Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa mulai Jun 2011

PENDAHULUAN BIG PPG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar PPG. BIG PPG diperuntukan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG PPG. Program ini direalisasikan dalam 3 peringkat yang dilaksanakan di tempat masing-masing sepanjang tempoh pengajian . Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta berketrampilan melalui penampilan diri yang terpuji. Pelaksanaan BIG PPG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, .pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Semasa pelancaran Hari Guru 2006 YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa guru, sebagai barisan hadapan pelaksana agenda pendidikan negara, memainkan peranan amat penting dalam melahirkan modal insan yang terbaik. 1.0 RASIONAL Program Bina Insan Guru (BIG PPG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. 2.0 OBJEKTIF KURIKULUM BIG PPG Program BIG PPG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar : Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 2

4.0

Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

OBJEKTIF BUKU PANDUAN Penggubalan Buku Panduan dan Spesifikasi Pentaksiran BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: menjadi rujukan kepada penilai-penilai dalam melaksanakan pentaksiran pelajar dalam program BIG PPG. menjadi rujukan kepada pelajar dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan lebih berkesan; mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang jelas dan autentik mengenai penguasaan kemahiran, perlakuan dan penghayatan pelajar terhadap ciri-ciri insan guru; menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan sah dalam membuat pemerhatian dan pentaksiran prestasi pelajar dalam aspek kognitif, emosi dan psikomotor; dan mengekalkan kesetaraan pentaksiran bagi program BIG PPG antara IPG.

5. 0

PELAKSANAAN BIG PPG Program BIG PPG mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG bermula dengan Peringkat 1 ,iaitu aktiviti di IPG dan perkhemahan 3 H 2 M yang dilaksanakan pada semester dua hingga tiga dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan secara berterusan di Peringkat 2 dan 3 . Aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan , ceramah, seminar, bengkel, lawatan bench-marking dan kembara sosial .

5.1 Bil 1 2 3 4 5 6

Struktur Pelaksanaan BIG PPG Program / Aktiviti Aktiviti di IPG Perkhemahan 1 Kursus / bengkel / seminar / kajian kes Perkhemahan 2 Aktiviti Kemasyarakatan / Kembara Sosial Lawatan bench-marking JUMLAH JAM X (7) Peringkat 1 S2 S3 X X X (3) X X (7) X (7+7) X (3) X (6) Peringkat 2 S4 S5 Peringkat 3 S6 Jumlah Jam 5 40 12 35 14 14 120

5.2

Domain Kandungan Kurikulum BIG PPG Pembangunan ciri-ciri dan kualiti insan guru melalui kursus Bina Insan Guru (BIG PPG) dilaksanakan berasaskan kepada enam domain kandungan kurikulum kursus. Domain kandungan ini adalah sejajar dengan matlamat melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG. Domain kandungan kursus BIG PPG adalah seperti berikut: A. Kerohanian dan Akhlak Keguruan Mengamalkan tingkah laku terpuji. Mempunyai kemantapan jati diri. Menghayati disiplin diri yang tinggi. Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh. B. Berilmu, Beramal dan Berbakti Pembelajaran sepanjang hayat. Mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu. Menggunakan ilmu dalam pemikiran, tindakan dan amalan ( capacity building). 4

Memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan negara. Pembinaan Pasukan. Perkongsian misi dan visi. Kejelikitan berpasukan secara strategik Hidup Berbakti. Kerja sebagai ibadat Kesanggupan dan keikhlasan bekerja Menggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat

C.

Berakauntabiliti dan Amanah Akauntabiliti profesional - perundangan, mandat dan maklumat. Memahami realiti persekitaran - peka dan responsif kepada realiti persekitaran. Komitmen - optimis dan beriltizam tinggi kepada profesion dan perkhidmatan pendidikan. Kemahiran sosial (termasuk unsur Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE)) Tanggungjawab sosial & perkhidmatan komuniti. Berdaya Tahan Yang Tinggi Ketahanan fizikal - kecergasan, ketahanan diri, keseronokan. Ketahanan mental - berfikiran positif, terbuka, dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang. Ketahanan emosi - memahami dan mengawal emosi Ketahanan spritual - kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah Berjiwa Merdeka dan Perkasa Pengurusan diri - pembinaan disiplin kendiri, berdikari, penampilan & keterampilan Perubahan sikap - terbuka kepada tingkah laku baru dan keadaan luar jangka Bijak membuat keputusan - cepat bertindak, tepat dan bijaksana. Bijak menyelesaikan masalah Pengurusan perubahan - menerima dan mengurus perubahan Kreatif dan Inovatif Kesediaan menerima idea dan teknologi baru Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan kecemerlangan. Dapat berfikir secara kritis, analitis, luas, luwes dan global. 5

D.

E.

F.

Berkemahiran berfikir secara futuristik dan strategik. Berupaya berfikir secara reflektif ke arah perkembangan dan peningkatan diri

6.0

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN Objektif pentaksiran Menilai pemikiran kreatif dan analitis pelajar di dalam penyelesaian masalah Menilai keupayaan pelajar membuat penilaian kendiri dan mencadangkan penambahbaikan Menilai komitmen pelajar di dalam aktiviti-aktiviti BIG PPG yang dilaksanakan Menilai amalan nilai nilai keguruan di kalangan pelajar Menilai kesesuaian kerjaya perguruan dengan perkembangan personaliti pelajar melalui pra dan post ujian personaliti Menilai kemahiran merancang aktiviti menggunakan dapatan daripada pengalaman sedia ada Bentuk pentaksiran Rujukan Kriteria Penilaian berterusan secara formatif untuk membolehkan Mentor mengambil tindakan susulan berdasarkan maklumat yang diperoleh. Penilaian sumatif untuk mengukur pencapaian pelajar setelah mengikuti BIG PPG. Instrumen pentaksiran Pentaksiran kursus BIG PPG adalah berdasarkan kepada komponen-komponen yang merangkumi laporan, portfolio, rakaman dan sahsiah. Cadangan wajaran adalah seperti dalam jadual berikut: Komponen Pentaksiran Portfolio Rakaman Refleksi Kendiri Jumlah Wajaran 50% 40% 10% 100%

7.0

KRITERIA PENTAKSIRAN Dilaksanakan melalui penilaian formatif kedudukan pencapaian dinyatakan dalam bentuk gred bukti-bukti pembelajaran dan perkembangan pelajar dinilai berasaskan hasil: 7

8.0

Portfolio Rakaman Refleksi kendiri

PROSEDUR PENTAKSIRAN ( 100 Markah ) 8.1 Portfolio Individu ( 50 markah ) 8.1.1. Arahan Penyediaan Portfolio Penyediaan portfolio mengikut format yang ditetapkan Disiapkan dalam masa seminggu selepas aktiviti berlangsung Diserahkan kepada Mentor masing-masing untuk tujuan pemarkahan 8.1.2. Format Portfolio dan Isi kandungan Muka depan diisikan dengan maklumat berikut: Nama Institut Tajuk program Bilangan siri dan tarikh program BIG PPG Lokasi pelaksanaan Nama pelajar dan ahli kumpulan Gambar pelajar dan ahli kumpulan Nama Mentor Isi Kandungan Folio Maklumat diri pelajar PPG Isi Kandungan Kertas kerja perkhemahan Surat panggilan mesyuarat Minit mesyuarat perkhemahan Agihan tugas dan jawatankuasa Jadual perkhemahan Senarai nama pelajar / peserta perkhemahan Surat kebenaran waris Surat kepada pihak berkuasa tempatan ( Polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan sebagainya ) 8

Keputusan pertandingan ( jika ada ) Laporan kewangan Laporan perkhemahan Lampiran Brosur perkhemahan Gambar ( statik ) Dan bahan-bahan lain yang berkaitan

8.2. Rakaman Audio / Video ( 40 markah ) 8.2.1. Arahan Penyediaan Rakaman Rakaman dilaksanakan secara individu Pelajar membuat rakaman ( audio / video ) apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program Diserahkan kepada Mentor masing-masing seminggu selepas tamat progran BIG PPG Pelajar tidak perlu menghantar papan cerita ( story board ) bersama dengan laporan ini. Tempoh rakaman adalah tidak melebih 30 minit sahaja. 8.2.2. Format Rakaman Penerbitan CD / DVD Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan. Pelajar boleh menggunakan sebarang perisian pengauditan video ( video editing ) seperti Corel Video Studio, Movie Maker, Cyberlink Power Director dan sebagainya. Dimuatnaik dalam cekera padat CD / DVD. Rakaman hendaklah mempunyai ' cd cover " Rakaman yang gagal ditonton/dibuka akan dikira tidak menepati kehendak penerbitan rakaman. Rakaman boleh menggunakan format FLV ,Mpeg-4, AVI, WMV dan sebarang format yang menyokong perisian Windows atau Apple. 8.3. Refleksi Kendiri ( 10 Markah ) 8.3.1. Arahan Penyediaan Refleksi Kendiri 9

Menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelajar hasil daripada program BIG PPG yang telah dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan. 8.3.2. Format Penulisan Refleksi Kendiri 8.5 Unjuran Pelaksanaan Pentaksiran BIG PPG
PERINGKAT 1. PROGRAM / AKTIVITI Perkhemahan 1 INSTRUMEN MARKAH 50 % 40 % 10 % JUMLAH 100 % WAJARAN 35%

an n Kendiri

Portfolio Rakam Penilaia Laporan Rakaman Penilaian Kendiri Laporan Rakaman Penilaian Kendiri

2.

Kursus / bengkel / seminar / kajian kes Aktiviti Kemasyarakatan / Kembara Sosial Lawatan bench-marking

50 % 40 % 10 % 50 % 40 % 10 %

100 %

50%

3.

100 %

15%

JUMLAH PERATUS WAJARAN

100 %

8.6

Tindakan Susulan Perkembangan pelajar seterusnya dimantapkan lagi oleh personel-personel berikut: Menggunakan khidmat bimbingan rakan sebaya membantu dari segi perkongsian maklumat diri Kaunselor mengendalikan kes-kes kecelaruan personaliti dan bimbingan Mentor memantau perkembangan secara berterusan dan membimbing Pensyarah-pensyarah mengikut keperluan.

10

9.0 9.1

SPESIFIKASI PENTAKSIRAN BIG PPG PERINGKAT 1 Spesifikasi Penyemakan Portfolio Aktiviti Perkhemahan : ASPEK HASIL PEMBELAJARAN
Menyusun maklumat mengikut format yang telah ditetapkan menguasai kemahiran membuat pengurusan secara strategik (strategic planning management) mengaplikasikan analisis 4W1H untuk menjana strategi. Melatih diri membuat rundingcara secara profesional menguasai kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah

INDIKATOR PRESTASI
Kandungan portfolio ditulis bertepatan dengan format yang ditetapkan Menyediakan kertas cadangan (4W1H) - Nama aktiviti - Bila, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana dilaksanakan - Bentuk JK Kerja dan spesifikasi tugas. - Memberi penjelasan, kefahaman tentang objektif program. - Membina plan kerja. Menentukan lokasi program - Mendapatkan mandat / maklumat program dari pihak-pihak berkaitan. Pihak atau agensi yang berkaitan dengan program. Menyediakan kertas cadangan yang lengkap Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan agihan kerja. Menyediakan jadual program yang lengkap untuk edaran semua JK dan pihak-pihak yang terlibat. Melaksanakan taklimat awal program kepada semua ahli yang terlibat. Menyatakan tarikh dan masa pergerakan ke lokasi program. Melaksanakan semua tugasan dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan. Berhubung dengan pihak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah .

PROSEDUR
Penulisan portfolio Kandungan Pra perancangan - JK pelaksana - Peranan JK - Objektif - Latar belakang pelajar - Demografi pelajar Kertas cadangan - 4W1H - Jadual kerja - Kewangan Laporan reflektif - Analisis SWOT Maklum balas pelajar ( Penilaian kendiri ) Surat memohon kebenaran melalui KJ HEP Surat kebenaran daripada agensi berkaitan

MARKAH
30

1. Kandungan Portfolio Perancangan (Sebelum aktiviti )

Semasa Program dilaksanakan

Jadual kerja

Selepas program Catatan:

11

ASPEK
Kandungan ()

HASIL PEMBELAJARAN
Semua JK Kerja bertindak dan melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan mengetahui sistem sosial masyarakat menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah.

INDIKATOR PRESTASI
Menyelaras semua kerja mengikut keperluan semasa. Membantu JK-JK lain melicinkan program. Melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancangkan mengikut jadual. Mesyuarat akhir / post mortem. Menyediakan laporan reflektif untuk dihantar kepada Mentor. Mengembalikan semua barang dan peralatan pinjaman. Menghantar surat penghargaan terima kasih kepada agensi luar yang terlibat.

PROSEDUR

MARKAH

Laporan reflektif Salinan surat dilampirkan Sisipkan lampiran berkaitan

membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan. Membuat penilaian program dan membuat refleksi. Dapat membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan. Penyampaian / persembahan menarik dan kreatif

2. Kreativiti

Persembahan menarik dan menunjukkan kreativiti ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan Penulisan portfolio tersusun dengan kemas mengikut format Ulasan dapat menjelaskan pemikiran reflektif yang terhasil daripada program BIG PPG Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan reflektif berkaitan ceramah/bengkel/seminar yang dilaksanakan. Panjang laporan adalah antara 1000 1500 patah perkataan

Penulisan portfolio dan lampiran - Bahan-bahan bukti Penulisan portfolio dan lampiran Penulisan portfolio Analisis SWOT: - kekuatan - kelemahan - peluang - ancaman 20

3. Kekemasan

Portfolio tersusun kemas mengikut format Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman Membuat refleksi kendiri sebagai wahana pembangunan

Laporan Aktiviti Perkhemahan

12

ASPEK

HASIL PEMBELAJARAN
diri dan profesionalisme keguruan Ulasan kendiri menunjukkan pemikiran reflektif, matang dan mendalam dengan memasukkan analisis SWOT

INDIKATOR PRESTASI

PROSEDUR

MARKAH

Portfolio 9.2
Audio

: 50%
HASIL PEMBELAJARAN
Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman

Spesifikasi Rakaman
ASPEK INDIKATOR PRESTASI
Penggunaan audio yang sesuai ( lagu, kesan bunyi dan rakaman suara ). Kesan bunyi yang digunakan sesuai Muzik latar tidak menghilangkan fokus persembahan Skrip persembahan sesuai dan bertepatan dengan video/gambar yang dipaparkan Kualiti video yang digunakan sesuai, jelas dan tidak kabur Penggunaan sudut penggambaran sesuai dengan fokus utama. Pemilihan warna yang kontras dan sesuai. (Contrast). Susunletak Grafik (Alignment). Persembahan yang harmonis (Simplicity). Penjajaran (Proximity). Penekanan fokus (Emphasis). Ketekalan warna, font, latarbelakang, dsb (Repetition).

PROSEDUR
Penerbitan CD / DVD Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan.

MARKAH
10

Video

Penerbitan CD / DVD Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan.

30

Rakaman

: 40%

13

9.3

Refleksi Kendiri
ASPEK HASIL PEMBELAJARAN
Kesan pengalaman baru terhadap perlakuan / perkembangan diri Kesedaran tentang kekuatan dan kelemahan diri Kesedaran tentang manfaat yang diperolehi daripada penyertaan dalam program BIG PPG

INDIKATOR PRESTASI
Ulasan dapat menunjukkan peningkatan nilai dan kemahiran diri sebagai seorang insan guru daripada keseluruhan aktiviti BIG PPG

PROSEDUR
Sesi refleksi

MARKAH

Refleksi Kendiri sebelum, semasa dan selepas perkhemahan

10

Refleksi Kendiri

: 10%

14

10. 10.1

RUBRIK PEMARKAHAN AKTIVITI PERKHEMAHAN FASA 1 Rubrik Pemarkahan Portfolio


Cemerlang 8 10 Markah INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Sederhana 5- 7 Markah Kurang dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan 5 - 7 Markah Kurang berjaya menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan 5 - 7 Markah Kurang berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format Kurang berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif Lemah 0 - 4 Markah Tidak dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan 0 - 4 Markah Tidak berjaya menghasilkan penulisan menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan 0 - 4 Markah Tidak berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

ASPEK YANG DINILAI 1. KANDUNGAN ( 10 )

Dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan 8 10 Markah

2. KREATIVITI ( 10 )

Berjaya menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan 8 10 Markah

3. KEKEMASAN ( 10 )

Berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format

Berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

ASPEK YANG DINILAI LAPORAN ( 20 )

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang Sederhana 16 - 20 Markah 10 - 15 Markah Berjaya mempamerkan penulisan Kurang berjaya mempamerkan yang jelas ke arah pemikiran penulisan yang jelas ke arah reflektif pemikiran reflektif

Lemah 0 - 9 Markah Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

15

10.3 Rubrik Rakaman


ASPEK YANG DINILAI Audio ( 10 ) Cemerlang 8 10 Markah Dapat menggunakan elemen audio dalam persembahan dengan baik sesuai dengan gambar dalam skrip persembahan Pemilihan audio / muzik latar yang tepat dan sesuai Skrip sesuai dan bertepatan Cemerlang 24 - 30 Markah Menggunakan elemen CASPER sepenuhnya dalam penerbitan Video terang dan jelas. Muzik latar dan suara latar sesuai dengan persembahan. Tiada gangguan penerbitan Objektif dan fokus penerbitan baik tidak menggangu persembahan. Ada subtitile / keterangan video yang jelas bagi setiap scene. INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Sederhana 5 - 7 Markah Audio yang digunakan kurang tepat dan mengganggu persembahan Audio terlalu kuat / terlalu perlahan dan menjejaskan persembahan Skrip baik tetapi kurang tepat. Lemah 0 - 4 Markah Pemilihan audio / muzik latar yang tidak bersesuaian dengan persembahan Audio telah menghilangkan fokus persembahan Skrip persembahan tidak kemas dan tidak bertepatan dengan video atau gambar Lemah 0 - 11 Markah Video kabur dan muzik latar yang tidak menentu. Gagal mengekalkan maklumat dan fokus penerbitan Skrip dan muzik latar mengganggu persembahan . Tidak ada subtitile / penerangan

Video ( 30 )

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Sederhana 12 - 23 Markah Video yang digunakan kabur dan urutan story board tidak menentu. Muzik latar dan suara latar kurang sesuai dengan persembahan Unsur kesinambungan video kurang diberi perhatian. Penggunaan subtitile / penerangan yang sesuai.

10.4 Refleksi Kendiri


ASPEK YANG DINILAI Cemerlang 8 10 Markah Berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Sederhana Lemah 5 - 7 Markah 0 - 4 Markah Kurang berjaya mempamerkan Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran penulisan yang jelas ke arah reflektif pemikiran reflektif

16

Agihan Markah

: Portfolio Rakaman Refleksi Kendiri

- 50% - 40% - 10%

Jumlah Markah Keseluruhan : PELAN KONTIGENSI

Portfolio + Rakaman + Refleksi Kendiri 50% + 40% + 10% = 100%

Unit Ko-Kurikulum perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka. 11.0 SYARAT LULUS / GAGAL / ULANG / TANGGUH Semua pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) WAJIB terlibat dengan aktiviti BIG PPG sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia. Pelajar yang gagal / tidak melaksanakan program sepenuhnya dikehendaki mengulangi BIG PPG.

11.1 Pelajar Gagal: Pelajar dianggap gagal: Tidak melaksanakan aktiviti pada setiap peringkat BIG PPG Tidak mencapai purata markah sekurang-kurangnya 40 peratus 11.2 Pelajar Mengulang / tangguh: Pelajar yang tidak melaksanakan keseluruhan / sebahagian aktiviti BIG PPG Kehadiran 100% dan melaksanakan semua aktiviti BIG PPG Mencapai markah keseluruhan bagi program BIG PPG sekurang-kurangnya 40 peratus. Keputusan akhir BIG PPG ialah mengikut gred

17

12. 0

KAWALAN MUTU DAN KESELAMATAN Untuk memantapkan proses pentaksiran BIG PPG, taklimat penyelarasan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat pusat dan peringkat institut sebelum program dimulakan. Penyelarasan di peringkat institut hendaklah dijalankan setiap kali sebelum Progran BIG PPG dilaksanakan. Pentaksiran BIG PPG hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan. Pemantauan akan dibuat oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari masa ke semasa untuk mendapat maklum balas berkaitan pentaksiran BIG PPG. Instrumen pentaksiran BIG PPG yang telah digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad. Markah pentaksiran BIG PPG bagi pelajar yang berpindah ke IPG lain hendaklah dikirimkan sebagai dokumen sulit kepada institut barunya. Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Ketua Unit Ko-Kurikulum Pemarkahan perlu dibuat secara berterusan sepanjang program BIG PPG dilaksanakan. Mentor hendaklah menyerahkan markah BIG PPG kepada Ketua Unit Ko-Kurikulum. Keputusan pentaksiran BIG PPG akan dicatatkan dalam transkrip akhir dalam bentuk lulus atau gagal

13.0

BORANG PENTAKSIRAN BIG PPG Lampiran A ( Borang Individu Fortfolio, Rakaman dan Refleksi Kendiri ) Lampiran B ( Borang Markah Kelompok )

18

SENARAI PANEL PENGGUBAL BINA INSAN GURU (BIG PPG) FASA 1

1. Pn Hjh Dr Noriati bt Abd Rashid 2. En. Baharuddin bin Abd. Latiff 3. En. Ahmad Sukri bin Mustaffa 4. En. Hishamuddin bin Hassan 5. En. Mohamad Hafedz bin Salleh 6. Tn.Hj Norhizan bin Zainol 7. Tn.Hj Ruslan bin Saad 8. Tn.Hj Alias bin Md Isa ( Penyelaras )

Pengarah Pusat Perkembangan Akademik IPGM Pusat Perkembangan Akademik IPGM IPG Kampus Darulaman IPG Kampus Temenggong Ibrahim IPG Kampus Darulaman IPG Kampus Temenggong Ibrahim IPG Kampus Sultan Abdul Halim Pusat Perkembangan Akademik IPGM

19

20

21

Anda mungkin juga menyukai