Anda di halaman 1dari 7

Kasih Seorang Guru Tanpa segan silu Shamsul bangun meninggalkan tempat duduknya. Hei, Shamsul.

Nak ke mana tu? Tetapi Shamsul tidak memberikan sebarang respon kepada pertanyaan guru kelasnya, Puan Roziah. Puan Roziah hanya menggelengkan kepala. Hoi! Tak minta izin dulu ke? jekah Zul. Dia ni dah melampaulah. Tak hormat cikgu langsung, gerutu Ain. Teruk betullah Shamsul tu. Kalau akulah bersikap macam tu, alamatnya dah lama kena penangan mak aku, templak Firdaus. Aku dah lama bersabar dengan si Shamsul tu. Dah selalu sangat dia buat perangai macam ni. Apa dia ingat ini sekolak mak ayah dia punya ke? rungut Nasri. Nasri, tak baik cakap macam tu, pujuk Puan Roziah, cuba mengendurka suasana meskipun sebenarnya hatinya turut terasa dengan tingkah laku Shamsul yang agak biadap kepadanya. Sudahlah, kita sambung pelajaran Sains kita hari ni. * * * * * * * * * * * * * * * * Semalam kau jumpa Cikgu Faridah, betul kan? Apa dia cakap pada kau? Tanya Shafaat ingin tahu. Shamsul merenung tepat ke mata Shafaat. Kelu lidah Shafaat untuk meneruskan kata-kata. Jangan masuk campur urusan akulah! tegas Shamsul, tidak suka dengan soalan kawan baiknya itu. Aku nak tahu saja. Tak boleh ke? Cikgu tu kaki sibuk. Suka ambil tahu hal orang lain, bentak Shamsul. Tak baik cakap macam tu. Tak berkat nanti ilmu yang kita dapat, Syafaat cuba memujuk Asyik-asyik nak nasihat aku saja. Bagilah nasihat pada orang lain. Dah muak aku dengar. Sibuk saja, gerutu Shamsul. Di rumah mak aku asyik berleter. Datang sekolah nak kena ceramah pula.Bengangnya aku. Memang kau bersalah, Shamsul. Ramai dah cikgu yang merungut tentang perangai kau di dalam kelas. Kau tak malu ke? Sedarlah sikit, kau tu anak pak imam. Jaga maruah mak ayah kau. Apa-apa terjadi nanti, nama mereka terbabit sama, panjang pula Syafaat mengungkit. Cikgu-cikgu di sekolah macam mak ayah kita juga. Kalau mereka menegurbererti mereka mengambil berat tentang kita, sambung Shafaat lagi, bulat matanyamenikam mata Shamsul. Tapi aku benci dengan cikgu tu! Benci, tau tak? Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Dia saja yang betul. Aku dah meluat dengan cikgu tu. Menyampah! bertalu-talu Shamsul melepaskan kemarahan. Bertambah geram apabila kawan baiknya tidak menyebelahinya pada ketika dia inginkan sokongan. Jangan kuat-kuat, Shamsul. Nanti orang lain dengar. Kalau Cikgu Faridah

dengar, lagi teruk nanti. Kecil hati dia, tegur Shafaa Kebetulan Cikgu Faridah berselisih jalan dengan mereka. Shafaat sempat mengucapkan salam kepada gurunya itu. Salam bersambut dengan sekuntum senyuman dari Cikgu Faridah. Err faat, cikgu dengar tak apa yang aku cakap tadi? tiba-tiba Shamsul berasa cemas. Air mukanya berubah. Entahlah, jawab Shafaat selamba sambil mengangkat bahu. Kemudian berlarilari anak menuju ke kelas, meninggalkan Shamsul dengan langkahnya yang gontai. Perasaannya tak semena-mena jadi berkecamuk. Sampai pulang ke rumah pun Shamsul masih dihantui rasa tidak tenang. Gelisah tak menentu. Kata-kata yang dihamburkan di sekolah tadi terngiang-ngiang di telinganya. Dan wajah Cikgu Faridah pula silih berganti muncum di baying ingatannya. Shamsul berasa sangat bersalah. Assalamualaikum, nada suara yang penuh hormat diucapkan oleh Shamsul. Berdiri di hadapan kelas Cikgu Faridah. Pagi masih awal dan kelas belum didatangi para pelajar. Hanya Cikgu Faridah berseorangan menyiapkan sesuatu di meja. Waalaikumussalam. Eh, Shamsul. Masuklah, balas Cikgu Faridah mesra. Ada apa-apa yang boleh cikgu tolang? Shamsul tunduk membisu di dalam dadanya masih berkecamuk dengan pelbagai rasa. Sesekali dia rasa menyesal juga kerana dating menemui cikgu yang baik hati itu. Tak tahu nak mulakan dari mana. Shamsul, cakaplah. Ada apa hal Shamsul dating jumpa cikgu pagi-pagi ni? Ss sasaya Shamsul tidak dapat meneruskan kata-kata. Tiba-tibanya dadanya berasa sebak. Dan pandangannya jadi berkaca- kaca. Kenapa saying? lunak suara Cikgu Faridah, membuatkan Shamsul terus kematian berbicara. Ucapan itu terlalu indah dirasakan oleh Shamsul. Sejuk dan nyaman serta mengalirlembut masuk ke dalam hatinya. Cakaplah, cikgu sedia mendengar. Maafkan saya, cikgu. Saya dah kata macam-macam pada cikgu. Tak patut saya buat cikgu macam tu, kata Shamsul dalam esakan yang ditahan-tahan. Oobegitu. Tak apa, Shamsul. Awal-awal lagi cikgu dah maafkan Shamsul. Biasalah, tak ada manusia yang tidak buat silap, balas Cikgu Faridah lembut. Maafkan saya, cikgu. Maafkan saya. Saya janji lepas ni saya tak buat lagi. Saya tak akan menyusahkan cikgu dan cikgu-cikgu yang lain. Saya janji, saya akan jadi pelajar

yang baik. Maafkanlah saya, cikgu, Shamsul semakin tidak dapat mengawal perasaannya. Cikgu Faridah mengangguk-angguk sambil menahan keharuan di dalam dadanya.Tak sangka pelajar terkenal itu insaf akhirnya. Seraya menyambut huluran tangan Shamsul, Cikgu Faridah cuba menenagkan anak muridnya itu, Sudahlah Shamsul. Cikgu tak pernah marahkan kamu. Tapi siang malam cikgu berdoa semoga satu hari nanti kamu akan berubah menjadi pelajar yang baik. Mulakanlah! Baiklah, cikgu. Terima kasih atas segalanya.TA M AT

minum nenek aku yang tanggung. Itu sememangnya tanggungjawab aku sebagai cucu tunggal dia. Kesian aku tengok nenek. Semasa di darjah enam, ada seorang cikgu ini. Dia sungguh petah bercerita. Semua pelajar menyukainya. Termasuklah aku. Dia selalu menasihati aku dalam pelbagai aspek yang mendorong aku untuk berjaya. Cikgu itu bernama Cikgu Ramlah. Sejak cikgu rapat dengan aku, semakin lama semakin ramai orang yang mengejek aku. Mereka mengatakan bagawa aku meminta simpati cikgu. Sememangnya aku cuma dapat bersabar dan mengingati kata- kata nenek. Di sekolah menengah pula, aku sudah kurang diejek. Tetapi masih lagi ada segelintir pelajar sahaja mengejek- ejek aku. Aku pernah juga memarahi mereka itu. Ada satu ketika aku menunjukkan protes aku dengan ponteng sekolah untuk beberapa hari. Penat mulut berhentilah mereka itu. Yang penting kau belajar sahaja bersungguh- sungguh. Kalau kau pandai takkan ada orang yang akan mengejek- ejek kau lagi. Pujuk nenek kepada aku. Keadaan inilah yang mendorong aku untuk belajar besungguh- sungguh. Nenekku yang buta huruf menjadi sumber inspirasi aku utuk berjaya. Malangnya, dua hari sebelum PMR tamat, nenek meninggalkan aku sebatang kara. Akan tetapi, aku telah pun mewarisi pekerjaan atukku dahulu iaitu menjual hasil pokok kelapa. Aku cukup mahir dalam bidang ini. Keputusan PMR sudah keluar. Aku berjaya mendapat keputusan cemerlang dan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang di dalam sekolah. Tetapi segala usaha itu adalah sia- sia. Aku dah mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Aku cuma mahu bekerja sepanjang masa sahaja. Sekolah tidak penting lagi. Perniagaan kelapa telah aku kembangkan. Kini aku menjual hasilnya seperti air kelapa, santan dan macam- macam lagi. Pada satu hari, Cikgu Ramlah datang ke kedai aku. Air kelapa satu.kata cikgu. Eh, Cikgu Ramlah.Tunggu sebentar. Balas aku. Cikgu tak ke sekolah ke?

Sebentar lagi. Dalam perjalanan ke sekolah ni. Saja singgah di kedai kamu. Tak sangka kampung ini ada juga usahawan muda macam kamu. Kamu tak berminat ke nak bersekolah lagi? Sudah tidak ada semangat lagi la cikgu. Selepas kematian nenek saya, patah semangat hendak ke sekolah. Ooo, macam itu. Aku pun segera menyediakan air untuk cikgu kesayangan aku itu. Cikgu memanggil aku duduk sebentar di sebelahnya. Min, cuba kau lihat. Kampung ini dah banyak dengan pokok kelapa. Siapa la yang nak beli hasil engkau ni? Aku berasa terkejut dan hanya boleh menggeleng kepala. Tapi bila di fikir- fikir betul juga kata- kata cikgu itu. Oh, bodoh rupanya sayakan ini cikgu. Bukan bodoh, tapi silap min. Cikgu terus meninggalkan aku. Dia membuatkan aku berfikir sejenak. Seminggu kemudian, Cikgu Ramlah datang berjumpa dengan aku. Dia menyatakan hasratnya yang menginginkan aku bekerja di restoran abangnya di bandar. Beginilah Min, cikgu tak memaksa engkau. Tapi cikgu nak engkau fikirlah betul- betul tawaran cikgu ini. Tapi cikgu, saya bukannya tahu sangat nak kerja restoran ini. Setakat panjat pokok kelapa bolehlah. kalau tidak di pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Cubalah dulu. Mana tahu Amin ada rezeki di bandar besar itu. Kata cikgu yang seakan mahu melihat aku hidup senang bersama di bandar. Hari demi hari. Akhirnya aku pun dengan besar hati bersetuju untuk bekerja dengan abangCikgu Ramlah. Awal pagi lagi, aku dan cikgu sudah bertolak ke bandar. Setibanya di bandar, kami langsung ke Restoran Pinang yang cukup terkenal di sini. Aku disambut dengan tangan terbuka oleh abang Cikgu Ramlah yang bernama Hj. Roslan.

Pejam cilik sudah lima bulan aku bekerja dengan Hj. Roslan. Gaji yang diberikan lebih lumayan daripada duduk di kampung. Layanan diberikan cukup istimewa. Cikgu Ramlah sering mengunjungi aku di sini. Cukup selesa sekali aku tinggal di bandar. Diam tak diam ada juga ilmu aku pelajari daripadanya. Dialah majikan aku, dialah guruku. Bulan demi bulan berlalu. Aku terus tekun bekerja. Wang gaji kusimpan dalam bank. Hanya sebahagian sahaja aku gunakan untuk keperluan. Aku tidak merokok, aku juga tidak suka berpeleseran. Kerana itu wang aku dapat dijimatkan. Setiap malam, sebelum tidur aku akan melihat buku bankku. Melihat jumlah wang yang semakin hari, semakin bertambah nilainya. Gembira sungguh hatiku. Setiap kali meletakkan kepala di bantal, dalam gelap aku terbayang- bayang sebuah restoran besar dan canti,berpapan tanda RESTORAN AMIN. Bak kata Cikgu Ramlah, membina impian tidak susah. Tetapi untuk merealisasikannya cukup payah. Akan ku buktikannya.. bisik hatiku. Beberapa tahun selepas itu, aku masih lagi setia bersama Hj. Roslan. Aku kini dinaikkan pangkat menjaga kaunter pembayaran. Rasanya sudah cukup ilmu di dada untuk merealisasikan impian yang selama ini kubina bertahun tahun lamanya iaitu membuka sebuah restoranku sendiri. Bagaimana dengan modalnya? saya mahu memajak tanah dikampung saya itu kalau boleh.balas aku kepada pertanyaan Hj. Roslan.Setelah puas berbincang dengan majikanku itu, akhirnya dia sendiri mahu membeli tanahku yang tidak seberapa di Kampung Pisang. Beberapa bulan selepas itu, aku akhirnya berjaya membuka restoranku sendiri. Semua ini hasil titik peluh aku selama ini. Aku cukup gembira. Pada hari pembukaan restoranku itu, aku dapat berita bahawa Cikgu Ramlah terlantar sakit di hospital akibat kemalangan yang menimpa dirinya. Beberapa hari selepas itu Cikgu Ramlah meninggal dunia. Aku sempat berjumpa dengannya sebelum dia mehembuskan nafas yang terakhir. Aku berasa sangat sedih. Walaubagaimanapun hidup harus diteruskan. Cikgu Ramlah hanya

tinggal kenangan dalam ingatnku. Kerana cikgu aku dapat berdiri dengan megah di hadapan restoranku sendiri. Jasa cikgu akan ku kenang sampai bila- bila. Terima kasih banyak- banyak cikgu...

Anda mungkin juga menyukai