Anda di halaman 1dari 2

Refleksi ( Mohd Zulfikri bin Zainol) Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan semua

nikmat yang dikurniakan akhirnya dapat saya sempurnakan tugasan ini. Jutaan terima kasih saya ingin rakamkan kepada pensyarah penasihat iaitu Encik Munzir yang telah banyak memberi panduan dari segi pengetahuan dan pengalaman yang amat berharga. Benarlah pengalaman merupakan guru yang paling baik didalam dunia ini. Tidak lupa juga sahabat-sahabat yang banyak memberi pertolongan dan perkongsian dalam menyiapkan tugasan ini. Saya berjanji akan cuba memanfaatkan ilmu dan maklumat yang diperolehi dengan sebaik mungkin. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi dalam menyiapkan tugasan ini sangat berharga. pendedahan mengenai olahraga telah saya perolehi pada sebelum tugasan ini diberikan lagi. Pendedahan ini telah saya perolehi melalui waktu interaksi bersama pensyarah pembimbing saya. Di sana, banyak ilmu mengenai ansur maju proses pengajaran dan pembelajaran mengenai olahraga telah saya perolehi. Saya amat bertuah kerana mendapat seorang pensyarah yang berdedikasi dan professional dalam bidangnya. Jadi, hasil daripada pengalaman dan pengetahuan tersebut telah banyak membantu saya untuk menyempurnakan tugasan ini. Hasil daripada tugasan ini, saya telah dapat memahami sedikit sebanyak bagaimana untuk membina rancangan pengajaran dan pembleajaran bagi olahraga. Pada tugasan ini, saya telah memilih untuk membina rancangan pengajaran bagi sukan lontar peluru. Proses perancangan ini penting kerana guru dapat menyusun ansur maju pengajaran dengan baik. Sekiranya ansur maju tidak disusun dengan baik, besar kemungkinan murid-murid tidak akan dapat melakukan aktiviti yang dipelajari dengan betul. Berkemungkinan juga murid-murid akan lambat untuk mahir sesuatu kemahiran dalam sukan tersebut. Kemudian, saya juga menyedari bahawa seseorang guru itu mestilah serba boleh. Mereka tidak boleh mahir dalam sesuatu bidang sahaja. Hal ini kerana cabaran masa sekarang memerlukan seseorang guru itu mahir dalam banyak bidang. Begitu juga dengan keperluan semasa, ada kemungkinan bahawa guru pendidikan islam tidak

hanya mengajar subjek pendidikan islam tetapi mungkin juga akan mengajar subjeksubjek lain. Kesimpulan, saya amat bersyukur kerana banyak pengalaman dan pengetahuan berharga hasil daripada tugasan ini. Saya akan berusaha untuk memanfaatkan semua ilmu yang telah saya perolehi ini. Akhirnya, saya ingin memohon maaf sekiranya tugasan ini tidak menepati garis panduan tugasan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai