Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN

Berdasarkan kepada Kamus Dewan tamadun beerti kebudayaan,kemajuan atau peradaban.. Ia adalah suatu bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti system sosial, pemerintahan ,politik,ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah s.w.t di samping bercirikan nilai-nilai moral islam kata seorang sarjana islam iaitu Sayyid Qutb. Konsep tamadun Islam ternyata berbeza dengan tamadun-tamadun lain di dunia ini. Tamadun Islam secara umumnya berpaksikan kepada aqidah dan nilai-nilai keimanan. Maksud tamadun menurut sarjana Islam seperti Ibnu Khaldun, tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi,keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang. Menurut Said Hawa, secara umumnya tamadun terbahagi kepada dua kategori iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Jahiliah.Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya releven dengan kebudayaan itu. Manakala tamadun Jahiliah pula segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. Dr. Muhammad Baki berkata tamadun ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku. Manakala Syed Muhammad Naqiub al-Attas pula berpendapat bahawa tamadun ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya. Manakala Abu Bakar Hamzah berkata tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembanganperkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material). Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian,dan ini termasuk juga senibina. Berbagai-bagai bentuk
1

hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam.Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam,iaitu al-Quran dan al-Hadis Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya. Kemajuan dan pencapaian hidup manusia mempunyai perkaitan dengan jasmani seperti pertanian, perkilangan, perlombongan dan perindustrian Sistem yang dapat mengatur aktiviti masyarakat ke arah mewujudkan keamanan, keadilan, serta kebenaran yang dapat menegakkan disiplin dalam masyarakat seperti peraturan-peraturan pentadbiran, perundangan, harta benda, dan hal-hal keluarga. Kemajuan hidup juga merupakan kebahagiaan yang berkekalan dengan mengetahui hakikat diri dan alam sekitar, perpindahan ke alam barzakh. Ini adalah juga bersangkutan dengan pegangan dan kepercayaan dalam kewajipan yang telah digariskan oleh Syariat Islam. Bagi sarjana barat pula tamadun bermaksud sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi,sistem politik,pengetahuan dan seni. A.S Hornby dan E.C Parnwell menyatakan dalam bukunya The progressive English Dictionary tamadun bermaksud meningkatnya hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains,teknologi,politik,moral dan sebagainya. Kesimpulannya,tamadun ialah satu kebudayaan seperti yang dikemukakan oleh sesetengah sarjana. Manakala pendapat lain mengatakan kebudayaan ada sedikit perbezaan dengan tamadun dan berdasarkan pengertian yang dinyatakan moral yang tinggi. Dalam sejarah Islam pula tiga istilah konsep iaitu tamadun sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusial dan digunakan madaniyyah,umran dan hadharah yang menggambarkan pencapaian umat Islam dlam pemurnian aqidah dan perlaksanaan syariah, kecemerlangan dan ketinggian akhlak disamping ketrampilan dlam dalam keilmuan dunia dan agama dan kemajuan kebendaaan berteraskan agama.

PENGENALAN
Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap tamadun juga mempunyai kaedah interaksi yang berbeza dan tersendiri di antara tamadun-tamadun yg lain. Interaksi ini berlaku sama ada menerusi peperangan ataupun keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetehuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Kaedah interaksi yang berbeza dan tersendiri ini tidak terbina secara berasingan walaupun terdapat perbezaan namun ia saling berkaitan. Terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara tamadun terutamanya dari sudut teologi,epistemologi dan etika. Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya telah wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai,pemikiran,institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai al-insan madaniyyun lil tabiyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Manusia sudah difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan kepercayaan. Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah berbeza. Perbezaan wujud pada sudut fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan dari latar belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi persoalan falsafah dan konsep sesuatu pegangan dan kepercayaan. Dalam konteks Malaysia, perbezaan tetap wujud walaupun etnik yang berbeza ini sama-sama berada dalam satu unit politik yang sama. Persamaan ini pula merujuk kepada persamaan persoalan pokok, iaitu mempunyai pegangan dan kepercayaan serta amalan-amalan dari sesuatu kepercayaan. Contoh persamaan yang jelas ialah kepercayaan dan pegangan keseluruhan Tamadun Asia kepada kuasa ghaib. Kuasa ini memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam nyata seperti sihat, sakit, aman, malapetaka, miskin dan kaya. Namun antara setiap
3

tamadun mempunyai tafsiran dan kepercayaan masing-masing terhadap kuasa ghaib. Kuasa ghaib ini di katogerikan kepada dua tanggapan, iaitu kuasa ghaib yang terasing dan tidak sama dengan alam dan kuasa ghaib yang berada di alam. Dalam perbincangan teologi, hal ini dikenali dengan kuasa yang trancendent (tanzih). Tanggapan kedua terhadap kuasa ghaib ini adalah immanent (tashbih). Melalui perbezaan dan persamaan ini, negara-negara di Asia telah berjaya mewujudkan interaksi antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin secara harmonis. Sebagai contohnya, interaksi antara Tamadun Cina dan Islam terjalin melalui Laluan Sutera dan Tamadun India dengan Alam Melayu melalui laluan lautan Hindi.

Sifat-Sifat Tamadun Islam


Tamadun Islam, dalam proses kelahiran dan perkembangannya mengandungi beberapa bahagian atau dianggap unik berbanding tamadun-tamadun dunia lain. Sifatsifat tamadun Islam terbahagi kepada lima iaitu pertama, sejagat. Kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu, sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din. Kedua, sifat tamadun Islam itu ialah terbuka dan tidak bersifat tertutup. Keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Tamadun Islam terbuka kepada semua Tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Ketiga, tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman iaitu berkesinambungan dan mengalami proses kesinambungan hingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama, Surah Al-Alaq dan tidak pernah berhenti sehingga hari kiamat. Keempat, tamadun Islam juga bersifat toleransi terhadap sistem agama atau kepercayaan atau kebudayaan lain. Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali , tetapi tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat buka Islam yang berada dalam pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka. Ini sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan. Kelima, tamadun Islam mempunyai ciri-ciri kesatuan dalam kepelbagaian. Sebarang bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam,dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus kearah mengEsakan Tuhan, Allah Pencipta Sekalian Alam. Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai dalam tamadun manusia semuanya dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan Tuhan Pencipta seluruh Alam.
5

Ciri-ciri Utama Tamadun Islam


Ciri-ciri utama tamadun Islam juga disebut sebagai ciri-ciri khusus Islam. Diantara ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh (sempurna).Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama manusia. Ia juga menekankan keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya. Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah. Ciri utama yang kedua bagi agama Islam ialah umum. Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan empat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan terbuka. Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tmadun manusia,tetapi anjal dari sudut cara dan teknik perlaksannanya. Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistic. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan jaran Allah S.W.T

NILAI-NILAI INTERAKSI TAMADUN

Secara umumnya interaksi antara tamadun contohnya tamadun Islam dan tamadun Cina telah mewujudkan nilai-nilai universal yang menunjukkan semua tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian. Mereka juga percaya kepada perlakuan yang baik akan memperolehi sesuatu yang baik di akhirnya. Kepercayaan terhadap konsep ini mendorong masyarakat mengawal tingkah laku dari mendapat balasan tuhan. Setiap tamadun juga menekankan aspek kemanusiaan selain perlu hubungan yang baik dengan tuhan mereka contohnya masyarakat Islam perlu menitik-beratkan hbungan dengan Allah dan juga manusia. Masyarakat Cina juga menekankan aspek yang sama iaitu konsep ren/jen iaitu kasih sayang terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Masyarakat daripada kedua-dua tamadun ini percaya bahawa hubungan yang baik sesama manusia perlu dijaga bagi memastikan keharmonian hidup mereka. Tamadun Cina dan tamadun Islam juga amat mementingkan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat mereka. Masyarakat Islam mementingkan institusi perkahwinan yang bersandarkan kepada sunnah nabi kerana ia akan meramaikan generasi Islam. Membina keluarga yang sakinah adalah penting bagi masyarakat Islam kerana disitulah lahirnya generasi yang berjati diri mukmin sebenar sebagai generasi pembina tamadun. Masyarakat Cina juga mementingkan konsep kekeluargaan ini. Mereka menekankan konsep wu lun atau lima hubungan yang merupakan lima hubungan asas manusia yang harus dikekalkan bagi membentuk kestabilan rakyat dan kesejahteraan Negara. Nilai-nilai lain yang wujud hasil interaksi tamadun ini ialah beretika dalam aspek kehidupan dan ini dijadikan panduan bagi kedua-dua tamadun ini. Nilai etika ini dijadikan peraturan moral untuk menentukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang. Bagi masyarakat Islam,mereka menjadikan syariat yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan dalam mengatur kehidupan yang harmoni. Manakala bagi masyarakat Cina pula,mereka amat menekankan konsep moral dan etika yang perlu dipatuhi oleh masyarakat. Konfusius menekankan konsep li iaitu peranan akhlak dan peraturan kehidupan.
7

Tamadun Cina dan Islam ini juga amat menekankan kepimpinan yang berteraskan keadilan dan kebijaksanaan. Pemimpin perlulah berkelakuan baik dan mampu memerintah dengan adil. Politik islam menggariskan sistem dan corak pemerintahan berasaskan konsep tauhid,risalah dan khilafah. Nilai yang terakhir ialah menghargai alam sekitar, berdasarkan pandangan masyarakat Cina yang menegaskan perlu menjaga alam sekitar malah menganggap bintang di angit sebagai nenek moyang mereka yang menjadi shen/dewa setelah meninggal dunia. Bagi masyarakat Islam pula masih menekankan untuk menjaga alam sekitar yang dianggap amanah Allah kepada mereka. Mereka menjaga hubungan dengan alam disamping hubungan dengan Allah unutk mendapat syurga dan menganggap alam adalah salah satu tanda kekuasaan Allah di alam semesta ini. Kesimpulannya semua tamadun mempunyai nilai,etika dan institusi tersendiri namun tetap terdapat beberapa ciri persamaan dan telah berlaku jalinan hubungan antara kedua dua masyarakat tamadun ini.

Anda mungkin juga menyukai