Anda di halaman 1dari 6

Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar untuk memahami isi pengajaran dan

Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapatmembantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guruguru haruslah mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan tersebut adalah bahan elektronik atau bukan elektronik.

Antara perkara penting yang harus diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).

Secara uumnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar :

1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka.

2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya.

3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajarpelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai.

5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.

7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.

Secara umumnya, Sumber Pendidikan terdiri daripada dua jenis media iaitu bahan cetak dan bukan cetak. Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan sejumlah wang bagi meningkatkan koleksi Sumber Pendidikan melalui per capita grant (PCG) (PSG berkait dgn jumlah kewangan yg diperuntuk untuk per setiap pelajar secara purata) dan sumber kewangan tambahan setiap tahun. Justeru, Sumber Pendidikan ini perlu diurus dengan baik, efisien dan sistematik bagi memudahkan akses dan penggunaan oleh guru dan murid dalam mempertingkatkan kualiti P&P. Grafik adalah gmbar-gam bar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna warni. Kadang kala terdapat perbezaan interpretasi dalam kalangan murid terhadap maksud sesuatu grafik yang mereka lihat. Bagi mencapai objektif penggunaan grafik, guru perlu memberi penerangan semasa grafik digunakan. Semakin rendah tahap penerimaan murid terhadap grafik, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang perlu diberikan oleh guru.

Tujuan Penggunaan Sumber Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan yang baik, memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid. Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai. Jenis sumber: A. Sumber berasaskan manusia 1. rakan sebaya 2. guru 3. pakar bidang 4. pegawai sumber.

B. Bahan bercetak 1. buku 2. majalah 3. jurnal 4. ensiklopedia 5. surat khabar 6. kad katalog 7. kamus 8. buku teks

C. Bahan pandang dengar 1. mikrofic 2. radio 3. televisyen 4. video

D. Sumber berasaskan komputer 1. disket

2. cakra padat 3. cakra laser 4. disket video 5. internet Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences) merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapanlapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Latar Belakang Penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran Di sekolah-sekolah kini, bahan-bahan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru-guru adalah diambil daripada bahan-bahan yang terdapat daripada buku-buku teks, bahan-bahan tambahan daripada jabatan-jabatan tertentu dalam Kementerian Pendidikan Negeri, Daerah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, selain daripada bahan-bahan binaan sendiri, bahan-bahan pengajaran yang sering dan paling utama digunakan oleh guru-guru ialah bahan-bahan daripada buku-buku teks. Penggunaan buku-buku teks telah menjadi amalan biasa dan tradisi bagi sesetengah guru. Kebanyakan mereka menganggap jumlah buku-buku teks yang ada dan yang boleh digunakan di sekolah-sekolah terlalu banyak dan tidak perlu lagi mereka mencari bahan-bahan daripada sumber-sumber lain. Buku-buku teks dalam andaian lain sudah lebih dari mencukupi. Anggapan seperti ini sebenarnya memanglah kurang wajar kerana seperti yang kita semua sedari, buku-buku teks itu sendiri mempunyai kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Perbuatan terlalu bergantung kepada teks kadangkala boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya, kedudukan teks, kebiasaan dan kecenderungan menggunakan teks bahasa dalam pendidikan, pengajaran dan pembelajaran seperti itu bukanlah satu cara yang baik untuk diamalkan dan dikekalkan. Penggunaannya melalui cara yang lebih luas dan kepelbagaian kegiatan amat diperlukan. Dengan itu, pengajaran bahasa akan memberi kesan yang lebih baik, menarik hati pelajar dan dapat mengurangkan masalah yang timbul.

Proses Pembinaan Dan Penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau media yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya. Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai