1985. Some answers about the quality of teachereducation students. Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 37-40. Fullan, M & Hargreaves, A. 1992. Whats Worth Fighting for in your School? Together for Improvement. Buckingham : Open University.Mack. (1975) Dalam

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran DanKualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru dalam perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis Doktor

Falsafah.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti. PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Stenhouse (1975) Professional Ethics In Teaching: Towarda The Development Of ACode Of Practise. Journal of Education, 0305764X, Jun 2000, Vol. 30, Issue 2.Academic Search Premier. Suprihadi dan Soehartono (1982) Comparing academic backgrounds and careeraspirations of education and non-education majors. Journal of Teacher Education,vol.36(No.3): 27 30Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice (7th Edition). New Jersey : Prentice Hall.

Yu-Mei Lin dan Spodek. (1992). Early Childhood Teacher Preparation In Taiwan. EarlyChild Development and Care Journal, 78, 95-109.

Anda mungkin juga menyukai