Anda di halaman 1dari 6

[1] Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Puan Zanariah bt Ibrahim, Guru Besar SK Batu Balai Ustaz Zaharuddin b. Zakaria, Penolong kanan Pentadbiran, Ustaz Tuan Mohd Jaafar b. Tn man, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Hjh Rosnaha bt Ibrahim, Penolong kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru-guru, staf-staf sokongan dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

[2] Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Terbuka SK Batu Balai ini bagi meraikan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2013. Selasih mekar di ikat renda Mencelah sama kembang melati Guru Malaysia :1 Aspirasi 1 Agenda Menabur ilmu berkhidmat bakti Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian, Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar cikgu..Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

[3] AGENDA

{1} Memulakan acara, majlis menjemput semua hadirin untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku. ...................... Terima kasih semua. dan dijemput duduk.

{2} Seterusnya, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput dan mempersilakan semua guru dan murid untuk bersama-sama menadah tangan untuk menghayati bacaan doa yang akan dibacakan oleh Cikgu Mohd Haizan bagi memberkati majlis kita pada hari ini. Dipersilakan. Dipersilakan. ........... Terima kasih cikgu di atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita pada hari ini akan berjalan lancar dan mendapat berkat.

{3} Seterusnya, marilah bersama-sama kita menghayati bacaan Perutusan Hari Guru yang akan disampaikan oleh Guru Pennolong Kanan 1, Ustaz Zaharuddin b Zakaria yang akan menyampaikan Perutusan daripada ..................................................................................................................................... .................. Dipersilakan. ........................ Terima kasih ustaz. Seterusnya, kita dengarkan pula Perutusan Hari Guru daripada ........................................................................................ yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Pn Zanariah bt Zakaria Dipersilakan.

............................ Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan Terima kasih diatas kesudian Tuan Guru Besar untuk membacakan perutusan itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada perutusan tersebut

{4} Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru tahun ini, majlis menjemput para guru untuk naik ke pentas bagi membacakan ikrar guru dan menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia. Dipersilakan semua. Sama-samalh kita denarkan keenakan alunan suara cikgu-cikgu kita mendendangkan lagu ini. .................. Terima kasih diucapkan kepada semua guru TERIMA KASIH CIKGU.

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadi.

[4] PERSEMBAHAN PELAJAR: {1}

Seterusnya kita perdengarkan pula persembahan ........................................... yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kita, .................................... dipersilakan. ...... Terima kasih diucapkan kepada kumpulan itu tadi.

{2} Persembahan seterusnya, ...................................................................................................... ...................................................................................................................................................... .....................................................................................................................................................

Dipersilakan. ................ Terima kasih kepada kumpulan ................................ {3} Seterusnya dijemput kumpulan .................................................................. untuk menyampaikan ........................................................................................ Dipersilakan

.......................... Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar ............................................

Demikian tadi berakhirnya persembahan . Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua yang menjayakan persembahan itu tadi.

[5] PENYAMPAIAN HADIAH Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian, Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sukaneka hari guru pada hari ini. {1} Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Pn Hjh Rosnaha, GPK Kokurikulum untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Pn Zanariah bt Ibarahim untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan. LAMPIRAN......

{i} futsal {ii} bola jaring {iii} sukaneka

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia GPK KO dan Tuan Guru besar.

Demikian tadi persembahan guru, pelajar dan juga acara penyampaian hadiah. Majlis kita berakhir di sini. Para pelajar boleh bersurai dalam keadaan tertib dan ................................................

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan jayanya. Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU..... SELAMAT HARI GURU! Semua guru dan staf sokongan dijemput ke kantin untuk menikmati juadah jamuan yang telah disediakan.
Sekian, Wassalamualakum wbt.

Anda mungkin juga menyukai