Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL SELEPAS PRAKTIKUM SEK.

KEB METHODIST (21 JANUARI 2013 19 APRIL 2013)

Selepas tiga bulan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Methodist banyak perkara baru serta pengalaman yang berharga yang berjaya saya perolehi. Sesungguhnya ilmu dan pengalaman yang saya timba tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Antara perkara baru yang saya pelajari ialah sebagai bakal guru yang sedang menjalani tempoh praktikum, seharusnya saya mesti banyak bertanya kepada guruguru yang lebih berpengalaman atau boleh dikategorikan sebagai guru senior. Pada pandangan saya, mereka memang diakui mempunyai banyak idea dan input yang berguna untuk kita aplikasikan merangkumi dari aspek penulisan rancangan pengajaran, alat bantu mengajar, cara mengawal kelas, kaedah yang sesuai memperkenalkan suatu konsep baru kepada murid dan cara menyediakan lembaran kerja. Selain itu, salah satu perkara baru yang dapat saya perhatikan ialah semangat persaudaraan antara sesama komuniti sekolah sangat mesra dan saling melengkapi antara satu sama lain. Sikap warga sekolah membuatkan saya selesa untuk bergaul dengan semua guru dan kakitangan sokongan dan seterusnya mendekati mereka dengan lebih dekat demi membina suatu hubungan yang erat dan profesional. Kemesraan yang wujud ini secara tidak langsung membantu saya dalam perkongsian ilmu oleh guru-guru dan hal ini menunjukkan mereka tidak lokek ilmu untuk dikongsi bersama. Di samping itu, saya juga telah mempelajari tentang bagaimana mahu menangani murid yang selalu menimbulkan masalah ketika belajar di dalam kelas.

Sebenarnya banyak cara atau pendekatan yang sesuai dan lebih baik digunakan daripada memukul atau mendenda murid. Kita seharusnya bijak dalam menawan hati murid-murid yang sering menimbulkan masalah ini. Sebagai contoh kita boleh menyentuh mereka dengan cara memegang bahu dan pada masa yang sama memuji diri mereka di hadapan rakan-rakanya yang lain. Hal yang kita anggap mudah ini sebenarnya menimbulkan rasa akan dihargai dan disayangai oleh guru dalam diri murid tersebut. Secara tidak langsung, cara ini berjaya memikat hati murid untuk mengikut dan patuh kepada segala arahan yang kita berikan. Sebagai seorang bakal guru, saya melihat sentuhan lembut atau belaian sewajarnya yang kita berikan kepada murid mampu mempengaruhi sikap dan semangat mereka untuk belajar. Namun, saya lebih mementingkan ketegasan dalam tempoh pembelajaran supaya P&P saya tidak terganggu dengan karenah murid yang bising. Perkara ini pernah beberpa kali dilalui oleh saya apabila saya agak berlembut dengan murid mereka tidak mendengar kata dan membuat bising sewaktu P&P sedang berlangsung dan ini sangat mengganngu proses pembelajaran yang telah dirancang. Kesimpulannya, sebagai bakal guru saya perlu banyak belajar ilmu bagi mengawal dan mengambil hati murid-murid kerana setiap manusia mempunyai emosi dan ragam yang pelbagai. Aspek ketegasan mestilah dititikberatkan agar murid tahu batas apabila berhadapan dengan guru dan tidak menganggap guru sama seperti rakan mereka.

Anda mungkin juga menyukai