Anda di halaman 1dari 1

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Pertama : Pertama (29 Januari -2 Februari 2012)

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 29 Januari 2012 Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah /Peristiwa Hari ini (29 Januari 2012) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancang. Saya agak kelam kabut dan tergesa-gesa untuk pergi ke sekolah kerana bimbang tiba lewat di sekolah. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana perjalanan ke sekolah agak sibuk kerana merentasi 5 sekolah sebelum sampai ke sekolah saya berpraktikum. Saya bertolak dari rumah pada jam 7.00 pagi dan tiba di sekolah jam 7.30 pagi.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya perlu bertolak dari sekolah lebih awal lagi dan membuat persediaan yang rapi. b) Saya perlu menyediakan plan A dan plan B bagi memastikan saya dapat hadir ke sekolah pada masa yang ditetapkan c) Langkah-langkah keselamatan di jalan rayanperlu dititikberatkan oleh semua pihak dengan memastikan perjalanan pergi dan balik dari sekolah dalam keadaan selamatan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa amat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak terganggu. Saya perlu mengambil pengajaran daripada kejadian ini.

Disemak oleh guru pembimbing,

Disemak oleh pensyarah pembimbing,

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai