Anda di halaman 1dari 15

Adat- Adat dalam Masyarakat Melayu

dan
Fungsinya dalam masyarakat

•Siti
zafirah Farhana Bt Zainol Rashid
•Mohamad Arshad bin Mohamed Aslam
•Intan Dayana Abu Bakar
•Nuratiqah bt Rashidi
Adat Kelahiran
 Anak merupakan suatu kurniaan Tuhan kepadd
hambanya.
 Merupakan penyambung zuriat atau keturunan.
 Bagi masyarakat melayu, apabila seorang wanita
mengandung berbagai adat diamalkan
 Bertujuan untuk menjaga keselamatan anak
dalam kandungan dan juga kesihatan ibu yang
mengandung.
Adat Melenggang Perut

 Adat ini dilakukan bagi bakal ibu yang


mengandung anak pertama atau anak sulung
ketika kandungan berusia 7 bulan.
 Adat ini bertujuan memelihara anak dalam
kandungan supaya sempurna sifat apabila lahir
kelak.
 Jika tidak dilakukan, ibu akan mengalami
kesukaran ketika bersalin
Bahan- bahan yang digunakan
untuk adat melenggang perut
 Anak kelapa, anak tebu dan anak pisang yang baru tumbuh.
 Air sebuyung
 Mayang pinang
 Kain batik
 Tepung tawar
 Bertih
 Limau nipis
 Kelapa muda dan kelapa tua
 Bunga tujuh jenis
 Sirih
 Pucuk kelapa muda dan benang mentah
Penentuan Masa
 Adat melenggang perut sebaik-baiknya
hendaklah dilakukan pada waktu pagi iaitu pada
hari jumaat.
 Antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari sebelum
waktu zuhur.
Menempah Bidan dan Melenggang
Perut
 Bidan dijemput untuk melakukan upacara
melenggang perut
 Langkah pertama ialah menggolek buah kelapa di
atas perut ibu mengandung.
 Kelapa itu mestilah dibuang sabutnya dan
dikupas licin.
 Kelapa digolek dari kanan ke kiri
 Upacara hanya boleh dilihat oleh keluarga
terdekat sahaja
Mandi bunga
 Selepas menggolek kelapa, upacara memandikan
ibu mengandung pula dilakukan.
 Dikenali sebagai mandi bunga kerana air
mandian itu dibubuh 7 jenis bunga yang
diletakkan di dalam buyung
 Dan dititiskan juga air limau nipis dan sedikit
bertih.
 Mandian ini untuk menguatkan semangat ibu.
Tepuk mayang
 Selepas selesai upacara mandi bunga, diikuti pula upacara ini.
 Ibu mengandung disuruh berlunjur lurus ( kaki dirapatkan)
dan bidan akan melakukan upacara menghalau kuasa ghaib.
 Mayang pinang yang masih didalam pinang akan dijampi di
belakang kepala ibu mengandung.
 Kemudian pinang akan dipecahkan di tangan kiri bidan
tersebut.
 Upacara ini dilaksanakan kerana dipercayai si ibu akan
bersalin sebagaimana mudahnya mayang itu dipecahkan.
Membelah kelapa
 Selepas upacara tepuk mayang, upacara
membelah kelapa akan dilakukan.
 Air kelapa itu akan diberi minum kepada ibu
menegandung itu.
 Kelapayang tua pula dibuat minyak untuk
mengurut
 Tujuan upacara ini jug untuk memudahkan ibu
itu ketika melahirkan
Upacara Pelepas
 “pelepas” bermaksud adat menghalau atau menjauhkan
penunggu dan memulihkan semangat bakal ibu tersebut.
 Antara alatan yang diperlukan ialah benang, daun kelapa,
sirih sepak dan kemenyan
 Bidan akan membuat lingkaran simpul lepas daripada daun
kelapa
 Kemenyan pula akan di bakar,manakala sirih dan benang
akan diletakkan di dalam piring
 Bidan akan menjampi simpulan daun kelapa tadi dan akan
dilepaskan selepas itu.
 Apabila simpulan tersebut dililitkan pada tengkuk ia akan
ditarik pada puncanya. Selepas itu, akan diadakan jamuan
kepada para tetamu yang hadir seperti pulut kuning atau
jamuan nasi.
Pantang larang bagi ibu
mengandung
 Dilarang makan sotong, dipercayai hantu akan mencekik atau
menjerut bayi dalam kandungan kerana sotong mempunyai
banyak janggut. Kepada ibu dikhuatiri akan menghadapi
masalah ketika bersalin kerana anak mungkin terjerut tali
pusatnya.
 Dilarang minum air kelapa dan air tebu pada peringkat awal
mengandung kerana dikhuatiri akan mengalami keguguran.
 Dilarang memakan buah nenas dan betik dipercayai akan
menggugurkan kandungan.
 Sekiranya ibu mengandung mengidam mestilah dipenuhi, jika
tidak anak yang bakal dilahirkan akan meleleh air liurnya.
 Ibu dilarang mencaci , mengumpat, membuat fitnah kerana
dipercayai mempengaruhi perangai anak yang bakal
dilahirkan.
 Dilarang memaku, memahat,menggali, membelah kayu dan
menyembelih binatang kerana akan menyebabkan anak yang
bakal lahir cacat.
 Dilarang keluar rumah pada waktu petang dan senja kerana
dikhuatiri hantu akan mengacau.
 Tidak boleh memikul batu kerana dipercayai anak akan
lumpuh.
 Tidak boleh menanam pokok pisang kerana boleh
menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
 Tidak boleh melintas di bawah pokok cermai kerana boleh
menyebabkan turun darah.
 Pantang larang kepada suami pula, dilarang meniup seruling
atau alat bunyi-bunyian kerana anak yang bakal dilahirkan
akan sentiasa menangis.
 Suami juga dilarang pulang lewat malam atau keluar negeri
 Suami juga dilarang membunuh atau memukul binatang
kerana bayi yang dilahirkan akan cacat atau kenan binatang
tersebut.
Makanan ibu mengandung
 Makanan sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh,
herba-herba cina kerana jika dimakan akan menyebabkan
tangan atau kaki berasa kebas, pening kepala, sakit urat saraf,
sesak nafas, sakit sendi dan juga kejang otot.
 Makanan panas seperti daging lembu, kambing, rempah,
durian dipercayai jika memakannya akan menyebabkan
kesulitan ketika melahirkan anak.
 Pantang-pantang larang ini haruslah dilalui selama 44 hari.
Fungsi adat kelahiran
 Fungsinya adalah untuk melindungi para ibu yang
mengandung dari ditimpa malapetaka.
 Memelihara adat turun temurun dari hilang ditelan zaman.
 Memastikan bakal zuriat yang dilahirkan sihat.
 Memastikan para ibu mengandung sentiasa peka dan berhati-
hati dalam segala tindak tanduk.

Anda mungkin juga menyukai