Anda di halaman 1dari 10

OBJEKTIF 1. 2 fungsi utama pendidikan yang boleh memenuhi matlamat pembangunan modal insan. Menjadikan seseorang itu pandai.

Membantu seseorang untuk menjadi manusia yang baik.

2. Kesan pengaruh liberalisme positivisme logika dari Amerika dan Eropah ke institusi pendidikan di Malaysia Pengaruh positivisme logik, tiba di Malaysia institusi pendidikan dari Amerika dan Eropah, menegaskan perbezaan radikal antara fakta (yang dapat dibuktikan secara ilmiah) dan nilai (yang diadakan positivisme itu hanya ungkapan perasaan, bukan tujuan kebenaran). dengan demikian, nilai moral adalah direlatifkan dan diprivatisasi (dalam beberapa kes terlempar keluar dari kurikulum sekolah atau bahkan dari diri sendiri).

3. Matlamat pendidikan sivik dan kewarganegaraan Pendidikan sivik & lewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatupadu Matlamat ialah hubungan dengan tuhan, hubungan sesama manusia dan kelestarian alam sekitar.

4. Peranan sekolah kepada pembangunan insan & kewarganegaraan pelajar Jika sekiranya segala perkara yang berlaku di sekolah itu memberi kesan kepada pembangunan insan pelajar dari segi penghayatan nilai dan pembinaan sahsiah, maka sekaolah sepatutnya menilai peranannya dari segi tanggungjawab moral, khidmat negara, dan khidmat sosial yang lain.

5. Asas kepada kepercayaan beragama bagi seseorang megikut al-Quran Insan telah diberikan ilmu tentang Allah dan dirinya sendiri serta mengikat perjanjian menerima tanggungjawab tersebut.

6. Kenapa pendidikan bersepadu dipilih sebagai pendekatan dan matlamat ke arah pembangunan insan.

FPK meletakkan aspek kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan sebagai paksi, dan pendidikan bersepadu sebagai pendekatan dapat memenuhi matlamat pendidikan ke arah pembangunan insan kerana kurikulum pendidikan sepadu sesuai dengan fitrah kejadian manusia.

7. Cara yang tidak ketara dilakukan oleh sekolah untuk mengajar dan menanamkan nilainilai murni, akhlak dan kewarganegaraan di sekolah Kurikulum tersembunyi.

8. Deklarasi bangi 1996 Konsep acuan Malaysia dalam forum pendidikan sepadu (1984) yang relevan untuk pembangunan insan & kewarganegaraan di Malaysia diilhamkan daripada Deklarasi Bangi. Pembangunan insan & kewarganegaraan menurut deklarasi Bangi (UKM29.8.1996) hendaklah dilaksanakan dengan strategi pemikiran global bertindak nasional.

9. Matlamat pembangunan insan & kewarganegaraan menurut FPK Dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

10. Bagaimana guru menilai samada berjaya atau tidak melaksanakan pengajaran nilai murni di sekolah. Guru yang melaksanakan pengajaran nilai-nilai murni dalam kurikulum bersepadu sekolah menengah baru boleh dikatakan berjaya melaksanakan pengajaran nilai murni secara berkesan sekiranya dia menekankan aspek pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni kepada pelajar.

11. Konsep nilai mengikut ilmu jiwa Ibnu Maskawih Nilai utama kepada jiwa sebagai hasil daripada integrasi yang serasi daripada unsur-unsur kekuatan jiwa dalam pemikiran psikologi Ibnu Maskawaih ialah al-Adalah. Padanan tepat bagi konsep nilai (1 hingga 4) dan maksud nilai

Konsep nilai 1. Al-Iffah 2. Ilmu 3. Adab 4. Hakikat

Maksud nilai A. Sifat utama kepada penginderaan nafsu syahwat dan sifat ini dapat dilihat pada waktu seseorang mengendalikan nafsunya. B. Tibanya makna ke dalam diri dan tercapainya diri kepada makna. C. Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. D. Makna yang sebenarnya kepada sesuatu.

12. Pernyataan pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Semua pernyataan di bawah adalah benar mengenai pendidikan sivik & kewarganegaraan di Malaysia, kecuali : Pendidikan sivik & kewarganegaraan adalah matapelajaran wajib kepada semua pelajar bermula dari tahun 4 KBSR hingga tingkatan 5 KBSM. Matapelajaran ini menyediakan pelajar untuk memperolehi ilmu membolehkan mereka menghadapi pelbagai cabaran hidup di abad ke-21 yang

Pendidikann sivik dan kewarganegaraan adalah matapelajaran teras dalam kurikulum kebangsaan untuk menyemai perasaan cinta dan bangga terhadap negara.

13. Konsep revolusi di antara barat dan Islam Pernyataan yang paling tepat bagi menjelaskan konsep perubahan dalam pendidikan bagi memenuhi matlamat insan sepadu yang percaya dan patuh kepada tuhan serta dapat memberi sumbangan ke arah kesejahteraan hidup keluarga, masyarakat dan negara iaitu kurikulum sekolah perlu berubah mengikut keperluan masyarakat.

14. Konsep insan yang selaras dengan FPK Manusia bukan haiwan sosial

15. Mengikut konsep pendidikan bersepadu seseorang itu dikatakan telah memperolehi ilmu apabila... Tibanya makna ke dalam diri

16. Apakah yang menjadi asas disiplin dalam bilik darjah. Menyedia peraturan dan undang-undang. Menyediakan syarat dan akibat jika peraturan dan undang-undang tersebut dilanggar. Melaksanakan hukum yang berpatutan dan bersifat pengajaran.

17. Hak asasi guru dalam profesion / perkhidmatan. Masa rehat dan masa lapang. Upah dan gaji yang sama untuk perkhidmatan yang sama. Mengeluarkan fikiran dan berpegang kepada sesuatu pendapat.

18. Peranan guru dalam melaksanakan penghayatan nilai, moral dan akhlak menurut konsep acuan Malaysia. Membimbing pelajar daripada dipengaruhi dan dicemari oleh gaya hidup pasca moden

19. Paradigma pendidikan bersepadu Paradigma bermaksud suatu pemikiran yang dapat menjelaskan secara sistematik berasaskan komponen-komponen ilmiah yang diperakui. Sejak dibina dalam tahun 1984, pemikiran dalam pendidikan sepadu telah memenuhi tuntutan sebagai satu paradigma. Mengikut Tajul Ariffin 2005, paradigma pendidikan bersepadu memenuhi pengertian falsafah kerana ia dapat dijelaskan menurut cabang-cabang falsafah seperti metafizik, epistimologi dan aksiologi. Paradigma Pendidikan Sepadu bermaksud suatu pemikiran yang dapat menjelaskan secara sistematik berasaskan komponen-komponen ilmiah yang diperakui melibatkan aspek-aspek berikut :

Aqidah adalah satu realiti dan teras kepada ilmu, nilai dan pendidikan Nilai kudus (sacred) adalah asas pembinaan insan, komuniti dan ummah

Metafizik/ ontologi Aksiologi

Ilmu wahyu (bersifat benar) adalah teras kepada ilmu akal (bersifat betul)

Epistimologi

20. Proses ke arah pembangunan insan & kewarganegaraan menurut FPK yang berkaitan dengan JERI. Antara sifat-sifat berikut tepat mengenai potensi insan berasaskan FPK dan pendidikan bersepadu iaitu : i. ii. iii. iv. Rohani yang suci Emosi yang stabil Jasmani yang sejahtera Intelek yang sihat

21. Usaha pembangunan insan & kewarganegaraan untuk menangani pengaruh ... dalam pendidikan barat. Bagi menangani pengaruh negatif dalam pendidikan barat, konsep bersepadu mengemukakan model edaran semula sebagai alternatif kepada usaha ke arah pembangunan insan & kewarganegaraan.

22. Pernyataan mengenai pendidikan dalam kewarganegaraan di Malaysia menurut FPK. -

konteks

pembangunan

insan

&

Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai pendidikan dalam konteks pembangunan insan dan kewarganegaraan di Malaysia menurut FPK iaitu pelaksanaan secara berperingkat dan menerusi strategi holistik ke arah pembangunan manusia mulai tahun 1 hingga tingkatan 5. Keharmonian antara faktor vertikal, iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, dengan faktor horizontal, iaitu hubungan sesama manusia, dan manusia dengan alam. Memberi penekanan yang seimbang dan harmonis antara ilmu agama, ilmu sains tabii dan ilmu sains kemanusiaan. Tujuan utama pendidikan adalah untuk melahirkan seorang warganegara yang baik dan mengabdikan dirinya kepentingan negara.

23. Peranan guru sebagai pelindung, model tingkah laku dan mentor .

Melayan anak didik dengan penuh kasih sayang dan hormat Menjadi contoh teladan terbaik Memerhati dan memeperteguhkan amalan sosial yang baik Membetulkan kesalahan pelajar dengan hikmah.

24. Pernyataan : ciri-ciri Falsafah pendidikan barat yang boleh menghalang proses pembangunan insan melalui pendidikan menurut pendapat Syed Naquib al-Attas. the pursuit of knwoledge, like the struggle to ppush the stone from the plain unp yhe mountain where at the top it is destined to roll down again, become a kind of serious game, never ceasing, as if to distact the soul from the tragedy is extrolled as being among the noblest values in the drama of human existence!. Jiwa kebudayaan barat serta tamadunnya sentiasa bersifat berubah sehingga memaksa mereka untuk terus berjuang mencari suatu hakikat yang diharapkan. Syak dan ragu yang menjadi alat untuk mendapatkan ilmu sentiasa memacu mereka berjuang mencari kebahagiaa hidup di dunia ini dianggapnya sebagai suatu yang serius. Selain itu, sifat dualisme yang menjadi asas pegangan falsafah barat juga menyebabkan jiwa mereka tidak puas dengan apa yang telah diperolehi kerana yang dicari sesuatu yang mereka sendiri menganggapnya mustahil. Ia terbentuk daripada pelbagai idea, nilai, budaya dan kepercayaan, dogma, doktrin dan agama yang saling bertelagah. Pelbagai idea, nilai, budaya, kepercayaan, dogma, doktrin dan agama itu pula mencerminkan visi hakikat yang bersifat dualis. Nilai murni yang berkaitan dengan kewarganegaraan menjadi asas kepada penentuan matlamat pendidikan dari aspek afektif.

25. Cara yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah ke arah peneguhan semangat kenegaraan pemupukan nilai murni dan pembentukan peribadi di sekolah. Di peringkat sekolah, peneguhan semangat kenegaraan, pemupukan nilai murni dan pembentukan sikap positif boleh dilaksanakan melalui i. ii. iii. Aktiviti kokurikulum Aktiviti rakan sebaya Aktiviti budaya sekolah

iv.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

26. Mazhab perkembangan berstruktur. Mazhab perkembangan berstruktur bagi teori perkembangan moral mengatakan bahawa manusia adalah makhluk yang mempunyai beberapa kebolehan semulajadi seperti berikut : i. ii. iii. Menentukan seseorang pada masa hadapan Menentukan kesan-kesan balikan tehadap pengalaman hidupnya. Mempengaruhi bentuk-bentuk pengalaman interaksi yang dimilikinya.

27. Aspek emosi dalam pelaksanaan di sekolah. Pemupukan suara hati iaitu rasa kebertanggunjawaban untuk melakukan sesuatu yang baik. Menjaga maruah diri Kebolehan meletakkan diri dalam kedudukan orang lain (empati) Mencintai kebaikan. Memiliki kawalan diri Kemanusiaan.

28. Pemikiran ilmu jiwa Ibnu Maskawih yang boleh memberi asas teori yang kukuh kepada pembangunan insan & kewarganegaraan. Kerana perkara-perkara berikut :

i. ii. iii.

Beliau menyarankan tiga jenis kekuatan jiwa, iaitu daya fikir, daya marah dan daya nafsu. Teorinya mengatakan wujud kaitan yang amat erat antara pembentukan watak dengan pendidikan dan ilmu jiwa. Untuk tujuan pembangunan insan yang baik, daya kekuatan jiwa yang lain perlu tunduk kepada kekuatan daya fikir.

29. Mazhab pembelajaran sosial. Mengikut mazhab pembelajaran sosial untuk pembangunan iinsan, mempelajari nilai moral bererti mempelajari nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakatnya. Justeru, kaedah pemupukan nilai yang dicadangkan oleh mazhab ini ialah.. i. ii. iii. Memberi sanction kepada amalan-amalan negtaif Memberi ganjaran kepada perlakuan-perlakuan positif Meniru dan mencontohi model-model tingkahlaku dalam masyarakat.

30. Pembangunan insan guru berkualiti yang sesuai dengan tuntutan FPK. Guru hendaklah sentiasa : i. ii. iii. Bersifat proaktif dan kritis Membuat penyelidikan pendidikan Perlu berindak berdasarkan kelaziman dan kebiasaan.

STRUKTUR

1. Penyataan FPK : terdapat frasa yang menjelaskan konsep pembangunan insan & kewarganegaraan. Jelaskan 2 konsep FPK. Melahirkan insan yang baik (kesepaduan dan kebenaran ilmu, pemantapan akidah serta takwa, keuhuran Ubudiyyah dan mempunyai prinsip-prinsip khalifah yang unggul. Beriman (kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan/ akidah merupakan paksi pendidikan dan pembangunan insan) Berakhlak Berketerampilan Seimbang Harmonis

2. Konsep kesepaduan ilmu yang dikatakan sesuai dengan program pembangunan insan & kewarganegaraan. 1. kesepaduan bermaksud ilmu wahyu adalah benar dan menjadi teras kepada ilmu akal. 2. Fungsi sebagai ilmu teras yang memberi roh dan kebenaran kepada setiap matapelajaran dan sesuatu program atau bidang pengajian. 3. bersifat penghayatan merentasi seluruh pengajian program dan ilmu-ilmu.

3. Aspek yang menghalang sistem pendidikan barat yang dapat menyumbang ke arah pembangunan insan. Apakah kesannya? 1. Terbentuk daripada pelbagai idea, nilai, budaya, kepercayaan, dogma, doktrin dan agama saling bertelagah. 2. Pelbagai idea, nilai, budaya, kepercayaan, dogma, doktrin dan agama itu pula mencerminkan visi hakikat yang bersifat dualisme 3. Nilai murni yang berkaitan dengan kewarganegaraan menjadi asas kepada penentuan matlamat pendidikan dari aspek afektif.

Kesannya : - Ilmu yang disebarkan oleh Barat bukan ilmu yang sebenar tetapi ilmu yang telah

diserapi dengan unsur-unsur keperibadian tamadun Barat. - berpegang kepada fahaman dualisme. 4. Pendidikan sivik & kewarganegaraan (kurikulum) - Digubal secara tematik # Pendidikan sivik & kewarganegaraan - sayangi diri - sayangi keluarga - hidup bersama di sekolah dan masyarakat - kenali budaya malaysia - Malaysia Negaraku - Sedia hadapi cabaran 5. Pendidikan sivik & kewarganegaraan (strategi untuk melaksanakannya / penilaian) # Strategi pelaksanaan - menjalankan kerja amali. - merekod/ mencatat tugas yang dijalankan seperti dalam jurnal, diari, gambar foto dan surat akuan. - mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas. # Penilaian - Aspek pengetahuan (maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta menggunakannya supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan). - Aspek kemahiran (intelektual dan partisipatori) - Aspek nilai (nilai murni uantuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab) 6. Aspek pemupukan nilai murni dan sikap di sekolah. a) mengetahui tentang sesuatu yang baik (kognitif) - kesedaran tentang dimensi atau kemelut nilai yang wujud masa kini - mengetahui perspektif yang perlu diambil - mengetahui keupayaan diri mengambil keputusan yang wajar dan benar b) mengingini sesuatu yang baik (emosi) - menjaga maruah diri - mencintai kebaikan - kemanusiaan c) melakukan sesuatu yang baik (psikomotor) - kecekapan dalam pelbagai kemahiran - memiliki kekuatan kudrat yang boleh menggerakkan kuasas dan pertimbangan seseorang. - tabiat mengamalkan nilai-nilai murni

Anda mungkin juga menyukai