Anda di halaman 1dari 9

Praktikal 2: Daya dan Gerakan Objektif : 1. Mengenal pasti jenis daya yang berbeza di dalam konteks yang berlainan.

2. Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas. Pengenalan/Teori : (Pengenalan) : Daya merupakan salah satu jenis fenomena yang sentiasa berada di sekeliling kita dalam kehidupan harian. Daya wujud dalam pelbagai jenis bentuk dan sentiasa berbeza dalam bentuknya mengikut situasi-situasi yang berlainan. Namun begitu, semua daya bertindak mengikut 3 Hukum Newton yang dikenal pasti oleh Sir Issac Newton. Pengetahuan tentang daya adalah sangat penting dalam kehidupan kita, seperti penggunaan sistem takal dan penciptaan brek kereta. (Teori) : Sentuhan antara 2 permukaan akan menghasilkan daya geseran yang menyebabkan sesuatu benda yang sedang bergerak mengalami pecutan negatif. Jasad yang semakin besar akan mengalami daya apungan yang lebih besar kerana magnitud daya apungan adalah berkadar secara langsung dengan jisim air yang disesarkan. Dalam setiap situasi, geseran antara permukaan jasad dengan molekulmolekul udara adalah diabaikan dalam pengiraan. Geseran adalah penting dalam kehidupan kita dengan membenarkan kitaberjalan atau memandu kereta. Daya geseran yang bertindak antara tapak kaki kita dengan permukaan tanah membenarkan kita bergerak dan

berhentikan diri. Untuk mengurangkan geseran yang berada antara 2 permukaan, beberapa cara boleh digunakan. Contohnya seperti menjadikan permukaan tersebut lebih licin dengan bahan pelincir, atau dengan mengubah bentuk beban yang perlu diangkat, seperti memasangkan roda.

Hipotesis

: Aktiviti 1: Jenis daya adalah berbeza dalam konteks yang berbeza. Aktiviti 2: Pecutan jatuh bebas adalah sama untuk jasad yang berlainan jisim.

Radas/Peralatan

: Blok kayu, bola ping pong, dawai yang diregangkan atas blok

kayu,

bikar, buku, pita detik, jangka masa detik, apit G, bekalan kuasa, penyambung wayar, beban berjisim 300g, 450g dan 600g dan pita salopan. Prosedur : AKTIVITI 1: 1) Satu blok kayu diletakkan di atas lantai. Tolakan kecil diberikan pada blok kayu itu dan pemerhatian anda direkodkan. 2) Sebiji bola ping-pong dibaling ke udara. Pemerhatian direkodkan. 3) Dawai diikatkan dengan tegang di antara dua paku yang telah diketuk ke dalam blok kayu. Dawai itu disentuh. Pemerhatian direkodkan. 4) Satu bola ping-pong diletakkan ke dalam sebuah bikar yang berisi air. Kemudian bola ditolak ke dalam air. Pemerhatian direkodkan. 5) Sebuah buku diletakkan di atas tangan anda. Pemerhatian direkodkan. 6) Inferens-inferens dinyatakan bagi setiap pemerhatian yang dibuat.

AKTIVITI 2: 1) Sebuah kerusi diletakkan di atas sebuah meja. Jangka masa detik dikapit dengan apit G ke bahagian atas kerusi. 2) Pita detik ditetapkan melalui jangka masa detik dan jisim 300g diselotap dengan pita tersebut. 3) Jangka masa detik dihidupkan dan jisim 300g dilepaskan jatuh secara bebas ke bawah. 4) Pita detik dipotong kepada 2 titik jalur dan disusun untuk menghasilkan graf. 5) Langkah 3 diulang dengan menggunakan jisim 450g dan 600g. 6) Bagi setiap kes, graf dibina daripada jalur dan pecutan ditentukan.

Langkah berjaga- : Aktiviti 1: jaga 1. Pastikan permukaan lantai tidak terlalu kasar kerana akan mempengaruhi pergerakan blok kayu. 2. Perhatikan dengan teliti keadaan bola ping pong apabila berada pada ketinggian maksimum. 3. Dawai mestilah berada dalam keadaan tegang. 4. Kuantiti air mestilah sesuai bagi mengelakkan air tumpah semasa menolak bola ping pong ke dalam air. 5. Kedudukan buku perlu diletakkan dalam keadaan stabil.

Aktiviti 2: 1. Pastikan jangka detik dalam keadaan yang baik sebelum digunakan. 2. Kipas hendaklah ditutup kerana ia akan mengganggu objek yang sedang jatuh. 3. Jangka masa detik hendaklah diapit pada bahagian atas kerusi supaya bacaan tepat.

KEPUTUSAN: Aktiviti 1: Pemerhatian Inferens Daya diperlukan untuk Prosedur 1 Kayu bergerak ke depan lalu berhenti menggerakkan objek dan kayu berhenti sebab ada daya geseran Prosedur 2 Bola naik ke atas & jatuh semula ke bawah Dawai membengkok Bola naik semula ke atas Prosedur 4 permukaan selepas ditolak ke dalam air Bola jatuh sebab ada daya tarikan graviti Daya boleh mengubah bentuk objek (dawai) Ada daya ketimbulan dari air. Daya ketimbulan air menolak bola ke atas Ada keseimbangan pada Buku dalam keadaan seimbang buku disebabkan adanya daya tarikan graviti ke bawah dan tindak balas normal ke atas

Prosedur 3

Prosedur 5

Aktiviti 2: Jisim (g) 300 450 600 Pecutan (ms-1) (2.2-0.34)ms-1 / 0.2s = 9.3ms-2 (2.36-0.4)ms-1 / 0.2s = 9.8ms-2 (2.53-0.42)ms-1 / 0.2s = 10.55ms-2

Perbincangan: Pecutan jatuh bebas yang didapati adalah berlainan daripada pecutan graviti, iaitu 9.81ms-2. Ini adalah kerana geseran antara pita detik dengan jangka masa detik serta geseran antara beban dengan molekul-molekul udara telah menjejaskan keputusan. Untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih jelas dalam eksperimen jatuh bebas, kamera dengan kekerapan gambar yang tinggi boleh dipakai. Ini adalah kerana penggunaan kamera dapat menghapuskan daya geseran yang terhasil antara permukaan pita detik dengan jangka masa detik, memberikan satu bacaan yang lebih tepat. Untuk menghapuskan daya geseran antara beban dengan udara, eksperimen jatuh bebas boleh dijalankan dalam keadaan terkawal. Keadaaan terkawal merujuk kepada satu keadaan di mana kehadiran udara dihapuskan, iaitu dalam bilik vakum. Jika eksperimen jatuh bebas dijalankan dalam keadaan terkawal dan bacaan diambil dengan penggunaan kamera, maka kita akan mendapatkan keputusan eksperimen yang agak hampir dengan nilai pecutan yang dihasilkan oleh graviti untuk ketiga-tiga eksperimen, iaitu 9.81ms-2. Untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih baik dalam aktiviti menolakkan bongkah kayu, permukaan yang lebih licin boleh digunakan. Ini dapat mengurangkan daya geseran antara permukaan bongkah kayu dengan lantai, memberikan pemerhatian yang lebih baik. Perasaan yang panas pada bongkah kayu adalah kesan daripada daya geseran antara permukaan bongkah kayu dengan lantai. Pecutan untuk ketiga-tiga jisim adalah lebih kurang sama dalam eksperimen jatuh bebas kerana pecutan yang disebabkan oleh daya graviti terhadap pusat bumi tidak dipengaruhi oleh jisim beban. Satu bacaan yang luar biasa didapat dalam salah satu eksperimen jatuh bebas. Bacaan ini mungkin disebabkan oleh jatuh bebas yang tidak lancar, seperti melanggar kerusi atau benda lain dalam proses jatuh ke lantai. Ini akan menyebabkan bacaan tersebut menjadi kurang tepat.

Untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, satu garisan terbaik dilukis dan kecerunan graf dicari daripada garisan tersebut. Ini adalah kerana sesetengah bacaan yang diambil adalah kurang tepat dan penggunaan garisan terbaik dapat mengurangkan ralat-ralat yang mungkin terhasil daripada bacaan tersebut. Dalam aktiviti satu, pemerhatian perlu dilakukan dengan sangat teliti dan kurang sesuai dijalankan dengan penggunaan mata. Ini adalah kerana pemerhatian yang hanya dijalankan dengan penggunaan mata kurang jelas dan perubahanperubahan yang kecil mungkin diabaikan. Untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih jelas, kamera boleh dipakai untuk merekodkan pemerhatian tersebut, dan dimainkan balik dalam kelajuan yang lebih perlahan supaya kita dapat menampak perubahan-perubahan yang kecil. Penggunaan wayar untuk menjalankan pemerhatian adalah kurang sesuai. Ini adalah kerana wayar tidak dapat bergetar dengan berkesan dan perubahan yang boleh kita catat adalah terlalu sedikit. Untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih baik, penggunaan instrument muzik yang melibatkan getaran dawai boleh digunakan, contohnya gitar. Ini dapat memberikan satu pemerhatian yang lebih jelas dan juga menarik bagi murid-murid yang masih dalam sekolah rendah. Ketinggian yang digunakan dalam eksperimen jatuh bebas perlulah tinggi. Ini adalah kerana penggunaan ketinggian yang tidak cukup akan menyebabkan bacaan yang diambil kurang tepat dan perubahan halaju tidak dapat dilihat dengan jelas. Bola ping-pong digunakan dalam aktiviti satu dalam pemerhatian daya apungan kerana ketumpatan bola ping-pong yang rendah dan saiz bola ping pong yang sesuai. Benda yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air kurang sesuai untuk digunakan. Benda yang bersaiz terlalu kecil atau besar menjadikan pemerhatian susah dijalankan.

Kesimpulan: Pecutan jatuh bebas adalah sama untuk jasad yang berlainan jisim. Jenis daya adalah berbeza mengikut keadaan yang berbeza. Hipotesis diterima.

SOALAN: 1. Adakah nilai pecutan yang diperoleh bagi jism yang berbeza sama dengan nilai g (pecutan ke arah pusat gravity bumi). Terangkan. Hanya objek yang berjisim 450g sahaja yang dapt nilai tepat dengan nilai g. manakala bagi jisim 300g pula kurang daripada nilai g dan jisim untuk 600g pula melebihi nilai g. hal ini kerana terdapat daya luaran yang mempengaruhi nilai pecutan seperti geseran angin.

2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya yang bertindak ke atas objek yang jatuh bebas? Objek yang jatuh bebas biasanya berlaku di vakum iaitu keadaan di mana tiadanya udara. Dalam keadaan ini semua objek walaupun berlainan jisim akan jatuh pada pecutan yang sama.

3. Jika eksperimen ini dilakukan di bulan, adalah nilai pecutan yang diperoleh bagi jisim yang berbeza sama dengan nilai g? Terangkan. Tidak sama. Hal ini kerana nilai graviti di bulan adalah lebih rendah iaitu 1/6 berbanding di bumi.

SOALAN PENGETAHUAN MASTERI & SOALAN KEMAHIRAN:

1) Apa yang anda pelajari daripada praktikal ini? Selepas melakukan eksperimen ini, saya dapat lebih memahami cara untuk membuat pemerhatian bagi mengenalpasti daya yang terlibat untuk sesuatu situasi. Selain itu, saya juga sedar bahawa daya sentiasa ada dalam kehidupan harian kita. Tanpa daya, kita akan sukar bergerak atau menggerakkan objek dan juga melakukan pelbagai aktiviti lain. Pelbagai jenis daya yang berbeza wujud dalam konteks yang berbeza sama ada semasa pegun, dalam air atau bergerak.

2) Pada bahagian manakah kurikulum standard sains sekolah rendah mengajar topik ini? Tajuk: Menyiasat daya dan tenaga Tahun: 5

3) Bincangkan

bagaimana

anda

mengaplikasi

pratikal

tersebut

dalam

pengajaran dan pembelajaran anda? Sebelum memulakan P&P guru seharusnya memberi sedikit pendedahan awal tentang tajuk topik yang hendak diajar. Selain itu, guru bertanya tentang pengetahuan sedia ada murid-murid juga penting bagi mengenalpasti sejauh mana pengetahuan mereka tentang daya yang telah mereka ketahui. Hal ini penting untuk mengaitkan topik yang diajar dengan kehidupan seharian mereka agar mereka lebih memahami dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kelak.

4) Apakah peranan guru dalam melakukan pratikal tersebut? Guru seharusnya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing kepada muridmurid.

Rujukan: Bergman, D. (1997). Force on Moving Objects,. Cologne: Hadronic Press Supplement. J. Meadows. (1987). The Great Scientists. New York: Oxford University Press. P. Moon, D. S. (1961). Field Theory for Engineers. New York: D. Van Nostrand Company. Force Theory. (2011, September 30). Diambil pada Januari 24, 2013, daripada Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Force_Theory Newton's Laws Of Motion. (2012, Januari 6). Diambil pada Januari 24, 2013, daripada Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Newton%27s_laws_of_motion

Anda mungkin juga menyukai