Anda di halaman 1dari 2

IMPLIKASI TERHADAP PERUBAHAN KURIKULUM (KSSR)

Perubahan sistem pendidikan di negara kita bermula pada tahun lepas sedikit sebanyak memberikan beberapa imlikasi terhadap pendidikan negara dari segi perkembangan murid-murid di sekolah, cara pengajaran dan pembelajaran, bahan dan sokongan kurikulum, prasarana sekolah, dan penerapan nilai-nilai yang murni ke dalam diri setiap rakyat.

Murid-murid mempunyai tahap perkembangan mereka masing-masing mengikut peringkat umur. Murid-murid yang mempunyai daya fikir yang tinggi amat menepati matlamat KSSR dan mereka perlu dilatih oleh guru-guru khas. Dari segi perkembangan kognitif, perubahan dari semasa ke semasa akan di nilai dan dibuat penambahbaikkan. Hal ini akan menyebabkan pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan di negara kita. Mereka tidak lagi didedahkan dengan pelajaran lama iaitu mereka sekaran didedahkan dengan dunia kesenian dan teknologi maklumat. Tahap kognitif mereaka akan lebih cepat berkembang beserta dengan dorongan guru-guru.

Selain itu, cara pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan berubah. Hal ini adalah kerana kerajaan menetapkan syarat supaya setiap guru meyediakan modul pengajaran yang sesuai di sekolah. Guru-guru perlu membuat pentaksiran setiap masa bagi mengelakkan murid-murid daripada keciciran dalam pelajaran. Guru-guru perlu bijak dalam mengajar murid-murid di sekolah. Sebagai contoh, mempelbagaikan gaya pengajaran. Guru-guru tidak lagi menggunakan 100% sukatan buku teks, malah mereka mengeluarkan dan mengaplikasikan idea-idea mereka dalam bentuk pengajaran di dalam kelas. Murid-murid juga digalakkan memberi idea dan pendapat semasa pembelajaran di dalam kelas.

Seterusnya, perubahan dari segi bahan kurikulum dan bahan sokongan kurikulum. Dalam perubahan ini, dokumen standard bagi semua mata pelajaran disediakan mengikut wajaran masa yang telah ditetapkan oleh kementerian. Hal ini

bermakna, guru-guru perlu menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut ketetapan peruntukan masa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sejurus selepas transformasi kurikulum dilakukan oleh kementerian, permintaan prasarana dari pihak sekolah meningkat dan bilangan prasarana akan mula bertambah di setiap sekolah. Hal ini kerana beberapa subjek yang ditambah atau ditambahbaik meningkatkan prasarana. Sebagai contoh, Dunia Sains dan Teknologi. Ia memerlukan prasarana seperti komputer dan peruntukan pembinaan kawasan pembelajaran komputer seperti makmal komputer. Selain itu, Dunia Kesenian juga memerlukan prasarana yang mencukupi seperti alatan seni visual dan alatan muzik di setiap sekolah.

Akhir sekali, penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap individu di negara kita. Nilai-nilai kemasyarakatan seperti kecintaan terhadap alam sekeliling dapat diterap melalui pengajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain itu, nilai-nilai kepercayaan dan kesetiaan beragama dapat dipupuk melalui Pendidikan Agama Islam iaitu pendidikan yang penuh dengan nilai-nilai holistik. Hal ini akan melahirkan rakyat yang berjiwa murni dan sosial di negara kita akan terjaga daripada ancaman gejala sosial.

Kesimpulannya, kejayaan transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, Kurikulum Standard Sekolah Rendah baru ini tidak akan memberikan impak yang positif jika tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai