Anda di halaman 1dari 10

Peringkat Penerimaan (mendengar dan memahami)

Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.

Penghasilan Semula (bertindak balas)

Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.

Melafazkan pengucapan bertatasusila. Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar. Menyoal untuk mendapatkan maklumat. Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. Memberi arahan. Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa. Membuat ayat daripada gambar.

Membuat deskripsi tentang objek atau gambar. Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambargambar bersiri. Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah. Membaca iklan, peraturan-peraturan. Memberi ucapan pendek dan mudah. Mengambil bahagian dalam perbualan mudah. Memberi komen secara mudah. Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog. Bertanya untuk mendapatkan maklumat. Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan. Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat. Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan). Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan sebagainya. Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan. Mendeklamasi puisi. Menyampaikan komen, laporan atau ulasan. Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.

Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.


Melakukan sesuatu yang disuruh. Menjalankan perintah dan permintaan. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayatayat mudah secara tepat.

Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci Mengenal maklumat khusus. Mengesan urutan.

Mengenal sebab dan akibat.


Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi. Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.

Mengenal isi-isi penting. Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. Mentafsirkan maksud orang yang bercakap. Mengikut aliran dialog atau perbualan. Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk tatabahasa.

Anda mungkin juga menyukai