Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN PROJEK ( 100 % ) Perancangan pengajaran dan pembelajaran dalam matematik adalah penting untuk memastikan bahawa objektif

pengajaran dan pembelajaran tercapai. Guru juga perlu mengetahui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar murid memperoleh ilmu secara optimum. 1. Sediakan satu rancangan pengajaran harian bagaimana satu topic Matematik KBSR yang mengambil masa kira-kira 60 minit,Anda harus memasukkan sebarang bahan bantu mengajar, Powerpoint dan lembaran kerja yang digunakan.

35 markah

2. Cari dan baca satu hasil penyelidikan ( sumber primer ) sama ada dalam BM atau BI dari jurnal, tesis atau internet melibatkan keberkesanan pendekatan atau kaedah p&p mana-mana topic Matematik SR. Huraikan bagaimana pendekatan atau kaedah tersebut digunakan oleh penyelidik dalam p&pnya. Bincangkan sama ada pendekatan atau kaedah itu sesuai untuk p&p tersebut, berdasarkan bukti dan teori pembelajaran Matematik. Bincangkan juga bagaimana pendekatan atau kaedah ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran Matematik anda.

40 markah

3. Cipta satu rekreasi Matematik yang sesuai untuk murid sekolah rendah.

25 markah

Tulis satu refleksi individu tentang tugasan ini. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi.

Anda mungkin juga menyukai