Anda di halaman 1dari 2

HARIMAN BIN RASIMAN 19,Lot 33, Jalan Penimba, Kg.

Desa Murni Kerdau, 28010 Temerloh, Pahang Darul Makmur 012-6465612 Tarikh 18 Julai 2011 Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Dalam Negeri, No. 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya Dato, MENDAPATKAN KAD PENGENALAN (MYKAD) KEKAL SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, saya HARIMAN BIN RASIMAN, NO K.P. : 83062606-5061, Berstatus pemastautin sementera ingin mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan ( MyKad ) kekal sebagai warganegara Malaysia yang sah di sisi undang-undang. 3. Sebab-sebab yang mendorong saya membuat permohonan ini adalah :3.1Saya telah dilahirkan di Malaysia. Saya tidak pernah pergi ke mana-mana negara walaupun Indonesia dan saya juga tidak merasa layak menjadi rakyat mana-mana negara kecuali Malaysia. 3.2Walaupun ibubapa saya orang Indonesia namun mereka telah mendapat status penduduk tetap Malaysia. Saya yakin saya juga adalah anak rakyat Malaysia kerana adik-beradik saya yang lain adalah berstatus warganegara. 3.3Saya juga telah berkeluarga, isteri saya adalah seorang warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang memiliki kad pengenalan bernombor : 850129-06-5472 dan bernama : SITI NOOR ZURAIDAH BINTI MAT OMAR, Beralamat di no. 19, Lot 33, Jalan Penimba , Kg. Desa Murni Kerdau, 28010 Temerloh, Pahang Darul Makmur dan kami telah mendirikan rumahtangga selama 7 tahun. 3.4Tambahan pula, kami telah diikat dengan 2 orang cahayamata yang kedua-duanya dilahirkan di Kg. Desa Murni Kerdau, daerah Temerloh, negeri Pahang Darul Makmur. 3.5Saya sendiri telah dibesarkan dan mendapat pendidikan semenjak kecil sebagai sebahagian daripada pendidikan anak jati Malaysia. :

4. Sehubungan itu, saya amat berharap dengan rendah hatinya agar permohonan myKad saya yang diberi status sebagai rakyat Malaysia ( warganegara ) dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya untuk diberi kelulusan.

5. Saya yakin dengan kelulusan daripada pihak Dato bukan sahaja member kebenaran untuk menjadi rakyat Malaysia bahkan dapat meringankan banyak perkara dalam urusan kehidupan keluarga kami yang serba kekurangan ini. Diharapkan permohonan saya ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Dato. Segala jasa baik Dato saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Yang Benar, ...................................................... ( HARIMAN BIN RASIMAN )

Anda mungkin juga menyukai