Anda di halaman 1dari 5

1. Huraikan jenis- jenis penilaian secara formal.

Penilaian secara formal biasanya dibuat melalui ujian sumatif. Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester bagi menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Selain itu, penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid yang lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.Penilaian Sumatif diaplikasikan gred atau skor pemarkahan. Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan peperiksaan sumatif dengan bantuan Lembaga Peperiksaan Malaysia seperti UPSR, PMR, SPM, STPM bagi mendapat tahu pencapaian murid pada akhir tahun di seluruh Negara. Keputusan penilaian sumatif ini memberikan impak kepada murid itu sendiri serta sekolah, guru, dan juga guru besar.

2. (a) Jelaskan maksud Jadual Spesifikasi Ujian.

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. JSU bukan sahaja membantu guru mengenal pasti kandungan pelajaran yang diajar, tetapi juga mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif berdasarkan Taksonomi Bloom.

(b) Jelaskan kepentingan JSU dalam menilai secara formal. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain Pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum. Taraf , mutu , dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun, walaupun dibina oleh Pembina yang berlainan. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan Pembina ujian. 3. Jelaskan jenis- jenis pentaksiran tidak formal. Menurut Salvia dan Ysseldyke (2001) pentaksiran bermaksud Proses mengumpul dan menilai maklumat untuk membantu pendidik memahami keperluan kanak-kanak dalam P&P. a) Pemerhatian Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik dengan dan tepat tepat untuk mengumpul yang maklumat menjadi dan

merekodnya

tentang

murid

sasaran

pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas. c) Anekdot Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek

kemanusiaan secara menyeluruh. e) Temu bual Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh

digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.

g)Tugasan Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan. h) senarai semak senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan murid.

4. Huraikan jenis-jenis instrumen pentaksiran formal. Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif.. Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif :Soalan Objektif * Soalan aneka pilihan - jawapan terbaik - Positif dan negatif - Cantuman Soalan betul salah Soalan subjektif Soalan memerlukan jawapan yang pendek Soalan melengkapkan perkataan / ayat / cerita Soalan menggunakan gambar

Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna mengenai prestasi pelajar. Setiap jenis ujian mempunyai kebaikan dan

kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.

5. Huraikan jenis- jenis instrumen pentaksiran tidak formal. (a) pemerhatian Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja. Senarai semak Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau cara lain. Rekod Berterusan Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsepkonsep moral yang perlu ada pada setiap individu.

Anekdot Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh. Rekod anekdot pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematik dan mengandungi rekod peribadi murid,

perkembanganm diri murid sama ada dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid.

B) Temu bual Temubual merupakan satu instrumen yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan. Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian. Antara bentuk temu bual iailah temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang tidak berstruktur. Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual. Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden. C) Hasil Kerja Murid Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam fortfolio. Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid termasuklah: i. Gambar atau lukisan ii. Tulisan iii. Binaan yang disempurnakan iv. Cerita yang ditulis v. Buku skrap Catatan perlu dibuat keatas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya sudag boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan criteria pemilihan isi kandungan, penentuan criteria untuk menilai dan bukti refleksi yang dibuat oleh murid. Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi perasaan, sikap dan mengenal pasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

Anda mungkin juga menyukai