Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBSC1203 BIOLOGY I: BASICS OF LIFE

Modern day eating habits and lifestyles have influenced our health, especially the blood circulatory system and the heart. This has caused an increase in diseases of the cardiovascular system. Cardiovascular diseases are diseases within the heart and blood vessels. Schools play a critical role in promoting the health and safety of young people and helping them to establish lifelong healthy behaviour patterns. A healthy heart reflects a healthy society. For this assignment you are required to gather information from at least 3 sources (e.g. books, journals, encyclopaedias and the internet) on the following topics: i) Structure of the heart and blood vessels ii) Cardiovascular diseases iii) A healthy lifestyle Write a summary of the information you have gathered. Include an introduction and your references for the sources of information you have gathered. Prepare a PowerPoint presentation (10-12 slides) with illustrations to explain what you have learnt from the information you have gathered. Prepare an A2 sized colourful book that describes the heart and a healthy life style for Malaysian students. This book should be suitable for students aged 10 -12 years.

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2.0

Struktur Jantung dan Saluran Darah

3.0

Penyakit Kardiovaskular

4.0

Gaya Hidup Sihat

15

5.0

Kesimpulan

25

6.0

Bibliografi

26

1.0

Pengenalan

Kesihatan hidup kita pada hari ini banyak dipengaruhi oleh tabiat makan dan gaya hidup kita. Ini menyebabkan pelbagai penyakit yang kita alami terutama berkaitan dengan jantung kita. Ini melibatkan sistem peredaran darah dan jantung kita mengalami penyakit dalam saluran jantung dan darah. Oleh itu, sekolah adalah tempat yang sangat penting bagi memainkan peranan bagi mengubah gaya hidup kita bagi mengurangkan penyakit kardiovaskular pada saluran jantung dan darah. Gaya dan tingkah laku dalam kehidupan harian kita yang akan menentukan kesihatan tubuh badan kita. Ilmu pengetahuan kita tentang kesihatan terutama struktur jantung dan saluran darah menyebabkan kita akan berusaha untuk menghindarkan perkara-perkara yang menyebabkan penyakit jantung yang menyebabkan kematian. Dengan ilmu pengetahuan tersebut, kita akan mengelakkan punca-punca yang menyebabkan penyakit jantung. Langkah mengatasi penyakit itu perlu diambil berat dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan tingkah laku dalam hidup seharian kita. Ia termasuklah jenis makanan yang kita makan dan amalan senaman dengan 20 hingga 30 minit dalam tiga kali seminggu. Dengan pengetahuan tentang struktur jantung yang melibatkan kedudukan organ penting kita, masalah penyakit kardiovaskular akan dapat dihindarkan dan juga amalan gaya hidup sihat yang kita amalan dalam kehiduapan seharian kita.

2.0

Struktur Jantung dan Saluran Darah.


Jantung manusia (human heart) terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity), di belakang

tulang dada, dan di antara paru-paru (lung) kiri dan kanan. Rupa bentuk Jantung adalah berbentuk kon (cone-shaped) dan hujungnya adalah condong sedikit ke arah sebelah kiri badan kita. Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g dan terbina daripada otot-otot jantung (cardiac muscles) yang tebal
3

dan kuat. Keseluruhan jantung dilindungi dengan membran yang tahan lama. Ruang diantara jantung dan membran adalah berisi cecair (fluid) bagi tujuan untuk mengurangkan geseran antara jantung dan organ-organ lain di sebelahnya.

Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

Kedudukan jantung adalah di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paru-paru. Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma. Jantung biasanya bersaiz genggam penumbuk bagi orang dewasa. Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan di dalam jantung pada satu masa. Jantung dibahagi dua oleh septum. Oleh itu, bahagian kanan dan bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung. Manakala di setiap belah jantung terdapat dua ruang. Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi jantung (atrium kanan dan kiri) dan bertugas menerima darah. Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di mana tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung.

Terdapat 3 jenis SALUR DARAH yang utama:


Arteri Vena Kapilari

Arteri Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonary.

Vena Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah. Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang terkencil sekali dinamakan venul Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari. Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkat fetus, iaitu ketika organ-organ lain baru mula membentuk. Ia terus-menerus berdenyut tanpa henti sejak janin di dalam kandungan ibu sehinggalah seseorang itu mati. Selama mana pun ia berdenyut, jantung juga masih mempunyai waktu rehat. Ia rehat pada waktu di antara dua denyutan. Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh. Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun menurun bergantung pada aktiviti seseorang. Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan jantung akan menurun.
6

Jantung manusia mempunyai empat ruang berotot (muscular chambers).


Dua ruang di sebelah kiri: atrium kiri dan ventrikel kiri. Dua ruang disebelah kanan: atrium kanan dan ventrikel kanan.

Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot yang dikenali sebagai septum supaya darah beroksigen (oxygenated blood) tidak bercampur dengan darah yang terdeoksigen (deoxygenated blood). Ciri-ciri atrium dan ventrikel:

Ventrikel mempunyai ruang isipadu (volume of space) yang lebih besar daripada atrium. Ventrikel mempunyai dinding yang tebal berbanding atrium. Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih otot daripada ventrikel kanan kerana ruang (chamber) ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke seluruh tubuh badan.

Setiap ventrikel dan atrium ini dihubungkan dengan satu salur darah yang besar.
7

Atrium kiri dihubungkan ke vena pulmonari (pulmonary vein). Atrium kanan dihubungkan ke vena kava (vena cava). Ventrikel kiri dihubungkan ke aorta. Ventrikel kanan dihubungkan ke arteri pulmonari (pulmonary artery).

Aliran darah dalam satu arah (sehala) didalam jantung dikawal oleh tiga jenis injap (valve):

Injap bikuspid (bicuspid valve or mitra valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri. Injap trikuspid (tricuspid valve) mengawal aliran sehala darah dari atrium kanan ke ventrikel kanan. Injap sabit (semi-lunar valve) mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta, serta dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari.

3.0 Penyakit Kardiovaskular

Sistem Kardiovaskular iaitu sistem peredaran darah di dalam tubuh. Sistem Kardiovaskular terdiri dari darah,jantung dan pembuluh darah. Jantung terletak di dalam mediastinum di rongga dada. 2/3 nya terletak di bagian kiri, 1/3 nya terletak di bagian kanan dari garis tengah tubuh. Penyakit Kadiovaskular merupakan suatu istilah untuk gangguan yang menyebabkan penyakit jantung ( Kardio ) dan pembuluh darah (vascular ). Ada tiga bentuk penyakit kardiovaskular, iaitu penyakit jantung koroner, penyakit serebrovaskular, dan penyakit vascular perifer. Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca utama kematian di Malaysia. Antara penyakitpenyakit kardiovaskular, penyakit jantung koronari adalah punca kematian tertinggi dan diikuti dengan strok. Pesakit yang menghidap penyakit jantung kardiovaskular dengan hiperlipidemia mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung. Hiperlipidemia merupakan peningkatan lipid (lemak) dalam aliran darah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada kolesterol dan trigliserida. Ianya diangkut semula ke dalam darah oleh pengangkut yang dikenali sebagai lipoprotein.

3.1

Penyakit Jantung Koroner

Penyakit jantung koroner disebabkan oleh lapisan lemak atau kolesterol di dinding nadi yang menyumbat pembuluh darah. Akibat dari penyumbatan oleh lapisan lemak dan kolesterol ini adalah terganggunya proses bekalan darah dari dan ke jantung. Ketika darah tersumbat akibat lapisan lemak maka inilah yang disebut serangan jantung. Lapisan lemak dan kolesterol di dinding nadi diakibatkan oleh rokok, hipertensi, dan kolesterol tinggi. Jika seseorang merasakan gejala-gejala seperti sakit di dada bahagian tengah yang merebak hingga ke lengan kiri dan leher bahkan sampai ke punggung, berpeluh dingin, dan rasa mual bermaksud orang tersebut kemungkinan menderita penyakit jantung koroner. Kebanyakan orang sedar bahawa tekanan darah tinggi dan tahap kolestrol darah tinggi merupakan faktor-faktor risiko penyakit kardiovaskular(CVD). Tetapi, tahukah anda bahawa diabetes merupakan salah satu sebab yang membawa kepada serangan jantung dan juga strok? CVD telah menyebabkan kematian lebih daripada 70% penghidap diabetes yang tidak mengawal penyakit mereka dengan baik.

3.2

Kegagalan Jantung (Heart Failure )

10

Kegagalan jantung berlaku bila pengeluaran jantung (cardiac output) tidak dapat memenuhi keperluan metabolisme badan. Sebab utama kegagalan jantung kanak-kanak berlaku adalah : 1. penyakit jantung kongenital yang menghasilkan struktur jantung yang tidak sempurna. Contohnya adalah jantung berlubang seperti VSD, antrioventricular septal defect; injap-injap jantung yang tidak sempurna seperti aortic stenosis. Contoh lain melibatkan salurdarah-salurdarah seperti paten duktus arteriosus, koarktasi aorta. 2. 3. 4. 5. Penyakit yang melibatkan otot-otot jantung misalnya rheumatic heart disease, endokarditis, miokarditis,kardiomiopati. Aritmia jantung Penyakit yang berpunca daripada bahagian badan yang lain seperti tirotoksikosis, anemia. Sebab-sebab lain seperti cecair yang berlebihan ubat yang toksik kepada jantung seperti adriamcin, Seorang bayi (berumur kurang daripada satu tahun) yang mengidap kegagalan jantung selalunya nampak tidak tenang. Bayi yang terlibat susah bernafas dan tidak mahu menyusu, sakit ataupun menjadi letih dengan cepat dan berpeluh-peluh didahi ketika menyusu. Kanak-kanak yang berumur lebih daripada satu tahun pula kelihatan letih, pucat, berpeluh-peluh dan susah bernafas.

daunorubicin (ubat kemoterapi).

Kanak-kanak yang berkenaan selalunya mempunyai kadar pernafasan dan denyutan nadi yang cepat. Jantung dan hati mungkin bengkak. Tangan serta kaki mereka adalah sejuk. Tekanan darah akan menjadi rendah dalam kes yang tenat. Penyiasatan umum adalah Xray dada yang dapat memberi maklumat mengenai saiz dan bentuk jantung, dan keadaan paru-paru. ECG dilakukan untuk memberi gambaran seperti kadar, ritma, aktiviti eletrik otot-otot jantung dan lain-lain. Ekokardiogradi dwi11

dimensi akan memberi gambaran terperinci mengenai struktur jantung. Kateterisasi jantung diperlukan dalam kes-kes yang memerlukan pembedahan. Penyiasatan lain dilakukan bergantung kepada kes yang berkenaan.

3.3

Penyakit Injap Jantung (Heart Valve Disease )

Di dalam organ jantung ada empat injap yang berfungsi memastikan darah mengalir dalam satu arah saja. Injap ini dinamakan injap mitral dan aortic di sebelah kiri dan injap pulmonari dan tricuspid di kanan jantung. Injap mitral memisahkan antara atrium kiri dan ventrikel kiri dan memastikan darah hanya mengalir daripada atrium ke dalam ventrikel. Daripada ventrikel kiri, darah dipam keluar ke salur darah aorta dan injap aortic memastikan darah tidak mengalir semula ke dalam ventrikel kiri dari aorta. Injap tricuspid pula memisahkan atrium kanan dan ventrikel kanan, manakala injap pulmonari memisahkan ventrikel kanan dan salur darah pulmonari. Masalah injap bocor ialah apabila injap tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan darah mengalir ke belakang. Jika injap mitral bocor, darah mengalir semula ke dalam atrium kiri dan jika injap aortic, darah mengalir semula ke dalam ventrikel kiri. Injap paling kerap mengalami masalah bocor adalah injap mitral dan aortic, diikuti injap tricuspid dan pulmonary. Injap mitral bocor (Mitral regurgitation) Injap mitral boleh menjadi bocor disebabkan: masalah prolapse injap mitral penyakit jantung reumatik jangkitan endocarditis jangkitan kuman pada injap penyakit jantung koronari jantung bengkak
12

3.4 Aritmia

Ini adalah jenis penyakit jantung yang mengganggu yakni gangguan rentak atau degup jantung. Degup jantung boleh lebih cepat, lebih lambat, dan tidak teratur. Faktor utama penyakit aritmia adalah kurangnya kalsium dalam tubuh dan terjadinya penyumbatan pembuluh darah jantung. Penyumbatan pembuluh darah jantung yang juga berkaitan dengan degup jantung yang tidak normal akan mengakibatkan serangan jantung. Selain itu, hal tersebut penyebab aritmia dan seperti juga diabetes, tekanan darah tinggi, merokok, kafein, alkohol, stres, kematian otot jantung, penyalahgunaan obat, dan terlalu aktifnya kelenjar thyroid.

3.5 Perikarditis

13

Perikarditis adalah keradangan perikardium. Ia boleh menyebabkan cecair berkumpul di dalam karung perikardium. Cecair yang berlebihan itu boleh mengakibatkan tamponad kardium dengan menghalang jantung daripada berdegup dengan betul atau menekan pembuluh jantung secara fizikal. Jenis penyakit jantung ini adalah peradangan pada karung jantung atau pericardium sehingga menimbulkan penimbunan cairan dan penebalan. Peradangan ini disebabkan oleh beberapa perkara. Penyebab yang umum adalah jankitan virus dan terapi penyinaran untuk kanser payudara. Gejala yang timbul akibat perikarditis seperti sesak nafas, batuk, tekanan darah tinggi, dan kelelahan akibat bebanan karung jantung mengepam darah.

4.0

GAYA HIDUP SIHAT 4.1 Makanan Seimbang


14

Kesihatan jantung perlulah dijaga untuk mengekalkan kesihatan badan kita. Dalam menjaga kesihatan jantung kita pertama sekali yang perlu kita jaga ialah PEMAKANAN kita. Rata-rata rakyat malaysia lebih-lebih lagi kaum melayu mempunyai masakan tradisional yang sangat lazat, malah penyediaan nya juga agak unik dari segi penggunaan bahan-bahannya. Amalan pemakanan yang sihat adalah seperti yang tercatat di piramid makanan di bawah. Banyakkan memakan makanan yang berserat tinggi untuk memastikan jantung yang sihat. Kurangkan makanan yang berkolestrol tinggi dan masakan yang berminyak kerana ini adalah punca utama kepada penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tetapi, dalam masyarakat melayu sekarang, rata-rata sudah tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Mari kita lihat contoh, masakan yang agak popular di negeri sembilan, Daging salai masak lemak cili api. Makanan seperti ini mengandungi kalori yang amat tinggi.

Terdapat tiga jenis lipoprotein di dalam badan manusia iaitu: Lipoprotein bertumpatan rendah (Low density lipoprotein, LDL) Lipoprotein berketumpatan tinggi (High density lipoprotein, HDL) Trigliserida (TG) Lipoprotein bertumpatan rendah atau LDL dikenali sebagai kolesterol jahat. Kolesterol -LDL yang berlebihan menyebabkan arteri tersumbat dan membawa kepada serangan jantung. Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL dikenali sebagai kolesterol baik. Paras HDL yang tinggi dalam darah dapat bertindak sebagai pelindung kepada serangan jantung. Paras kolesterol darah dipengaruhi
15

oleh makanan yang diambil dan kepantasan badan menghasilkan lipoprotein bertumpatan rendah (LDL). Menurut World Health Organization (WHO), penyakit kardiovaskular (CVDs) merupakan punca kematian utama di seluruh dunia. Pada tahun 2004, dianggarkan 17.1 juta kes kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular, iaitu 29% daripada semua kes kematian di seluruh dunia. Daripada jumlah kematian ini, dianggarkan 7.2 juta kes adalah disebabkan oleh penyakit jantung koronari dan 5.7 juta adalah disebabkan oleh strok. Menjelang tahun 2030, dijangka hampir 23.6 juta kes kematian adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular, terutamanya yang berpunca daripada penyakit jantung dan strok. Penyakit ini dijangka kekal sebagai punca tunggal utama kes kematian. Peningkatan jumlah kes kematian yang paling banyak dijangka berlaku di wilayah Asia Tenggara. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebab kematian yang utama pada tahun 2006 adalah penyakit jantung iskemia (12% daripada jumlah punca kematian). Faktor-faktor utama penyakit kardiovaskular adalah:

penggunaan tembakau (merokok) tidak aktif secara fizikal pengambilan diet yang tidak sihat; seperti:
o o o

pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak, kolesterol dan garam secara berlebihan, kekurangan pengambilan serat di dalam diet harian.

Lemak Dalam Makanan Terdapat beberapa jenis lemak di dalam sumber makanan termasuklah: 1. Lemak Tepu
o

Boleh meningkatkan kolesterol jahat (kolesterol LDL) dan kolesterol baik (kolesterol HDL) dalam darah. Biasanya boleh didapati daripada minyak kelapa, santan, minyak kelapa sawit, lemak haiwan (contoh: lemak daging dan ayam), susu penuh krim atau produk tenusu penuh krim, minyak sapi dan mentega. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan kolesterol darah.
16

Lemak haiwan

Santan

Minyak sapi

Minyak sawit

2. Lemak Tak Tepu


o

Lemak mono-tak-tepu

Membantu dalam menurunkan kolesterol jahat dalam darah apabila menggantikan lemak tepu dalam diet harian. Didapati dalam amaun yang banyak pada minyak zaitun, minyak kanola, kacang tanah, kacang bijak, badam dan avocado.

Lemak poli-tak-tepu

Lemak poli-tak tepu yang utama dalam diet adalah asid lemak omega 3 dan omega 6. Membantu dalam menurunkan kolesterol jahat dalam darah dan risiko penyakit kardiovaskular.
17

Asid lemak omega 6 banyak terdapat dalam minyak kacang soya, minyak jagung, minyak safflower dan minyak bunga matahari. Asid lemak omega 3 boleh didapati dalam flaxseed, minyak kanola dan minyak kacang soya, kacang walnut ikan berlemak seperti ikan mackerel, herring, salmon, tuna dan trout.

3. Lemak Trans (Trans Fat)


o o

Meningkatkan kolesterol jahat dan menurunkan kolesterol baik dalam darah. Pengambilan lemak trans yang banyak adalah berkait dengan peningkatan aras kolesterol LDL dan risiko penyakit kardiovaskular. Didapati secara semula jadi dalam daging dan susu, dan juga dibentuk melalui proses industri (penghidrogenan) untuk menghasilkan minyak tumbuhan yang lebih keras dan tahan lama. Boleh didapati dalam marjerin yang keras, makanan terproses, pastri tinggi kandungan lemak (contoh: donut dan cookies), kentang goreng, kerepek kentang dan makanan segera yang digoreng. Pengambilan lemak trans perlu dikurangkan seminima yang mungkin.

Marjerin keras

Kentang goreng

18

Donat Kolesterol Makanan


Pastri

Kolesterol makanan hanya terdapat dalam makanan daripada sumber haiwan. Makanan yang kaya dengan kandungan kolesterol seperti kuning telur, organ dalaman, makanan laut. Hadkan pengambilan kuning telur tidak lebih daripada 2 biji seminggu, termasuk kolesterol tersembunyi seperti dalam pastri dan kek. Sekiranya telur rendah kolesterol digunakan, hadkan kepada tidak melebihi 3 biji dalam seminggu.

Pengambilan organ dalaman perlu dikurangkan.

Kuning telur

Organ dalaman

19

Makanan laut

4.2

Bersenam atau Beriadah

Amalkan BERSENAM sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam masa 20 minit ini untuk mengekalkan stamina badan kita. Stamina yang kuat akan memastikan jantung yang sihat. Banyak faedah yang kita akan dapat daripada bersenam, salah satunya ianya dapat mengekalkan stamina seseorang. Malahan ianya juga dapat membuang toksik dalam badan dimana ianya keluar bersama20

sama dengan peluh yang keluar semasa bersenam. Amalan bersenam juga amat baik kerana dapat menjaga umur metabolisma badan manusia.

4.3

Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan

MEROKOK juga adalah amalan gaya hidup yang tidak sihat. Lebih 80% dari pesakit yang diserang penyakit jantung mempunyai tabiat merokok. Merokok memberi kesan keapada kesihatan jantung manusia, kerana rokok mengandungi bahan-bahan yang amat merbahaya untuk badan manusia
21

dan ianya menghasilkan karbon yang tinggi sedangkan badan manusia memerlukan oksigen. Jantung manusia akan mengepam darah yang mengandungi oksigen keseluruh badan manusia. Ramai rakyat malaysia telah mengetahui bahaya seorang perokok, tetapi adakalanya susah untuk berhenti merokok bukan? Berhenti merokok untuk mengekalkan kesihatan jantung anda.

4.4

Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.
22

4.5

Obesiti

Kebanyakan penyakit boleh berpunca dari masalah OBESITI. Ianya juga adalah salah satu faktor kepada permasalahan jantung manusia. Obesiti berpunca daricara pemakanan yang tidak seimbang serta kekurangan bersenam untuk membakar kalori dalam badan. Tidak semua yang kita makan akan menjadi keperluan dalam badan manusia terutamanya sekali lemak. Kandungan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan kita mendapat pelbagai jenis penyakit seperti Hipertensi, Jantung, Diabetes dan sebagainya. Pengukur obesiti seseorang diukur mengikut kiraan indeks jisim badan (body mass index). Di bawah adalah carta menunjukan seseorang itu mempunyai BMI yang sihat ataupun obesiti.

23

5.0

Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai gaya hidup yang

tersendiri kerana manusia dibesarkan dan dididik dalam keadaan berlainan oleh orang yang berbeza. Ada yang hidup dalam keadaan yang selesa dan sempurna, dan ada pula di sebaliknya. Jika kita perhatikan manusia di sekeliling kita, kita akan nampak pelbagai gaya hidup. Ada yang sihat, dan kurang sihat pada pandangan kita. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

24

6.0

Bibliografi

Kementrian Pendidikan Malaysia, garis panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia, Kuala Lumpur, 1986.

http://niponk.blogspot.com/2012/01/6-gejala-serangan-jantung-pada-wanita.html http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitJantungKoronari.html http://health.gld.gov.au/healthyislandresort.asp http://heimswim.blogspot.com/ http://www.google/result.heart/asp

25

Anda mungkin juga menyukai