Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUALA LUMPUR

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

TAJUK TUGASAN: JURNAL REFLEKTIF KELAB BADMINTON SEKOLAH RENDAH

NAMA: NO MATRIK:

SEMESTER 5 (SMP KHAS AMBILAN JAN 2011)

Bilangan Jurnal: (1) Minggu : Kedua Tarikh Peristiwa /Kejadian: 07.03.2012 Tajuk Jurnal: Penguasaan Kemahiran Asas Amat Lemah Di Kalangan Murid-murid. 1. Masalah/Isu/Peristiwa: Tahap penguasaan kemahiran tentang permainan badminton amat lemah di kalangan murid-murid kerana mereka kurang terdedah kepada permainan ini disebabkan kekurangan prasarana yang lengkap di kawasan kediaman mereka. Pengetahuan tentang permainan badminton di kalangan murid-murid adalah sangat rendah dan menyebabkan mereka tiada keyakinan diri apabila disuruh melakukan latihan kemahiran. 2. Analisis: Murid-murid kurang mahir dan aktif dalam permainan badminton dapat dikesan apabila aktiviti kokurikulum dijalankan. Tiada ahli yang berbakat untuk dijadikan wakil sekolah bagi menyertai pertandingan badminton di peringkat daerah mahupun zon. 3. Cadangan Tindakan Susulan: Strategi yang akan digunakan oleh guru penasihat ialah memberi latihan intensif dan merancang program latihan berkala untuk melatih murid-murid dalam penguasaan kemahiran asas. Murid-murid akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik permainan badminton yang betul. Contohnya dari segi latihan psikomotor melakukan pegangan hadapan (cara memegang raket) menukar kepada pegangan kilas. Guru juga akan membincang dengan murid-murid dengan menyatakan kelebihan kedua-dua pegangan raket dalam permainan badminton supaya mereka dapat mendalami kemahiran-kemahiran tersebut. Disamping itu, guru juga akan memberi bimbingan dan motivasi kepada murid-murid agar dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang permainan ini secara langsung menggalakkan mereka melibatkan diri dengan lebih aktif dalam permainan badminton yang diceburi dalam kokurikulum. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan: Guru akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Tahap kemahiran asas permainan badminton yang baik adalah diperlukan bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Bilangan Jurnal: (2) Minggu : Keempat Tarikh Peristiwa /Kejadian: 25.04.2012 Tajuk Jurnal: Keluasan padang yang terhad kepada 2 gelanggang sahaja dan Kekurangan raket, bulu tangkis dan jaring untuk sesi latihan. 1. Masalah/Isu/Peristiwa: Semasa melakukan aktiviti latihan perlawanan untuk kawalan bulu tangkis dengan teknik pegangan raket yang betul didapati berlakunya kekurangan peralatan seperti raket dan bulu tangkis. Disebabkan kekurangan peralatan, murid-murid terpaksa berlatih dengan bergilir-gilir. Hal Ini telah menghabiskan masa murid-murid kerana mereka perlu menunggu untuk mendapatkan giliran masing-masing dan menyebabkan murid poteng sesi perjumpaan kokurikulum. 2. Analisis: Kekurangan alatan permainan badminton adalah disebabkan sekolah menghadapi masalah kewangan dan menyebabkan kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi. Murid-murid yang tidak terlibat memberi alasan bahawa mereka hilang minat terhadap permainan badminton kerana terpaksa mengambil masa untuk menunggu giliran disebabkan kekurangan peralatan. 3. Cadangan Tindakan Susulan:

Sumber kewangan merupakan faktor penting dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan adanaya kewangan yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan perlaksanaan aktiviti yang dirancang, sudah tentu dapat mencapai objektif perlaksanaan aktiviti dengan lebih berkesan. Ini disebabkan kewangan merupakan satu faktor yang utama yang dapat menggerakkan
sesuatu persatuan dengan lebih aktif. Oleh itu, guru akan cuba sedaya upaya untuk kemukan masalah ini kepada pihak atasan bersama Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah untuk mencari jalan penyelesaian tentang masalah ini. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan: Guru akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu supaya masalah ini tidak berlarutan. Bilangan Jurnal: (3)

Minggu : Kelima Tarikh Peristiwa /Kejadian: 16.05.2012 Tajuk Jurnal: Kemahiran servis masih tidak dapat dikuasai 1. Masalah/Isu/Peristiwa: Terdapat tiga jenis kemahiran servis yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam permainan badminton ini. Kemahiran-kemahiran ini sukar untuk dikuasai oleh muridmurid kerana kemahiran psikomotor serta manipulasi alatan mereka yang belum cekap dan mahir. Murid-murid masih lemah dalam koordinasi mata dan tangan serta mata dan kaki semasa melakukan servis ini. Keupayaan bergerak dengan kemas, licin dan sempurna semasa melakukan kemahiran dengan melibatkan dua atau lebih anggota digabungkan seperti servis hadapan menyebabkan murid-murid tidak dapat melambung bulu tangkis dengan tepat malahan memukul bulu tangkis yang dilepaskan dengan raket menyebabkan bulu tangkis tersangkut pada jaring.

2. Analisis : Usaha dalam program latihan yang berterusan diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Walaupun prestasi murid kurang memuaskan tetapi guru dapat mengesan sebilangan murid yang berbakat dalam permainan ini apabila memperhatikan mereka ketika melakukan servis dengan memukul bulu tangkis kepada pihak lawan dengan cepat dan tepat.

3. Cadangan Tindakan Susulan: Untuk menyelesaikan masalah ini, guru akan memastikan murid-murid yang telah menguasai teknik pukulan ke dinding kerana ini dapat melatih murid-murid menganggar jarak antara bulu tangkis dengan raket badminton. Latihan lambung dan sambung, lambung dan pukul dan pukul ke dalam bakul juga perlu dijalankan untuk melatih koordinasi murid. Guru juga akan mengajar murid-murid melambung serta memukul bulu tangkis secara berpasangan supaya dapat melatih kecekapan murid dalam koordinasi mereka. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan: Guru akan memberi latihan berterusan ini dari semasa ke semasa supaya dapat mengekalkan minat murid terhadap permainan ini secara langsung dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran asas setiap murid. Bilangan Jurnal: (4)

Minggu : Keenam Tarikh Peristiwa /Kejadian: 20.06.2012 Tajuk Jurnal: Pencapaian kurang memuaskan dalam pertandingan strategik 1. Masalah/Isu/Peristiwa: Pertandingan strategik telah diadakan selepas latihan yang berterusan.

Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pertandingan perseorangan dan pertandingan beregu. pertandingan. Pencapaian murid-murid kurang memuaskan dalam Walau bagaimanapun, guru mendapati sebilangan murid

mempunyai stamina yang kuat dan berbakat untuk dijadikan wakil sekolah dalam pertandingan badminton antara zon pada tahun 2013. 2. Analisis : Kesuntukan masa untuk mengadakan sesi latihan kepada murid-murid kerana perlu memberi laluan kepada program latihan olahraga yang dijalankan untuk membuat persediaan dalam acara pertandingan Kejohanan Olahraga antara sekolah-sekolah SJKC Batu Kawa yang akan diadakan pada bulan oktober. Oleh kerana atlet-atlet olahraga yang terpilih kebanyakan merupakan ahli kelab badminton. Disebabkan itu guru terpaksa memberhentikan program latihan tambahan yang telah dirancang. Guru percaya bahawa program latihan olahraga yang dijalankan juga berupaya melatih stamina murid dalam permainan badminton. 3. Cadangan Tindakan Susulan: Pemilihan murid untuk dijadikan wakil sekolah akan dijalankan selepas Kejohanan olahraga dijalankan. Murid-murid dapat berlatih sendiri pada waktu lapang selepas latihan olahraga sekiranya mampu. Percubaan pertandingan perseorangan dapat dijalankan pada sesi kokurikulum seterusnya supaya dapat mengesan murid yang mempunyai stamina yang baik. Dengan itu, guru dapat memilih murid yang lebih cekap dan mahir menyertai pertandingan pada tahun 2013 dan memberi latihan dari semasa ke semasa. Manakala pertandingan beregu juga dapat dijalankan untuk memilih wakil berdasarkan keserasian murid. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan: Guru akan memberi nasihat disamping memberi bimbingan kepada murid-murid untuk memupuk semangat murid bagi meningkatkan keyakinan diri mereka dari semasa ke semasa. Bilangan Jurnal: (5) Minggu : Ketujuh

Tarikh Peristiwa /Kejadian: 11.07.2012 Tajuk Jurnal: 50% murid dikesan telah berjaya menguasai kemahiran asas permainan badminton. 1. Masalah/Isu/Peristiwa: Semasa latihan badminton dijalankan, murid-murid didapati berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai sasaran diri dalam penguasaan kemahiran asas yang dipelajari. Terdapat 50% murid dikesan dapat melakukan kemahiran asas permainan badminton dengan baik iaitu memegang raket dengan cara yang betul untuk melakukan servis dan pukulan.

2. Analisis : Murid-murid yang dikesan ini mempunyai bakat serta minat yang tinggi dalam menceburi bidang permainan badminton. Murid-murid yang menunjukkan minat berupaya meminta tunjuk ajar rakan dengan belajar antara satu sama lain. Pegangan raket yang betul membolehkan murid mengawal bulu tangkis dengan senang. Selain itu, murid-murid juga menumpukan sepenuh perhatian semasa bimbangan guru dijalankan. Mereka dalam keadaan bersedia dengan meletakkan arah kaki dalam koordinasi yang betul serta persediaan tangan dengan pegangan raket dengan cara yang betul. Semasa aktiviti menimbang bulu tangkis, muridmurid boleh meletakkan bulu tangkis di atas raket dengan melakukan pukulan ringan selama 5 - 10 minit. Walau bagaimanapun, aktiviti smash telah memberi cabaran kepada murid-murid. Mereka tidak dapat menyambut bulu tangkis dengan smash walaupun murid-murid melakukan aktiviti dengan mengikut tunjuk ajar guru dan rakan-rakan mereka. 3. Cadangan Tindakan Susulan: Untuk mengatasi kelemahan ini, latihan yang berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kemahiran ini dapat dilakukan oleh semua murid. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan: Guru akan memberi latihan berterusan kepada murid dari semasa ke semasa supaya semua murid dapat menguasai kemahiran ini dengan lebih kukuh.

Rujukan
Kok Tek Seng dan rakan-rakanya. Modul 1 Murid 1 Sukan dalam permainan badminton

sekolah rendah. Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru http://www.scribd.com/doc/60455170/JURNAL-KOKURIKULUM http://etd.uum.edu.my/922/1/Mohd_Suzli_Abdullah.pdf

Anda mungkin juga menyukai