Anda di halaman 1dari 30

JENIS-JENIS METHODOLOGI DALAM ISLAM

UNGS 2040 ISLAM, KNOWLEDGE AND CIVILIZATION BY: AISHAH BT HJ HUSSIN 1123930

Definasi Pendapat beberapa sarjana Islam Prof Ali al-Jumbabalathy dan Abu al- Fath Attawanisy (1971) mentakrifkan metode sebagai caracara yang diikuti oleh guru untuk menyampaikan maklumat kepada murid-murid.

Edgar Bruce Wesley (1950) mentakrifkan metode sebagai urutan kegiatan terarah bagi guru yang menyebabkan timbulnya proses belajar di kalangan murid-murid atau ia adalah proses yang pelaksanaannya secara sempurna menghasilkan proses belajar atau ia adalah jalan ke arah pengajaran yang lebih berkesan.

Dapat disimpulkan bahawa metode adalah kaedah-kaedah terarah yang dijalankan oleh guru dalam menyampaikan ilmunya supaya lebih berkesan dalam penyampaian kepada murid-murid dalam mencapai objektif yang diingini.

(A) Metode Pengajaran Rasulullah saw Keutuhan keperibadian baginda menjadi contoh teladan: 1) Sukatan pelajaran khas oleh Allah swt iaitu wahyu melalui Al Quran, hadis Qudsi @ hadis yang lengkap bagi mendidik umat manusia. Dan tidaklah ia mengucapkan sesuatu berdasarkan nafsunyamelainkan hanya wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (Al Quran, An- Najm : 3 4)

2. Langkah-langkah pengajaran (a) Mewujudkan pusat pendidikan - rumah al Arqam bin Abi al- Arqam menjadi pusat pengajaran dan pertemuan dalam penyampaian ajaran Islam berterusan sehingga penghijrahan ke Madinah. Rumah Baginda dan Bukit Safa juga digunakan. (secara kelompok kecil @ halaqah) - Menyampaikan pengajaran di tempat terbuka Tempat berkumpul orang-orang Quraisy di Bukit Safa. Tidak mendapat sambutan, hanya Sayidina Ali menyahut seruan baginda.

(b) Menjadikan masjid sebagai tempat pengajaran - selepas penghijrahan dari Mekah ke Madinah, Masjid Quba dibina menjadi pusat pengajaran diikuti Masjid Nabawi menyusul Baitullah. (c) Pengajaran secara berperingkat-peringkat - secara sembunyi dan secara terang-terangan Maka sampaikan olehmu secara terangterang segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orangorang musyrikin. (Al Quran, An Nahl : 94)

(d) Memulakan pengajaran kepada kerabat terdekat - Dan berilah peringatan kepada kerabatkerabatmu yang terdekat (Al Quran, Asy Syuara : 214) Ali bin Abi Talib (kanak-kanak) Khadijah binti Khuwailid (wanita) Abu Bakar bin as Siddiq (lelaki) Zaid bin Marithah (hamba) (e) Adil terhadap anak didik - tidak diskriminasi, cth: Abdullah bin Ummu Maktum hendak menemui Baginda yang sedang berbincang dengan para pembesar Quraisy.

(f) Memastikan pembelajaran dalam keadaan aman - menyatukan penduduk kota Madinah (kaum Aus dan Khazraj). Mempersaudarakan orangorang Muhajirin dengan orang-orang Ansar.

(g) Memilih tempat pembelajaran yang sesuai - Madinah, jauh dari Mekah yang diduduki pengancam-pengancam, ramai penyokong, kedatangan mendapat sambutan sehingga ada alunan nasyid (Mustaffa as Sibai, 1985)

Kaedah Pengajaran Rasulullah (saw) 1) Kuliah dan khutbah - disampaikan di masjid dan di rumah terutama khutbah Jumaat.Khutbah terakhir, Hajjatul Wada, haji terakhir Baginda (Arafah, Mina, Perigi Ghadir, Uhud). 2) Dialog atau perbincangan - berdialog dengan sekumpulan pemuda Bani al-Marith bin Kaab akan prinsip penerimaan Islam mereka dengan menghantar Khalid bin al-Walid sebagai wakil.

3) Soal jawab - bersoal jawab dengan malaikat Jibril tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Ihsan dan Hari Kiamat bagi mendapat penjelasan untuk mengajar orang ramai. 4) Hafalan - menghafal setiap wahyu, mendapat jaminan Allah swt menetapkan ingatan Baginda melalui firmanNya : Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran kerana hendak cepat menguasainya. Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya

(di dadamu) dan (membantumu pandai) membacanya. Apabila Kami selesai membacakannya maka ikutilah bacaan itu, sesungguhnya atas pegangan Kamilah penjelasannya. (Al Quran, Al-Qiamat : 16-19) 5) Perdebatan - Baginda bercerita tentang perdebatan Nabi Ibrahim dengan Namrud (Al Quran, Al-Baqarah : 258)

6) Bercerita - jelas dalam Al Quran tentang Nabi-nabi dan umat-umat terdahulu. Dan (Kami telah mengutus) Rasul-rasul yang sebahagiannya Kami telah ceritakan tentang mereka kepadamu dahulu, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa secara langsung. (Al Quran, An-Nisa : 164) 7) Menggunakan gaya atau isyarat - menggunakan anggota badan, sepertimana sabda Baginda : Aku dan orang yang memelihara anak yatim seperti dua ini (sambil diisyaratkan ibu jari dan jari tengah)

8) Menggunakan lukisan - Menggunakan ranting kayu menggaris di atas tanah dalam mentafsirkan ayat Al Quran. (Al Quran, Al-Anam : 153) 9) Pengajaran secara praktikal atau demonstrasi - Segala tingkah laku baginda mnunjukkan apa yang diajar. Sesungguhnya bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu contoh yang baik bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah. (Al Quran, Al-Ahzab : 21)

10) Galakan mempelajari bahasa asing - mendapat faedah dari tamadun lain dengan menggalakkan para sahabat menterjemahkan khazanah ilmu ke dalam bahasa Arab (Farsi, Rumawi, Habsyi) 11) Menggunakan statistik - bagi menyelesaikan beberapa masalah seperti menilai kemampuan menghadapi musuh Islam (Yusuf Qardhawi, 1989) 12) Perancangan ilmiah - memanfaatkan masa bagi menghadapi masa hadapan dengan perancangan kemudian bertawakal, walaupun Baginda dijamin keselamatannya oleh Allah swt.

(B) Metode Pengajaran Imam As-Syafei Zaman paling subur dalam keilmuan Islam, 9 tahun di Makkah bersama para ilmuan lain membahas, mengajar, mengkaji mencari penyelesaian daripada persoalan dan aliran yang bertentangan. 1) Secara kuliah - duduk di atas kerusi dan dikelilingi muridmuridnya. 2) Secara halaqah - mengajar di masjid sebelah barat Baghdad, mengabungkan halaqah-halaqah yang kecil

3) Secara imlak - ketika menyusun kitab Al-Umn, ditulis dan dibacakan antara dirinya dan anak-anak muridnya. 4) Secara bertukar-tukar fikiran - ketika berhadapan para ulama Baghdad dari Mazhab Hanafi dan para pembesar khalifah Harun al-Rasyid. 5) Metode usuli - mengatasi perbezaan pendapat dengan mazhab Hanafi dengan merujuk kepada al-kitab, al-sunnah dan ijmak.

6) Secara membaca - membacakan kitab karangannya di khalayak ramai dan para sahabatnya. 7) Cara perbincangan - menggalakkan perbincangan dalam penyelesaian masalah, bukan bersifat taklid (menerima tanpa bantahan) Kesimpulannya, beliau sentiasa bersungguh-sungguh semasa mencari ilmu pengetahuan atau memberi pengajaran. Berjaya melahirkan cendiakiawan Islam seperti al-Muzani. Memberi pengaruh besar kepada pendidikan dan amalan kehidupan dan beragama orang-orang Islam di Malaysia.

(C) Metode Pengajaran Imam Malik 1) Kaedah syarahan - mendapat pengakuan daripada 70 orang guru bermula sejak berumur 17 tahun. Diadakan di masjid Madinah dan rumahnya. Para pendengar tunduk dan tenang tanpa suara atau bantahan. 2) Kaedah meyelesaikan masalah - banyak berkaitan dengan hukum, memberi jawapan setelah berfikir dan mengkaji dengan mendalam, hanya menyelesaikan masalah yang benar-benar berlaku dalam mnasyarakat @ masalah waqiI sahaja.

3) Kaedah perbincangan - berbincang dengan murid-muridnya termasuk ulama-ulama yang terkenal dan khalifah Abbasiyah, Al-Mansur. 4) Kaedah cerita - cerita mendidik yang mempunyai nilai dan teladan dengan merujuk kepada pemimpin Islam terdahulu seperti cara kepimpinan Sayidina Umar al-Khattab. 5) Kaedah penulisan - Penulisan kitabnya yang terkenal Muwatta, menghimpunkan hadis Nabi dan fikah sekali. Penulisan surat kepada pihak berkuasa dengan banyak pengajaran yang diterapkan.

6) Kaedah ulangan - ulangan @ tikrar mengukuhkan kefahaman seperti meminta muridnya Habib menulis semula kandungan pelajaran yang telah disampaikan dan membacakannya semula. 7) Kaedah pergaulan - Bagi mendekati pemimpin dalam menyampaikan pengajaran juga menjemput murid-muridnya ke rumah secara tidak langsung mereka melihat perlakuannya sebagai panduan. 8) Kaedah nasihat - banyak memberi nasihat kepada setiap golongan masyarakat terutama urusan bidaah, taklid, memilih guru (Munawar Khalil, 1985)

Kesimpulannya, Imam Malik memperbagaikan kaedah penyampaian ilmunya bersesuaian dengan keadaan bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

(D) Metode pengajaran Imam Hanbali 1) Bercerita - mudah menarik minat dan perhatian bagi menjamin ilmu yang disampaikan lebih kekal. Ini bagi membina sifat perawi-perawinya dari amalan mereka, thiqah, kuat ingatan akan menentukan kesahihan sesuatu hadis itu.

2) Bersyarah - Menginterpretasi dan menghuraikan idea-idea supaya mudah difahami, dilakukan di masjid. 3) Perbincangan - berpendapat memahami ilmu fikah antara satu tempat dengan yang lain adalah berbeza perlu mengikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan. Mewujudkan fiqh Parsi, fiqh Kufi, fiqh Syami dan lain-lain lagi. 4) Hafalan dan latih tubi - berpendapat teknik ini perlu, namun secara rasional melibatkan kefahaman bermakna yang bercirikan berfikir, mengulang, menyebut dan mengingat.

Kesimpulannya, metode Imam Hanbali lebih mirip kepada pendekatan individu dan berkumpulan. Seorang ulama, ahli hafis dan ahli fikah yang tegas dan kuat ingatan dengan keupayaan menghafal 1 juta hadis , menurut Imam Abu Zirah.

(E) Metode Pengajaran Imam Abu Hanifah 1) Kaedah mujadalah - Muridnya dididik tidak bertaklid sahaja,bebas berbincang, membantah dan memberi pendapat selagi ia tidak bertentangan dengan wahyu Allah swt dan hadis Nabi saw berserta akal yang bersih dari segala pengaruh dan kepentingan.

2) Kaedah menyelesaikan masalah - sering didatangi golongan pembesar, ketua-ketua jabatan mahupun orang perseorangan untuk meminta pendapatnya dalam penyelesaian masalah yang rumit (tidak menemui hukum berdasarkan Al Quran dan hadis) berjaya diselesaikan berdasarkan ijtihadnya. 3) Kaedah nasihat - sering memberi nasihat dalam menjalani pergaulan dan bidang ilmu pengetahuan dan pengajaran kepada murid-muridnya.

4) Kaedah contoh teladan yang baik - Menunjukkan contoh yang baik dalam sikap, tindakan dan tutur kata. Contohnya, tidak menyukai hal berkaitan rasuah, ganjaran kebendaan dan sebagainya yang bersifat duniawi. 5) Kaedah syarahan atau ceramah - menjadikan masjid Kufah sebagai pusat pengajiannya bagi menampung bilangan murid yang turut datang dari luar Kufah. 6) Kaedah Tamrin atau latihan - ia menyediakan beberapa persoalan untuk diselesaikan oleh anak muridnya yang perlu diselesaikan, diingati dan dipelajari sebelum beralih persoalan lain.

Kesimpulannya, Imam Abu Hanifah,menggunakan kaedah secara langsung dalam penyampaian pembelajarannya. (F) Metode Pengajaran Imam Al Ghazali 1) Kaedah perbandingan - bagi membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan muridnya. Dalam kitabnya Ihya Ulum Ad-Din, menerangkan perbezaan pendapat tentang kebaikan dan keburukan akhlak. Mereka diberi peluang memberi pendapat masing-masing.

2) Kaedah halaqah - mendirikan sekolah berhampiran dengan rumahnya sebagai tempat menuntut ilmu dan menjadi persinggahan golongan sufi. 3) Kaedah petunjuk dan bimbingan - seorang yang teliti dan akan mengadakan percubaan sebelum memberi pendapatnya. Bermula dengan menunjuk cara,menyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil, membaca Al Quran dan menerangkan kandungan serta maksudnya (Fathiyyah Hasan Sulaiman. 1986)

4) Kaedah dialog dan perbincangan - bagi mendalamkan lagi kefahaman terhadap ilmu pengetahuan (Abdullah Ishak, 1989). Ini dapat mengasah otak dan mmeperkuatkan pendapat dan kepercayaan kepada diri sendiri dan mampu berbicara tanpa teks. Kesimpulannya, Imam Al Ghazali telah meletakkan asas-asas pengajaran yang bersesuaian dan jelas dan dapat disesuaikan dengan aliran falsafah seperti Plato, Rousseau, John Dewy dan lain-lain lagi (Fathiyyah Hassan Sulaiman, 1986).

Justeru, tidak dapat disangkal lagi bahawa semua metode pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di seluruh dunia pada hakikatnya adalah berputik dari Al Quran dan Al Sunnah. Ia bukan sahaja sesuai untuk menyampaikan ilmu-ilmu akhirat bahkan sesuai dan berkesan terhadap ilmu keduniaan (fardhu kifayah). Sesungguhnya Islam adalah agama Ad Din, untuk semua umat manusia.

Anda mungkin juga menyukai