Anda di halaman 1dari 5

Kumpulan 5 KURSUS KELESTARIAN LINUS 2012 NAMA SEKOLAH : SK.

TUN DATU HJ MUSTAPHA KUDAT


Mata pelajaran : Mathematics Year 3 Topic : Wang Subtopik : Wang Sehingga RM 100 Tahap kebolehan murid : Perdana / Freshie Perdana Tarikh Masa Kelas Bilangan murid : 7 September 2012 : 9.00 10.00 am : Tahun 3 : 30 orang

Pengetahuan sedia ada : - Murid sudah mengetahui nilai wang. - Murid mempunyai pengetahuan sedia ada tentang sifir 1 9.
Objektif pembelajaran : - Murid mendarab wang jawapannya tidak lebih daripada RM100. Hasil pembelajaran : - Di akhir pembelajaran, murid dapat mendarab wang, jawapannya tidak lebih daripada RM100.

Kemahiran berfikir : 1) Mental arithmetic 2) Menghubungkait

Nilai murni : 1) bekerjasama 2) berhati-hati 3) jujur 4) teliti

Resos P&P : 1) Wang contoh (wang kertas / syiling) 2) Jadual Sifir Pelbagai Guna (JSPG) 3) Kad simbol darab X 4) Lembaran kerja

Pendekatan / Strategi / teknik / P&P : 1) Perbincangan 2) Soaljawab 3) Sumbangsaran

1| lesson study M3 Tahun 3 2012

Kumpulan 5
PERINGKAT ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN [Resos/strategi/teknik/nilai murni/KB] - soaljawab - lollipop - wang contoh - kad symbol -jujur -mental arithmetic

SET INDUKSI (5 minit)

- Wang syiling - nilai wang

1]. Guru menyediakan 3 batang lollipop dan meminta murid menyatakan berapa keping wang syiling 20 sen yang diperlukan untuk membeli 3 batang lollipop tersebut.

20 sen
Contoh

20 sen

20 sen

Guru : Berapa keping duit syiling yang kamu perlukan untuk membeli 3 batang lollipop? Murid : 3 keping duit syiling 20 sen cikgu. Guru : Baiklah, kalau 20 sen + 20 sen + 20 sen jawapannya berapa kelas? Murid : 60 sen cikgu. Guru :Betul. Bagus kelas. Hari ini, cikgu harap kamu dapat menguasai pendaraban wang tidak lebih daripada RM100. Guru menyatakan objektif terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran.
PERKEMBANGAN Langkah 1 ( 10 minit )

-Penambahan berulang -pendaraban

2]. Guru menerangkan hubung kait antara set induksi dengan kemahiran yang diajar. - 3 keping wang syiling ditambah secara berulang-ulang. Contoh : 20 sen t 20 sen t 20 sen = 60 sen

-wang contoh -soaljawab -sumbangaran -menghubung kait -mental arithmetic -berhati-hati

Guru : Sekiranya 3 keping duit syiling 20 sen ditmbah secara berulang-ulang, berapakah jawapannya kelas? Murid : 60 sen cikgu. Guru : Bagus.

-3 keping wang syiling diserapkan dengan menggunakan kemahiran pendaraban. Contoh : 3 x 20 sen = 60 sen

Guru : Kelas, setelah itu, kita boleh juga mencari jawapannya dengan cara yang lain iaitu menggunakan operasi darab. Kita boleh mendarab dengan menyatakan berapa keping duit syiling yang digunakan dengan nilai wang. Contohnya, 3 keping duit syiling didarab dengan 20 sen.

2| lesson study M3 Tahun 3 2012

Kumpulan 5
3]. Murid menyusun wang kertas yang disebut oleh guru. Contoh: Tunjukkan 4 keping wang kertas RM1.

RM1 RM1

RM1 RM1

4]. Murid menulis ayat M3 darab dan mencari jawapan dengan bimbingan guru. Contoh A] 4 x RM1 = RM4 B]. RM 1 X 4 RM 4

Guru : Cikgu mahu kamu tunjukkan kepada cikgu 4 keping wang kertas RM1. Murid : Sudah cikgu. Guru : Berapa keping duit RM1 yang telah kita perolehi? Murid : RM4 cikgu. Guru : Baiklah, bagaimanakah kita mencari jawapanya kelas. Murid : Kita tambah/ Kita darab kesemuanya cikgu. Guru : Bagus kelas. Kita boleh mencari jawapannya dalam bentuk lazim. Guru menunjukkan bagaimana mencari jawapan dengan menggunakan bentuk lazim.

LANGKAH 2 ( 5 minit)

5]. Murid diberi contoh soalan yang lain dan dikehendaki menjawap dalam bentuk lazim. Murid mencari jawapan dengan menggunakan JSPG yang telah disediakan. Contoh 1)

RM 11 x 8 = ______ RM 1 1 8 RM 8 8

-sumbangaran -soaljawab -JSPG -mental arithmetic - teliti

Guru : Baiklah kelas, sila tengok dan beri perhatian terhadap cara mencari jawapan yang betul dengan menggunakan bentuk lazim. Kemudian, kamu akan mengaplikasikannya dalam latihan kamu nanti. Murid : Baiklah cikgu.

3| lesson study M3 Tahun 3 2012

Kumpulan 5
LANGKAH 3 ( 15 minit)

- aktiviti kumpulan - penyelesaian masalah -pembentangan hasil kerja

6]. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. - murid diberi satu sampul surat yang mengandungi set soalan. - murid menyelesaikan soalan yang diberi dengan bimbingan guru. - murid membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.

-sumbangaran -soaljawab -JSPG -mental arithmetic - teliti -bekerjasama -sampul surat

Contoh

Guru : Kelas, kamu akan dibahagikan kepda beberapa kumpulan kecil. Setiap kupulan mengandungi 5 orang murid. Kemudian, cikgu akan berikan setiap kumpulan sekeping sampul surat. Cuba kamu teka, apakah isi sampul tersebut? Murid : Duit/Soalan cikgu. Guru : Ok, cuba buka sampul tersebut? Apakah isinya? Murid : Soalan cikgu. Guru : Cikgu mahu kamu bekerjasama dalam kumpulan dan jawapan soalan yang diberi dalam masa 7 minit. Boleh? Murid : Boleh cikgu. Guru : Cikgu mahu, setiap murid dalam kumpulan bekerjasama mencari jawapan. Selepas itu, cikgu mahu salah seorang daripada kamu akan membentang hasil jawapan dihadapan kelas. Faham? Murid : Faham, cikgu.

PENGUKUHAN (20 minit)

-lembaran kerja murid -menyemak jawapan

7]. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. -murid menjawab secara individu dengan bimbingan guru. - guru menyemak jawapan murid.

-teliti -lembaran kerja

Contoh

Guru : Baiklah, kamu bergerak ke tempat duduk masingmasing. Cikgu akan edarkan lembaran kerja dan kamu kena siapkan dalam masa 20 minit. Boleh? Murid : Boleh, cikgu. Guru : Murid yang sudah siap membuat latihan ini boleh hantar kepada cikgu.

PENUTUP ( 5 minit)

-rumusan

8]. Guru dan murid membuat rumusan pembelajaran. Contoh Guru : Apakah yang telah kita pelajari tadi kelas? Murid : Kita mendarab wang cikgu. Guru : Bagus. Oleh sebab kamu dapat menjawap latihan yang cikgu berikan dengan baik, jadi, cikgu akan beri kamu semua satu lollipop setiap seorang. Murid : Terima kasih cikgu. Guru : Sama-sama.

-perbincangan -sumbangsaran

4| lesson study M3 Tahun 3 2012

Kumpulan 5 Disediakan oleh Kumpulan 5. 1. Suzina 2. Maimun Hamdan 3. Julita Sanui 4. Marlinah Dinsin

Guru pakar rujuk Kumpulan 5 : Puan Kwan Choi Mee

5| lesson study M3 Tahun 3 2012

Anda mungkin juga menyukai