Anda di halaman 1dari 9

Praktikal 2: Daya dan Gerakan

______________________________________________________________

Objektif : 1. Untuk mengenal pasti jenis daya dalam konteks yang


Pembelajaran berlainan.
2. Untuk mengukur pecutan objek yang jatuh bebas.

Aktiviti 1 : Mengenal pasti jenis daya dalam konteks yang berlainan.

Hipotesis : Terdapat pelbagai jenis daya yang bertindak balas dalam


konteks yang berlainan.

Bahan dan : Bongkah kayu, bola ping pong, wayar yang


Radas direnggangkan atas bongkah kayu, bikar dan buku.

Prosedur :
1. Bongkah kayu diletakkan di atas lantai. Bongkah kayu tersebut
kemudian ditolak dan pemerhatian direkodkan.
2. Bola ping-pong dilambungkan ke atas udara dan pemerhatian
direkodkan.
3. Wayar diikat dengan ketat di antara dua batang paku yang telah
dipakukan ke dalam sekeping kayu. Wayar tersebut disentuh dan
pemerhatian direkodkan.
4. Bola ping-pong diletakkan ke dalam bikar yang berisi air. Bola tersebut
ditolak ke dalam air dan pemerhatian direkodkan.
5. Sebuah buku diletakkan di atas tapak tangan. Pemerhatian
direkodkan.
6. Inferens bagi setiap pemerhatian yang telah dibuat dinyatakan.
Keputusan :

Pemerhatian Inferens
Prosedur 1 Bongkah kayu bergerak ke arah Daya tolakan yang dikenakan telah
yang ditolak. Bongkah kemudian menggerakkan bongkah kayu yang pegun.
berhenti dan menjadi statik Ia bergerak ke arah yang ditolak. Daya
semula selepas beberapa saat. geseran yang bertindak secara berlawanan
akan mengurangkan daya tolakan dan
menyebabkan ia tidak bergerak lagi
selepas bebarapa saat.

Prosedur 2 Bola ping pong dilambung tinggi Keadaan ini berlaku kerana adanya daya
sehingga ke satu tahap tarikan graviti. Daya tarikan graviti
ketinggian. Kemudian, ia akan menyebabkan semua objek yang
jatuh semula ke lantai selepas dilemparkan ke udara jatuh semula ke
itu. tanah, selepas objek tersebut sampai ke
tahap ketinggian maksimumnya.

Prosedur 3 Wayar tersebut bergetar apabila Daya tegangan dihasilkan apabila


disentuh. Selepas beberapa sentuhan dikenakan pada wayar tersebut.
saat, ia akan berhenti dan Daya geseran yang berlaku ketika getaran
menjadi statik semula. akan menyebabkan wayar berhenti dan
dan menjadi statik semula seperti sebelum
ia disentuh.

Prosedur 4 Bola ping pong tenggelam Bola ping pong akan tenggelam apabila
apabila ditolak ke dalam air. daya tolakkan dikenakan kepadanya.
Selepas tangan dilepaskan dari Namun begitu, apabila daya tolakan tidak
bola ping pong, ia timbul semula dikenakan pada bola ping pong, daya
ke permukaan air. apungan pula yang akan bertindak ke atas
bola ping pong tersebut, dan
menyebabkannya terapung semula.
Pemerhatian Inferens
Prosedur 5 Apabila sebuah buku diletakkan Tapak tangan mampu menampung berat
di atas tapak tangan, buku itu dan daya graviti yang dikenakan ke atas
tidak akan jatuh ke bawah. buku tersebut.
Namun, selepas seketika, tapak Tapak tangan seseorang mungkin akan
tangan seseorang kelihatan bergerak sedikit ke bawah atas sebab
akan bergerak sedikit ke bawah. keletihan. Malah, daya graviti yang
dikenakan ke atas buku akan
menyebabkan tapak tangan seseorang
bergerak sedikit ke bawah, di samping dia
dapat mulai merasai berat buku tersebut.
Aktiviti 2 : Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas

Hipotesis : Nilai pecutan jisim pemberat tidak akan dipengaruhi oleh


jisim sesuatu objek. Nilai pecutan jisim-jisim pemberat
yang jatuh secara bebas adalah sama dengan nilai
pecutan graviti, iaitu 9.8 ms -2.

Bahan dan : Jangka masa detik, pita detik, pengapit, bekalan arus
Radas ulang-alik, wayar penyambung, jisim pemberat 300g, jisim
pemberat 450g, jisim pemberat 600g dan pita pelekat.

Prosedur :
1. Sebuah kerusi diletakkan di atas meja. Jangka masa detik diapitkan di
bahagian atas kerusi.
2. Pita detik diletakkan pada jangka masa detik dan jisim 300g dilekat
pada pita detik dengan menggunakan pita pelekat.
3. Jangka pita detik diaktifkan dan beban dibiarkan jatuh secara bebas ke
atas lantai.
4. Pita detik bagi setiap dua titik dipotong dan pita-pita disusun untuk
membentuk graf.
5. Langkah ketiga diulangi dengan menggunakan jisim 450 dan 600g.
6. Bagi setiap kes, graf akan dibina dengan menggunakan pita detik dan
nilai pecutan setiap jenis jisim akan dikira.

Rajah 1 menunjukkan susunan radas eksperimen ini.


Keputusan :

Jisim, g Jangka Panjang keratan Panjang keratan Bilangan


masa, t pita detik yang pita detik yang detik
(s) pertama, x (cm) terakhir, y (cm)
300 0.02 1.60 6.40 14
450 0.02 0.20 10.00 26
600 0.02 0.40 9.30 26
Analisis Pengiraan :

𝑣−𝑢
Pecutan = 𝑡
𝑦 𝑥
= - 0.02
0.02

(Bilangan detik – 1)(0.02)

Dengan menggunakan rumus pecutan yang ditunjukkan di atas,maka

Bagi jisim pemberat 300g:


Pecutan = (6.40/0.02) – (1.60/0.02) / (14-1)(0.02)
= (320-80) / 0.26
= 923 cm s-2
= 9.23 m s-2

Bagi jisim pemberat 450g:


Pecutan = (10.00/0.02) – (0.20/0.02) / (26-1)(0.02)
= (500-10) / 0.5
= 980 cm s-2
= 9.90 m s-2

Bagi jisim pemberat 600g:


Pecutan = (9.30/0.02) – (0.40/0.02) / (26-1)(0.02)
= (465-20) / 0.5
= 890 cm s-2
= 8.90 m s-2
Langkah Berjaga-jaga :

1. Langkah-langkah eksperimen perlulah diulangi sekurang-kurangnya


dua kali untuk mendapat purata keputusan yang meyakinkan.
2. Pastikan jangka masa detik dan bekalan arus ulang-alik yang
digunakan dalam keadaan baik dan dapat berfungsi dengan baik.
3. Arus voltan yang digunakan haruslah sesuai dan tidak terlalu tinggi
untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan alat pengukur.
4. Pastikan pita detik adalah cukup panjang semasa mengukur pecutan
apabila jisim pemberat jatuh bebas bagi memastikan nilai pecutan
yang didapati adalah lebih tepat.
5. Pastikan jisim-jisim pemberat jatuh dari aras permulaan yang sama
semasa eksperimen dalam usaha nilai pecutan graviti yang tepat dan
seragam.
6. Pastikan kawasan eksperimen tidak terjejas daripada faktor-faktor
luaran seperti tiupan angin dan sebagainya supaya keputusan
eksperimen tidak dijejaskan.
7. Semasa mengambil bacaan untuk jarak antara detik, posisi mata
hendaklah selari dengan ukuranyang hendak dibaca demi
mengelakkan ralat paralaks.

Kesimpulan :

Terdapat pelbagai jenis daya yang wujud dalam konteks kehidupan


seharian kita, termasuklah daya tolakan, daya tarikan graviti, gaya geseran,
daya tegangan, daya apungan, daya normal, dan banyak lagi. Daya berupaya
untuk mengubah arah pergerakan di samping menggerakkan objek yang
pegun. Hipotesis untuk aktiviti 1 diterima.

Nilai pecutan jisim pemberat yang diperolehi lebih kurang sama


dengan pecutan graviti, g iaitu, 9.81𝑚𝑠 −2 . Pecutan graviti tidak dipengaruhi
oleh jisim objek. Hipotesis untuk aktiviti 2 diterima.
Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran :
1. Adakah nilai pecutan yang diperoleh bagi jisim yang berbeza sama
dengan nilai g (pecutan ke arah pusat graviti bumi). Terangkan.
(6 markah)

Ya. Sekiranya pelbagai jisim yang berbeza digunakan untuk menilai


pecutannya, ia masih sama dengan nilai g (pecutan ke arah pusat
graviti bumi). Pecutan sesuatu jasad tidak bergantung kepada bentuk
dan jisim objek yang jatuh secara bebas jika tiada faktor-faktor lain
yang boleh menjejaskan nilai pecutan graviti itu. Hal ini demikian
kerana graviti dikatakan adalah malar dan universal. Akan tetapi, teori
ini hanya akan betul-betul berlaku sekiranya jasad tersebut dilepaskan
dan jatuh dalam vakum, di mana tiada geseran udara atau sebarang
rintangan dikenakan ke atasnya.

Namun begitu, nilai g yang diperolehi semasa menjalankan eksperimen


ini lebih kurang daripada nilai g yang sebenarnya. Keadaan ini berlaku
kerana wujudnya rintangan udara dan geseran. Rintangan udara yang
berlaku semasa jisim dijatuhkan manakala geseran yang berlaku
antara pita detik dan jangka masa detik akan menyebabkan nilai g
semasa di eksperimen akan lebih kurang berbanding dengan nilai g
yang sebenar.

2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya yang bertindak


ke atas objek yang jatuh bebas?
(5 markah)

Kesimpulannya, daya tarikan graviti telah bertindak balas ke atas objek


yang jatuh bebas. Daya tarikan graviti menyebabkan jisim-jisim jatuh
ke tanah apabila dilepaskan dengan nilai pecutan graviti 9.8 ms-2.
3. Jika ekperimen ini dilakukan di bulan, adakah nilai pecutan yang
diperoleh bagi jisim yang berbeza sama dengan nilai g? Jelaskah.
(6 markah)

Jika eksperimen ini dijalankan di bulan, nilai pecutan bagi jisim yang
berbeza tidak akan sama dengan g. Hal ini kerana di permukaan
1
bulan, tarikan graviti hanya daripada tarikan graviti di permukaan
6
1
bumi. Maka berat sesuatu objek di bulan adalah 6 daripada beratnya di

permukaan bumi. Oleh itu, daya tarikan graviti bumi pada suatu objek
akan semakin berkurang apabila objek itu semakin jauh dari bumi.

4. Apakah yang telah anda belajar dari kedua-dua aktiviti di atas?


(8 markah)

Daripada aktiviti 1, saya sedar bahawa daya merupakan sesuatu yang


boleh menggerakkan suatu objek yang pegun dan ia wujud dalam
pelbagai konteks. Daya mampu mengubah arah gerakan sesuatu
objek, memecutkan sesuatu objek, serta mengubah bentuk sesuatu
objek. Contohnya, daya tarikan graviti merupakan faktor yang
menyebabkan objek yang dilemparkan ke udara jatuh semula ke
tanah.

Daripada aktiviti 2, carta pita boleh dibina dengan memotong pita detik
yang ditarik oleh suatu objek yang bergerak kepada keratin-keratan
yang mengandungi 10 detik. Keratan-keratan yang berturutan
kemudian dilekatkan bersebelahan untuk membina satu carta. Dengan
berbuat demikian, pecutan sesuatu objek dapat diperolehi dengan
menggunakan rumus-rumus yang sedia tahu.

Di samping itu, kami juga sedar bahawa sesaran ditentukan oleh


panjang pita detik. Masa pula ditentukan oleh bilangan detik yang
diperolehi. Selain itu, carta pita yang menunjukkan peningkatan
menunjukkan pecutan sesuatu objek yang jatuh bebas.

Terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan nilai pecutan


kurang daripada 9.81 𝑚𝑠 −2 . Antara factor-faktornya ialah seperti
geseran dengan udara dan juga geseran antara pita detik dan jangka
masa detik.

Bukan itu sahaja, kita juga perlu mengetahui langkah-langkah yang


betul untuk menjalankan eksperimen. Oleh itu, langkah-langkah
berjaga perlu diambil agar keputusan, proses pengiraan, dan detik-
detik pita yang diperolehi adalah memuaskan.

Rujukan :
Chang. S. L., Chia. S. C., Koay K. C. & Yew. K. L.(2003). Fokus Ungu Masteri
SPM Fizik. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Chang. S. L., Chia. S. C., Hasnah Binti Abu Bakar, Koay. K. C., & Yew. K. L.
(2001). Fizik Tingkatan 4. Johor: Gunung Cipta Enterprise.
Leong, Y. P. & Loo, W. Y. (2008). The Complete Text & Guide Physics 1.
Selangor Darul Ehsan: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Poh, L. Y. (2003). STPM Physics Volume 1. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai