Anda di halaman 1dari 5

Selsema Burung

Gambarajah 1: Virus Sars SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) atau masalah pernafasan yang terus merupakan sejenis pnemonia. Virus ini pertama kali dikesan di wilayah Guaangdong China, pada November 2002. Punca utama penyakit ini adalah daripada virus Corona SARS. Kes yang telah dicatat dari virus ini adalah berjumlah 8 273 dan sebanyak 773 kematian berlaku dan kebanyakan kes telah dicatat di Hong Kong. SARS adalah sejenis virus yang boleh merebaak melalui udara. Ini mempunyai persamaan dengan cara merebaknya virus selsema biasa. Ini mermaksud virus ini adalah sangat mudah untuk merebak. Antaranya adalah melalui bersin di mana cecair dari bersin tersebut boleh memasuki rongga pernafasan kita. Maka, jika kita negara kita dikenalpasti mempunyai ancaman virus ini, maka kita haruslah menggunakan topeng muka serta menjauhi orang yang disyaki mempunyai virus ini. Orang yang disyaki mempunyai virus ini juga haruslah dikuarantin untuk mengelakkan virus ini merebak dengan lebih teruk. Selain itu, jika kita akan melancong atau pergi ke negara yang dikenalpasti mempunyai virus ini, kita haruslah membatalkan penerbangan kita untuk seketika waktu untuk mengelakkan diri kita dijangkiti virus ini. Antara simptom-simptom jika kita dijangkiti dengan virus ini adalah demam panas yang mencapai 38o degree celsius, keletihan, pening kepala, hilang selera makan, sengal-sengal pada anggota badan, serta cirit birit. Selepas 3 7 hari, seterusnya anda akan mengalami masalah untuk bernafas, batuk kering, dan kekurangan oksigen di dalam darah yang akhirnya boleh membawa maut jika tidak dirawat. Jika anda mempunyai simptom-simptom seperti ini anda seharusnya terus ke

pusat rawatan untuk dikuarantin dan menerima rawatan. Anda haruslah memberi kerjasama sepenuhnya supaya penularan virus ini tidak berlaku. Seterusnya, kita akan membincangkan mengenai model penyebaran virus ini. Terdapat banyak model virus ini telah dibangunkan oleh para pengkaji di seluruh dunia. Model penyebaran ini adalah sangat penting untuk dibangunkan supaya strategi intervensi untuk melawan penularan virus ini boleh dibangunkan. Selain itu, melalui strategi yang telah dibangunkan juga akan membantu kita untuk mengetahui perkembangan semasa virus dan juga meramal perkembangan pada masa akan datang. Model yang akan dibincangkan ini adalah dijalankan oleh sebuah makmal Los Angeles iaitu Makmal Los Alamos. Model penyebaran ini pada asasnya

mengaplikasikan model SIR yang mempunyai tiga peringkat. S (Susceptible) mewakili golongan yang terdedah atau belum dijangkiti. I (Infected) pula mewakili golongan yang telah dijangkiti manakala R (Recover) pula mewakili golongan yang telah sembuh daripada virus ini.

S (Golongan terdedah)

I (Dijangkiti)

R (Sembuh)

Gambarajah 3: Model SIR yang digunakan untuk membina model penyebaran virus H5N1 Gambarajah di atas menunjukkan model SIR yang akan digunakan untuk membina model penyebaran virus SARS. Pertamanya, terdapat golongan yang terdedah kepada virus. Sekiranya dijaangkiti pesakit akan memasuki peringkat I iaitu telah dijangkiti. Sekiranya sembuh, pesakit pula akan berpindah pula kepada peringkat

R iaitu sembuh. Untuk model itu, kita membuat andaian bahawa tiada pesakit akan keluar dari kawasan kajian. Kita juga telah membuat andaian bahawa pesakit yang telah dijangkiti dan sembuh tidak akan dijangkiti lagi di dalam model ini. Sebelum berbincang lebih mengenai model penyebaran virus ini, pertamanya kita akan mendefinisikan terma-terma yang akan digunakan di dalam model ini. Haruslah diingat bahawa masa adalah pembolehubah yang dimanipulasikan di dalam model ini.Terma-terma tersebut adalah: N= S ( t )= Saiz Populasi Bilangan populasi belum dijangkiti ( Susceptible ) I ( t )= R ( t )= = = Bilangan populasi di jangkiti (Infected) Bilangan populasi yang sembuh (Recover) 0.00015 ( Kemungkinan Untuk Dijangkiti) 0.4 ( Kemungkinan Untuk Sembuh) Seterusnya, kita akan melihat pula formula-formula yang akan digunakan untuk dalam kajian ini untuk mencari jumlah pesakit pada satu-satu masa. Formula tersebut adalah: S ( t + 1 ) = S (t) S (t) I (t) I ( t + 1 ) = I (t) + S (t) I (t) I (t) R ( t + 1 ) = R (t) + I (t) Untuk formula pertama iaitu formula untuk S, jumlah populasi pada masa sedia ada S (t) akan ditolak dengan kemungkinan jangkitan diterima didarab dengan jumlah yang belum dijangkiti S(t) dan jumlah yang telah dijangkiti I (t). Hasilnya kita akan mendapat jumlah populasi yang belum dijangkiti pada masa tertentu.

Formula kedua pula adalah untuk mencari populasi yang akan dijangkiti pada satu masa tertentu. Jumlah orang yang telah dijangkiti pada masa lepas akan ditambah dengan (kemungkinan dijangkiti) darab I (t) iaitu jumlah yang telah dijangkiti pada masa sebelumnya. Kemudianya, ditolak dengan (kemungkinan untuk sembuh) yang dimana ianya didarab sekali lagi dengan I (t). Hasilnya adalah populasi yang akan dijangkiti pada pada masa tertentu. Formula ketiga pula adalah untuk mencari jumlah populasi yang sembuh pada masa tertentu. Formulanya adalah jumlah populasi R (t) atau populasi yang telah sembuh ditambah dengan (kemungkinan untuk sembuh) yang dimana ianya didarab dengan populasi yang telah djangkiti. Hasilnya kita akan mendapat populasi yang sembuh pada satu-satu masa. Jika kita andaikan populasi S (yang belum dijangkiti) adalah 9 990 orang, populasi I (dijangkiti) pula adalah 10, dan populasi R (sembuh) pula adalah 0. Dengan mengaplikasikan formula yang telah dibincangkan tadi, kita akan mendapat keputusan seperti di dalam jadual di bawah. Jadual 1: Keputusan apabila formula Model SIR diaplikasikan pada satu populasi S = 9 990, I = 10, dan R = 0 pada masa tertentu. t 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 S 9990 9975 9943.6 9741.7 9461.8 8901.5 7837.1 6023 3548.5 1356.3 407.6 I 10 21 44 191.5 394.8 797.2 1542.7 2739.2 4118.5 4663.3 3746.7 R 0 4 12.4 66.8 143.4 301.3 620.2 1237.3 2333 3980.4 5845.7

12 13 14 15 16 17 18 19 20

178.5 112.2 86.1 73.7 67.2 63.6 61.5 60.3 59.5

2477.1 1552.6 957.7 587.0 358.7 218.8 133.4 81.3 49.5

7344.4 8335.2 8956.3 9339.3 9574.1 9717.6 9805.1 9858.5 9891.0

Jika kita melihat daripada jadual 1, kita dapat melihat bahawa jumlah populasi S adalah berkurangan mengikut masa. Ini kerana apabila pesakit daripada populasi ini pergi ke peringkat I atau R, ia tidak akan kembali. Populasi I pula meningkat mengikut masa juga, namun pada t=10, ia pun menurun mengikut masa kerana semakin banyak bilangan pesakit dari populasi I berpindah ke populasi R pula. Populasi R pula adalah meningkat mengikut masa kerana kesemua populasi dari S dan R akhirnya akan ke populasi R juga akhirnya. Dengan bantuan model yang ada ini, kita dapat meramal penyberan virus ini serta mengkaji keberkesanan langkah intervensi yang akan dijalankan kelak. Ianya boleh dilakukan dengan memodifikasi ssetiap pembolehubah kelak berdasarkan keberkesanan vaksin atau rawatan pada masa akan datang.

Rujukan
http://www.sars.gov.za/Pages/default.aspx http://www.who.int/csr/sars/en/ http://www.medicinenet.com/severe_acute_respiratory_syndrome_sars/article.htm PDF JOURNAL Download sitok http://www.cs.ecu.edu/~hochberg/SERRI/Day2-Modeling.pdf

Anda mungkin juga menyukai