Anda di halaman 1dari 2

AHMAD FERDAUS BIN NORHASIM

Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam P&P Dalam era globalisasi kini, seluruh Negara semakin pesat membangun dari aspek kemajuan teknologi seiring dengan peredaran zaman ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Disamping itu, teknologi dalam pendidikan turut diperkenalkan di mana ia banyak memberi kebaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kepentingan teknologi pendidikan dalam P&P adalah dapat memupuk pembelajaran kendiri. Dalam sesuatu proses pembelajaran, kehadiran guru sekurangkurangnya adalah untuk memberikan arahan kepada pelajar untuk melaksanakan pembelajaran mereka. Namun, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan walaupun tanpa kehadiran guru. Penggunaan pelbagai jenis teknologi dalam pembelajaran melatih pelajar agar bertanggungjawab terhadap perkembangan dan prestasi akademik mereka tanpa bergantung pada guru. Contohnya melalui tugasan yang diberikan kepada pelajar beserta arahan yang lengkap, pelajar boleh mencari dan mengumpulkan maklumat yang dikehendaki. Kepentingan seterusnya ialah dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Teknologi dalam P&P dapat membantu guru dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran. Penerangan dan penjelasan guru tentang sesuatu perkara akan lebih mudah difahami apabila guru dibantu oleh pelbagai bahan dan peralatan yang mampu menterjemahkan maksud yang jelas berhubung dengan penerangan guru. Contohnya penggunaan slaid atau video untuk menunjukkan atau menjelaskan maksud tertentu. Selain itu, kebaikan yang diperolehi ialah teknologi dapat memberi peluang kepada semua. Teknologi dalam P&P membuka peluang belajar kepada sesiapa sahaja walaupun tanpa sekolah atau guru. Melalui teknologi dalam P&P, pelajar boleh belajar dengan cara jarak jauh dan ini menjadikan proses pembelajaran lebih terbuka dan bebas. Pendek kata, banyak manfaat yang boleh kita dapati terutamanya para pelajar hasil daripada penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

AHMAD FERDAUS BIN NORHASIM


Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai