Anda di halaman 1dari 8

MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

KERTAS CADANGAN PROGRAM SISWA MAHIR MEDIA PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS TAHUN 2011

Disediakan Oleh :

Exco Penerbitan JPP Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

KERTAS CADANGAN

MENGANJURKAN PROGRAM SISWA MAHIR MEDIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Profesional , Pentadbiran dan Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ( IPGIK ) , terhadap cadangan untuk menganjurkan Program Siswa Mahir Media peringkat IPGIK.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1

Program Siswa Mahir Media peringkat IPGIK adalah program yang julung kali diadakan di IPGIK pada tahun 2011. Program ini adalah salah satu program yang cuba untuk mengetengahkan penglibatan media dalam kehidupan seharian, dalam konteks kehidupan sebagai seorang penuntut, serta sebagai seorang guru pelatih.

2.2

Aktiviti-aktiviti dalam Program Siswa Mahir Media ini adalah bertemakan media dalam kehidupan seharian, yang

disampaikan melalui sesi kuliah serta latihan dalam kumpulan.

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1

Memberi

pendedahan

kepada

guru-guru

pelatih

tentang

kepentingan media.

3.2

Meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan guru-guru pelatih terhadap keperluan mengaplikasikan media.

3.3

Mewujudkan guru pelatih yang mahir dalam mengaplikasikan media dalam penyampaian maklumat.

3.4

Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang pengaruh media kepada orang lain.

3.5

Memberi kefahaman kepada guru pelatih peranan media dalam konteks aplikasi semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

3.6

Membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan media.

3.7

Memperoleh

pengalaman

dalam

pengurusan

sewaktu

mengendalikan sesuatu program disamping mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari.

4.0 CADANGAN

4.1

Untuk mencapai dan merealisasikan hasrat di atas, Exco Penerbitan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGIK ( EXPEN JPP) telah menubuhkan Ahli Jawatankuasa untuk melaksanakan Program Siswa Mahir Media seperti ketetapan yang berikut :

Penasihat Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Timbalan Setiausaha

: En. Yusri Hussein : Asrul bin Samat : Jude Annacella Simon Fong : Jovita Jati Jilenan A/K Narok : Muhammad Khairul Azhari Rosli

Ahli Jawatankuasa

Pengerusi Majlis Bacaan Doa Pendaftaran

: Ahmed Ashraff Abd Wahid : Muhammad Syaraff Alwi : Muhammad Syafiq Shamsi

Teknikal

: Muhammad Fahrudin Fazain

Buku / Tentatif Program

: Hafiz Al-Adzim

Publisiti

: Mohd Muizzudin

Makanan

: Zuriani Dahman Siti Khalilah Abd Rahman

Hadiah dan cenderahati

: Siti Fadzilla Sarakawi

4.2

Program ini akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:-

Tarikh Tempat

: 9 Julai 2011 (Sabtu) : Dewan Kuliah, IPG IK

Kumpulan Sasaran : Guru pelatih IPG IK seramai 70 orang

4.3

Penceramah jemputan ialah Fahmi Reza.

4.4

Jadual Program:

7.45 Pagi 8.00 Pagi

: Ketibaan para peserta dan jemputan : Slot 1 Pengenalan kepada konsep media & kehidupan

9.30 Pagi

: Kudapan

10.00 Pagi

: Slot 2 Media dalam isu semasa

11.30 Pagi : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

1.00 Petang : Perasmian penutup Oleh En. Yusri Hussin 1.30 Petang : Solat Zohor berjemaah 2.00 Petang : Tamat program.

5.0

IMPLIKASI KEWANGAN 5.1 5.1.1 Perbelanjaan Makanan Jenis Nasi Lemak + Teh Harga RM1.00 X 71 orang Jumlah RM 71.00

Makan Kudapan

Jumlah Anggaran RM 71.00

5.1.2 Bayaran Penceramah

Perkara Penceramah

Bayaran RM70.00 x 1 orang

Jumlah RM 70.00

Jumlah Anggaran RM 70.00

Jumlah Keseluruhan:

Perkara Makanan Bayaran Penceramah

Jumlah RM 71.00 RM 70.00

Jumlah Besar RM 141.00

5.2

Sumber Kewangan. Perkara Yuran peserta Bayaran RM2 x 70 Jumlah RM 140

5.3

Cenderamata untuk penceramah : ( Diperolehi daripada stor pusat IPGIK )

6.0 SYOR

Ahli mesyuarat Majlis Profesional, Pentadbiran dan Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dipohon memberi pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan untuk menganjurkan Program Siswa Mahir Media 2011.

Anda mungkin juga menyukai