Anda di halaman 1dari 18

PSV3105 BAHAN INTERAKSI 4 6 APRIL 3013

PEMERHATIAN, PENEROKAAN, PENGALAMAN APRESIASISETIAP BIDANG KEGIATAN.

LANGSUNG

DAN

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalampelajaran seni iaitu:(i)pemerhatian(ii)(ii) penerokaan(iii)(iii) penghasilan (pembuatan)(iv)(iv) apresiasi dan perlanjutan 1.4.2.1 Pemerhatian yang aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perludiberi kepada perkara berikut:pengetahuan sedia ada murid; benda yang konkrit; minat, kecenderongan dan latar belakang murid; bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan mencetus idea dan imaginasi. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terusmenyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembanganpersepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat danbahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaandalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas senivisual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi danmenyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktivitipenerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakanaktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut: (i) penerokaanaktiviti kecil mudah ringkas; cuba mencuba, suaikenal dengan bahan; penemuan oleh murid sendiri, uji menguji; mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain; bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencubaaktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik. ii) penghasilan / membuat / pengalamanpenggunaan alat bahan dan teknik; tatacara, langkah dan proses membuat; amalan tertib kerja keselamatan semasa bekerja; dan penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda dengan bentuk hasil Pengalaman Langsung Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagaia sas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosio emosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi,manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual disekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenaibahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid jugaakan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. S e m e n t a r a kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memani pula sibahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan,

membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secaratidak langsung memberikan pengalaman langsung kepada murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Selain diberi pengalaman membuat apresiasiseni visual secara mudah, murid juga dipupuk nil aimenyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang d i g a m b a r k a n . I n i m e m b a n t u n y a d a l a m m e m a h a m i s e s u a t u i d e a d a n menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau denganpengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak -kanak dapat membina idea baru dari benda konkrit.

Apresiasi Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yangmempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan "subject matter" serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif.Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deriapandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupa bentuk dan bentuk; aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda; aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik; penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya; perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan d e n g a n kandungan.A p r e s i a s i s e n i v i s u a l m e m b e r i p e n g a l a m a n k e p a d a m u r i d m e n g e n a l i a s p e k pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari s e g i k e i n d a h a n d a n f u n g s i . M u r i d t e r l i b a t d a l a m k a j i a n p e r b a n d i n g a n d a n menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja.Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu: (a) Pendekatan secara logic (b) Pendekatan secara psikologi Pendekatan Secara Logik Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaiandan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut. Secara Penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis,media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh. Secara PemerhatianBalai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul danmenyusun gambar-gambar Secara Perbandingan Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yanglain serta menimbulkan kesedaran. Secara Penghasilan Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail. menghubungkandiri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman. Pendekatan Secara Psikologi Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepadaperasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepadapengha silan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapatmening galkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara iniakan lebih realistik dan dapat menerima 'response' dan pendapat orangl a i n . K e s a n t i n d a k b a l a s a k a n l e b i h t e r s e r l a h t e r h a d a p b a h a n s e r t a a l a t y a n g digunakan. Kaedah Apresiasi Seni Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah: (a) Hedonistik

(b) Organistik (c) Elektik (d) Kontekstualistik (e) Normistik Kaedah Hedonistik Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan,pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara sertamerta iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak cantik dll secara spontan. Kaedah initidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakankaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cumaberdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa. Kaedah Konstekstualistik Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah,sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasidari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati,konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pen getahuanmantap dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaianbandinga n dan seni akan menjadi suatupendekatan yang menarik oleh pemerhati. Kaedah Organistik Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yangteratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seniseca ra harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteriakepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Iniakan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segiw a r n a , j a l i n a n , unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. Kaedah Normistik Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspekn i l a i masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan d e n g a n pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnyalukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak.Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batasyang dibenar dalam budaya dan agama.

Kaedah Elektik Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidakmenjurus kepada asp ek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhanadan kurang baik.

PSV3105 Interaksi 3 Tarikh : 9 Mac 2013

Proses Apresiasi Seni Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenaiproses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti aktivitiaprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empattahap: (a) Menggambarkan ( Description ) (b) Menganalisa ( Analysis ) (c) Tafsiran ( Intrepetation ) (d) Penilaian ( evaluation ) Menggambarkan Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifatsifattampak/objek pada karya.Sebagai contoh :Karya Latif MaulanKarya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterikaitu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dariatas. Menganalisa (i) (ii) (iii) (iv) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni,prinsip rekaan dan struktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya. Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.

Tafsiran (i) Mencari makna-makna yang tersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu juga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda,simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogianalogi (persamaan)untuk menjelaskan makna tersebut. Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara

(ii)

(iii)

hidup danbudaya masyarakat setempat. Penilaian Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segiindividu, sosial,keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Denganitu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam.Apakah pengetahuan seni yang diperlukan? (a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni. (b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan. (c) Sejarah seni. (d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu. (e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang. TEMA, ISI KANDUNGAN, ALAT DAN BAHAN UNTUK SETIAP BIDANG KEGIATAN TemaWalau apapun yang anda hasilkan dalam perkaryaan, perkara-perkara berikutakan menjadi tema atau hal subjek yang penting. a. Alam semulajadi dan objek persekitaran Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. Daripada objek persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana peringkat seterusnyaakan melihat dinamik bentuk ('form'), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan,integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk. b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yangakhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedihdan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis.Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupayamencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. MenurutFrued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

c. Aliran dan tema sejagat Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Iamen u n j u k k a n k e k e r a p a n m a n u s i a m e n g a m b i l h a l s u b j e k y a n g s e r i n g diperk atakan. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku danakhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya menggunaalam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satukekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art' misalnya adalah suatuaspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan. d. Keperluan dan pengalaman hidup harian Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yanglain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lainyang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Ideadatang dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarangkesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrityang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif danproaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiticiptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan denganpengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan m e n i n g k a t k a n pembelajaran. e. Peristiwa sebenar atau realism dan romanticism Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan duniadan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yangberlaku, kesan kemiskinan, atau sebagainya.

PSV3105 Interaksi 3 Tarikh : 23. Februari 2013

Isi kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empatbidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang inimenekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yangkritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilaibaik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. Bidang kegiatan menggambar ini menegaskan perkembangan persepsidan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatanmembuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspekruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antar a kegiatan dalam bidang ini ialah: Lukisan, Catan, Kolaj, Montaj, Cetakan, Resis, Gosokan, Stensilan, Percikan ,Gurisan, Capan, Mozek dan Poster. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merang k u m i penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya.K egiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaranakan menjad fokus. Kegiatan menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakansebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizik al, mental,sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau halbenda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara pengolahan membuka

peluanguntuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-kanak. Kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada muridmemahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankankepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dansebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melaluikegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan dan celupan, Renjisan dan percikan dan Corak terancang secara: Lukisan atauCatan. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapatmemahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk danmembuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj,Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami.Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada muridmembuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan iniboleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerjaseni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta olehmasyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: Alat domestic, Alat permainan, Alat pertahanan diri,Perhiasan diri (ornamen) , Batik, Tekat, Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar.Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkanfungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumipengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidangkraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara sepertipernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

ALAT DAN BAHAN Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar berbagai m e d i a b o l e h digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contohalatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar: Berbagai jenis pensil Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil Kapur berwarna Oil pastel rtline atau marker Berbagai jenis pen Gouche, akrilik, cat minyak Stensil Kolaj Capan, cetakan Lilin Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan Penyedut minuman Gunting, pisau lipat, gam Berbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar.Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel,krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untukmenggambar terdiri daripada dua jenis media kering dan media basah.Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, aranglilin dan comte. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat min yak dan catakrilik.Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alatdan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri.Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi danpenting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepadapelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akanmemberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatanini boleh dilakukan dalam pelbagai cara sepe rti pernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan cerita. Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalammenjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tigadimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan

reka bentukdisamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbanganpermuk aan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar o b j e k . P a d a k e b i a s a a n n y a , s e s u a t u b e n t u k k o n k r i t a k a n d i a s a s k a n berdasarka n bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objekrealiti.

M E N E R O K A / M E M B U AT E K S P E R I M E N T AS I P E L B A G AI J E N I S AL A T DAN BAHAN Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapatdalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. tajuk ini disediakanuntuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaanpelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktivitime nggambar. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin,pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media u n t u k m e n g g a m b a r t e r d i r i d a r i p a d a d u a j e n i s m e d i a k e r i n g d a n m e d i a b a s a h . Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilindan comte. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik atau kekuda dan alat masking. Permukaan untuk catan adalah sepertikertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lainadalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, easel atau kekuda dan alatmasking.Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialahcaramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, catposter, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alatimprovisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatupermukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagaikesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalandari gubahan bahanbahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plasti katau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainans i f a t a t a u j a l i n a n d a p a t m e m b e r i b e r b a g a i k e s a n k e p a d a k a n d u n g a n d a n peny ampaian gambar.Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakandicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperticetakan lino, strawboard , papan lapis dan polyfoam. Gambar boleh diukir dipermukaan lino, papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warnadisapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dansifatbahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategoricetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air

atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatupermukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakanberbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan ituakan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan. Teknik resis menggunakan bahan yang tidak be rcampur antara satusama lain. Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna air bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilinataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataup un pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan diatasnya. Di kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberisesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan ya n g lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan a n d a b o l e h menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yanglembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di ataskertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. Alat dan bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidakbertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesankhas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amatdominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berusdan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis.Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiranmengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya.1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalahasas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkanproses mengekspresi diri dalam penghasilan karya.2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar.3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yangberkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.Anda

boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang andaakan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti: 1. alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; 2. bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting; 3. geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat; 4. abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan 5. rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu: Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk danmembuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukandalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrittiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan rekabentuk disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akandibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbanganpermukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar o b j e k . Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit a k a n d i a s a s k a n berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objekrealiti.Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya?Anda boleh: 1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan; 2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkanobjek; 3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan; 4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk; 5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yangmempunyai ilusi pergerakan; 6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan; 7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar; 8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan; 9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan; 10. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya; 11. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan; PENENTUAN ALAT DAN BAHAN Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya: 1. bahan terbuang yang diguna pakai semula;

2. benda-benda daripada alam sekitar buahkelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya; 3. benda-benda buatan manusia tisu,gam dan sebagainya; dan seperti

seperti manik,

buluh, kayu larik,

tanah

liat,

kotak-kotak,

4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar anda membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna.Bagaimanakah cara ini da pat dilakukan? Anda boleh: (a) Rujukan kepada Objek Sebenar 1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek; 2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia; 3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran; a) memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan; dan memahami b a h a w a s e s u a t u o b j e k i t u memenuhi ruang sebenar. b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan TeknikKemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapakriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan: 1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihanalat dan bahan. 2. Membuat 'thumbnail print' sebagai tindakan mengawal dan mengawasurusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaianobjek . 3. Sesuatu perkembangan ('progress') kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang. 4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur. 5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahatdalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasdari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahatdisamping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu. 6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir seringkali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. 7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci,manikmanik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih

keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun. 8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan. Alatan-alatan- yang -berupa mesin -berkuasa letrik seperti -pengisar kertas untukmembuat 'papier mache', mesin untuk menggaul 'papier mache', mesin peratadan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan denganobjek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabail statik danperlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspekyang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yangrelevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik.Proses Penghasilan Tembikar Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar. 1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum Ayak debutanah liat untuk mengasingkan batu-batu sarap yangterdapat di dalam tanah. ditumbuk menjadi debu. kecil dan sampah

2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tigahari. 3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut. 4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untukprose s penyambungan tanah liat yang digelungkan. 5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap. 6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelahdalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar. 7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. 8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagianbadan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dala mkeadaan separuh siap ('leather hard'). 9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir. 10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar. 11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai

12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam. 13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris. Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahandigunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat danyang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuktujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua -dua jenis itupula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:a. Alat dan bahan untuk penghasilanContoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat.. Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: i) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid danp e n g a l a m a n s e d i a a d a m u r i d . C o n t o h n y a : B o l a , b a j u , k a s u t , k o t a k u b a t gigi, penyapu,sikat,bunga, daun,rumpu,batu,bata, beg, jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,ii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secaralangsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.Contohnya: Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dank a d a y a t , g a m b a r r a j a h , s e n a r a i , k a d s e p a r u h b u l a t a n , k a d s i s i p a n , p a p a n gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya.

ii)

Anda mungkin juga menyukai